Saya dan Abdul Rahman mengambil peluang menziarahi makam Tanggal di Mallapuram. Selepas itu saya diminta untuk menyampaikan kuliah singkat di masjid seusainya solat zuhur. Disusuli pula jamuan bersama keluarga Haider, Munawwar Ali, Ahli Parlimen Abdul Wahid dan pemimpin masyarakat.
Petangnya kami menuju ke selatan, kawasan desa yang menempatkan pusat hafiz dan Darul Quran. Seperti biasa acara kemuncak adalah ceramah kepada hadirin yang terdiri daripada masyarakat setempat dan tokoh-tokoh agama.
Setibanya di hotel rangkaian televisyen dan media sudahpun menunggu. Alahai belumpun sempat menarik nafas lega, namun saya akur dengan kehendak jadual. Wawancara berlangsung di hotel dan sejurus sesudah itu berlangsung pula majlis dialog bersama pemimpin parti politik, termasuk ahli Parlimen, wakil badan Islam dan organisasi swadaya masyarakat.
Jam 10 malam kami bertolak dengan menaiki keretapi menuju Thiruvandram. Keretapi India mirip Keretapi Tanah Melayu! Mengingatkan saya perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kuala Kangsar. Alangkah bagusnya jika dapat menuju ke destinasi pada waktu siang, permandangan pastinya indah. Kami dijangka tiba sekitar jam 7.15 pagi. Perjalanan panjang dengan lenggang lenggok dan goyang keretapi ternyata tak serasi dengan pinggang saya!
ANWAR IBRAHIM
the entry in english version










Recent Comments