05
Nov
09

Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri

Tangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor semasa beliau berada di dalam majlis yang tertutup di sebuah kawasan perumahan pada 1 November kembali menimbulkan persoalan tentang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam.

Alasan yang dikemukakan oleh JAIS bahawa Dr. Asri tidak memiliki tauliah daripada JAIS untuk mengajar agama memperlihatkan percanggahan daripada prinsip kebebasan intelektual yang tercatat di dalam sejarah Islam. Dalam masa yang sama, ia juga menjadi senjata dan bahan bagi pengkritik JAIS selama ini untuk memperlihatkan bahawa JAIS tidak lebih daripada hanya perkakas dan alat segelintir tokoh-tokoh agama yang berkehendak untuk memaksa orang lain agar mengikut pandangan dan pendapat mereka semata. Dengan menyerbu satu majlis agama yang dikendalikan oleh seorang tokoh yang pernah menjadi Mufti kerajaan negeri dan seorang yang sekurang-kurangnya memiliki kelayakan akademik untuk menjelaskan ajaran Islam, tindakan JAIS ini hanya menzahirkan bahawa institusi itu tidak bersedia dan berkemampuan untuk berhujah dengan pengkritiknya di pentas intelektual dan terpaksa beralih kepada penggunaaan kuasa kekerasan.

Kami juga kesal terhadap sesetengah pihak yang terlalu mudah melabel dan menggelarkan para cendekiawan Islam berdasarkan pandangan mereka dengan maksud merosakkan imej keperibadian berbanding usaha untuk mendatangkan hujah dan pembuktian berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah. Dengan berdalilkan hujah lapuk kononnya demi melindungi komuniti umat Islam di Malaysia daripada kekeliruan, kumpulan-kumpulan ini telah mendedahkan kelemahan mereka untuk berpegang kepada semangat Islam sebaliknya hanya mencipta satu ruang untuk mereka berselindung tatkala dicabar secara intelektual.

Sekiranya kita meninjau kembali sejarah silam, faktor utama dunia Islam berkembang dengan pesatnya di zaman dahulu adalah kerana sifatnya yang tegas membela “kebebasan bersuara”, sepertimana yang dibuktikan oleh al-Hasyimi (sepupu kepada Khalifah al-Ma’mun) di dalam suratnya kepada musuhnya dalam usaha beliau untuk memenangi perubahan hati musuhnya itu melalui kebijaksanaan akal.

“Kemukakanlah apa sahaja alasan yang ingin kamu ketengahkan, dan ucapkanlah apa saja yang kamu mahu, serta suarakan apa yang ada di dalam fikiranmu. Sekarang ini kamu berada di dalam keadaan selamat sejahtera, maka suarakanlah apa saja yang kamu fikirkan, dan lantiklah hakim yang akan menghakimi diantara kita dengan adil, dan cenderunglah kamu kepada kebenaran, dan bebaskanlah diri kamu daripada runtunan nafsu. Sesungguhnya hakim yang sebenar adalah kebijaksanaan akalmu, yang mana dengannya Allah mempertanggungjawabkan kita di atas segala pilihan kita dalam perlakuan, samada balasan syurga ataupun siksaan neraka. Dengan itu aku telah berlaku adil kepadamu, dan memberikan kamu jaminan keselamatan, dan aku bersedia untuk menerima apa saja yang diputuskan oleh akal fikiranmu, samada ia cenderung kepadaku ataupun menyanggahiku. Kerana sesungguhnya: “Tidak ada sebarang paksaan dalam urusan kepercayaan (beragama)” [2:256] Dan aku mengajakmu untuk menerima hujjahku dengan hati yang terbuka, sepertimana aku juga telah menerangkan akan kesilapan peganganmu itu. Selamat sejahtera ke atasmu dan semoga kamu dirahmati Allah!”

Setiap manusia mempunyai hak yang telah dijamin oleh Al-Qur’an untuk secara sukarela menuruti dan menzahirkan keyakinannya tanpa mengira sama ada dia benar ataupun salah. Dengan menekankan hak manusiawi untuk bebas menuruti keyakinan yang ada di dalam hatinya, al-Qur’an sekaligus menjelaskan dasarnya yang sejak sebermula, yang dapat dijejaki dari zaman salah seorang Rasul yang paling awal iaitu Nuh a.s. “Berkata [Nuh]: Wahai kaumku! Apa pendapatmu, sekiranya benar aku berdiri di atas bukti yang nyata daripada Tuhanku, serta Dia mengurniakan rahmat kepadaku daripada sisiNya, kemudian bukti yang nyata dan rahmat itu menjadi kabur pada pandanganmu, sekiranya benar sedemikian itu, apakah mungkin kami memaksakan ia ke atasmu, sedangkan kamu tidak suka kepadanya?” [11:28]

Muslim Professionals Forum dan Islamic Renaissance Front mendesak JAIS untuk bersikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang dilaungkan sebagai pelindung agama. Jika tidak, JAIS hanya akan menjadi sebahagian daripada senarai panjang institusi rasmi yang perlu diubah sepenuhnya supaya Islam boleh kembali memiliki statusnya yang sebenar sebagai agama yang bersandarkan ilmu dan akal. Kami juga mendesak kumpulan dan gerakan Islam agar menghormati hak untuk berbeza pendapat dan menjunjung tinggi kebebasan bersuara, serta berhujah dengan kebijaksanaan dan bukan dengan keterangan cakap dengar atau serangan peribadi kerana itulah satu-satunya cara yang dianjurkan agama dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam.

Dr Ahmad Farouk Musa
Dr Sheik Johari Bux
Manan Razali
Dr Mazeni Alwi
Dr Musa Nordin
Dr Jeffrey Hassan
Ali Ghazali

Lembaga Pengarah
Muslim Professionals Forum [MPF]
Islamic Renaissance Front [IRF]

———————————————————————————————————————————————————————————

MPF/IRF Joint Statement on Dr Asri’s Debacle
2009-11-05

The arrest of former Perlis Mufti, Dr Asri Zainul Abidin by officials of the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) at a private function in a residential area on November 1 brings into question again the intellectual freedom in Malaysia, vis-à-vis Islam.

The excuse given by JAIS that Dr Asri did not have the religious credentials from JAIS to teach Islam runs counter to the spirit of intellectual freedom in the history of Islam. It also gives ammunition to JAIS’s detractors and critics over the years that the Department is nothing more than a tool of a small group of religious scholars who are bent on imposing their views on others. By raiding a religious talk by someone who was once a government Mufti, and who, to say the least, has the necessary academic qualifications to explain Islamic beliefs, JAIS has only shown that it is ill-equipped to take on its critics on an intellectual platform, and has to resort to high-handed tactics.

We also regret that certain quarters have been too liberal in labeling and branding Muslim scholars on the basis of their opinions, with a view to disparage the person instead of countering their opinions with proofs and arguments based on the Qur’an and Sunnah. By invoking the age-old argument of protecting the Muslim community in Malaysia from confusion, these groups have exposed their inability to grasp the spirit of Islam and have only created a hole for them to hide into every time they are intellectually challenged.

If one were to look back into history, the reason the Islamic world flourished during the earlier period was an early emphasis on “freedom of speech”, as summarized by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma’mun) in the following letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason:
“Bring forward all the arguments you wish and say whatever you please and speak your mind freely. Now that you are safe and free to say whatever you please, appoint some arbitrator who will impartially judge between us and lean only towards the truth and be free from the slyness of passion and that arbitrator shall be Reason, whereby God makes us responsible for our own rewards and punishments. Herein I have dealt justly with you and have given you full security and am ready to accept whatever decision Reason may give for me or against me. For “There shall be no coercion in matters of faith” [2: 256] and I have only invited you to accept our faith willingly and of your own accord and have pointed out the hideousness of your present belief. Peace be with you and the blessings of God!”

Every person has the right, guaranteed by the Qur’an, to freely follow and express his convictions, irrespective of whether he is right or wrong. By emphasizing people’s right to follow their conviction, the Qur’an reiterates a long standing position, which it traces back to one of the earliest known Prophets, Noah: “Said [Noah]: O my people! What do you think? If [it be true that] I am taking my stand on a clear evidence from my Sustainer, who has vouched safe unto me grace from himself – [a revelation] to which you have remained blind – [if this be true] can we force it on you even though it be hateful to you? [11:28]

Muslim Professionals Forum and Islamic Renaissance Front call upon JAIS to be sincere in discharging their duties as protectors of faith. Otherwise, JAIS will be just another among a long list of official institutions that need to be thoroughly revamped in order for Islam to reclaim its rightful status as a religion of reason and knowledge. We also call upon Muslim groups to respect the right to dissent and to uphold freedom of expression, and to argue based on wisdom and not on hearsay or personal attacks, as it is the only Islamic way of dealing with issues affecting the Ummah.

Dr Ahmad Farouk Musa
Dr Sheik Johari Bux
Manan Razali
Dr Mazeni Alwi
Dr Musa Nordin
Dr Jeffrey Hassan
Ali Ghazali

Board of Directors
Muslim Professionals Forum [MPF]
Islamic Renaissance Front [IRF]


12 Responses to “Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri”


  1. 1 Lu Fikir Lah Sendiri Nov 6th, 2009 at 12:58 am

    Semua pihak mengemukakan pelbagai pandangan dan tanggapan mengenainya. Bagi saya, JAIS telah bertindak secara tepat berdasarkan Akta Kesalahan Syariah 559, 560, 561 yang digunapakai seluruh negeri2 di Malaysia dan Enakmen yang sedia ada di negeri Selangor di bawah kuasa Sultan sebagai Ketua Agama. Menahan mana-mana penceramah agama tanpa tauliah adalah prosedur biasa. Ia dirangka dan digunakan bagi menyeragam dan menjamin keharmonian agama di negara ini. Pendek kata, bukan sekadar JAIS, bahkan semua Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Kuasa Sultan. Tidak menghormati peruntukan ini adalah beerti menderhaka kepada Baginda Sultan dalam negeri berkenaan.

    Pihak Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai bidang kuasa untuk menahan sesiapa sahaja yang didapati berceramah agama tanpa tauliah tanpa mengira kedudukan profesional, akademik @ sosial individu berkenaan. Namun di dalam enakmen yang berkaitan, tauliah boleh dikecualikan. Contohnya, jika individu tersebut mendapat jemputan ‘rasmi’ sebagai penceramah dari pihak berkuasa Agama Negeri (Jabatan Agama, Majlis Agama dan Jabatan Mufti). Atau menjadi tetamu istimewa Baginda Sultan. Memandangkan, Dr Mohd Asri tidak memiliki tauliah mengajar Agama Negeri Selangor, maka penahanan beliau adalah sesuatu yang biasa berlaku. Beliau juga boleh ditahan dimana-mana negeri sekalipun atas kes yang sama.

    Sebenarnya, pihak berkuasa agama tidaklah terlalu ‘jumud’ dalam mengendalikan isu tauliah. Mana2 individu yang ikhlas berdakwah, menguasai disiplin ilmu agama, kebolehan @ kepakaran di bidang agama adalah dibenarkan berceramah. Kebenaran ini diberikan selagi mana penceramah berkenaan tidak menyampaikan pandangan yang bertentangan dengan fatwa yang sedang berkuatkuasa, tidak melibatkan politik kepartian dan tidak mencetuskan kontroversi agama. Atau tidak timbul sebarang laporan dari penduduk terhadap ceramah yang disampaikan. Jabatan Agama Islam mengenalpasti ramai yang tidak mempunyai tauliah. Tetapi, Jabatan masih tidak mengambil sebarang tindakan drastik untuk menahan mana-mana pendakwah. Sebaliknya, pihak Jabatan Agama sanggup mengeluarkan budget serta memberikan ruang dan peluang untuk memohon tauliah.

    Namun, jika terdapat mana-mana penceramah cuba menyampaikan fahaman yang bertentangan dengan fatwa, politik kepartian, mencetuskan kontroversi..dan wujudnya aduan.. pihak berkuasa Agama Islam boleh mengambil tindakan ke atas penceramah berkenaan. Dan penahanan dilakukan mengikut manual prosedur yang digunapakai seluruh negara. Justeru, saya sifatkan penahanan Dr Mohd Asri @ sesiapa sahaja adalah berdasarkan kepada prosedur biasa yang sedia ada. Ia bukannya isu besar yang perlu diperbesarkan oleh orang kenamaan, ahli politik, pertubuhan atau orang awam. Saya menyeru semua pihak agar jangan gelabah. Kita semua perlu bertenang. Biarkan pihak berkuasa Agama menguruskan bidang tugas mereka. Dan bersama kita menunggu kertas pertuduhan yang bakal dibacakan ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang agama. Apabila pertuduhan dibacakan, baru kita jelas dengan kesalahan yang dilakukan. Ketika itu, anda berhak anda tidak untuk mengaku bersalah atau mendapatkan khidmat guaman. Prosedur ini selari dengan hak asasi manusia. Dan semestinya anda tidak boleh menafikan hak pihak berkuasa menjalankan tugas. Dan dalam masa yang sama, anda boleh mendapatkan hak asasi sebagai manusia biasa. Cuba bertenang..ketenangan sesuatu yang indah bagi manusia.

    Reply

    Keliru Reply:

    Tapi bagaimana dengan penyingkiran Allahyarham bekas mufti Selangor, Dato Ishak Baharom dalam kes ratu cantik yang diwakili oleh wanita melayu?.

    Tindakan dan sokongan dari kita dalam hal tersebut?.

    Reply

    Just Sharing Reply:

    Dalam kes arwah Dato Ishak Baharom sebenarnya ada campur tangan politik oleh puak2 Tun M. Dalam kes Bekas Nasihat (BN) Sultan atau dipanggil MUFTI ini, tindakan JAIS lebih bebas bertindak dari dibelenggu oleh pihak-pihak Be End namun ianya tetap dipertikaikan. Sungguhpun begitu bukanlah tindakan JAIS tersebut sebagai mendokongi Pakatan Rakyat. Prisip JAIS, Adil, yang salah tetap salah. JAIS telah cuba untuk menangkap dan menahan BN dari tahun 2004 lagi namun dihalang oleh orang-orang Be End sebagai patung atau tangan ghaib ketika itu.

    Sebagai contoh semasa di tawan Be End oleh Dato Rahman Palil, beliau banyak menghalang apa-apa operasi yang berkaitan penguatkuasaan seperti Arak, Khalwat, Ajaran Sesat sehingga memakan masa yang lama. Apabila kertas kerja diserahkan untuk mendapat kelulusan acapkali ditolak dan dinafikan hak untuk bertindak meskipun melalui prosedur yang tertera dalam Enakmen Negeri Selangor 1995.

    Sebaliknya berlaku di era Dr Hasan Ali, beliau lebih memberi ruang terbuka untuk pegawainya bertindak namun kerap berpesan agar tidak berlaku semula peristiwa aib semasa penubuhan BADAR. Semoga kerajaan di bawah PR akan memberi sinar baru kepada JAIS dalam mendepani masalah gejalah akidah, sosial, syariah di kalangan umat Islam khususnya di Selangor.

    JAIS amat-amat berharap sokongan rakyat dapat bersama-sama seiring dan sejalan dalam membasmi salah berkaitan agama secara berjemaah. Krintik dalam membina amat dihargai, kritik membabi buta seperti meludah kelangit.

    Reply

  2. 2 anak muda Nov 6th, 2009 at 1:07 am

    Mentang2 dia tu populor dan dan semua pihak duduk belakang dia sehingga najis pun nampak seperti bungga. Sekurang2nya pihak JAIS telah berusaha berlaku adil sungguhpun yang bersalah itu adalah bekas mufti. Rasul pun JAIS tangkap (Kahar Ahmad) apakan pula mufti, Kecil jer tu namun golongan bersalah selalu diwar-warkan oleh media, kalau tak, tak jadilah berita.

    Tak tahu, diam lebih INDAH

    Reply

  3. 3 kassim Nov 6th, 2009 at 2:15 am

    Boleh bebas bersuara..tetapi kalau bab akidah pun d beri kebebasan, bahaya tuan..kita mempertahankan Ahlussunnah Wal Jamaah yg diasaskan oleh Imam Abu Al Asyaari wa Imam Abu Mansur Al- Maturidi.. Bukan nya membiarkan fahaman Muhammad Abdul Wahab terus tersebar d negara ini..Harap anda faham apa yg ada dsebalik tauliah tersebut…

    kok semata2 Asri ada PHD bermakna dia lebih hebat dr ulama2 muktabar syafie, hambali, maliki n Hanafi sampai ada mazhab Sunnah Perlis???

    hatta Imam Al-Ghazali, Imam Nawawi, Imamul Haddad yg sudah pasti Mujtahid inipun bermazhab kan Syafie, inikan pula Asri yg hanya ustaz sijil jer belagak nak mampuss…Tak Tau malu punyer bekas Mufti..

    Reply

    anak selangor Reply:

    saya sokong tindakan JAIS ambil tindakan keatas mana-mana orang yang langgar peraturan kerajaan negeri selangor kita.Sultan Selangor sebagai ketua agama telah beri mandat kepada JAIS oleh itu mana-mana orang langgar peraturan maknanya dia DERHAKA KEPADA TUANKU SULTAN SELANGOR.
    Di Negeri selangor ramai lagi tokoh agama alim ulama yang boleh dirujuk,tak perlu cari orang luar yang bersikap anggkuh dengan PHD nya. pemimpin2 dan orang awam tak patut komen dan halang tindakan JAIS yang dibuat ikut peraturan.

    Reply

  4. 4 Najib76 Nov 6th, 2009 at 11:40 am

    Salam…

    1. Ada pro dan kontra dalam kes Ustaz Asri…

    2. Kedua-dua pihak perlu bertenang….bak kata Ustaz Zaharuddin …..
    sudah-sudahlah berbalah…berdamailah…

    Reply

  5. 5 n. ajis Nov 9th, 2009 at 1:05 pm

    Kalau ada kes, mengapa sampai hari ini tidak ada pertuduhan? Adakah JAIS takut pecah tembelang kerana dakwaan dr asri membawa ajaran wahhabi hanya dakwaan palsu serta tidak berasas? Adakah seseorang yang mengajak kembali kepada al-quran dan sunnah yang tulen patut digelar wahhabi? Sampai hari ini tidak ada kenyataan yang jelas dari JAIS berkenaan apa itu wahhabi dan di mana kesalahan dr maza sehingga dikatakan wahhabi. Umat Islam sepatutnya menerima kepelbagaian mazhab selagi mana ia berdalilkan dua sumber agung Islam. Bukan menyalahgunakan kuasa pentauliahan untuk menangkap ulama yang berbeza pandangan dengan pihak berkuasa. Benar, beberapa pandangan dr maza tidak selari dengan mazhab shafie tetapi mengambil pandangan mazhab hanbali, maliki dan hanafi. Adakah itu suatu kesesatan? Jika itu suatu kesesatan, adakah orang yang membayar zakat fitrah menggunakan wang, yang berbeza dengan mazhab shafie itu sesat? Zakat pendapatan juga tidak ada dalm mazhab shafie, maka adakah sesat kita mengambil pandangan daripada mazhab selain shafie? Tidakkah imam ahmad bin hanbal sebahagian ulama ahli sunnah wal jamaah yang kita hormati? Islam ini luas, selagi mana pendapat tertentu disokong dengan dalil2 dan nas2 quran dan hadis, maka ia tidaklah tertolak. Lebih2 lagi dalam arus globalisasi di mana pendapat2 ulama besar di seluruh dunia boleh dicapai dengan hanya satu “klik” di internet, penyebaran ilmu tidak mungkin boleh dihalang.

    Reply

  6. 6 n.ajis Nov 9th, 2009 at 3:59 pm

    Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti. Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!. Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi’i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi’i, terutamanya dalam fiqh muamalat.

    Reply

  7. 7 Jamil Nov 12th, 2009 at 12:05 am

    Panduan kita

    Kata setiap manusia boleh diterima atau ditolak. Kecuali kata-kata Nabi dan juga ayat Al-Quran.

    Kekeliruan dalam masyarakat berlaku apabila media digunakan untuk medan perbahasan bagi mengulas pelbagai hukum feqah yang telah dibuat oleh ulamak terdahulu. Imam Shafie, Imam Hanafi, Imam Malik dan Imam Hambali telah meninggal dunia dan hanya meninggalkan kitab-kitab. Adalah amat tidak adil jika memberikan komen mengenai diri mereka diketika mereka tidak boleh menjawab dan menerangkan sebab musabab mereka melakukan fatwa berkenaan. Kita menilai berdasarkan kepada pendapat yang kita fahami melalui buku-buku mereka sahaja.

    Kita hidup di zaman yang berbeza dengan iman yang empat. Zaman mereka tiada kemudahan teknologi canggih spt Internet, kapal terbang, tv, telefon dan lain2. Diketika itu, mungkin sebahagian daripada maklumat tidak ditemui oleh imam empat dan mereka membuat fatwa berdasarkan ilmu mereka sahaja.

    Sayugia di zaman ini- ulama’ boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan mazhab fiqh sedunia yang menghasilkan panduan bersepadu dengan bersandarkan kepada nas-nas al-quran dan hadis-hadis sahih. Ulama tersohor spt Yusuf Qardhawi, Wahbah Zuhaili dll boleh menjadi pasukan ini.

    Insya Allah. Jika ada kumpulan ini membuat fatwa maka ia tidak akan ditolak oleh mana2 pihak kerana adalah mazhab feqah yang paling tepat dan sahih.

    Kepada Allah kita pohon petunjuk kearah jalan kebenaran.

    Reply

  8. 8 Muhammad Zainal Nov 12th, 2009 at 9:42 am

    Saudaru,

    Berfikirlah dengan bimbinganNYA

    Penangkapan Dr Mohd Asri adalah bertepatan dengan fitrah kebangkitan Islam itu sendiri dan merupakan ketetapan TUHAN. Cuma yang melaksanakannya manusia yang kerdil serta serba kekurangan.

    Dr Mohd Asri memperlihatkan dirinya berilmu sebab dia belajar dan menuntut ilmu.
    Tapi dari tingkahlaku dan kenyataan yang dikeluarkan, memperlihatkan ia tidak mempunyai Asas kefahaman Islam yang jelas, dimana dia sendiri sebenarnya dalam KEKELIRUAN APA ITU ISLAM. Dia gagal untuk memimpin dan membimbing orang lain untuk memahami kefahaman Islam bahkan telah menimbulkan banyak kerosakan dan perpecahan dalam Islam secara nyata.

    Hentam itu dan hentam ini adalah merupakan perpecahan.

    Dia sendiri hentam orang lain, jelas memperlihatkan kedangkalan Asas Kefahaman Islam yang dimiliki.

    Berdasarkan Firman Tuhan didalam Alquran 30:30, 30:31, 30:32, ada benarnya Kefahaman Islamnya boleh dikategorikan keliru dan terpesong dan bukan dia saja tetapi ramai lagi.

    Saya yang jahil pun nampak akan keliruan Asas Kefahaman Islam disebabkan ilmunya yang tinggi itu sendiri.

    Ingatlah!!
    Islam itu agama Tuhan untuk manusia berdasarkan fitrahnya

    Tetapi apa yang dapat kita perhatikan adalah penciptaan kefahaman Islam baru yang boleh digambarkan sebagai agama untuk Tuhan,

    Inilah yang berlaku,oleh itu perlu ada usaha untuk menghalangnya.
    Mungkin berdasarkan Peruntukan Perundangan yang ada, Usaha penangkap beliau dapat dilaksanakan. Namun begitu pihak yang berwajib mempunyai kelemahan yang perlu dihormati dan jangan terus dipertikaikan.

    Nilailah !!

    Apa sumbangan Dr Mohd Asri, tiada yang berguna selain banyak menerbitkan kekeliruan dan perpecahan di dalam Asas Kefahaman Islam.

    Islam adalah agama yang mudah untuk difahami, akan tetapi yang banyak mengelirukan adalah orang-orang yang berilmu tanpa kefahaman.

    Sama-samalah kita bersolat istiharah bagi mendapatkan pertunjuk Allah swt dalam menentukan kebenaran tindakkan yang telah diambil.

    Orang Islam yang mengunakan akal dan rasional tanpa bimbinganNYA adalah dalam kesesatan. Ini kerana akal kita sememangnya berfitrah memiliki kelemahan sebagai satu ketentuan TUHAN.

    Wasalam

    Semenanjung Emas Idea

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 5th, 2009 at 8:26 pm

Leave a Reply