OLEH Hasmi bin Hashim
Memang, kalau tak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Tatkala semua ujian menimpa Pakatan Rakyat, termasuk isu di dalam PAS, yang gagal dilihat pihak musuh ialah, ahli-ahli PAS menjadi semakin matang menilai serta mencari punca ‘penyakit’. Tak mudah nampaknya untuk diperlekeh kebijaksanaan ini seiring dengan kebijaksanaan sebahagian besar pemimpinnya.
Apakah selamanya pelbagai isu dan polimik sensasi yang cuba dibangkit di beberapa negeri, dan beberapa isu, lantas terus dijadikan dalih untuk senyap-senyap menjalin ‘rundingan peribadi’ dengan elit Umno? Apakah tomahan pemberikan “tanah kepada Cina di Perak” boleh dijadikan ukuran PAS kini mengkhianati orang Melayu?
Dalih ini, semakin tak laku, terutama kalangan ahli akar umbi dan rakyat Perak yang tahu bahawa tak ada seincipun tanah yang diberikan kepada yang bukan berhak! Pengakuan ini saya perolehi langsung daripada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ketika pertemuan kami dalan program di Universiti Terbuka Perak (Ureka), 17 Oktober lalu.
Kedurjanaan Umno, terhadap orang Melayu lebih bertompok dan ketara. PAS, termasuk ketika allahyarham Datuk Ustaz Fadhil Noor, menyaksikan bagaimana permainan silap mata dan kerakusan Umno menangkap aktivisnya. Bahkan membunuh!
Kes Memali, misalnya, sampai kini tak selesai. Penindasan terhadap PAS, oleh Umno, menjadikan PAS seakan-akan tidak mungkin dapat duduk kembali dengan Umno. Saya percaya, kepada yang sering bercermin kepada sejarah, tak mungkin dapat menerima apa yang dinamakan Umno sebagai rakan kongsi kuasa hanya atas dalih survival Melayu mahupun ugama.
Dan saya hendak bertanya, siapa yang memulakan label “Erdogan” yang merujuk kumpulan kononnya “pro-Anwar”, kalau bukan elit dan media Umno? Bukankah mereka jugalah yang tiba-tiba menjuarai agar golongan ulama’ dalam PAS menentang “kumpulan Erdogan” itu, sedangkan sejak bila Umno pro-ulama’?
Ternyata, kekalang-kalibut ini, dengan insaf saya mentafsirkan, sengaja direncana oleh segelintir manusia yang dahulunya pernah bersama Keadilan, dan ada hubungan dengan dua-tiga kerat sahabat dalam PAS.
Tak dapat Keadilan, PAS cuba mereka piat. Bedebah!
Usaha untuk melemahkan Pas dan Keadilan khususnya juga bukan baru. Ada nama yang dua-tiga bulan menyertai Keadilan, misalnya, kemudiannya meninggalkan parti dengan sidang media yang bukan main tampak hebat sehingga dipersoalkan kejujuran mereka menyertai Keadilan. Apakah direncana, diupah? Kemudian, lenyap.
Juga sejak beberapa tahun lalu, tak kurang pemimpin kanan Keadilan diumpan dengan itu dan ini, ada yang diugut, agar, meninggalkan parti dan perjuangan. Yang gagal bertahan, yang lemah, justeru berpaling.
Kita tahu, dalam sedar tak sedar, Keadilan, malah lebih tepat Anwar wajar dihapuskan. Kekalahan teruk Barisan Nasional, 8 Mac lalu, diakui mereka banyak disumbang dengan apa yang disebut sebagai “faktor Anwar” selain kesediaan PAS dan DAP berada dalam saf yang melangkah sederap.
pakatan-rakyatAtas kenyataan ini, rencana jahat dan fitnah baru, diatur. Apabila ada seorang anak muda yang ‘bersumpah’ dirinya diliwat, mereka kira Anwar sudah masuk perangkap. Melalui berita TV ketika menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh, ada yang dengan sinis berkata “tengoklah nanti!”
“Tengoklah nanti” itu merujuk rancangan mereka yang menggunakan kaedah seumpama cara jahat Dr Mahathir ketika memfitnah Anwar pertama kali dahulu; lebih 10 tahun dahulu. Beza golongan kecil ini, yang tentunya mendapat restu pimpinan tertinggi Umno adalah, mereka nampaknya lebih rakus berbanding Dr Mahathir sendiri…
Kemusnahan sangat mereka harapkan menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat, Disember ini. Mereka, dengan janji dan ikrar yang bermacam-macam waktu menyertai semula Umno, tentunya mahukan sokongan dana untuk menjayakan misi. Saya kira, politik Najib pula adalah politik yang tergamak menyiapkan upah, asalkan misi siap. “Misi pertama” iaitu merampas kerajaan Perak, dianggap ’sempurna’.
Kedua, iaitu yang lebih mustahak, kemaraan Pakatan Rakyat yang dipenghului oleh Anwar mesti disekat. Disekat segera!
Ahli-ahli parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan rakyat semakin jelas melihat isu ini. Teguh di belakang kebenaran, dan siap untuk menegur mana-mana pemimpin yang terpesung daripada “sumpah perjuangan” bukan hal yang perlu dimalukan. Yang sudah terpesung pula, hanya menanti masa, dimakan tulah.
Kesepaduan Pakatan Rakyat, saat ini menjadi mustahak sekali. Sangat mustahak kalamana kita hanya beberapa langkah sahaja lagi melewati gerbang Putrajaya. Umno belum pernah dalam sejarahnya berasa begini gementar, dan memang mungkin akan mereka gunakan apa sahaja, baik mengadu-domba dan cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat agar mereka kekal berkuasa.
Tak tergambar kita, bagaimana nantinya bila kuasa dapat kembali kepada Umno-BN andai kita termakan umpan dan cuai, betapa kuku tajam Umno-BN akan mencengkam rakyat. Mereka kini sedang menahan nafsu, kerana mereka tak sangat berupaya ketika hilang kuasa di banyak kawasan dan negeri.
Justeru itu, kepentingan Melayu, mahupun Islam adalah kepura-puraan politik, sementara Umno berada dihujung tanduk. Kita tak punya pilihan, kecuali menepis Umno-BN ke luar pagar Putrajaya. Keutuhan kita kepada bangsa dan negara jelas. Lebih jelas daripada slogan politik “1Malaysia” Perdana Menteri.
paksyeikhDan, yang paling utama daripada kekalutan hasil buah tangan elit Umno ini, adalah kembali memperkukuh idealisme, memperkasa gagasan dan memperkuat saf… terutama kalangan anak muda, yang, pada satu ketika dahulu, juga sepenuhnya mahu dilumpuhkan demi melonjakan menantu bekas PM ke-5.
Kita benteng hadapan, bukan barisan di belakang.









Sdr Hasmi. Kini pun mereka juga kan sedang mencengkam. Kuharap kita tidak akan seperti mereka, kini dan bila tiba waktunya. Apa bisa?
Marsli N.O
Reply
Dalam sinar harian hari ni,pengarah JPN Pahang bimbang jumlah buta huruf kat pahang cecah 8 ribu orang.Mintak guru-guru cari pendekatan terbaik atasi masalah ini.
Semuanya swasta kat guru.Bunyi macam nak lepas tangan je.jambatan gantung di kuala dipang tempohari ada yang menyalahkan guru-guru.
jika gagal,guru tentu akan dipersalahkan oleh JPN Pahang.guru-guru kena sedar selagi JPN dikuasai umno selagi itulah guru akan jadi mangsa.PPSMI hari tupun salah guru jugak ke.
dalam hal ini,pengarah JPN Pahang jadi pengarah pertama yang lepas tangan.takkan kementerian pelajaran malaysia nak orang macam ni pegang JPN Pahang
Sepatutnya JPN jadi tulang belakang atasi masalah ini selain kerjasama ibu bapa.takkan nak harap cikgu semata-mata.main ragbi pun kena ada sokongan rakan pasukan.
Tok cadangkan Pengarah JPN Pahang balik ke sekolah semula.banyak faktor kelemahan murid antaranya tahap penerimaan ilmu tak sama.ini logik kerana tak semua dalam kelas dapat nombor 1.ada yang dapat nombor tercorot.kemalasan seseorang pelajar dan sikap kurang peka ibu bapa juga antara faktor utama.sekolah-sekolah di pedalaman pula kekurangan kemudahan seperti komputer dan banyak lagi.paling ketara bilik guru tak ada komputer atau printer.terpaksa menumpang kemudahan cikgu lain.photostat pun kat kedai pakai duit sendiri pasal ada kalanya mesin photostat rosak,bimbang guna banyak sangat pasal kena tulis nama setiap kali guna mesin photostat.
Rasulullah dulu seorang yang bijaksana biarpun ummi.
Tok kesian setiap kali berlaku masalah di sekolah guru-guru dipersalahkan.macam di kuala dipang,idea guru kah nak adakan perkhemahan 1 malaysia.hari sekolah pulak tu.nampak sangat kerana agenda politik JPN Perak atau lebih lebih sesuai PPD terbabit adakan perkhemahan 1 malaysia pada hari persekolahan.ada sumber mengatakan PPD,JPN dan sampai ke kementerian pelajaran terlibat.eloklah disiasat prkara ini.satu suruhanjaya di raja wajar ditubuhkan.mengapa tak diadakan perkhemahan ini pada waktu cuti sekolah dan guru boleh fokus dan tak lagi memikirkan tentang ujian akhir tahun.
tak tahulah tok sekolah-sekolah yang terlibat dengan perkhemahan 1 malaysia selesai atau tak ujian akhir tahun.
Mulai sekarang PPD, JPN atau KPM perlu berhenti menyalahkan guru-guru.masyarakat sekarang lebih bijak dan tok tak nak nanti orang kata PPD, JPN atau KPM tahu garu telur sahaja.eloklah dikuatkuasakan semula merotan.bukan untuk mendera tapi kepada mendidik.orang tak sembahyang pun boleh kena rotan.
Politik mengampu perlu diketepikan tapi kebajikan anak murid jadi keutamaan.
Reply
angkasawan nasa Reply:
November 1st, 2009 at 12:30 am
Soal buta huruf ini Penguasa UMNO akan menbuat perbandingan kadar buta huruf di antara malaysia dengan kutub utara dan kutup selatan serta pendalaman Amazon (brazil). bergitu juga dalam isu Minyak mereka menbuat perbandingan harga minyak dengan negara bukan pengeluar minyak. bergitu juga dengan kadar bilangan guru per kilometer, dimalangsia 30 kilometer persegi ada berratus guru dan UMNO bandingkan 30 kilo meter persegi sifar guru di seberia russia.
Reply
cikgu Reply:
November 1st, 2009 at 1:06 am
Pengamatan saya Pengarah JPN Pahang tak menyalahkan cikgu pun…cuma rangsang guru untuk cari pendekatan dan merangka strategi bersesuaian…terima kasih
Reply
Saya mohon PAKATAN RAKYAT perkukuhkan kembali martabat dan kedudukan kaum MELAYU..
MELAYU bukanlah sekelumit MELAYU yang gila kuasa dan mengejar kepentingan sendiri, tetapi adalah RAKYAT MELAYU keseluruhannya..
pemerintah MELAYU yang ada sekarang ini tidak mahu berkongsi NIKMAT untuk meredakan penderitaan MELAYU keseluruhanya..sebaliknya hanya pikirkan perut sendiri sahaja..
Reply
Pakatan rakyat mesti menyelesaikan masalah dalam parti dan masalah rakyat supaya rakyat kan tahu siapa yang membawa kebenaran. Bukan macam BN cakap lain buat lain.
Reply
syabas hasmi..saya juga anak muda akan setia bersama PKR dan PR…saya berazam memperkukuhkan PKR dan PR di kalangan generasi muda Malaysia…yakinlah PKR dan PR akan mentadbir malaysia nanti.insya ALLAH…
Reply
HIDOPpakatan RAKYAT Reply:
November 1st, 2009 at 4:54 pm
Kalau ramai anak2 muda dari institusi pengajaran beramai2 menghayati politik bersih yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, insyaallah Pakatan Rakyat akan berjaya kelak!
Wahai anak2 muda! Sokonglah pakatan yang benar2 hendak meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu dengan menghapuskan segala salahlaku dan salahguna kuasa yang merompak harta dan duit rakyat! Terlebih dahulu, daftarlah cepat2 sebagai pengundi untuk pilihanraya akan datang. Jangan melaung2 terpekik2 sahaja tanpa menjadi pengundi yang layak dimasa akan datang!
Anak2 muda sekarang adalah pewaris kepimpinan negara dimasa hadapan. Janganlah menghayati amalan2 yang salah dari segi ugama Islam kita dan sama2lah bantu undi pakatan yang benar2 hendak membela nasib rakyat. Inilah langkah pertama iaitu rakyat diutamakan. Jangan sekadar cakap sahaja tetapi ahli2 politik kena benar2 buktikan bahawa rakyat diutamakan dengan pandai urus tadbir ekonomi negara dengan bijak dan adil.
Reply
umno kerajaan menipu rakyat. contoh yang terbaik pada saat dan ketika ini mereka sedang bertungkuslumus dan beria-ia berusaha hendak menghalau lebih seratus pemilik tanah melayu di pekan pulau sebang, alor gajah melaka. ini adalah semata-mata mahukan satu pembangunan dijalankan untuk keuntungan seorang towkey cina yg dibantu oleh adun gadek iatu dato ghaffar atan. ayuh bangsa melayu bantu kami warga pekan pulau sebang menentabg satu bentuk pengkhanatan umno kepada bangsanya sendiri.
Reply
Saya amat teruja dan menyokong akan artikel yang ditulis oleh saudara Hasmi.BN (UMNO) misti mempertahankan kerajaan yang semakin kecut demi survival periok nasi mereka. berbagaicara yang digunakan oleh mereka untuk melumpuhkan PR. Jika mereka gagal ini bermakna diri mereka akan berada seperti telur dihujung tanduk. Andaian PR berjaya memerintah Malaysia, lihat bagaimana sengsaranya bagi mereka yang semata-mata hidup bergantung pada kerajaan BN. Hutang-hutang dibank-bank mungkin tidak dapat dijelaskan, kroni-kroni mereka akan meninggalkan mereka maka mereka tinggal keseorangan. Mereka seolah-olah tahu akan nasib mereka.
Oleh itu sekarang mereka menggunakan media sepenuh-penuhnya memburukan pemimpin PR terutama pemimpin PAS dan PK. Contoh nya diSelangor, pemimpin UMNO ada saja membuat ulasan dimedia masa;samaada betul atau tidak kenyataannya pasti akan keluar dimedia masa. Khir Toyo dan pemimpin utama UMNO Selangor setiap hari ada saja didada ahkbar perdana.Sealain dengan kenyataan, mereka cuba memainkan jarumnya untuk mempergaruhi ADUN PR dengan mengupah juak-juak yang gilakan wang. Cita-cita utamanya ingin kembali menguasi kerajaan Negeri Selangor.Mereka ini sepatutnya insaf dan muhasabah diri mereka kenapa rakyat menolaknya semasa PRU 12.
Bagi pemimpin PR hendaklah senantias waspada dan mengukuh kemuafakatan. Setiap tindak tanduk yang ingin diambil sedia berbincang terlebih dahulu sebelum diteruskan secara persendirian. Ingat! Kerajaan Negeri yang ditubuhkan dahulu adalah atas dasar permuafakatan parti-parti pembangkang (PR) kecuali Kelantan…….
Reply
Tanggungjawab Umno kepada orang Melayu hanyalah seperti ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Umno sekarang telah hilang kredibilitinya dalam membela nasib orang Melayu, terutama sekali mereka yang di luar bandar dan juga peserta-peserta rancangan FELDA dan juga FELCRA. Laungan Umno sebagai parti yang membela nasib orang Melayu hanya boleh dianggapkan sebagai ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumangan tahi’! Yang Umno bela hanyalah kroni-kroni mereka termasuk taukeh-taukeh Cina yang merupakan ‘safe-deposit’ untuk mereka. Ayoh penduduk-penduduk Melayu di Pulau Sebang – sepakkan keluar Umno dari terus menghimpit kehidupan kamu semua! Bertindak dari sekarang – Tumbangkan rejim ganas dan kejam ini supaya wujud sebuah negara Malaysia yang adil tenteram dan makmur untuk semua!
Reply
sedikit ulasan ttg isu dalaman pas.
antara dua pilihan:
- perkukuh Pakatan Rakyat
- bersekongkol dgn umno
Tok Guru tegaskan pilihan pertama -> beliau konsisten/istiqamah dgn perjuangan
bersekongkol dgn umno is a big no-no. and supposedly not even a choice.
Reply
Apa komen DSAI dalam wawancara bersama Anuar Shaari dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Reply
Pandangan Sdr Marsli N.O. sebagai kenalan lama menjentik hati sanubari bersama. Saya percaya akan diambil pertimbangan oleh pimpinan Keadilan dan Pakatan Rakyat, inshaalah.
Reply