Laporan Audit Negara tahun 2008 yang baru diperoleh oleh ahli parlimen menunjukkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban sebahagian dari kerugian projek mega yang bernilai ribuan juta dana awam. Jabatan Audit Negara menganggarkan jumlah kerugian projek rel keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh berjumlah sekitar RM 1.14 billion.
Sehingga bulan Disember 2008 sebanyak RM 5.77 billion telah dibelanjakan untuk projek tersebut, bermaksud 32.9%(RM 1.43billion) lebih tinggi dari nilai sebenar, iaitu sekitar RM 4.34 billion.
Malahan Laporan tersebut mengakui bahawa kelemahan pengurusan yang mengakibatkan kerugian yang sebegini besar. Saya percaya perkataan yang tertera dalam Laporan Audit sedikit “diplomatik.” Sesungguhnya ada bukti jelas seumpama penangguhan dan memesan secara lebih bahan untuk projek tersebut sudah cukup buat kita menyiasat jika wujudnya sebarang penyelewengan
Ternyata perkara asas seperti tadbir urus dan ketelusan tidak boleh dipandang remeh. Ketika mendung kelembapan ekonomi masih terasa, wajarlah pengurusan ekonomi mengambil langkah segera memperbetulkan dasar sumbang sebegini. Janganlah asyik mencipta gambaran ekonomi selesa walhal rakyat akan terkesan dari pemborosan serta ketirisan akibat kegelojohan penguasa.
ANWAR IBRAHIM
From Malaysiakini
By Terence Netto
Opposition leader Anwar Ibrahim said the role of the opposition in a liberal democracy was to stay vigilant against the abuses of executive power and move society towards poverty eradication and equitable distribution of wealth.
Speaking at the Dudley Senanayake memorial lecture in Colombo late last week, Anwar praised the former Sri Lankan leader for standing up for liberal democracy and for combating poverty in stints as Prime Minister of Sri Lanka, particularly between 1965 and 1970.
Anwar essentially rehashed arguments on the philosophical bases of liberal democracy already familiar from his frequent iteration of them in international forums, but with one difference.
Continue reading ‘Anwar: Oppostion Must Stay Vigilant’
From The Malaysian Insider
By Neville Spykerman
KUALA LUMPUR, Oct 18 — PKR’s de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim played down today Datuk Zaid Ibrahim’s six months’ leave of absence from the party, but conceded there were problems in the opposition party.
“He is still in the party and still in the leadership.” said Anwar, who added the former Umno law minister would be going to perform the Haj during his leave of absence.
Anwar said he did not understand why Zaid’s leave was being interpreted in such a negative manner.
Continue reading ‘No Need For Exaggeration- Anwar Ibrahim’
Saya menyambut baik keputusan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang mengiktiraf serta menyokong laporan Goldstone. Laporan yang disediakan oleh Richard Goldstone, mantan hakim dari Afrika Selatan bersama tiga lagi rakan beliau mendakwa berlakunya jenayah perang di Gaza, samada ianya dilakukan tentera serta kerajaan Israel ataupun dari pihak Hamas sendiri.
Laporan tersebut juga menyarankan agar Majlis Keselamatan membenarkan Mahkamah Antarabangsa(International Court of Justice)mengendalikan kes tersebut sekiranya pentadbiran Israel dan Hamas gagal menunjukkan iltizam serta kesungguhan di dalam mengenalpasti serta menghukum dalang jenayah perang di Gaza.
Sekiranya saranan ini diterima, pastinya dapat mengembalikan keyakinan masyarakat Muslim terhadap kewibawaan Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kelihatannya acapkali gagal mendapatkan keadilan buat rakyat Palestin serta orang awam lainnya. Saya juga berpendapat ini adalah salah satu peluang terbaik bagi menggerakkan satu permuafakatan antarabangsa untuk memperkukuhkan peranan Mahkamah Antarabangsa sebagai salah satu forum sejagat yang disegani serta dihormati.
ANWAR IBRAHIM
Esok 19hb Oktober 2009 merupakan hari pertama bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ke 12. Berikut merupakan soalan nombor 4 yang akan ditanyakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menurut turutan yang disediakan oleh Pejabat Parlimen Malaysia.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.
From Lanka Times
The opposition’s role in a liberal democracy is to ensure that the rule of law is upheld when the Executive branch of the government misuses its power or when the judiciary is subjected to political interference, said Dr. Anwar Ibrahim, Leader of the opposition and People’s Justice Party of Malaysia, delivering the 12th Dudley Senanayake Memorial Lecture on Friday in Colombo.
Continue reading ‘Guardian of Liberal Democracy’
Speech by Anwar Ibrahim at the 12th Dudley Senanayake Memorial Lecture in Sri Lanka on 16th October, 2009
Ladies and Gentlemen,
It is indeed a great honour for me to be here this evening on the occasion of the 12th Dudley Senanayake Memorial Lecture. At the same time, I stand before you humbled by the task at hand. So, let me begin by first paying tribute to the memory of Premier Dudley Senanayake. In this regard, I think I can do no better than to laud his political ideals, ideals which still resonate with us, indeed with anyone who believes in freedom and democracy.
May I be as bold as to consider Dudley a Liberal Social Democrat, that is, more ‘Liberal’ than ‘Social.’ Nevertheless, there is no question that he was a de facto social democrat in as much as he espoused the principles of social justice and put them into practice. That would include affirmative action for the poor and the marginalized and promoting land ownership and housing for the needy. His economics heralded an era of transformation and his phenomenal contribution to agriculture is legendary. As for his predominantly liberal bent in politics, that would be reflected in our discourse this evening.
Continue reading ‘The Role of the Opposition in a Liberal Democracy’
Alhamdulillah saya selamat tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 1.30 petang, dan berselisih dengan Azizah yang bergegas untuk ka Kuching.
Saya ka Country Heights menziarahi ayahanda dan keluarga seterusnya ka rumah Sani, pemandu saya selama lebih suku abad.
Sebaik tiba di rumah saya menerima kunjungan tetamu dari Arab Saudi.
ANWAR IBRAHIM
Rumah Terbuka Eidulfitri YB Puan Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Tarikh: 18 Oktober 2009
Lokasi: Kompleks Sukan Bangsar
Masa: 10.00 Pagi- 2.00 Petang
Dato Seri Anwar Ibrahim dijadual akan bersama dari jam 11.30 pagi hingga jam 12.30 Tengahhari
——–
Rumah Terbuka Eidulfitri Dan Deepavali Anjuran MPN PKR Wilayah Persekutuan.
Tarikh: 18 Oktober 2009
Lokasi: Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru Kuala Lumpur
Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
Turut Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.
=====
Pejabat Dato’Seri Anwar Ibrahim

Akhbar utama Malayalam mengenai kunjungan Anwar menziarahi Ali Tanggal. Klik Gambar untuk muat turun fail pdf
Saya sekarang berada di Sri Lanka dan dijadualkan memberi syarahan sempena memperingati Dudley Sinanyanke; mantan Perdana Menteri Kedua, Sri Lanka. Tatkala di Kerala, pernah dicoret bagaimana saya terkenang bacaan karya klasik seumpama mahabharata dan hikayat ramayana.
Sudah tentu teladan dan nasihat yang sarat terkandung diambil menjadi pengajaran dan sempadan. Berpeluang menelaah dan merenung karya klasik dari pelbagai warisan dan tamadun membantu saya mengolah agenda kalimat as sawa.’
Ketika ini masih terkesan kupasan Sheikh Ighsan Hendricks, bagaimana akhirnya kezaliman ditundukkan jua serta pesanan almarhum Maulana Syed Abul Hassan Ali Hasani Nadwi yang dirangkumkan dalam jilid Saviours of Islamic Spirit.
Bumi Sri Lanka menyorot saya kepada kisah terkenal kemenangan Rama terhadap Ravana; Raja Pulau Lanka(nama purba Sri Lanka) yang menculik Sita. Rama diperikan dalam kisah Ramayana susunan Rishi Valmiki sebagai seorang yang tulus, ikhlas, bijak dan menjunjung prinsip Keadilan.
Makanya kemenangan Rama menumpaskan Ravana itu umpama kemenangan Keadilan ke atas kezaliman dan seperti cahaya mengalahkan kegelapan.
Buat semua yang meraikan hari Deepavali di Malaysia, saya mengucapkan Deepavali Nal Valthukal!
ANWAR IBRAHIM
Recent Comments