03
Nov
09

KSN siasat laporan audit negara?

Dari Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempertikai keputusan kabinet melantik ketua setiausaha negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengetuai jawatankuasa khas untuk menyiasat semula laporan ketua audit negara 2008.

Membahaskan Bajet 2010 malam semalam, Mahfuz menegaskan bahawa perlantikan KSN adalah tidak wajar kerana beliau merupakan penjawat tertinggi dalam sektor awam sendiri.

“Melantik ketua setiausaha (negara) mengetuai suatu pasukan khas tidak menyelesaikan masalah sebab dia (KSN) tidak ada hak sebenarnya.”

“Dia (KSN) adalah Ketua Sektor Awam yang diaudit oleh (Juru) Audit Negara…Ianya semacam selepas polis dah siasat orang yang didakwa berpesalah, selepas itu, orang itu ajak polis mari kita mesyuarat dan putus siapa patut kita dakwa,”

Beliau yang juga naib presiden PAS mencadangkan satu jawatankuasa khas di bawah kuasa Parlimen dibentuk demi mengenal pasti penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perbelanjaan kerajaan sebagaimana yang terdapat dalam laporan audit itu.

“Oleh kerajan belanjawan ini diluluskan oleh Parlimen, maka auditnya juga mesti diletakkan di bawah Parlimen. Maka, perlu suatu jawatankuasa khas perlu dibentuk sama ada yang baru atau PAC untuk menyemak belanjawan ini.”

Beliau juga menegur kerajaan kerana merancang bajet yang didakwa mengelirukan dan mempermainkan emosi rakyat.

“Saya nak tunjuk mana bajet yang permain emosi rakyat, umpamanya keretapi 50 peratus (atau) separuh harga untuk pelajar sekolah sedangkan siapa nak pergi sekolah jauh-jauh naik keretaapi. Kalau ada pun, dari Kuala Krai ke Gua Musang,” jelasnya lagi.

“Ia (bajet) digambarkan media seperti sesuatu yang besar untuk rakyat padahal rakyat keseluruhannya tidak dapat apa-apa manfaat.”

Mahfuz juga mempertikaikan perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan yang didakwa tidak menepati keperluan sebenar.

“Sedangkan keperluan yang sebenar adalah membantu para pesakit kritikal yang memerlukan kos perubatan yang tinggi. Kekurangan mesin hemodialisis untuk bersih darah oleh pesakit-pesakit buah pinggang, kalau boleh percuma kerana kos perubatan para pesakit kronik ini cukup tinggi dan membebankan,” tegasnya.

Sebelum pada itu, KSN mengaku perlantikannya itu dibuat oleh kabinet untuk menyiasat semula beberapa laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang 19 Oktober lalu di Parlimen.

Laporan itu termasuk kemungkinan kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Rawang – Ipoh.

Ambrin juga berjaya mengesan beberapa transaksi yang meragukan, seperti Mara membeli dua komputer riba bernilai RM80 ribu, sedangkan harga pasaran sekitar RM4,500 sahaja.

Selain itu, Mara juga membeli komputer meja berharga RM7,600 seunit sedangkan harga pasaran komputer meja yang berkapasiti tinggi sekitar RM2,000 sahaja.

Ambrin juga mendedahkan Kementerian Pelajaran telah berbelanja RM60 ribu untuk pembekalan, menanam dan menyelenggara suatu taman di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Puteh, Kelantan, yang didakwa meragukan.

Tambah Ambrin lagi, kementerian terbabit juga didakwa menyeleweng dalam pembelian 13 pokok kemboja dan 12 pokok pinang merang, yang masing-masing bernilai RM4,500 dan RM9,000.

Tahun 2006 lalu, laporan audit negara menggemparkan Parlimen apabila Institut Kemahian Beliau Negera (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah membeli sebutir skru bernilai RM224.94, sedangkan harga pasaran skru tersebut sekitar RM40 sahaja. Sekiranya pendedahan-pendedahan tersebut tidak ditangani segera, ianya sekali gus menjadikan rakyat semakin tidak percaya dengan ketelusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam menanani rasuah dan penyelewengan kuasa.


13 Responses to “KSN siasat laporan audit negara?”


  1. 1 win win malaysians Nov 3rd, 2009 at 4:37 pm

    Cerita ini sememangnya sudah berketurunan generasi ke4 Putar2belit,siapa dpt dia tersepit kalau org najip terlepas ini dimana2 sama semua sendiwara ketuanan kaki sapu,KSN pun sama cakap tak serupa bikin,panggil dia balik kampung saja…….

    Reply

  2. 2 Ex-civil Nov 3rd, 2009 at 5:48 pm

    Ini KSN pun penipu juga. Dia buat kerja KSN tapi dapat gaji KSN sepenuhnya dan juga pencen KSN.

    Sepatutnya kerajaan sambung perkhidmatannya sahaja selepas dia capai umor pencen. Dengan demikian, pencen nya secara automatic digantung mengikut sek.23 Akta Pencen.

    Dia tipu Kerajaan suruh bagi dia kontrek tahunan. Jadi dai songlap gaji KSN dan duit pencen. Penipu. Macam mana nak jadi Ketua Jawatankuasa Khas. Patut Ketua Audit Negara siasat ini KSN macamana dapat dua bayaran tapi buat satu kerja.

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    KSN tamak jawatan itu sepatut timbalan menjawat KSN menghalang rezeki org dan suka angkat biji…porrrrra dah tua tak payah kerja …jaga cucu ajar mengaji..kalau sambung demi sambung melepaslah org lain,inilah kerajaan BN…..

    Reply

  3. 3 yc Nov 3rd, 2009 at 6:07 pm

    UMNO BN ONLY EXCEL IN >INJUSTICE>CORRUPTION>WASTAGE OF PUBLIC FUNDS>MISGOVERNMENT>OPPRESSION
    UMNO BN REALLY>DEVIOUS>UNSCRUPULOUS>IRREDEEMABLE REGIME
    UMNO BN ANTI>COMPETENCY/ANTI ACCOUNTABILITY/ANTI TRANSPARENCY
    JUSTICE FOR ALTANTUYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!THE TEACHING OF ISLAM

    Reply

  4. 4 SOH WHAT Nov 3rd, 2009 at 6:09 pm

    INI CUMA THE TIPS OG BERH SAHAJA.APAKATA SUBMARINE SCORPENE DIIKUTI C4 ALTANTUYA DENGAN ISTANA TOYOL 24 MILLION.

    Reply

  5. 5 kung fu panda Nov 3rd, 2009 at 8:57 pm

    kenapa tak lantik pakar luar siasat ?? kenapa beeli senjata kita lantik pakar alih bahasa dari luar?? bila tang audit kita siasat sesama sendiri?? dalam isu ini dilihat agak bergitu hajab!! nya badan kerajaan ini mereka terpaksa siasata sesama mereka!!! i love you !! you love me!! itu sahaja yang jelas dari paparan ini. KSN siasat Audit dan audit siasat KSN , kenapa bergitu kusut dan kusamnya cara kita berbudaya kerja. sebagai seorang yang bergitu tingginya pangkat dan pernah belajar di luar negara tertapi cara kita berkhidimat kepada Rakyat dan Negara bergitu memalukan macam main masak masak pun ada!! cukuplah zaman main masak masak dah berlalu buat semua pegawai pegawai tinggi kerajaan, ini masa memegang amanah~! yang akan di soal kelak di alam kubur!!! dan alam seterusnya!! hidup bukan sekali!! hanya mati sahaja sekali!!!

    Reply

  6. 6 art 2010 Nov 3rd, 2009 at 10:27 pm

    Semua nya main wayang dan yang akan datang KSN. Cepat cepatlah PR kuasai Putra Jaya sebelum negara kita tidak tergadai dan pelabur lari malam. Ahli ahli UMNO cepat cepatlah berubah. Demi masa hadapan negara dan anak cucu kita berkorbanlah sedikit.

    Reply

  7. 7 Azmil Nov 4th, 2009 at 5:48 am

    Hahaha… Lepas buat salah, kena panggil jadi ‘hakim’ dalam kes sendiri. Seronok la buat salah macam nie.

    Reply

  8. 8 Azmil Nov 4th, 2009 at 5:53 am

    Dua kali saya baca artikel ni – masih kelakar lagi. Dah buat salah, kena panggil jadi ‘hakim’ dalam kes sendiri. Hahaha… bahagia hidup!!

    Reply

  9. 9 zamy Nov 4th, 2009 at 9:48 am

    Inilah yg dikatakan penyamun menyiasat pencuri……penyamun nak siasat samada pencuri membahagi sama rata harta yg telah dikebas….mcm robinhoodlah pulok…….tetapi samarata antara dia orang berdua je……iiiihhhhh…ihhhhhhh….iiiiihhhhh…satu utk hang…satu untuk aku…dua-dua utk aku…. utk hang…??????…dstrsnya……..hancur Malaysia ….oleh itu marilah sma2 kita benamkan UMNO-BN kedalam kubur secepat yg mungkin sebelum Malaysia nie hancur…punah ranah dek nafsu serakah UMNO-BN nie……..ummmmmpppphh..Nooooooo..Be eNd

    Reply

  10. 10 Michael Nov 5th, 2009 at 11:48 pm

    No use lah.. lantik siapa pun sama… all UMNO people….
    talk also no use… attitude and culture din change, talk only sweet….

    Reply

  1. 1 Tweets that mention KSN siasat laporan audit negara? at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 4th, 2009 at 9:43 pm
  2. 2 Mahfuz kata bajet 2010 persenda rakyat « My-LocalAgenda Pingback on Nov 5th, 2009 at 10:11 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
4 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
5 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
5 hours ago
anwaribrahim: @afifbahardin Rehat?ya sempat dimahkamah saja.Kesihatan dijaga doktor peribadi dirumah #fb
5 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30