Dari Malaysia Kini
Lebih 100 petani di Mukim Bendang Morak, Tumpat hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di kawasan sawah padi mereka bagi meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghapuskan sistem pembelian padi mengikut kuota oleh pengilang.
Mereka mendakwa sistem kuota yang berkuatkuasa tahun lalu itu menyebabkan mereka menanggung kerugian besar.
Dalam demonstrasi kira-kira sejam itu dan sambil mengibarkan sepanduk antaranya tertera ‘Jangan Sekat Rezeki Kami’ dan ‘Hapuskan Sistem Kuota Yang Merugikan Petani’, mereka mendakwa tidak sanggup lagi menanggung kerugian.
Penyelia Pembangunan Mukim Bendang Morak, Yusuf Salleh berkata sewajarnya kerajaan menghapuskan sistem kuota itu bagi membolehkan pengilang membeli seberapa banyak padi daripada petani.
“Apabila sistem kuota dilakukan, ada pengilang yang menolak untuk mengambil padi kami yang dijual pada kadar harga RM1,000 untuk satu tan metrik padi.
“Mahu tidak mahu kami terpaksa mencari kilang lain yang hanya mahu membeli pada kadar harga jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata harga rendah itu tidak mampu untuk petani menguruskan kerja-kerja di sawah padi seperti baja dan bajak yang tinggi kosnya.
“Kalau terus begini akan ada sawah padi yang terus terbiar kerana kami tidak mampu untuk mengerjakan sawah kerana tidak setimpal dengan hasil yang diterima,” katanya.
Zulkifli Awang, 30, pula berkata hasil padi yang tidak dituai serentak telah menimbulkan keadaan “siapa dulu dia dapat” untuk menjual kepada pengilang, manakala tuaian yang berikutnya kemungkinan menghadapi masalah kerana kuota pembelian telah mencukupi.
“Segeralah tangani masalah kami kerana sistem kuota ini hanya menguntungkan pengilang dan bukannya petani,” kata petani itu.
Katanya, di kampung itu terdapat lebih 350 hektar sawah padi dan setiap pengilang pula hanya dibenarkan membeli sebanyak 8,000 metrik tan padi sahaja untuk setahun.
Semalam keadaan kecoh seketika di sebuah kilang padi di sini kerana pihak pengurusan kilang itu enggan membeli padi daripada petani atas alasan sudah cukup kuota.

Negara inport beras yang banyak dari berberapa negara, saban tahun Negara berbelanja berbilion untuk beli beras!! untuk rakyat. Persoalanya kenapa beras tempatan di anak tirikan???.
EGM bernas meluluskan pembelian Tradewinds dan menbeli semula kepentingan Wang Tak Co Ltd dari Hong Kong. sikaya raya sering jual beli saham Bernas untuk mendapat keuntungan dari jual beli tersebut, para petani penanam padi melukut di tepi gantang, secupak takkan menjadi segantang untuk penanam padi mendapat sesuap nasi pun susah angkara sistem yang di selengara oleh UMNO bergitu kengkang dimata Rakyat.
Apakak serambi mekah ini harus di hukum oleh UMNO kerana ianya bernaung di bawah PAS!! ingat allah maha melihat lagi maha mendegar. setiap kejahilan ada noktahnya. “azabku amat pedih” firmannya.
Oleh itu sebagai Rakyat dukanya rakyat lukanya Rakyat adalah lekanya para peminpin yang diberi mandat maka sebagai rakyat kita harus menolak para peminpin yang mendukakan rakyat.
kalau padi katakan padi tidak kami ternanti,kalau sudi beli katakan sudi tidak kami penat Kobuta kan sawah, kouta tuan kobuta kami kata kata tuan kami kotakan. sampai masa kami padi kami disita.
Reply
Salam Papa..
Segerakan tubuh seketeriat bagi pengedar2 bagi para petani yang sememangnya asalnya Tuan Punya Padi.. Ambil dengan yang paling setimpal dan sepatutnya di atas darah keringat membanting tulang di tengah panas mentari terik dan hujan ribut petir sambar menyambar.. Hentikan terus membekal pengilang2 atau Pengusaha yang mencekik darah lagi pembuli berlesen..
Reply