Archive for November 2nd, 2009

2 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari The Malaysian Insider

Oleh Eekmal Ahmad

Dari segala deretan memori, izinkan saya kongsi bersama cebisan ini. Semuanya bermula pada tahun 1999. Berbekalkan duit dari PTPTN yang saya simpan berdikit-dikit, akhirnya tertunailah hasrat untuk memiliki sebuah motosikal Honda model EX5. Ianya memudahkan untuk saya bergerak ke sana ke mari, juga untuk aktiviti pergerakan mahasiswa Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Motosikal itu kiranya dibenarkan untuk berbicara, pastinya banyak cerita saya terbongkar, yang manis, pahit, gembira, ketawa dan menangis.

Selepas melalui beberapa peringkat tarbiyah, bersenjatakan motosikal Honda itu, saya dan rakan-rakan sering ke Kuala Lumpur untuk menyertai demonstrasi. Baik demonstrasi tersebut menyanggah kewujudan sebuah kerajaan yang diterajui Umno-Barisan Nasional ataupun membantah aktiviti dan acara, yang pada pendapat kami bertentangan dengan hukum syarak. Negara Islam wajib ditegakkan, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih merengkok dalam penjara bukanlah tokoh yang wajar dipercayai. Kecurigaan ini, mengikut perkiraan saya, adalah mirip kecurigaan al Ikhwan al Muslimoon terhadap Gammal Abdel Naser. Apa yang pasti kami sentiasa bergelora, idealistik dan yakin, kemenangan pada suatu hari milik kami.

Di pertengahan jalan, saya tertewas, hilang pertimbangan, lalu menamatkan pengajian undang-undang saya di UKM. Beberapa ketika, saya pulang ke Alor Star, tetap setia bersama motosikal EX5. Buat menenangkan hati, sering saya berulang alik, sudah tentu bersama motosikal setia, ke pondok Dehrang mendengar kuliah Ustaz Nuruddin Al Banjari dan Ustaz Fahmi Zam Zam. Memperoleh ketenangan dan sokongan ibu bapa, permohonan memasuki kuliah undang-undang UiTM diajukan. Tahun 2002, ianya bermula kembali. Saya ke Shah Alam menjadi pelajar fakulti undang-undang walaupun minat untuk menjadi seorang peguam sudahpun padam. (more…)

2 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Esok merupakan sebutan semula berhubung kes fitnah keatas DSAI. Berikut adalah butirannya:

Tarikh 3 November 2009
Jam: 9.OO pagi
Tempat: Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

2 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam dengan lantang menyatakan kemungkinan besar bekas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di beli UMNO-Barisan Nasional.

Beliau yakin kerana dirinya turut pernah di tawar oleh ahli parti itu sebanyak 50 juta semasa mempunyai sedikit salah faham dengan PKR sebelum ini. (more…)

2 November 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Bernama.com

KUALA LUMPUR, Nov 2 (Bernama) — Former Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin was arrested while giving a religious talk at a house in Taman Sri Ukay, Hulu Klang, early Monday.

According to witnesses, Asri was arrested at 12.10am by police and the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) officers and was then taken to the Hulu Klang police station.

The talk was attended by about 100 people, including Ampang member of parliament Zuraida Kamaruddin and Hulu Klang assemblyman Saari Sungib.

Ampang district police chief ACP Abdul Jalil Hassan when contacted said police were only assisting JAIS in the operation and that he did not have details on the matter.