02
Nov
09

Badrul Hisham Dibeli UMNO-BN : S.Manikavasagam

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam dengan lantang menyatakan kemungkinan besar bekas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di beli UMNO-Barisan Nasional.

Beliau yakin kerana dirinya turut pernah di tawar oleh ahli parti itu sebanyak 50 juta semasa mempunyai sedikit salah faham dengan PKR sebelum ini.

“Saya rasa Badrul di beli 10 juta atau 20 juta…Umno ada belakang di sini, masa sidang media, tengok siapa disebelahnya….masa saya ada perbalahan sikit dulu, Aziz Samsudin offer saya 50 juta, bukan 1 ringgit, 2 ringgit, tapi 50 juta, tapi saya masih disini, rakyat pilih kita, Badrul adalah pengkhianat kepada pengundi di Port Klang,” katanya.

Katanya, dakwaan ini menjadi lebih jelas apabila Badrul keluar dari parti itu dan menyertai parti bebas menyokong UMNO-BN.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Kota Damansara hari ini.

Beliau kesal Badrul gagal menjalankan tugas dengan baik dan kerana itu telah menyebab nama Parti Keadilan Rakyat tercemar.

Jelas YB Mike, Badrul langsung tidak mahu menemui mana-mana wakil rakyat lain yang mahu berjumpa dan berbincang dengannya.

Justeru itu, Manikavasagam setuju dengan cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memilih calon wakil rakyat dari parti itu yang benar-benar faham falsafah parti dan dengan semangat untuk memperjuangkan parti.

“Kita kena skrin calon, betul-betul jiwa rakyat baru bertanding..bukan macam Badrul, yang lain takkan lompat parti, kita tengok apa yang


43 Responses to “Badrul Hisham Dibeli UMNO-BN : S.Manikavasagam”


  1. 1 syuk Nov 2nd, 2009 at 11:41 am

    pengajaran besar kepada PKR.
    harap tidak berulang pada PRU-13.
    rakyat dahagakan perubahan.

    Reply

    ZorroTeam Reply:

    To all the PAKATAN LEADERS,

    Malaysia Today predicts more or less 18 months left to decide between life and death for PAKATAN RAKYAT GOVERNMENT. So PLEASE WAKE UP and do what is necessary. We strongly believe that among the most important things that PAKATAN RAKYAT LEADERS have to do is:-

    - To start a PROPER HOUSE CLEANING and get a CANDIDATES WITH DIGNITY. Please
    remove the “ULCER” before it turn into “CANCER” and finally kill Pakatan
    Rakyat and of course the RAKYAT’S DREAM to have a peaceful and harmony place
    to live.

    - Do a proper Master Plan (A,B and if possible C) for GE13 by considering all
    the issues raised by the rakyat, I repeat ALL THE RAKYAT.

    - Once you have identify a suitable candidates for the GE13, MAY BE, I repeat
    MAY BE, Pakatan should prepare an official letter and get it signed by all
    the candidates. The letter is as an official individual agreement that IN ANY
    SITUATION IF THESE CANDIDATES COULDN’T GET ALONG WITH THE PAKATAN GOVERNMENT’S
    POLICY AND DECIDED TO RESIGN FROM PAKATAN THEN AUTOMATICALLY THEY QUIT THE MP
    POST AND WILL ALLOW THE BY ELECTION SO THAT THE RAKYAT CAN HAVE THE PRIVILEGE
    TO CHOOSE THE NEW CANDIDATE TO REPRESENT THEM. IN ANOTHER WORD THE LETTER IS
    LIKE A RESIGNATION LETTER FOR HIS/HER MP POST.

    Dear Pakatan Leaders, please do your ground work ASAP and don’t wait until the 36th month and then only start to do everything, right from finding the candidates, till drafting the policies and so on.From now till March 2013m there’s 38 months to go b4 the 13th GENERAL ELECTION..!!!! Start CRACKING NOW…!!!BN has started their moves already…

    Please consider this message as the FIRST AND LAST WARNING from the RAKYAT.

    Reply

    ZorroTeam Reply:

    To all the PAKATAN LEADERS,

    Malaysia Today predicts more or less 18 months left to decide between life and death for PAKATAN RAKYAT GOVERNMENT. So PLEASE WAKE UP and do what is necessary. We strongly believe that among the most important things that PAKATAN RAKYAT LEADERS have to do is:-

    - To start a PROPER HOUSE CLEANING and get a CANDIDATES WITH DIGNITY. Please
    remove the “ULSER” before it turn into “CANCER” and finally kill Pakatan
    Rakyat and of course the RAKYAT’S DREAM to have a peaceful and harmony place
    to live.

    - Do a proper Master Plan (A,B and if possible C) for GE13 by considering all
    the issues raised by the rakyat, I repeat ALL THE RAKYAT.

    - Once you have identify a suitable candidates for the GE13, MAY BE, I repeat
    MAY BE, Pakatan should prepare an official letter and get it signed by all
    the candidates. The letter is as an official individual agreement that IN ANY
    SITUATION IF THESE CANDIDATES COULDN’T GET ALONG WITH THE PAKATAN GOVERNMENT’S
    POLICY AND DECIDED TO RESIGN FROM PAKATAN THEN AUTOMATICALLY THEY QUIT THE MP
    POST AND WILL ALLOW THE BY ELECTION SO THAT THE RAKYAT CAN HAVE THE PRIVILEGE
    TO CHOOSE THE NEW CANDIDATE TO REPRESENT THEM. IN ANOTHER WORD THE LETTER IS
    LIKE A RESIGNATION LETTER FOR HIS/HER MP POST.

    Dear Pakatan Leaders, please do your ground work ASAP and don’t wait until the 36th month and then only start to do everything, right from finding the candidates, till drafting the policies and so on.
    From now till March 2013 there’s 38 months to go b4 the 13th GENERAL ELECTION..!!!! Start CRACKING NOW…!!!BN has started their moves already…

    Please consider this message as the FIRST AND LAST WARNING from the RAKYAT.

    Reply

    PelabuhanKlangVoters Reply:

    Badrul, Badrul, Badrul, kayalah kamu! Hidup mewahlah kamu!
    Tapi, ingat! Kamu tidak akan hidup senang! Kamu tidak akan hidup bahagia!

    Reply

  2. 2 yus Nov 2nd, 2009 at 11:52 am

    Ye leh, siapa tak mau senang, ingat mudah dah dapat 2 ke 3 juta, himpun setahun pun tak dapat. Tiba-tiba ada orang jamin dapat 10 juta lebih tunggu lagi. Ini lah orang yang cerdik, pengundi peduli apa. Apa dia orang boleh buat, nak saman-samanlah, nak bising-bisinglah, nak demo-demolah, bila letih berhentilah. Aku boleh pergi tempat lain. Buat belanja berubat ke beli rumah baru ke, padan muka PKR padan muka pengundi. Aku pun tau UMNO pun akan terajang aku lepas ni, tapi janji dapat duit dulu. Ha, ha, ha,

    Reply

    kiefly Reply:

    Gua setuju sangat dengan lu Encik/Cik Yus..Peduli apa orang nak kata atau cakap..yang penting poket gua penuh dengan duit..duit..duit..Tapi kadang-kadang gua takut juga orang menyumpah seranah kerana perbuatan gua. Ingat mau hidup senang tapi lama-lama hidup makin susah.

    Mula-mula bila duit banyak memanglah senang..Lama-lama bila orangramai menyumpah takut juga terkena sumpahan..Bak kata orang dulu-dulu ‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’ dan ‘Sepandai-pandai katak melompat (termasuk katak-katak dari Perak) akhirnya jatuh dipijak dan dilanyak oleh manusia sendiri’ So gua pun berani-berani takut jugak..Tak tau lagi nasib gua..harap-harap jadi katak ‘plastik’ sebab gua pun ‘plastik’ juga dalam politik..He..he.

    Reply

    zam puncak Reply:

    sampai mati cukup ke duit tu….. duit banyak mana pun tak cukup la

    Reply

  3. 3 Eddie Liow Nov 2nd, 2009 at 12:48 pm

    Don’t worry, kita akan ajar “katak politik” ini di pilihanraya depan.

    Reply

  4. 4 Pee Nov 2nd, 2009 at 1:05 pm

    Siapa tak tahu? Dah hampir 2 tahun semua orang sudah tahu kecuali pemimpinan tinggi PKR!
    Dah lama sudah patut dia di pecat dari PKR, tapi pemimpin PKR maish tidur sampai dia lompat baru tahu!!! Kkkkkk…

    Reply

  5. 5 wong(pengundi klang) Nov 2nd, 2009 at 1:23 pm

    Tahniah untuk PKR(PAKATAN RAKYAT) si Badrul tu keluar dari PKR.Ini terbukti Peminpin PKR semuanya bersih dari RASUAH.Taniah sekali lagi.

    Reply

  6. 6 AWAS Nov 2nd, 2009 at 1:32 pm

    SABAR PARTI PAKATAN KITA JAWAP MEREKA DENGAN ILMU BUKAN NAFSU

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

    Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

    Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    Reply

  7. 7 ada Nov 2nd, 2009 at 1:34 pm

    betul awas

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

    Reply

  8. 8 ada Nov 2nd, 2009 at 1:35 pm

    Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    Reply

  9. 9 ada Nov 2nd, 2009 at 1:36 pm

    Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    Reply

  10. 10 ada Nov 2nd, 2009 at 1:37 pm

    Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

    Reply

  11. 11 A.JAYAGOPAL Nov 2nd, 2009 at 1:39 pm

    Dear Manika,

    As an elected rep you should not make allegations that people who leave PKR had been bought over by BN. We all know that you had also vehemently complained that you were not getting enough funds to run your political machinery.
    If an ex PKR man is sympathetic to BN, it is our mistake for choosing the wrong person as candidate. It also happened in Lunas Kedah. First it is candidates who were not given seats by BN, who were made candidates at the expense of our very own members i.e. DUN Derga in Kedah later in Bukit Selambau also in Kedah, wherein non members who have never contributed ti the struggles of PKR were made candidates.
    So do not blame others, but blame your own system within the party. To add Ahmad Kassim( MP for Kuala Kedah ), Dato Rashid Din ( MP for Merbok ) were also not members and so also was Radzi Salleh Kedah Exco and Lunas ADUN, who left for BN in Kedah, was also not a member . And above all Saifiddin Nasution who jumped over to PAS, was brought back to PKR to contest in Bachok, Kelantan.
    In Kedah there is only one or two Bahagian which are functioning, the rest are waitng for instructions.

    Reply

  12. 12 SAM- SayaAnakMalaysia Nov 2nd, 2009 at 1:45 pm

    Dont just say it… prove it. Small kid too able to say them. Even burung kakaktua pun leh cakap

    Reply

  13. 13 Dr.Sharma Nov 2nd, 2009 at 2:49 pm

    Dear PKR YBs,

    None of you were elected based on your performance or integrity during the General Election. We voted for PKR MPs based on corruption cases from BN and the leadership shown by DSAI. That’s all we did for the previous election. Now if anyone of you would like to survive the next battle, please toe the line set by the party and DSAI. Some of the PKR MPs are too emotional as they lack of political background and just shoot comments to the media. Badrul is a clown which has been cleased from PKR and will not survive any battle after this. To others, show your performance and respect your party leaders in order for you to be elected. Work with integrity and a bit of intelligence and will ensure you’re voted in.

    Thank you.

    Reply

  14. 14 akuorgmalaysia Nov 2nd, 2009 at 4:09 pm

    tak payah prove..tu dah jadi darah daging dam tradisi orang politik di malaysia…yg penting kaya raya hidup mewah…peduli apa sama itu org….awk tak nak kah hidup mewah…enjoy sana sini pusing satu dunia….?????

    Reply

  15. 15 abdrash Nov 2nd, 2009 at 4:54 pm

    Kita tidak berminat dengan berapa jumlah RM yang ditawarkan kepada si Badrul.
    Yang kita hendak persoalkan kenapa si Badrul hanya istihar keluar PKR tapi tidak
    istihar letak jawatan ADUN. Kalau dah tak suka PKR dan tak sehaluan dengan kepemimpinan PKR elok sangatlah letak jawatan. Walaupun mengistiharkan diri sebagai
    wakil bebas hakikatnya ialah kehadiran Badrul di DUN adalah atas tiket dan pletfom
    PKR! Pengundi memilih Badrul atas tiket PKR – bukan UMNO! Badrul bukan saja manusia yang tidak bermaruah tapi juga mengkhianati amanah pengundi di kawasannya.
    Kita juga meminta Badrul menghentikan tabiat buruk yang diamalkan kebanyakan pembelot parti yang suka mengutuk dan mencaci peribadi bekas pemimpin2 parti yang dianggotai terdahulu. Boleh kritik tapi dengan cara tertib dan berhemah.
    Kita seru kepada UMNO yang banyak fulus ni terus buat tawaran untuk memancing keluar orang2 seperti Badrul ini dari PR. Usaha UMNO ini tentunya dapat membantu
    membersihkan najis dari kandang PR.
    Matlamat PR ialah untuk menubuh kerajaan Federal. Andainya ditakdirkan PR berjaya
    mencapai matlamat tersebut PR akan hadapai masalah jauh lebih besar sekiranya pembersihan tidak dilakukan dari sekarang. Kita mahu pemimpin yang berkualiti dan
    benar2 komited. Yang tak berkualiti, tak berdisiplin dan tak komited kita bagi
    FREE kepada UMNO.

    Reply

    huahuahua Reply:

    abdrash siapakah kamu untuk mengatakan yang seseorang itu najis? kamu malaikatkah?

    Reply

  16. 16 Nick Nov 2nd, 2009 at 5:45 pm

    SAH dibeli kalu tidak mengapa tak letak jawatan? Kalu berani sangat nak persalahkan PKR letak jawatan pasti ada pilihan raya kecil DUN dan calon kembali atas tikit UMNO. Boleh menang ke?

    Reply

  17. 17 ferdaus mat jaafar Nov 2nd, 2009 at 6:21 pm

    Kalau ramai orang macam bro yus tu memang punah le malaysia ni…….

    Reply

  18. 18 piko3355 Nov 2nd, 2009 at 10:25 pm

    Pertama sekali YB Bonggok ni pasti tersungkur dalam PR-13 nanti.. Manusia yang susah tiba tiba

    jadi senang.. Bayangkan dan nilai sendiri?.. Budak ni adalah manusia yang memang sangat bernasib

    baik masa PR-12 dulu.. Bekas ahli UMNO dan masuk PKR kerana ada cerita di belakang tadbir. Masa

    dalam UMNO Pelabuhan Klang dulu tak ada peluang nak jadi ahli majlis MPK dan ahli majlis Pej.

    Daerah Klang kerana bekas YB dulu cekap dalam bidang menyapu ni.

    Budak ni nampak semua ni dan ni lah peluang nak buat harta. Segala kontrak dan tanah berada

    dalam minda dia. Banyak mulut mulut PUAKA kata dah habis tanah tanah ni di Klang ni..

    Setuju dengan kata kata TS Khalid yang budak ni memang ada masalah disiplin. Maybe tak lah

    bijak sangat tapi memang otak pembelit kot. Tradisi yang di warisi masa dalam UMNO dulu.

    Nasib budak ni memang baik sebab masa PR-12 dulu ahli UMNO sendiri memang dah meluat dengan

    YB terdahulu yang menonjolkan famili dan menantu.. Jadi memang rezeki budak bonggok ni..

    Hati dan jiwa masih UMNO tapi tak ada tempat masa di UMNO Pelabuhan Klang. Penduduk Pandamaran

    Jaya kenal kamu.. Berkerja lah kerana Allah swt dan masyarakat yang memilih kamu. Keluar aje

    lah dan letak jawatan kamu andai kata kamu berprinsip dan berpendirian.. Guna lambang dacing

    timbang babi tu dan lawan Pakatan Rakyat kalau kamu hebat sangat. Tengok anak toyol tu beri

    tak kamu peluang bertanding? Kata Ahmad Nisfu, Kecik kecik tak mau mampus, dah besar

    menyusahkan masyarakat aje kamu..

    Reply

  19. 19 sukma.angin Nov 2nd, 2009 at 11:03 pm

    Apa maksud rakyat didahulukan pencapaian diutamakan?

    Apabila badrul hisham yang telah lama diminta letak jawatan oleh MB kerana tidak berkhidmat kepada pengundi2 kawasannya disokong oleh DS Najib menjadi ADUN bebas pro BN?

    Ini bermakna MB Selangor tidak memerlukan slogan seumpama itu tatkala mengarahkan badrul hisham meletakkan jawatan. ia ada dalam mana-mana asas school of management, do the right things and do it right. kita rakyat marhain juga tidak memerlukan slogan seumpama itu. tetapi pelik dengan sikap badrul hisham yang leka makan elaun DUN. Penjawat awam yang paling rendah gajinya lebih tinggi martabatnya di sisi Allah dari badrul hisham kita ini. Kenapa? sebab dia makan duit halal dengan mengikut arahan ketuanya.

    apakah badrul hisham memang selesa makan duit haram elaun DUNnya? apakah keluarga badrul hisham ini faham akibat makan duit haram? Tiadakah tuan haji dan tuan imam tempat badrul hisham ini sembahyang berjemaah dapat memberitahu badrul hisham ini, antara akibat makan duit haram ialah hati jadi keras dan kepala jadi bebal? Apakah itu yang sebenarnya sedang anda deritai, badrul hisham? Sudah cukupkah bekalan iman untuk dibawa ke mati sedangkan anda mahu senang lenang mahu menjadi YB selama LIMA tahun, leka, tidak memantau perkembangan PKFZ, kawasan anda sendiri.

    kalau faham berhenti menjadi yang berkhidmat dan kosongkan jawatan ADUN itu. Sebagai seorang Islam, BERHENTILAH sebelum Tuhan ambil nyawa kamu sebelum kamu sempat bertaubat dan meminta maaf kepada semua pengundi-pengundi Pelabuhan Klang yang meletakkan amanah atas bahu kamu, yang kamu sendiri MINTA untuk digalas.

    DS Anwar Ibrahim sangat bersabar dan bertawaduk. Sudah lama mengetahui bahawa strategi BN ialah MENGELUARKAN YB yang menyokong PAKATAN tetapi kekal BEBAS tidak masuk UMNO/BN (grey area). Mereka mahu menghantar signal kepada rakyat bahawa kononnya, pemimpin pusat terlalu mengerah pemimpin tempatan, tetapi dalam masa yang sama memberi signal kepada pemimpin tempatan BN supaya bekerja keras untuk dipilih menjadi calon PRU-13. badrul hisham dan katak-katak lain juga sebenarnya lemah tetapi dalam masa yang sama tidak mahu rugi kerana peluang jadi calon pilihan raya yang menang juga nipis. Inilah strategi BN yang sudah dapat dihidu oleh PKR awal-awal lagi sejak kes di Perak. BN hanya cari pemimpin yang lemah dan tiada stamina ilmu , tenaga dan network. Perhatikanlah di kawasan anda; hanya pemimpin yang lemah sahaja yang tidak bekerja keras demi pengundi tempatan. pemimpin yang kuat akan snetiasa menjuarai isu-isu tempatan di mana sahaja ada peluang. Fikirkanlah; kepada mana-mana pemimpin lemah seperti badrul hisham, apakah pemimpin BN seperti UMNO , MCA dan MIC di situ jadi tunggul hanya berdiam diri dan tidak mahu menghantar calon untuk jadi wakil BN yang sah di DUN tersebut? ? Jika anda badrul hisham sudah tidak menghormati perjuangan DSAI , tidak mampu berfikir tentang ruginya 6 tahun beliau kerana dipenjara, pengorbanan dan jasa DSAI, silalah letak jawatan sebagai ADUN. Carilah rezeki lain yang halal kerana jawatan itu adalah satu amanah majoriti pengundi dan juga penyokong Pakatan Rakyat di Pelabuhan Klang.

    Reply

  20. 20 Nirman Nov 2nd, 2009 at 11:37 pm

    Siapa tak nak duit? Kerat jari la kalau ader orang kata dia tak nak duit…

    Reply

  21. 21 Zzjebat Nov 2nd, 2009 at 11:49 pm

    Berapa juta RM ditawarkan tak sama MARUAH diri kita.

    Juta2 RM kalau HARAM tak berkat tunggulah masanya…akan tiba..cayalah.

    Lebih2 tak BERMARUAH tak kosongkan KERUSI HARAM tu….

    INGATLAH SAUDARA2KU KITA TAK TONGKAT LANGIT…dan KITA TAK SELESAI DISINI..

    Jangan menyesal….aminnnnnn

    Reply

  22. 22 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Nov 3rd, 2009 at 2:14 am

    Nak buat cam ne kan ,setuju siapa tak mahu 10-20 juta aku pun nak.boleh bela kucing sebaik baiknya. tapi bolehkah duit yang banyak menutup sumpahan dan doa orang. jamil tak minat nak
    cerita tapi kekuasaan allah subhanahuwataala. jangan mian. kalau allah tegur sikit cukup. tahulah apa itu balasan allah. allah tegur berbagai cara. siapa pernah kena tahulah.aku mengaku pernah kena.

    http://bbcatlover.blogspot.com/2009/10/salah-satu-kesilapan-dato-seri-anwar.html

    Reply

  23. 23 Ajoi Nov 3rd, 2009 at 9:10 am

    Salam DSAI,

    CADANGAN SAYA DSAI KUMPULKAN SEMULA WAKIL-WAKIL RAKYAT DARI PKR DAN BERI PERINGATAN KEPADA MEREKA,
    SESIAPA YANG GAGAL MENJALANKAN TUGAS, SILA BERUNDUR SUPAYA TIDAK MENYUSAHKAN PARTI DAN PENGUNDI.

    Reply

  24. 24 Masc Nov 3rd, 2009 at 11:50 am

    Saya setuju wakil rakyat PR yg khianat akan melompat kepada UMNO BN, dan dptlah berteduh sementara sampai hari perhitungan kelak.

    Kerana wang mereka ini kecundang…..lebih malang lagi nanti masa akan datang tak ada siapa yg nak pandang…..mungkin mereka bermimpi lagi utk dipilih oleh BN….

    Depa ni kena ingat 50 juta mgkin kecik tu, permainan depa lagi besaq…..boleh survive ka….kesian kat wakil rakyat PR yg lupa daratan dan lupa lautan ni….depa ingat fulusssssssssssssssss, boleh lulusssssssssssssssssssssssssssss……

    tapi akan dapat hancussssss. Kita kena ucap selamat jalan romeo kat depa ni…..sebagai titik-titik sejarah hitam bagi rakyat.

    Reply

  25. 25 Cekerawala Nov 3rd, 2009 at 12:45 pm

    Sebahagian dari tanda-tanda akhir zaman namanya tu.

    Reply

  26. 26 OM7 Nov 3rd, 2009 at 1:36 pm

    Saya setuju dengan Zorroteam. PR memang mempunyai masa yang amat singkat untuk membuktikan kepada rakyat kredibiliti dan kebolehan mrk. Saya rasa dalam perkara ini PR harus menonjolkan diri mrk dengan lebih lagi kerana banyak projek dan usaha kerajaan negeri Kedah, Selangor, Kelantan dan PP tidak sampai ke telinga kebanyakkan rakyat Malaysia. Saya juga ingin menyarankan agar kesemua laman web parti-parti PR menyiarkan usaha mrk di Parlimen dengan menyediakan satu bahagian khas yang berkaitan debat-debat di Parlimen dimana rakyat boleh lihat sendiri usaha mrk untuk membantu rakyat. Baru-baru ini saya berasa bangga mempunyai MP seperti Kit Siang, Tony Pua, DSAI, Khalid Samad, Gobind dan ramai lagi yang mempertahankan hak rakyat Malaysia dengan menyoal setiap tindakan kerajaan yang tidak betul. Sebab itu saya berkata bahawa PR kena tonjolkan diri mrk dengan lebih lagi. Ya , memang dalam mana-mana organisasi politik akan ada orang seperti Badrul tetapi ini tidak bermaksud yang lainnya tidak berguna.

    Reply

  27. 27 jalhaj Nov 3rd, 2009 at 1:48 pm

    Assalammualaikum warahmattullah wabarakatuh,kalau dia kena beli berapa? BUKTIKAN dulu sapa yg beli sebagai orang islam tak elok menududuh sebarangan.tk

    Reply

  28. 28 radin Nov 3rd, 2009 at 1:48 pm

    ada hikmahnya atas apa yg terjadi kebelakangan ini pada team pakatan rakyat kita.kalau di fikirkan sejenak bermula dr kes wakil rakyat di perak,sabah dan yg terkini di selangor.pakatan rakyat sebaiknya mengambil pedekatan lebih terbuka dan terperinci dlm memilih dan mengangkat wakil rakyat atau ketua bahagian atau sebagainyalah untuk diketengahkan dlm mana mana komponen parti.sebabnya ada diantara mereka itu secara jelasnya membesar dgn politik umno bn utk sekian lama jadi sedikit sbanyak masih ada sifat2 yg agak negatif yg masih terpalit,yg hanya nampak menyokong pr kerana sesuatu,kerana nama atau pangkat serta kedudukan yang mana bila pr nanti mampu utk memerintah.kena teliti mentaliti mereka jika ada babak2 lakonan yg dpt ditonton dr barisan pelakon atau actor ini kena singkirkan lah cepat2 dr parti tak kiralah apa pengaruh dan kedudukan mereka sebab yg rakyat nak pemimpin dlm pr ini adalah dr barisan pemimpin yg telus dan betul2 setia pada rakyat seterusnya parti.

    Reply

  29. 29 ericind Nov 3rd, 2009 at 3:52 pm

    Terbukti lah Ameno ni parti yg korup dan tidak bermaruah,org yg mcm si Badrul ni depa pun nak terima,menyampa betul..

    Reply

  30. 30 killersenja Nov 3rd, 2009 at 4:17 pm

    berlonggok longgok leh bad rul dapat duit toyol tu..

    Reply

  31. 31 minang Nov 4th, 2009 at 12:03 am

    Salam DSAI,
    Harap2 PRU-13 nanti pkr dpt menilai calon2 yg betul amanah dan yg ingin berjuang bersame rakyat!bukannya talam 3muke,berkaki katak,ayam berbulu musang,gunting dlm lipatan!klu inilah calon yg kite ade,alamat tipislah harapan rakyat…sy harap Dato’sri dan rakan2 teruskan perjuangan kerana kami sentiasa bersama pejuang2 yg benar

    Reply

  32. 32 Berkecuali Nov 4th, 2009 at 10:15 am

    salam,

    Jangan lah kita cepat menghukum dan menghina orang yang kita tidak tahu kebenaran kes tersebut sama ada betul atau pun tidak Badrul Hisham ni di sogok RM10 juta?, RM20 juta, Rm30 juta?, Rm40 Juta?, Rm50 Juta? or ……juta2?,
    biarlah kita berfikiran rasional dan matang, jangan bersikap terlalu kebudak-budakan dengan cepat menghukum dia….

    apa yang pemimpin PKR/PR perlu buat sekarang ialah segera membetulkan keadaan dan berusaha supaya tiada lagi YB dari PKR/PR mengamalkan ‘politik katak’ kerana amalan ini sebetulnya di perkenalkan oleh pemimpin PKR/PR sendiri.

    sekiranya perkara ini berlaku lagi rakyat akan berasa muak dengan situasi politik yang tidak ada kesudahan daripada Pilihan Raya Umum 12 hari tu sehingga kini yang seperti tidak ada kesudahannya….

    biarlah kita mengamalkan politik yang matang, jangan hanya pandai berkata2 dan berhujah tatapi kerja tidak bergerak sehingga kini… apa yang penting kerja hendaklah di buat untuk kepentingan “SEMUA RAKYAT” dan bukan hanya untuk segolongan pengikut sahaja….

    SEKIAN,,,,,
    WASALAM………………

    Reply

  33. 33 orang muda Nov 4th, 2009 at 5:32 pm

    sikit pun aku x percaya..artikel di atas tulis ” kemungkinan”
    jgn igt rakyat bodoh…

    Reply

  34. 34 kaseh Nov 4th, 2009 at 11:53 pm

    salam
    kepa DSAI dan para2 pemimpin bsabar dan bhati cekal mharungi cubaan Allah’
    ingat pada Allah kita semua SELAMAT.pada ahli parlimen dan adun pakatan rakyat sy harap kamu semua kene pertahankan hak rakyat yg memilih kamu.
    jgn cepat melatah dalam ape jua hal yg d timbol kan oleh BN..
    pada semua ahli pakatran rakyat jgn mudah tpedaya dgn agenda politik kotor BN yg pura2 je.bg mereka duit adalah segalanye d akhirat..kalo BN kata anwar nk kn jawatan perdana menteri sruh NAJIB LETAK JAWATAN.MUHYIDIN DAN PARA MENTERI LETAK JAWATAN DALAM kerajaan bukankah itu jawatan yg mereka pertahankan selama ini dalam pilihan raya. jgn nk sedap je kata org,,jgn ingat rakyat x leh nk pikir
    jgn ingat zaman sekarang zaman 1950 an..BANGKUTLAH WAHAI AHLI PAKATAN RAKYAT TENTANG BN.

    Reply

  35. 35 Michael Nov 5th, 2009 at 12:54 am

    The Port Klang 101% been bought by ??????????? … cos he too much money to bought for UMNO..
    Government cover all their people in the Auditor Report, there will be no action because they want to show that they are corrupt and cannot been caught…. Auditor Report every year stated that there is miss-use of fund but do you ever heard got someone been caught for it???? or they catch some small fish after few years, the person will be free of charge and case close…. This is how people money to be spend…. 40k laptop… that must be a super computer from IBM, i think Bill Gates will shock when see this as he cannot earn so much for a Microsoft Window program CD…

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Badrul Hisham Dibeli UMNO-BN : S.Manikavasagam at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 2nd, 2009 at 11:45 am
  2. 2 uberVU - social comments Trackback on Nov 2nd, 2009 at 8:30 pm

Leave a Reply




AnwarIbrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas dicuci."@imanusman: @GorisMustaqim mau kecipratan batiknya kang.#fb
2 minutes ago
titosniper: Let's make a better world... RT @NM_Firdaus: salute to @anwaribrahim today marks his freedom from prison.salute to the malaysian reformis!
3 minutes ago
deritiramitzu: @anwaribrahim follow back ya pak thx..
3 minutes ago
AnwarIbrahim: RT @GorisMustaqim: Insyaallah nanti dicipratin pas dicuci..;p lol "@imanusman: @GorisMustaqim mau kecipratan batiknya kang. Haha
4 minutes ago
Davidsepuluh: @anwaribrahim malam pak. Tanggal berapa ke jakarta? http://myloc.me/bnQif
4 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

November 2009
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30