01
Nov
09

10 resolusi perkukuh Pakatan di Perak

Dari Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Kepimpinan PAS, DAP dan PKR peringkat negeri sebulat suara bertekad memperkukuhkan Pakatan Rakyat melalui 10 resolusi bersama demi menumbangkan Barisan Nasional melalui pilihanraya akan datang.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan bahawa usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat itu termasuk menghapuskan segala prasangka dan prejudis sesama rakan-rakan parti dalam Pakatan.

“Kita juga akan terus mengamalkan prinsip membuat keputusan secara kolektif melalui meja rundingan untuk menyelesaikan apa juga cabaran, kerana Umno senantiasa mengintai peluang untuk memecahkan Pakatan yang mendapatkan mandat rakyat,” jelasnya.

Ujarnya lagi, semua parti dalam Pakatan bersetuju untuk menubuhkan Majlis Muafakat Pakatan di setiap peringkat.

“Kita (Pakatan) kalau boleh disetiap ranting, ditubuhkan jawatankuasa…di setiap cawangan dan kawasan ditubuhkan sekretariat untuk semua pemimpin setiap peringkat berusaha bergerak dengan Majlis Muafakat Pakatan,” tegas Nizar lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menegaskan bahawa Majlis Pakatan yang dibentuk itu mesti sedaya upaya menghapuskan doktrin perkauman sempit (oleh) Umno dengan meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana sendiri.

Ketiga-tiga parti juga diminta fokus memilih calon yang lebih berwibawa dan berintegriti demi memastikan calon-calon tersebut kelak mampu menang majoriti di peringkat Dun dan Parlimen.

Pakatan Rakyat Perak juga bersetuju menjadikan prinsip 5K – Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan amalan sekiranya diberi peluang memerintah kerajaan Perak kelak.

Untuk memenangi pilihanraya peringkat negeri kelak, Majlis Muafakat Pakatan juga bertekad turut menjelajah ke seluruh kawasan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, di mana usaha mengadakan program penerangan secara bersama dipertingkatkan.

Jelas Nizar lagi, Pakatan Rakyat Perak mencadangkan gagasan Pakatan Rakyat segera didaftarkan di peringkat nasional dengan menggunakan suatu logo.

Bercakap dalam kenyataan media itu, Pengerusi DAP Negeri Ngeh Koo Ham dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub.

Dipercayai 10 resolusi tersebut dibuat sebagai persiapan awal Pakatan Rakyat untuk menempuhi pilihanraya kecil yang boleh berlaku bila-bila masa.

Gagasan 10 resolusi itu juga menjadikan Pakatan Rakyat Perak sebagai model pada Pakatan de negeri-negeri lain dan nasional kelak.


6 Responses to “10 resolusi perkukuh Pakatan di Perak”


  1. 1 HIDOPpakatan RAKYAT Nov 1st, 2009 at 1:03 pm

    Tanya sikit,

    Resolusi ini sudah di approve pihak atasan Tertinggi Pakatan Rakyat ke?

    Seelok2nya, Najlis Tertinggi Pakatan Rakyatlah yang bawa usul besar2an garis panduan bagaimana 3 parti boleh bekerja sama.

    Semau ahli2 Pakatan Rakyat wajar dan wajib tahu dan faham Sejarah Tanah Melayu terlebih dahulu!

    Ketahuilah jugak, Pakatan Rakyat bukan parti untuk mencari makan cara haram dan salah! Mereka2 yang berangan2 untuk mendapat habuan cara mudah begini, wajar dan wajib jangan masuk Pakatan Rakyat! Biarlah ahli2 Pakatan Rakyat terdiri mereka2 yang benar2 bersih akhlak untuk membela nasib rakyat dan bukan MUSANG BERBULU AYAM!

    Seelok2nya, ramai lagi anak2 muda yang masih bersih dari jijik rasuah dan salahguna kuasa beramai2 menyertai PKR!

    Wasalam………

    Reply

  2. 2 Usin Nov 1st, 2009 at 1:04 pm

    10 resolusi hancur!

    Reply

  3. 3 Boring Nov 1st, 2009 at 2:09 pm

    Whatever resolutions…PAS must learn to respect other’s and other’s religion and move with Time.

    Reply

  4. 4 Azmil Nov 1st, 2009 at 2:44 pm

    Saya tertarik dengan gagasan 10 resolusi ini. Bagi saya, ada dua resolusi yang penting.

    Pertama, hasrat menubuhkan secara rasmi Pakatan Rakyat & semua bertanding atas satu logo. Malah saya rasakan – alang-alang kita nak bertanding atas satu logo PR, mengapa tidak kita MANSUHKAN sahaja parti komponen (PKR, DAP & Pas) dan kita tubuhkan sahaja satu Pakatan Rakyat. Dengan ini, kita boleh mengelakkan presangka & prejudis secara total!

    Ini kerana setiap parti komponen pakatan rakyat mempunyai hasrat, matlamat dan identiti yang berbeza. Malah setiap parti komponen mempunyai ‘survival’ mereka sendiri. Ini lah sebenarnya punca pra-sangka and prejudis yang disebut oleh Datuk Seri Nizar. Selagi parti komponen masih ingin mempertahankan parti masing-masing, maka Pakatan Rakyat tak akan dapat menghapuskan pre-sangka & prejudis dalaman yang sedia ada. Gagasan ini akan tinggal angan-angan.

    Kedua, perlu wujud sistem tapisan berkesan sebelum menerima mana-man keahlian. Ini kerana, sejak PRU12 kita sudah melihat banyak pemimpin PK yang mencemarkan nama baik parti – dengan wakil rakyat yang korup, pemalas, bermasalah, keluar-masuk parti dan sebagainya. Yang baru-baru ini, kita lihat pemimpin Malaysia Timur PKR yang merasakan yang hanya sahaja yang layak, sampai sanggup memeras ugut kepimpinan tertinggi parti – kalau dia tidak dilantik, keluar parti!! Dan wakil rakyat yang keluar parti kerana gagal menunjukkan pretasi yang baik. Kepimpinan pincang sebegi dapat dielek dengan sistem tapisan berkesan.

    Reply

  5. 5 halimustafa Nov 1st, 2009 at 4:12 pm

    berhati-hati bila menjawab soalan wartawan.kurangkan bercakap pada wartawan.lepa cari makan dgn menulis bukan nak memerintah.pr nak berpolitik dan nak perintah.ada beza.pr biar lebih kaerja dari bercakap.kalau nak sampai maklumat parti sila guna alat parti.dok guna alat bn buat apa..kalau inilah yang diamalkan..no problem punya……ingat terlajak perahu boleh di gostan tapi terlajak cakap kena buat mesyuarat la..seminar la..post mortem la macam2…asalnya satu.asalnya satu.mulut terlampau kehadapan dari fikiran.inilah petua untuk PR menang pada PRU ke 13..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention 10 resolusi perkukuh Pakatan di Perak at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Nov 1st, 2009 at 2:01 pm

Leave a Reply