From Malaysian Insider
By Clara Choii

One student is dead while two remain missing after a new suspension bridge collapsed near Kuala Dipang in Perak.
In initial reports 22 students were feared drowned in the mishap while about 20 others were said to have escaped in the incident which occurred at about 10.30pm last night, police said.
Nineteen students have been found safe. The dead student is believed to be a girl.
“We have so far managed to find one body, and hope to find all 22 of those missing as there are now more than 300 rescue personnel on site with the number increasing,” district police chief Superintendent Aziz Salleh had said earlier. Continue reading ‘One Student Dead, 2 Missing After New Bridge Collapses!’
From Malaysian Insider
By Asrul Hadi Abdullah Sani
Datuk Seri Anwar Ibrahim (picture) today slammed Budget 2010 as a “short-term” government policy that only benefitted concessionaires but not the people due to the Barisan Nasional’s financial management weaknesses.
The former finance minister also noted that the people will enjoy welfare provisions in the form of exemptions and tax relief totalling RM500 million but the government will recoup more from new fees charged on credit cards and real property gains tax.
“It is estimated that government income will be more than RM400 million from credit card fees that the people have to take out of their pocket,” the Parliamentary Opposition Leader said while debating Budget 2010 proposals in Parliament. Continue reading ‘Anwar slams Budget 2010, calls it short-term policy’
From Malaysian Insider
By Asrul Hadi Abdullah Sani
PKR vice-president Sivarasa Rasiah promised today to present the missing key witness in Datuk V.K. Lingam’s infamous New Zealand trip with the former Chief Justice Tun Eusoff Chin in Parliament soon.
Lingam was implicated in a scandal involving senior government judges and found by a royal commission to be the person recorded “fixing” the appointment of judges.
The royal commission found strong evidence against Lingam and in its report suggested that action be taken against him and others implicated in the infamous “correct, correct, correct” recording. Continue reading ‘PKR to present missing key witness in Linggam’s New Zealand trip.’
Dari Malaysia Kini
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.
Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.
Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta. Continue reading ‘Bajet 2010 untungkan k’jaan: Anwar’
Dari Harakah Daily
Oleh Azamin Amin
Masalah defisit sebenarnya berpunca dari kegagalan BN yang mengurus ekonomi untuk menganjakkan negara dan rakyat ke arah ekonomi tambah nilai sehingga menjejaskan pendapatan negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai langkah dan peruntukkan diumumkan oleh kerajaan untuk memacu ekonomi mencapai tahap maju seperti Singapura, Korea Selatan namun malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.
Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi banyak lagi belajwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan ?off-budget? dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010 menyebabkan defisit akan terus meningkat. Continue reading ’13 tahun defisit, BN lemah urus ekonomi- Anwar’
Dari Malaysia Kini
Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) hari ini membuat aduan kepada badan-badan pengawasan profesional terhadap tiga pakar rundingnya yang terbabit dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi PKA, Datuk Lee Hwa Beng berkata, aduan pertama dibuat kepada Lembaga Disiplin Majlis Peguam terhadap firma guaman Rashid Asari & Co, (RA).
Menurutnya, RA adalah firma guaman yang mewakili PKA dalam urusan pembelian tanah PKFZ dan perjanjian pembangunan antara PKA dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Continue reading ‘PKFZ: PKA Buat Aduan Terhadap Tiga Pakar Rundingan.’
Dari Malaysia Kini
Oleh Wong Teck Chi
Keluarga mendiang Teo Beng Hock berkata mereka akan memohon supaya bedah siasat baru dilakukan oleh pakar patologis Thai, Dr Pornthip Rojanasunan.
Adik perempuan Teoh – Lee Lan – memberitahu Malaysiakini bahawa keluarganya berharap bedah siasat baru itu akan dapat “mendedahkan kebenaran” di sebalik kematian abangnya itu.
Beliau berkata, keluarganya telah memikirkan perkara itu sejak bermulanya inkues kematian Teoh, dan pendedahan Dr Pornthip (foto) bahawa “80 peratus” kematian Teoh mungkin homisid, membuat keluarga mahu pakar dari Thailand itu membuat bedah siasat baru. Continue reading ‘Keluarga Beng Hock Mahukan Autopsi Kedua.’
Dari Malaysia Kini
Dari Humayun Kabir
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat “rayuan peribadi” kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.
Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang “samseng” untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang “berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami”.
Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan. Continue reading ‘Samseng Diupah Kawal Sidang DUN Perak?’
Dari Harakah Daily
Oleh Dr Zulkefly Ahmad,MP Kuala Selangor
YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan ‘I-Malaysia ? Kemakmuran Bersama’.
Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.
Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis ‘imbuhan’ serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.
Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% – dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana. Continue reading ‘Satu Analisa Tentang Bajet Sulung Najib’
Dari Jalan Telawi
Hasmi bin Hashim
Naskhah belanjawan yang ‘disembunyikan’ sehingga bacaan kali pertama jam 4 petang, Jumaat, 23 Oktober 2009 dilihat sebagai bajet paling tempang sejak krisis ekonomi 1997-98; lebih sedekad lalu. Di beberapa negara maju, teks bajet akan terlebih dahulu dipamer—lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan internet—kepada umum untuk dibincang terlebih dahulu. Ia tidak berlaku di Malaysia. Tidak pernah!
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak masih meneruskan amalan kuno meskipun berapi-api sejak menjadi PM, konon, mahu melakukan ‘pembaharuan’.
Tatkala diperakui—meski tidak secara langsung menyentuh penguncupan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)—sesungguhnya ekonomi Malaysia jelas tidak pernah mampu bangun untuk kembali bersaing di peringkat serantau, apatah lagi global.
Continue reading ‘Mentaliti Lapuk Dalam Bajet 2010′
Pada hari Khamis saya menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim, menegaskan kepentingan sistem kehakiman yang bebas serta tidak hanya memihak kepada kekuasaan terutama apabila hak rakyat ditindas. Saya ungkapkan dalam Dewan Yang Mulia, teguran mantan hakim yang berwibawa seperti Tun Suffian dan Tuanku Sultan Azlan Shah. Kita merasa bimbang melihat pimpinan parti pemerintah menggasir kebebasan institusi keadilan melalui peguam kaya dan hakim yang curang.
Keresahan rakyat seharusnya direnungi apabila rasuah dan penyelewengan kuasa membudaya serta mengakar lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang. Lupakah kita kata-kata hakim NH Chan, “something is rotten in the House of Denmark.” Tatkala riuh rendah pimpinan umno bn ingin membawa perubahan, Laporan Suruhanjaya Pita Lingam diketepikan begitu sahaja. Kononnya tiada perlu untuk mendakwa VK Lingam, sedangkan kontroversi ini membabitkan individu-individu yang enak dan selesa dipersada kekuasaan. Berulang kali kita tekankan mustahaknya prinsip pertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan menjadi antara sendi
pemerintahan.
Beberapa jam lalu, pembentangan belanjawan baru sahaja selesai. Saya mengambil peluang untuk meneliti belanjawan terbaru ini di samping mengenal pasti kejanggalan ketara, iaitu mengapa tiada pengumuman berhubung perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan negara. Tambah merunsingkan ialah kurangnya perbelanjaan pembangunan sekitar 4.4%, dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion serta merosotnya pendapatan negara dari yang dijangkakan. Malahan beban hutang juga meningkat sebanyak 18.3% dari RM 306.4 blillion pada tahun 2008, kepada RM 362.5 billion. Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.
ANWAR IBRAHIM
Dari Malaysia Kini
Oleh Jimadie Shah Othman
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan.
Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini.
“Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku,” katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam.
Penasihat PKR itu berkata terdapat beberapa kelemahan asas dalam menangani defisit belanjawan. Continue reading ‘Anwar pertikai BN mahu bela askar’
Recent Comments