Dari Malaysia Kini
Oleh Mohd Jimadie Shah Othman
Kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu Tan sri Koh Tsu Koon berundur daripada kabinet atas alasan gagal menunjukkan prestasi yang baik.
Diketuai timbalannya, Oh Teong Keong, mereka berkumpul di lobi bangunan PGRM di Cheras – tempat Gerakan mengadakan persidangan tahunannya.
Mereka turut membawa beberapa sepanduk dan kain rentang, selain melaungkan jeritan anti-Mohamad.
Kumpulan itu menuntut BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap Mohamad kerana didakwa membuat kekacauaan dalam parti sendiri.
Ditemui media selepas demonstrasi itu, Oh berkata, dewan tertinggi BN patut mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat Umno itu.
“Umno dan Gerakan sama-sama parti komponen dalam BN. Mohamad tidak patut mengguris perasaan rakan sendiri.
“Kami harap dewan tertinggi BN dalam mengambil tindakan terhadap beliau,” katanya.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas merasmikan persidangan tahunan sayap Gerakan itu, timbalan presiden parti itu, Datuk Chang Ko Youn meminta ahli parti itu supaya tidak terlalu memikirkan kenyataan Mohamad kerana banyak lagi isu lain yang perlu ditangani.
Bercakap dalam sesi yang sama, ketua wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe pula mengingatkan supaya semua ahli dalam komponen BN tidak mewujudkan persengketaan terbuka sesama parti dalam BN.
“Apa terjadi dalam parti komponen BN akan jejaskan parti lain. Sebagai keluarga besar, tindak-tanduk harus dijaja. Jangan berkelahi secara terbuka,” katanya



















Gerakan,MCA,MIC and other component party under BN should all dissolved and join PR to create a 2 Party System For Malaysia. Umno can go ahead and team up with PAS…if PAS wanted so much to join Umno.
The above scenario are possible if not in a very near future…and the way forward to bring Malaysia to Greater Hights and a Fully Develop Peaceful Nation.
A Govn Of The Day That Rule Based On Merits Minus (Race and Religion)…Instead Of Current…So Bankrupt And Running Out Of Idea To Rule This Country That Guided By Arrogantness,Corrupt And Abused !
Reply
memang benar hujah datuk muhamad aziz itu bagaimana orang yang KPI nya boleh dipersoal mahu menjaga KPI orang lain.
sudah lah rakyat sendiri tidak suka(kalah dlm PRU12) masih dilantik menjadi menteri,menjaga KPI menteri lain pula tu.
kami amat menyokong hujah datuk muhamad aziz tu,teruskan datuk macam sudah tidak ada orang lain sangat yang layak untuk dilantik.
Reply
sigh….what demo? product sales demo ah?
got balls, u all demo in front of UMNO building! u may wet in your pants but nevermind. at least u’ll grow up faster that way.
really, give it up lah boys… go back to your mommies…
politics is an adults’ game.
4RAKYAT
Reply
50 orang pemuda Gerakan hanya buang masa untuk berdemonstrasi terhadap MP Seri Gading. Tengoklah nanti, tidak ada apa-apa tindakan BN terhadap MP tersebut. Mungkin ada kebenaran terhadap kenyataan MP tersebut dan juga takkan BN sanggup untuk menimbulkan perbalahan dalam parti komponennya itu!
Reply