04
Nov
09

Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja…

Dari Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.

Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.

Dewan menjadi kecoh dengan jawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.

Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.

Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib

“Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan,” kata Najib.

“Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan,” sindir Najib.

Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri.

Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan.

“Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?” soal Siti Zailah dengan nada yang tegas.

“Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan.”

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut.

“Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?” soalnya lagi.

Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut.

“Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan…kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat,” kata Najib.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu.

Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.

Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat.

Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.

Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.

Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.

Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.

Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.

Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini.


20 Responses to “Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja…”


  1. 1 radin ikhwan Nov 4th, 2009 at 3:02 pm

    inilah dia ketokohan perdana menteri yang rakyat 1 malaysia pilih utk menkadi pm.sbg rakyat malaysia yang bermaruah tak malukah kita dgn sikap pm sebegini???fikir2 kan lah wahai rakyat malaysia yg masih punyai maruah dan harga diri.org beginikah yg masih kita nak angkat jd pemimpin???

    Reply

    kublai khan Reply:

    Kenapa sebut “wang ehsan” sedangkan wang itu hak mutlak Rakyat. ehsan seolah olah diberi atas sifat kesian!! sedangkan wang tersebut milik rakyat bukan milik UMNO. Inilah yang di gelar sikudung dapat jari. dalam sebuah Negara yang punya lebih dari sepuluh buah U IPTA dan berpuluh puluh IPTS UMNO masih mahu menperbodohkan Rakyat???

    Jika kita memiliki sebegitu banyak U tertapi rakyat punya minda sembab rasanya ada yang tak kena dengan sistem penbelajaran kita. Aku cukup malau dengan cara MP MP berbehas ini bukankah isu yang cukup kecil pada mata rakyat wang tu wang rakyat yang semua MP bertekak dan bergaduh tu buat apa!! kekadang Rakyat melihat semua MP sama da PM dan yang lain . cukup memalukan saya sebagai Rakyat amat sedih dengan budi bicara ini. saya langsung tidak boleh terima cara UMNO BN menahan wang Rakyat kenapa wang tersebut harus di perbahaskan Ikut sahaja perjanjian yang telah di persetujui dalam perjanjian tersebut. kenapa Rakyat harus menerima kesannya dari permilihan serta semua yang berkuasa nak tunjuk kuasa tahukah kamu semua bahawa wang itu wang rakyat. kenapa bodoh sangat !!!!

    jangan sampai rakyat kecewa dengan sikap penguasa!! kesanya cukup buruk!!!

    Reply

  2. 2 Boring Nov 4th, 2009 at 4:08 pm

    The Kelantan State Govn should Sue the Federal Govn for whatever Money due to the Kelantan People.
    Take back whatever Money rightfully belong to Kelantan for development…or it will be Corrupted and Commission’s away.

    Year in Year out we hear that the State are not Develop under the Opp…tell them with the Money Who Does Not Knpw How To Develop Or Do For The People…!!!

    Reply

    Kelantan Chinese Reply:

    Please, Mr Prime Minister.
    Rakyat Kelantan are not beggars, mind you!
    We deserve what is due to us!

    Reply

  3. 3 Serious Shepherd Nov 4th, 2009 at 6:10 pm

    Nampaknya rakyat Kelantan perlulah bersedia menghadapi:

    - Makmal komputer baru, dan runtuh beberapa tahun kemudian
    - Bumbung Stadium Sultan Muhamad IV yang baru, dan runtuh beberapa tahun kemudian
    - Taman Tamadun Islam yang akan dibina oleh Asy-Syeikh Patrick Lim
    - Masjid Kristal di kawasan mana entah, imamnya akan dilantik oleh Asy-Syeikh Patrick Lim
    - Monsoon Cup Kelantan, di mana rakyat Kelantan cuma boleh jual goreng pisang

    Reply

  4. 4 zamy Nov 4th, 2009 at 6:20 pm

    Maka terserlah sifat sebenarnye PM satu Malaysia….iaitu seorang Pembohong…dan sanggup membohong Satu Malaysia khususnye rakyat kelantan……dan maka kebenaran terserlah kepda sifat mereka melalui slogan SATU PEMBOHONG (PM PEMBOHONG )…KRONI DIDAHULUKAN (sbb mereka telah mengujudkan wang ehsan utk di mentekedarahkan oleh perasuah didlam UMNO (RASUAH DIUTAMAKAN)…yg berada diKelantan……Oleh itu bangkitlah rakyat Malaysia……buka mata anda……jg hanya dijeling saje kebobrokan yg dilakukan penyamun,lanun perompak UMNO-BN nie….mari kita ajar mereka supaya mereka menggunakan undang2 yg mereka cipta dulu dan jgn cuba nak merubah dan memutarbelitkan fakta yg sebegitu jelas dan tepat….marimkita ajar pembohong2 nie….Ummmmph Nooo Be eNd…..

    Reply

  5. 5 othman Nov 4th, 2009 at 9:26 pm

    Sungguh malang rakyat Malaysia mempunyai PM yang paling bodoh dalam dunia. Kita dapat PM yang tidak tahu matematik. Rasa saya PM kita ini terlalu bodoh tentang matematik asas. Adakah dia tahu jarak 3 batu nautikal dari pantai. Maksud dari pantai adalah gigi air laut semasa surut. Ini adalah asas pengajian geologi. 1 batu nautikal sama dengan 1.151 batu biasa atau meyamai 1.852 km. Jika 3 batu nautikal ianya sama dengan 5.557 km. Jaraknya sama dengan jarak rumah saya ke pasar kerpan. Jauh tuu. Rasa-rasa Najib ada tak kapal yang berlayar jarak kurang daripada 5.557 km dari pantai. Selain kapal nelayan yang dapat elaun nelayan. Dari segi akal logik adakah Najib ini tahu atau tidak jarak 3 mile nautical…..heeee

    Reply

  6. 6 Abdullah Nov 4th, 2009 at 10:28 pm

    Sepatutnya PM Najib tidak ikut berbuat dosa seperti Mahathir. Beranikan diri untuk melakukan kebenaran.Baca semula fasal 4 di dalam perjanjian Petronas dengan Kerajaan-kerajaan negeri. Jika wang ehsan diberikan melalui Jabtan Pembangunan Persekutuan seperti di Trengganu, orang Kelantan tak mahu projek seperti Crystal Mosque yang tak boleh berjemaah untuk sembahyang dan Monson Cup yang memperkayakan kroni UMNO, sedangkan rakyat terus merana kemiskinan. Selepas itu satu demi satu projek tu akan roboh.
    Fahamilah apa yang Tuhan selalu pesan di dalam Quran tentang cara membelanjakan kekayaan yang Tuhan berikan, bukan bukan ke jalan taghut. YAB PM diamanahkan Allah melakukan keadilan.

    Reply

  7. 7 Satu-satu Nov 4th, 2009 at 10:40 pm

    Mana dia slogan ‘Rakyat didahulukan,Prestasi diutamakan’ Inilah dia cakap tak serupa bikin, dia kata nak benteras rasuah tapi salur kat member-member dia jugak. Geng-geng ni tengah conggak-congak komisenla apa lagi. Sikit hari lagi adalah projek macam stadium roboh, tu jaga-jaga la rakyat kelantan. kesian kat demo, dah macam pengemis pulok dapat wang ehsan dari kerajaan BN kalau ayat royalti tu best sikit macam bisness partnership.

    Reply

  8. 8 koboii Nov 6th, 2009 at 3:21 pm

    ha.. ha.. PM Msia buat lawak. (sambil tergulung2 ketawa terbahak2)

    Reply

  9. 9 koboii Nov 6th, 2009 at 3:23 pm

    Ha.. ha.. ha.. PM Msia buat lawak. (sambil terguling2 ketawa terbahak2) Ada bakat buat skrip Raja Lawak.

    Reply

  10. 10 sukma.angin Nov 7th, 2009 at 8:32 am

    Wang ehsan? Ini hasil bijak pandai yang merangka ECER?

    Sudahlah kekayaan negeri dalam laut seluruh generasi pemimpin no 1 umno taji, rakyat negeri kelantan DS Najib nak bagi wang ehsan?

    Fikir balik, ramaikah rakyat Kelantan yang menjadi pemegang saham dalam Petronas?

    20% ? 10% ? 5?

    Atau DS Najib ini nak kayakan rakyat Pahang terlebih dahulu sebelum Kelantan dari segi pendapatan per kapita? Kalau nak kaya pergilah tolong pekebun-pekebun Cameroon Highland yang tertekan akibat lambakan sayur import yang murah. Atau banyakkan unjam-unjam dari perairan Rompin hingga ke Endau agar lebih banyak hasil tangkapan ikan dapat dibuat. Pergi hantar pemimpin-pemimpin persatuan ke Thailand atau Vietnam untuk melihat cara mereka yang effisyen. Kenapa guna Petronas untuk strategi kenegerian?

    kalau macam itu, tidak ada beza UMNO dengan penjarah. Tidak ada perasaan hormat langsung kepada tuan tanah. Pulangkan segera royalti hasil minyak itu kepada Kelantan!

    Reply

  11. 11 klate Nov 11th, 2009 at 4:01 pm

    Syukur gapo hok dapat.sama2 membangun maju. bukan sama2 menjatuhkan satu sama lain

    Reply

  12. 12 sayaku Nov 13th, 2009 at 11:48 pm

    Apalah ‘barua’ semua ni nak sibuk sangat. Sama ada ehsan atau royalti, kedua-duanya adalah pemberian. Bila orang dah beri, kita terima ajelah. Mungkin tidak sama dengan ‘sumbangan ikhlas’ yang dihulurkan oleh penderma-penderma bawah pokok atau kopiah putih yang berlaku setiap kali ceramah carutan dan cemuhan yang disampaikan pemidato-pemidato unggul yang berada dalam pakatan.

    Selagi kerajaan negeri tidak berseteru dengan kerajaan pusat, pemberian itu wajar diberi secara langsung. Bolehlah disebut sebagai royalti. Masalahnya sekarang, kerajaan negeri seronok sangat menghentam kerajaan pusat; apa kejadahnya ni? Kalau anak sekalian barua ini asyik kenakan sepak terajang kepada emak bapak diorang, adakah emak bapak diorang berikan sesuatu seikhlas kepada anak-anak yang selalu mendengar kata? Beri tetap beri selagi ianya nafkah yang berhak diberi. Kalau kepada anak yang baik diberi secara langsung, kepada anak yang derhaka tadi mungkin diberi melalui anak-anak yang baik tadi. Masa inilah kalau nak berpesan pun. Kirimlah pesan elok-elok kut kut anak yang derhaka tadi nak dengar kata. Kalau ditegur secara langsung, mungkin kena herdik. Pandai-pandailah kalau nak betulkan keadaan.

    Kepada barua-barua yang telah memberi komen kepada tulisan Pembawa Harapan Baru kepada Rakyat Malaysia yang sentiasa membodohkan orang ini, mungkin terikut-ikut dengan ungkapan yang sering diucapkan oleh beliau. Bagi beliau, dirinya sahajalah yang cerdik dan bijak menguruskan sebuah negara yang setahu saya segala keputusan tindakannya adalah mengikut telunjuk adik kepada parti memerintah sebuah negara yang sering perang dingin dengan kita. Adik kepada parti ini seronok sangatlah dapat ketua pembangkang yang menjadi Pembawa Harapan Baru kerana mereka tahu bahawa beliau adalah sokong membawa rebah kepada orang Melayu. Mereka akan perkudakan sepenuhnya sehingga suatu masa nanti beliau betul-betul tidak bermaya lagi untuk membetulkan kesilapan yang disedari seawal beliau melancarkan perang dendamnya kepada sekalian penghalang cita-citanya.

    Marilah kita sama-sama belajar menerima dan berterima kasih kepada suatu pemberian. Semua itu adalah rezeki yang disampaikan oleh Allah melalui jalan dan cara yang telah ditentukanNya. Kalau dengan DAP, ‘pencetus barua’ boleh belajar menerima syarat-syarat yang dikenakan walaupun ‘beronak’, cubalah bersikap yang sama terhadap musuh yang satu kalimah dengan kita. Nampaknya, pencetus barua seakan sudah berputus harap untuk berdakwah kepada saudara seagamanya yang pada tanggapan beliau saudara-saudaranya ini tidak akan masuk syurga lagi. Kalau pencetus barua adalah pendokong agama tulen, kenapa nampakkan ‘putus harap’nya itu. Pas boleh berkompromi dengan DAP; kenapa tidak dengan Umno. Kalau Pas boleh terima persamaan dengan DAP untuk menumbangkan kerajaan memerintah, kenapa tidak boleh terima persamaan dengan Umno yang sebangsa dan seagama (kecuali Pas menafikan orang-orang Umno beragama Islam) untuk sama-sama memerintah dan membangunkan negara ini? Kalau bersama DAP dan PKR untuk ‘menumbang/menjatuhkan’, tidak bolehkah Pas bersama-sama dengan Umno untuk ‘membangunkan’ tanah air tercinta ini mengikut wadah keimanan yang diperjuangkan oleh Pas dan Umno. Kalau cara Umno tidak kena mengikut wajaran Pas, tidak bolehkah Pas bertoleransi dan ambil masa untuk mewujudkan persamaan yang betul-betul sekufu. Melihat kepada kewarakan pencetus barua, beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan Umno sebagaimana yang pernah dicetuskan oleh Presidennya tetapi keegoannya tidak mudah ditundukkan. Itulah akibatnya bila seseorang itu dinobatkan sebagai mursyid dan empunya diri menerimanya dengan penuh kebanggaan kerana diletakkan di puncak hirarki sesebuah organisasi sehingga banyak tindakan yang dilakukan telah menyerlahkan empunya diri boleh menentukan nasib seseorang setelah mati.

    Walau apapun keadaan kitaran politik di negara kita, masing-masing boleh baca kelemahan pemimpin Melayu beragama Islam dalam Pakatan Rakyat yang boleh ditundukkan dengan ilmu penunduk DAP. Mungkin para pemimpin ini adalah gajah yang telah diugut untuk dibangunkan oleh seekor tikus yang tahu kelemahan gajah tersebut (berbisik di telinga gajah untuk menjentik batunya) sehingga berjaya dibangunkan (kalahkan kekerasan pendirian) dihadapan seorang raja dan sekalian rakyat. Kalau begitulah analoginya, tidak syak lagi terbuktilah sudah bahawa GAH yang ditonjolkan oleh pemimpin Melayu beragama Islam daripada Pakatan Rakyat adalah kalangan mereka yang betul-betul DAYUS yang sanggup melihat anak bangsanya merana di atas limpahan air mata yang tertumpah di bumi sendiri.

    Kepada semua pemimpin negara yang sedang memikul amanah rakyat, toleh boleh tetapi jangan sekali-kali terpengaruh oleh kalangan SNIOP daripada Pakatan Rakyat. Mereka akan terus berperanan sebagai SNIOP yang bergembira melihat porak peranda dalam sebuah negara dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional hari ini. Hidup BN (Bina Negara), berkubur PR (Pengancam Rakyat). Amin!

    Reply

  13. 13 hamizu Jan 31st, 2010 at 3:38 am

    kenapa d sebut wang ihsan???
    jijik aku mendengarnye…..
    royalti la…ambik minyak kawasan kelantan,
    tpi tengok lah masa hadapan….
    kerajaan barisan nasional akan hancur…..
    sokong la parti alternatif….

    Reply

  14. 14 hamizu Jan 31st, 2010 at 3:45 am

    bangun rakyat kelantan….kite tidak rela hak kite d ambil….tengok kerajaan jiran kite setelah minyak dan gas diambil sejal seabad…ape yang kerajaan mereka dapat???
    teraf idup negeri mereka adakah yang terbaik???
    fikirkan…untuk tolong rakyat,,,wang ikhsan…
    untuk tolong tokey2 besar….wang ape??????
    bangun menentang lagak mereka….

    Reply

  15. 15 pipey Mar 19th, 2010 at 10:24 am

    askum semua…….
    wang ehsan??ape ke benda la pok jib ni….ingat ore kelantan ni jenis mintak sedekah ke.ambo rasa kita semua kena ganding bahu hal duit kita.kita kena pakat semua ambik duit kita.baru kelatan maju lau ada duit 2.senang tok guru nak wat plan ko rakyat.contoh lau wat stadium baru besar lg dari bukit jalil,boleh semua g semayang hajat s2,tgk bola pun senang(red worrior)duit ehsan kena tkar ko duit royalti.baru maju kelantan………….takbir(3)

    Reply

  16. 16 Duit Bin Rakyat Mar 28th, 2010 at 1:31 pm

    Cuba bandingkan hasil negeri Kelantan dengan negeri lain disemanjung!.Apa rakyat Kelantan Buat?Kalau nak dibanding negeri yang menyokong BN ,Kelantan lebih banyak dapat kemudahan?Kouta keIPTA pun lebih /kakitangan kerajaan pun ramai orang Kelantan kenapa sibukkan duit royalti minyak.Jika begitu negeri-negeri yang banyak menyumbang Hasil kepada Pusat pun patut diberi royalti sama dengan hasil minyak!!!!

    Reply

  17. 17 insanlemah Nov 4th, 2011 at 12:07 pm

    dunia3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja… at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 5th, 2009 at 3:41 am

Leave a Reply