06
Nov
09

Anwar gagal dapat bukti kes

Dari Malaysia Kini

Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.

Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.


39 Responses to “Anwar gagal dapat bukti kes”


  1. 1 1@1.com Nov 6th, 2009 at 5:18 pm

    as expected… whats new

    Reply

    mng Reply:

    Memanglah ditolak. Sebab bukti tu tak wujud pun!!!!!

    Reply

    ron Reply:

    no worries. mass public support DSAI. he has the makkal sakthi (people’s power).

    let’s warn najib’s regime: jail Anwar and it will cost you federal government!

    Reply

  2. 2 seefu Nov 6th, 2009 at 5:20 pm

    Perubahan Kerajaan: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
    Kerajaan Negeri Kelantan telah bertukar daripada Barisan Nasional kepada Kerajaan pimpinan PAS yang berpaksikan gabungan pemikir Islam. Pertukaran kerajaan negeri ini berlaku 19 tahun lalu dan Alhamdulillah PAS masih kekal memerintah Kelantan hingga ke hari ini. Ini membawa maksud bahawa dengan segala kekurangan, tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh regim zalim Kerajaan Pusat Barisan Nasional, Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz masih releven dan diterima rakyat Kelantan.

    Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Perak tewas kepada permainan politik kotor dan jijik umno/BN setelah tidak sampai satu tahun memerintah. Setelah bersekongkol dengan institusi Kesultanan, umno/BN telah merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan cara ala ‘Gestapo’.

    Selain Kelantan; rakyat di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor telah memberi kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri masing-masing dengan memberi kemenangan kepada PR dalam pilihan raya umum Mac 2008.

    Hukum akal dan lumrah manusia, setiap gerak ke arah perubahan menuntut kecekalan dan mengimpikan kemakmuran dan keberuntungan yang lebih baik daripada yang sedia ada.

    Justeru impikan kemakmuran dan keberuntungan yang lebihlah maka rakyat di Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, malahan majoriti rakyat di Kuala Lumpur telah dengan penuh semangat dan cekal memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Maka itu terbentuklah Kerajaan Negeri di kesemua negeri berkenaan.

    Lupakan Perak buat seketika. Ia telah menjadi sejarah hitam buat rakyat negeri itu lantaran kerakusan regim umno/BN yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan mendurhakai kedaulatan undang-undang.

    Regim umno/BN bertakta di Putrajaya bukan kerana ketelusan kehendak rakyat, tetapi kerana rakyat telah dipropaganda dan dilalaikan dengan sejuta satu kepalsuan janji. Rakyat juga diugut dengan sejuta satu ugutan zalim. Rakyat juga telah tertipu dengan dakwah songsang hebahan akhbar-akhbar arus perdana milik kroni aparat umno/BN.

    Segala kerakusan itu terlalu sukar untuk dinafikan, dan lebih payah untuk diperbetulkan. Majoriti rakyat Malaysia yang tidak tergapai capaian internet saban hari dipaksa menghadam omongan dusta pemimpin umno/BN melalui berita khianat daripada akhbar-akhbar arus perdana. Hal ini amat disedari oleh hampir kesemua pimpinan dan pendukung Pakatan Rakyat.

    Persoalannya sekarang. Apakah tindakbalas yang selama ini (sejak Mac 2008) diambil oleh Pakatan Rakyat cukup untuk menyedarkan rakyat. Malahan yang lebih kritikal lagi, apakah rakyat dapat terus bertahan dengan kerenah kepimpinan yang terus menolak mereka ke sudut yang menyakitkan lantaran pertelingkahan kepimpinan antara umno/BN dan Pakatan Rakyat.

    Benar, kita sedar umno/BN itu zalim, rakus dan perasuah. Tetapi apakah cukup dengan menyampaikan berita kerakusan umno/BN ini melalui blog, web dan akhbar Suara Keadilan dan Harakah yang jelas terbatas edarannya? Masyarakat sasaran yang perlu kita fahamkan tentang kezaliman dan kerakusan umno/BN ini adalah masyarakat desa dan kampong serta mereka yang tidak menikmati capaian internet serta akhbar-akhbar Suara Keadilan dan Harakah. Apa yang telah kita lakukan?

    Masyarakat di luar sana hanya dihidangkan dengan berita pembangunan bohong dan janji kosong umno/BN. Masyarakat di luar sana juga diberitakan tentang segala bentuk pemalsuan cerita terhadap Pakatan Rakyat. Media arus perdana telah dengan jayanya menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti yang pandainya hanya membuat kritikan dan rungutan. Media haprak itu tidak akan menyampaikan berita tentang pembangunan atau perubahan dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

    Salah siapakah ini? Pemimpin Pakatan Rakyat, baik PAS, DAP maupun PKR tidak habis-habis menyalahkan media arus perdana. Mereka mengatakan media tersebut menipu. Mereka manyatakan Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, TV3 dan yang sebau busuk dengannya telah menipu rakyat. Terus terang saya katakan, saya sudah muak. Ya!! Saya sudah muak dengan omongan seperti ini.

    Wahai pemimpin Pakatan Rakyat, Keadilan khasnya. Tahukah dan sedarkan kalian bahawa MENIPU dan mencanaikan berita palsu itu memang kerja mereka. Memang banyak penipuan dan propaganda kosong dalam media arus perdana.

    So what? Apa lu cerita? Menipu itu memang budaya mereka. Kalian hendak bertempik apa lagi?

    Apa yang rakyat ingin tahu sekarang ialah apakah usaha Kerajaan Pakatan Rakyat setiap negeri serta pemimpin Pakatan Rakyat telah lakukan untuk mengatasi keterbatasan penyaluran berita benar yang telah kita lakukan.

    Sudah 19 purnama Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbentuk, tidak ada satu pun buletin Kerajaan Negeri yang diedarkan secara meluas keseluruh pelusuk negeri. Buletin ada, bukan tak ada. Tetapi yang saya persoalkan sekarang adalah cara edarannya. Saya telah maklumkan hal ini 10 bulan lalu ke pejabat DSAI, malahan saya telah mengutuskan secara peribadi kepada DSAI tetapi apa hasil hasil? – Hampas!!! Kosong!!! Bohong!!!. Apa yang saya dapat? – Rugi masa. Bosan. Menyampah!!! Mahal sangatkah kos mengedarkan buletin tersebut ke setiap pelusuk negeri (katakan 2 bulan sekali)? Mana lebih mahal dengan kos tambang kapalterbang dan penginapan wakil rakyat Keadilan yang memburu beruk di Taiwan?

    Andainya menjelang awal tahun 2010 Kerajaan Negeri Selangor jatuh kepada regim umno/BN, itu memang patut!! Mereka pandai mengolah walaupun olahan mereka jijik. Apa yang penting mereka dapat membentuk kerajaan. Rakyat juga yang rugi kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat tetapi bila Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah, mereka tidak bertindak cerdik dan pro-aktif.

    Salaam Takzim

    Reply

    neff Reply:

    Yes, aku pun setuju jugak dgn bebrapa pandangan ini. Jgn guna alasan yg sama iaitu menyalahkan BN dan perkakasnya setiap kali ada masalah, walaupun memang ada kebenarannya. Gunakan masa yg ada utk jelaskan serta laksanakan jasa pada seluruh rakyat dgn segala kelengkapan yg ada di seluruh pelusuk tempat yg diperintah.

    Reply

    bujang Reply:

    teguran saudara seefu perlu ditelan oleh semua pemimoin dan pendukung PR. Saya menang sakit nyawa membaca kenyatan saudara tetapi perlu terima hakikat kerana apa yang dinyatakan saudara itu banyak kebenarannya. Teruskan saudara walaupun pahit kami terima, demi kebaikan.

    Reply

    maie1958 Reply:

    perlu diberi pertimbangan serius olih DSAI dan PAKATAN RAKYAT umumnya….

    Reply

    HIDOPpakatan RAKYAT Reply:

    Penulisan yang sungguh hebat. Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat WAJAR DAN WAJIB akui kebenaran penulisan ini. Kalau kepimpinan Pakatan Rakyat hanya berhayal dengan kerusi empok dan hawa dingin di pejabat sahaja,ajelah dipilihanraya akan datang, jangan terperanjat rakyat akan menolak Pakatan Rakyat!

    Maka perbetolkan lah perjuangan Pakatan Rakyat supaya semua rakyat tidak dikecualikan untuk tahu sebenar2nya cerita salahlaku dan salahguna kuasa yang berlaku sekarang dan sebelumnya. Sedarkan rakyat betol2 wahai seluruh jentera kepimpinan Pakatan Rakyat! Jangan ashik duk dibandar2 besar sahaja! Jelajahlah ke kampong2, desa2 dan perdalaman sana! Perhebatkan kesedaran rakyat di Sabah dan Serawak dan jugak dinegeri2 yang masih Pakatan Rakyat belum mendapat mandat!

    Fikirlah apa jua media sebaran asalkan rakyat keseluruhannya dapat membaca hal2 yang sebenar! Jangan ingat semua rakyat suka membaca blog2 Pakatan Rakyat……kebanyakan mereka lebih suka mendengar arus perdana. Jadi kena kerja kuat lah wahai semua kepimpinan Pakatan Rakyat setiap lapisan kerana jika Pakatan Rakyat gagal, akan susahlah kebanyakan warga Pakatan Rakyat nanti. Habis di cantas habis2an nanti.

    Wasalam………..Seefuu teruskan celikkan mata kesemua Pimpinan Pakatan Rakyat ini! Jangan berselindung sahaja bel;akang Anwar Ibrahim! Mereka wajarlah yakin bersendirian menyedarkan rakyat! Kata2 hikmat telah banyak dibentangkan Anwar Ibrahim! Canangkan sahaja apa yang DSAI telah berpidato hebat selama ini.

    Kerja kuat Pakatan Rakyat semua! Jangan habis masa sia2 sahaja! Pilihanraya akan datang tidak lama lagi! Jangan duk beranganlah negeri2 Pakatan Rakyat akan kekal ditangan anda semua! Kena bijak mempertahankan kemenangan!

    Wasalam

    Reply

    Abg.Din Reply:

    macamana nak olah cara yang jijik, baru nak buat dah kaki ampu (SPRM, Polis) datang cekup. Buat benda betul pun kena tangakap, inikan pula benda jijik.. Pakatan Rakyat mana ada penguat kuasa.. semua dah di kongker BN.. macam lanun keparat…BN

    Reply

    Abg.Din Reply:

    Nak olah macamana.. baru nak olah SPRM,Polis datang cekup.. Pakatan Rakyat mana ada penguatkuasa, BN dah kongker mereka ni semua.. macam lanun keparat..sepatut nya lindungi rakyat.. ini tak.. ugut rakyat lagi ada..Mahkamah lagi lah tak boleh percaya.. semua keputusan BN yang buat.. yang bersekongkol dgn BN jer yang betul, walaupun terang-terang salah.. macam kes di Perak.. mereka ni cuma jasad nama orang islam, tapi sebenar nya roh nya lebih teruk dari yahudi laknatullah, langsung tak beriman. Sanggup membunuh asalkan terus berkuasa.. sungguh bajingan…

    Reply

  3. 3 Adun BN Nov 6th, 2009 at 5:24 pm

    Politik punya pasal semua x berjaya…… jangan putus asa DSI.

    Reply

  4. 4 wan Nov 6th, 2009 at 5:42 pm

    kalau macam tu , apa yang nak dibicarakan lagi, bahan bukti tak ada, buang saja kes yang tak ada bukti, kalau ada bukti kenapa takut nak bagi, kita akan lawan tetap lawan Dato Sri, alang2 selok pekasam biar sampai kepanggal lengan.provokasi dah bermula, apa nak tunggu lagi, teruskan bicara , kita tgok apa yg mereka ada,…dedam kersuma umno pada anwar tak habis2.

    Reply

  5. 5 123456789 Nov 6th, 2009 at 5:44 pm

    cartoon betul lah hakim-hakim kat malaysia ni……
    mana nak letak muka hakim-hakim ni.. kalau anak cucu diorang tanya diorang…
    ni mahathir laknak lah yg punya kerja…
    merosakkan sistem undang2 malaysia….
    ko mati sok confirm masuk neraka jahanam..
    padan muka ko mahafiraun….

    Reply

    bujang Reply:

    hahahahha. memang itu yang aku nak komen tadi. syabas 123456789, ni semua mahathir punya keja asal. esok lusa nak mampus baru nak tobat. orang tua tak sedar diri.

    Reply

  6. 6 Eagle Nov 6th, 2009 at 6:28 pm

    Dah Kingaroo nak buat macam mana. Mari kita gempur mereka!!!

    Reply

  7. 7 storm62 Nov 6th, 2009 at 6:33 pm

    ala…kalo ada bukti, mai la kasi tunjuk dan selesaikan kes ini? janganlah duk simpan2 atau duk tipu kat sini…..ingat rakyat ini bodoh ke? kalo hakim2 atau pendakwa2 dah sama2 bodoh, jangan ingat rakyat pun bodoh!!!

    aku rasa kemungkinan satu bukti pun tarak….eeelek….ini semua sandiwara saje~!

    Reply

  8. 8 sjchange Nov 6th, 2009 at 7:37 pm

    What kind of judiciary?
    TTTTTerrrrribbbbbbbleeeeeee!

    Reply

  9. 9 azman Nov 6th, 2009 at 8:37 pm

    Apa dah jadi dengan malaysia,hak yg betul dinafikan…
    sama apa yang terjadi di Universiti Putra..
    Kontraktor kelas F disuruh buat kerja..tapi bayaran tidak mau dibuat..
    Vice cancelor buat pekak badak je…mampus 1 malaysia

    Reply

  10. 10 ericind Nov 6th, 2009 at 8:48 pm

    kesian kat 3 ekor hakim itu,pasal periok nasi seisi keluarga,maruah pun kena gadai,tak tau lah mcm mana nak jawab kat kubur nanti.

    Reply

  11. 11 sharosly Nov 6th, 2009 at 9:18 pm

    Walau tak dapat bukti atau contoh specimen si beruk tu, sabar datuk seri..lawan tetap lawan sampai terkencing barai si beruk upahan tu. Dengan barisan peguambela diketuai karpal singh dan dihakimi rakyat pasti kes mereka akan terlingkup dan hakim-hakim upahan umno akan kepanasan di mahkamah. LAWAN TETAP LAWAN..JANGAN UNDUR WALAU SEINCI.

    Reply

  12. 12 Ram Nov 6th, 2009 at 10:12 pm

    3Hakim ini betul tak atau keluar hoapital bahagia.
    didakwa tetapi pesalah tiada bukti apa salah yang dibuat.
    Ini 3 orang hakim ini orang UMNO ini.

    Pegi mampuslah kehakiman negara macam paria.

    Reply

  13. 13 arman Nov 6th, 2009 at 10:15 pm

    sudah terlalu banyak saat getir telah DSAI lalui, saya rasa DSAI cukup kuat untuk menempuh sekali lagi saat2 yang getir ini. sabar itu sebahagian daripada iman.

    inilah hakikat mahkamah cartoon Malaysia… istananya saja tersergam indah, nilainya hampas…

    sama macam kes2 besar sebelum ini,

    bila;
    hakim mahkamah mejestret jatuh hukum,
    hakim mahkamah tinggi kata hakim khilaf,
    hakim mahkamah rayuan kata hakim tersilap penghakiman,
    hakim mahkamah persekutuan pula kata tiada kuasa.

    bila;
    hakim mahkamah tinggi jatuh hukum,
    hakim mahkamah rayuan kata hakim khilaf,
    hakim mahkamah persekutuan pula hakim tersilap penghakiman.

    dimana capebeliti & transperensi mahkamah di Malaysia.
    sebab itulah dengan megahnya pemimpin2 corrup umno akan mengunakan ayat2 standard ini
    “kalau tak puas hati bawak lah ke mahkamah, Malaysia ada undang2″
    bila mereka mencabar pemimpin Pakatan Rakyat.

    Reply

  14. 14 Ram Nov 6th, 2009 at 10:17 pm

    Dulu mahathir control kehakiman negara,tak ikut cakap hakim kena buang
    sekarang hakim pekak tetap buat salah lagi.
    kebas rm 1000 kena tangkap
    orang kebas 1billion sudah tahu siapa bersalah ,kerajaan konon nak soal siat

    Reply

  15. 15 Ram Nov 6th, 2009 at 10:20 pm

    1malaysia advantage for UMNO ,to close people eye.
    Why only after 50years govt try support other race.
    Govt joker don’t trusttttttttttttttt this govt

    Reply

  16. 16 mat gram Nov 6th, 2009 at 10:23 pm

    keja bn memang mcm ni menipu membohong n mnfitnah rakyat dah muak dah

    Reply

  17. 17 baim Nov 6th, 2009 at 10:39 pm

    corect… corect.. corect

    Reply

    arman Reply:

    haa… haaaa…. correct… correctt…. correct….
    haa… yaa…. yaaaaa…. correct…. correct…. correct…

    Reply

  18. 18 OnePenang Nov 7th, 2009 at 2:31 am

    setuju pendapat seefu.tak lupa buletin tersebut haruslah berpatutan dan membina

    Reply

  19. 19 Azmil Nov 7th, 2009 at 3:49 am

    Defendant is not allowed access to evidence??? What crap!

    Reply

  20. 20 Husin Nov 7th, 2009 at 7:59 am

    kangaroo ke siput?

    justice delayed is justice denied.

    Reply

  21. 21 Abdullah Nov 7th, 2009 at 8:38 am

    Baca buku “Anwar On Trial”, sejarah akan berulang . Subahat, fitnah dan penipuan akan berterusan dengan kerjasama Peguam Negara dan sebilangan hakim2, sementara taghut akan terus mengilahamkan mereka. Apa ubatnya ? Semua tahu kan, teruskan perjuangan.

    Reply

  22. 22 perihatin Nov 8th, 2009 at 1:05 am

    berusahalah mengambil tindkan mahkamah luar Negara, atau mengambil world Human right untuk masuk campur secepat mungkin sebelim terlambat
    Kerana Mahkamah malaysia sudah tidak boleh dipakai lagi semua sudah disetkan.

    Reply

  23. 23 Anuar Gani Nov 8th, 2009 at 5:26 am

    sekarang ini strategi perlu diatur…

    tujuan kes dimahkamah ini antara lainnya untuk menyibukkan DSAI daripada mengatur langkah berikutnya…. mana tak nya, masa abis kena naik turun mahkamah je…

    tapi, syabas diucapkan kepada DSAI kerana mampu menyeimbangkan masa untuk kuatkan ikatan luar negara negara, dlm masa yg sama dlm negara….

    ingatlah sahabat2 sekalian, DSAI bukannya nak jadi Menteri Besar, beliau nak jadi PM.
    Kalau ada cadangan untuk kerajaan negeri, hubungilah Menteri Besar/ Ketua Menteri….

    ingat DSAI ni superman ka nak handle semua benda?? isu dasar, isu yg baru timbul, semua ini bolehla DSAI handle sendiri… tapi setakat isu buletin bulanan dsb, tidak patut dihandle oleh DSAI.

    Reply

  24. 24 orang BN Nov 9th, 2009 at 4:40 am

    kalu setakat nak blame kerajaan Bn buatv apa Bro.saya setuju dengan beberapa pendapat bahawa pakatan rakyat seharusnya memperbaiki kelemahan yang ada.singkirkan pemimpin yang menbawa kejatuhan kepada Pakatan.jgn hanya memainkan isu kelemahan BN sahaja.Pakatan juga mempunyai kelemahan tersendiri,kita dapat melihat kelemahan PKR di Sabah dan kerajaan Selangor.DiSabah sepatutnya tidak berlaku isu perebutan kuasa kerana bukan PKR yang menguasai kerajaan Sabah.PKR pusat seharusnya memberikan kuasa sepenuhnya kepada PKR sabah untuk memilih pemimpin.bukan melantik pemimpin dari Semenanjung untuk menerajui sabah.Dr Jeffry Kitingan dan sekutunya memang layak membuat perkara itu kerana sepatutnya beliaulah yang layak memimpin PKR sabah.diselangor pula,Menteri Besar yang ada sekarang ini adalah tidak layak memegang jawatan tersebut kerana lemah dari segi pentadbiran dan pengurusan.DSAI memilih pemimpin yang tidak layak untuk memimpin selangor.TanSri Khalid Ibrahim memang tidak layak menjadi menteri besar.orang-orang macam inilah sepatutnya PKR perlu singkir awal kerana mereka inilah punca membuatkan PKR tidak dapat merealisasikan kerajaan pusat.sekiranya PKR dapat mengatasi kelemahan yang ada,insyaallah PKR boleh memimpin kerajaan pusat.namunpun demikian apa yang saya sampaikan disini adalah PAKATAN masih belum boleh memimpin kerajaan malaysia,belum tiba masanya lagi tapi akan menjadi kerajaan juga sekiranya sudah matang.itu bergantung juga dengan parti BN,sekiranya parti kerajaan pusat membuat kerja dengan cemerlsng dan dapat membantu rakyat,maka makin lama lagi PKR memegang kerajaan malaysia.

    Reply

  25. 25 malaysiana Nov 10th, 2009 at 12:11 am

    Generasi malaysia muda terlepas pandang mengenai status mahkamah kita. Untuk menilai kehakiman negara ini sila baca 2 buku yang menarik: Mayday for Justice dalam bahasa Inggeris. Satu lagi versi melayu, Singa di bawah takhta dijerat. Kejadian 1988 menjadi titik tolak kehakiman hingga kini. Please google or search yang dimuat kedalam net. Sila lihat juga catatan sabri zain. Hakikatnya, politik berkaitan rapat dengan pendidikan. Pendidikan kita belum lagi first world class, lantaran itu kita ialah pendokong third world class. Feudalisma politik masih berakar umbi kalau tak seteruk 200 tahun lalu. Politik rantau ini masih tersirat simpul dengan kelas diraja hingga Abdullah Munshi tergamak mengatakan raja-raja melayu menyebabkan melayu mundur serta beku pemikirannya hingga terjajah dengan mudah. Dengan biadab beliau menghentam sistem pemerintahan yang ada di Melaka, Singapura, dll. Thesis ini masihkah boleh dipakai?

    Reply

  26. 26 noh Nov 10th, 2009 at 6:13 pm

    SARANKAN TGNA ISTIHARKAN SATU SOLAT HAJAT PERDANA SELURUH NEGARA MOGA ALLAH SELAMATKAN DSAI DLM KES INI DAN ALLAH SEGERA TIMPAKAN MUSIBAH KEPADA MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH DAN YANG BERSEKONGKOL DGNNYA SUPAYA MENJADI TAULADAN BAGI KITA SEMUA SUPAYA JANGAN MUDAH DAN SEWENANG-WENANGNYA MEMBUAT FITNAH YANG MENGAIBKAN SESIAPA.

    Reply

  27. 27 khafilah syuhada Nov 10th, 2009 at 9:02 pm

    ditakdirkan dsai kalah dan diperlakukan spt peristiwa hitam 1998 maka akan wujud org2 yg bakal menggantikan khafilah syuhada kini.imam samudera,amrozy,mukhlas malaysia akan benar2 wujud pasti akan membalas perbuatan jahat umno bn.klu altantuya itu bisa mereka letupkan kenapa tidak mereka pula yang patut menerimanya.????

    Reply

  28. 28 Hang Jebat Nov 11th, 2009 at 9:38 pm

    Apa lagi yg kita tinggal???? Undang-undang negara dibetuk hanya untuk mereka sejak kita merdeka. Hanya kuasa yg kita ada pujuk saudara mara kita pangkah PR. Jgn putus asa…kita tiada cara lain lagi…apa jenis hakim kay Malaysia ini.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Anwar gagal dapat bukti kes at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 6th, 2009 at 5:25 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Religion and Pluralism in a Divided World:  Public lecture by Anwar Ibrahim at the London School of Economic... http://bit.ly/c2yKdA
4 hours ago
anwaribrahim: London visit photos now online. See here http://bit.ly/av3cKS or here http://bit.ly/9T0tMO #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @exAvantz Sewajarnya mereka jawab dgn fakta dan hujah.Sebaliknya ugutan dan kuasa rakus. #fb
15 hours ago
anwaribrahim: @khalidkarim Persistent pressure!But I've gone true worse.Pray all is well #fb
15 hours ago

Galeri Flickr

_DSC1794_wb1 _DSC1759_wb1 _DSC1795_wb1 _DSC1775_wb1 _DSC1784_wb1 _DSC1824_wb1 _DSC1798_wb1 _DSC1833_wb1 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30