31
Oct
09

1Malaysia: PM diingatkan ‘jangan tersilap langkah’

Dari Malaysia Kini

Oleh Jimadie Shah Othman

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menunjukkan keikhlasan dan kejujuran dalam menzahirkan gagasan 1Malaysia melalui pelaksaaan dasar kerajaan berdasarkan kelayakan dan bukannya warna kulit.

“Keikhlasan dan kejujuran dalam menzahirkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (hendaklah) berdasarkan qualification (kelayakan) dan bukan ‘kulitfication’ (warna kulit), amat penting bagi mengerakkan negara supaya lebih maju dan makmur,” kata ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe.

Berucap di persidangan perwakilan Wanita Gerakan ke-22 hari ini, Tan berkata, janji-janji supaya semua dasar dilaksana dengan adil tanpa membezakan latar belakang rakyat, tidak harus “sekadar di bibir” sahaja.

Katanya, rakyat yang meletakkan harapan penuh kepada Najib untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar sentiasa memantau dan menilai kerajaan secara berterusan.

“Tersilap langkah mengundang padah dan kehancuran dalam pilihan raya akan datang,” kata Tan.

Mengulas keperluan parti itu berubah bagi memenangi semula sokongan rakyat, Tan meminta semua pihak supaya mengelakkan sikap-sikap negatif, antaranya “ekstrim berasaskan perkauman dan ketuanan”.

Tan juga mengingatkan BN supaya tidak mendabik dada dan angkuh dengan kemenangan di Bagan Pinang pada 11 Oktober lalu kerana sudah tujuh pilihan raya kecil sebelum ini diungguli pembangkang.

“Di samping itu, kemenangan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang wajar dijadikan rujukan dan memberikan keinsafan. Rakyat berkehendakan calon berjiwa rakyat.

“Di sebalik kemenangan ini, kita tidak perlu mendabik dada, merasa angkuh serta begitu yakin bahawa kemangan BN sebagai petanda rakyat kembali menyokong kita,” katanya.


16 Responses to “1Malaysia: PM diingatkan ‘jangan tersilap langkah’”


  1. 1 kulup amrin Oct 31st, 2009 at 4:32 pm

    Satulah projet 1malaysia di bebankan keatas 1rakyat malaysia.

    Semua kereta yang cecah 15 tahum akan di kenakan pemeriksaan Puspakom sebelum boleh hiup kan cukai jalan. ini dulihat menbebankan rakyat mendahulukan Puspakom!! kekadang menteri UMNO suka buat keputusan secara purata tampa ada dailog dengan dengan penguna?? sebelum sesuatu keputusan di buat. dakah kereta jenama luar negara pun di kenakan sekali?? sedangkan mutu kereta tersebut lebih baik dari proton??? kalau proton 5 tahun dah banyak yang longar!! bagai mana kereta yang jarang di gunakan misalnya kereta yang tinggal di kampung jarang di gunakan tapi sudah 15 tahun?? bukan kah tak pepasal dia kena keluarkan wang periksa sedangkan kereta tersebut masih baik. yang merobek wang rakyat jelas sekali oleh jari jemari peminpin UMNO. isu ini perlu di kaji semulasupaya rakyat tidak tertekan.

    Reply

    ulam batar Reply:

    Persoalanya sudahkan UMNO-Puspakom meningkatkan keupayaan Mereka berdepan dengan lebih 2 juta kereta setiap tahun untuk di periksa , sedangkan bilangan pusat Puspakom bukan ada di setiap daerah dinegara ini??. Berita terbaru di US kadar kuasa beli Rakyat US masih rendah Kerajaan mereka tidak menekan rakyat dengan berbagai kerenak yang menbebankan Rakyat supaya kecairan wang berada ditangan Rakyat, tertapi sebaliknya di Negara ini kecairan wang ditangan Rakyat cuba di pan ketangan syarikat keroni UMNO-Puspakom.

    Dasar yang dilakukan kononya untuk merancakkan perbelian kereta baru ini adalah kerana UMNO lebih memetingkan sikaya raya atas desakan persatuan penjual kerata, dan Proton. Persoalanya di sini kebanyakan yang memiliki kereta yang usia 15 tahun keatas adalah dari gologan kurang kemampuan!! siapa yang tidak mahu kereta baru!! .

    Kebanyakan perancangan UMNO lebih tertumpu untuk melindungi sikaya raya, dan memerah Rakyat jelata. ini adalah jelas Belanjawan 2010 adalah belanjawan buruk siku “beri dan ambil semula”. ini bukanlah masa yang sesuai untuk UMNO menekan rakyat dalam susana ekonomi yang cukup getir ini UMNO masih bergegas menbantu keroni mereka tampa mehiraukan iklim ekonomi semasa. Ramai rakyat kini dalam kesempitan banyak syarikat memotong berbagai elaun,kerja lebih masa,citu tampa gaji dan ada yang di berhentikan kerja akibat susana ekonomi yang sembab. adakah UMNO menjegok permasalah rakyat melata ??? Nanpaknya UMNO tidak langsung tidak punya nilai kemanusia dalam mana rakyat keperitan meranduk arus ekonomi semasa.

    UMNO > Kuno!!!!

    Reply

  2. 2 Boring Oct 31st, 2009 at 4:34 pm

    BN win in Bagan Pinang is the People unhappiness with PAS and does not mean BN have recovered and have the people support…100 to 1 if there is any by election…PR will Win !

    Reply

    win win malaysians Reply:

    Orang malaysia senang diolok2 najb,sewaktu ramahtamah raya/depavali org2 tua dikasi duit angpaw RM20 apakajadah kerajaan perihatin dgn membodohkan rakyat dgn cara begini,kesian org2 tua beratur/berbaris hanya RM20,ini amat memalukan,ini bukan caranya bersedekah bahlol betul,inilah kerajaan 1malaysia konon rakyat didahulukan,nak tunjuk kerajaan umno pemurah konon,najb siapa ajar cara bodoh kuno ni,u org tak ada idea smarts lagi selain mcm tu,panggil kuda2 media,wah terhegih2 pak menteri kita tunjuk muka rasuah,isi Ali rushstamp mb melaka tulah sungguh muak tengok muka tu berlagak pandai depan najib tapi pekak,kenapalah kerajaan malaysia suka simpan perasuah utk memertabatkan malaysia ni,mereka ni sampai matipun takkan berubah hati dah hitam dgn rasuah,,,,,umno ni kalau tak rasuah sememang hatinya tak tenteram seharian.

    Reply

  3. 3 hidopPAKATANrakyat Oct 31st, 2009 at 6:32 pm

    Apalah yang diperkatakan ini?

    Kerajaan yang adil ialah kerajaan yang membantu golongan yang susah dengan tidak kira warna kulit. Ini langkah pertama.

    Langkah kedua ialah meramaikan sesuatu kaum yang ketinggalan jauh dari kaum yg lain didalam tiap2 bidang ekonomi dan profession. Mana boleh hanya pandang pada kelayakan atau qualification sebagai yg penting! Kalau kelayakan kurang didalam sesuatu kaum, wajar mereka ini diberi peluang menjawat sesuatu profession dan tidaklah hanya yang scorer atau kelayakan tinggi sahaja yang sapu bidang2 profession ini!

    Yang kurang scorer sebenarnya bukanlah tidak boleh buat kerja! Mereka boleh tetapi disebabkan hidup sebagai seorang pelajar di universiti banyak cabaran2 yang membuat mereka tidaklah score first class honours, tidak bermakna mereka tidak boleh cemerlang didalam sesuatu profession! Malah kebanyakan mereka yang tidak score beginilah yang cemerlang masa kerja sebab kebanyakan mereka ini all rounder dari segi akhlak, ilmu, personality dan bakat! Taklah hanya book worm sahaja atau ulat buku sahaja yang hanya menghafal dan berjaya score dalam exams! Kebanyakan yang book worm ni semua tak ada personality lansung! Membosankan sahaja! Kena all rounder lah! Bukan setakat ukuran ILMU sahaja!

    Saya amat2 tidak bersetuju penulisan ini. Mana tak boleh pandang pada kulit! Mana2 kulit yang wajar diberi pertolongan supaya jadi masyarakat yang balance, wajar dibantu. Kulit masih lagi penting didalam mencorak masyarakat buat masa ini.

    Sekian wasalam………..siapa setuju?

    Reply

  4. 4 hidopPAKATANrakyat Oct 31st, 2009 at 6:45 pm

    Langkah pertama yang wajar dan wajib rakyat tahu ialah menyokong kerajaan yang benar2 bersih,cekap,amanah, telus, adil dan jugak kerajaan yang hapuskan segala kejahatan, kezaliman, salahlaku, salahguna kuasa dan merompak harta dan duit rakyat! Ini asas pokok cerita yang paling mustahak!

    Langkah kedua, baharulah menyusun semula masyarakat dengan seadil2nya! Adil bukan bermakna hanya mementingkan kelayakan atau qualification dan membelakangkan warna kulit! Mana boleh!

    Sekian wasalam

    Reply

  5. 5 orang susah Oct 31st, 2009 at 9:11 pm

    PM yang penipu dan munafik

    Reply

  6. 6 4RAKYAT Nov 1st, 2009 at 12:11 am

    1) this woman didnt stand up against those umno flers in parliament when they hentam her left rigth centre.

    2) now, her party (with her spineless-wimp sorry-excuse-for-a-man backdoor-beggar boss) gasping for air, she suddenly found ‘courage’ to ‘speak-up’?

    3) u do what u do. u r just cari-ing makan. or rather begging. i let u do your thing.

    4) but u let me write what i want.

    4RAKYAT

    Reply

  7. 7 angkasawan nasa Nov 1st, 2009 at 12:39 am

    Apa ke bendanya!! UMNO seru one malaysia jika dalam BN sendiri punya parti yang berteraskan kaum?????

    “tepuk dada tanya UMNO” apakah one malaysia mereka TULIN!!!!!!!!!!!

    Reply

  8. 8 hidopKETUANANrakyat Nov 1st, 2009 at 11:31 am

    Jangan risau2kan pasal 1 Malaysia ni.

    Yang wajar rakyat risau, pakatan mana yang benar2 boleh dirikan kerajaan yang benar2 bersih,cekap, amanah, jujur, telus dan adil disamping menghapuskan semua salahlaku dan salahgunakuasa didalam pentadbiran dari kuasa yang teratas sekali hingga ke akar umbi. Ini sebenarnya yang wajib tiap2 rakyat sedar dan ambil tahu perkembangan politik yg benar2 berlaku didepan mata sekarang dan yang telah dilakukan selama ini.

    Rakyat kena fikirkan pakatan mana yang benar2 boleh membela nasib rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat paling teratas sekali dengan bijak menguruskan ekonomi negara supaya kebanyakan rakyat dimakmorkan DAHULU dan bukan hanya segelintir manusia sahaja yang berkuasa didalam kerajaan DAN PARTI POLITIK , yang berdamping dengan ahli2 politik yg jadi payungnya dan tujuan masuk politik untuk menambah habuan diri, anak2, keluarga, sedara mara dan sahabat handai sahaja.

    Keluarlah berbagai2 slogan tetapi jangan sekali2 tergelincir dari apa yang dipersebutkan diatas kerana kedua2 yg disebutkan diatas amatlah penting sebagai asas atau batu platform negara yang bagus.

    Apabila asas sudah benar2 kukuh diatas, baharulah kita buat penyusunan masyarakat cara besar2an semula! Apalah erti penyusunan masyarakat semula diadakan tetapi perkara2 pokok yang wajar disediakan dahulu masih belum lagi kukuh.

    Maka perhatian rakyat, wajarlah ditumpukan dahulu pada asas2 pokok ini semua terlebih dahulu dan sokong pakatan mana yang benar2 bertuankan rakyat dan bukan rakyat kena sembah tuan2 politik ini.

    Jalan yang paling baik untuk penyusunan masyarakat ialah dengan berpandukan kapada ajaran Islam yang Terunggul! Insyaallah, keadilan sebenar akan dapat didirikan.

    Pakatan Rakyat wajar adakan simposium besar2an untuk memanggil bijak pandai ugama Islam untuk memberi pandangan dan ceramah mengenai keadilan didalam Islam.

    Sekian wasalam……………siapa setuju?

    Reply

  9. 9 HIDOPpakatan RAKYAT Nov 1st, 2009 at 1:32 pm

    Haya, ini perempuan kena tahulah Sejarah Tanah Melayu. kena fahamlah ini dahulu, baru tu lah tahu apa yang patut dibuat!

    Reply

  10. 10 PEMERHATI POLITIK Nov 1st, 2009 at 8:39 pm

    NAJIB 1MALAYSIA DAH BUAT PERANCANGAN NAK AMBIK DUIT RAKYAT!!! KETA USIA 15 TAHUN MASUK PUSPAKOM!!! DUIT LAGI RAKYAT KENA KELUAR!!! APA KEJADAHNYA!!! SEBAB KETA PROTON DAH TAK LAKU!!! JADI RAKYAT LEBIH SUKA PAKAI KETA LAMA TAKDE HUTANG!!! SEKARANG NAJIB TUTUP JALAN KEDAI POTONG / SPARE PART NANTI TAKDE JADI ORANG SUSAH DAPAT SPARE PART KETA LAMA!!! RAKYAT DIPAKSA BELI KETA BARU!!! BUAT HUTANG BARU!!

    Reply

  11. 11 ron Nov 1st, 2009 at 10:48 pm

    Jika benar-benar jujur dgn cadangan 1Malaysia nya, PM mesti bubarkan parti2 perkauman dan tubuhkan satu parti besar berbilang kaum. kata multi-racial kan. kalu tidak sesiapa pun x kan ‘beli’ konsep rapuh ini.

    Tp percayalah, Najib sendiri pun xyakin sgt; idea ini bersifat short-term shj, parti2 perkauman ini akan bercakaran lg dan terus mementingkan agenda diri sendiri.

    Reply

  12. 12 shift Nov 1st, 2009 at 10:52 pm

    Apakah erti sebenarnya mendahulukan rakyat? Beginilah untuk otak yang kebiasaan, maksudnya kalau kerajaan ada RM100, lebih dari RM50 mesti untuk rakyat, atau kecermelangan mesti bersadarkan pada merit, adakah ini saja makna mendahulukan rakyat? Tapi ini semuanya diperingakat perlaksanaan hanya untuk memenuhi jangka pendek saja. Atau kita mesti bermula dengan erti mendahulukan rakyat di peringakat makro, iaitu meningkatkan maruah dan martabat rakyat? Rasanya jenama 1 Malaysia ini hanya cubaan Nijib untuk bermuka-muka saja. Pagi ini berita TV3 7.30 menayangkan rakyat Sarawak memegang erat duit di depan kamera untuk menunjukkan BN sebuah kerajaan yang perihatin. Tapi ini satu perbuatan yang sungguh keji. Pada pelawat dari luar yang menontonnya, rakyat Malaysia adalah sebuah masyarakt yang boleh dibeli bila di dalam keadaan kesempitan. Adakah ini cara Najib mendahulukan rakyat?

    Reply

  13. 13 smy Nov 2nd, 2009 at 12:18 pm

    yang nampak la ni, 1Malaysia hanya wwujud untuk persembahan pentas atao program kebudayaan aje sbb matlamat macam betul tapi perlaksanaan macam menyangsang pula.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention 1Malaysia: PM diingatkan ‘jangan tersilap langkah’ at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Oct 31st, 2009 at 4:22 pm

Leave a Reply