28
Oct
09

Ekonomi: Lupuskan Mentaliti Perang Dingin

Sempat saya membelek majalah The Thinker, sebuah penerbitan dari Afrika Selatan yang khusus memuatkan rencana serta wacana segar sebelum berangkat ke Kahirah untuk menyampaikan ucapan dan menemui Mufti Mesir Syeikh Ali Gomaa. Majalah tersebut membariskan komentar ilmuwan samada dari benua Afrika ataupun dari luar.

Keluaran terbaru memuatkan wawancara di antara ketua editornya; Essop Pahad dengan saya tatkala di Afrika Selatan beberapa bulan lalu. Kandungan wawancara berkisar antara nya perkembangan pemikiran yang mempengaruhi saya sepanjang bergerak melalui wadah gerakan pelajar, Abim dan politik. Turut disentuh adalah pandangan saya mengenai krisis kewangan 97 serta segala macam fitnah yang dihamburkan buat mengaibkan diri dan keluarga.

Saya tuntas menyatakan pendirian, sungguhpun wujud kelemahan sistem Bretton Woods yang diilhami antara lainnya ahli ekonomi tersohor awal abad 20, John Maynard Keynes; yang mengabsahkan peranan kerajaan di dalam pasaran dan ekonomi, ianya tidak harus menghalang kita dari bermuhasabah, juga berlapang dada, mengakui permasalahan menimpa. Tidak masuk akal, jika rasuah dan penyelewengan kuasa yang menjadi amalan, lalu negara luar yang hendak dipersalahkan.

Keengganan mengakui kelemahan sendiri hanya merumitkan keadaan sekaligus membebankan rakyat. Joseph Conrad, pengarang novel Heart of Darkness, begitu indah dan berkesan menggambarkan kesan penjajahan terhadap yang dijajah. Lebih memeritkan apabila kezaliman penjajah diwarisi mereka yang berusaha mendapatkan kemerdekaan.

Sekonyong-konyong kemerdekaan yang dikecapi merupakan kezaliman berterusan. Mereka menjadi wira kampung dengan menuding jari kepada barat misalnya, dalam diam mendapatkan khidmat penasihat asing, khusus untuk merebut peluang duduk semeja dengan pemimpin negara bekas penjajah.

Mengapa mahu melindungi mereka yang tidak layak mendapat habuan dan manfaat dari kontrak berbillion ringgit, kononnya demi kebajikan rakyat terbanyak. Ketirisan menyedut berbillion-billion khazanah negara. Penyelewengan berleluasa sebegini dikhuatiri membudaya lalu membunuh ruh bangsa dan negara.

ANWAR IBRAHIM


5 Responses to “Ekonomi: Lupuskan Mentaliti Perang Dingin”


  1. 1 yc Oct 28th, 2009 at 3:06 pm

    UMNO BN =PRO CORRUPTION>PRO INJUSTICE>PRO OPPRESSION>PRO MISGOVERNMENT>PRO ABUSE OF POWER>PRO WASTAGE OF WANG RAKYAT.
    THEY ARE REALLY DEVIOUS AND UNSCRUPULOUS MP AND ADUN.

    IF THE VOTERS ALLOW CORRUPTION,INJUSTICE AND MISGOVERNMENT TO GO UNCHALLENGED >THOSE ABUSES WILL ONLY PROLIFERATE.
    IN THE END >WE THE RAKYAT WILL SUFFER.NEXT ELECTION MUST VOTE THEM OUT!!!!!!!!!!!!!!!!RETRIBUTION TIME FOR UMNO BN
    UMNO CHEAT THEIR OWN RACE >ABUSE THE NEP >TO ACCUMULATE WEALTH .
    UMNO ABUSE THE SOCIAL CONTRACT AND SPECIAL POSITION.

    Reply

  2. 2 yc Oct 28th, 2009 at 3:20 pm

    pemadaman rekod kemasukan altantuya dan rakannya ke msia .
    yang pasti arahan pemadaman ini datang dari orang atas>siapa??????????????
    rakyat sudah tau!!!!!!!!!!!!!!!pm najis
    JUSTICE FOR ALTANTUYA!!!!!!!!!!!!!!!JUSTICE FOR HUMANITY!!!!!!!!!!!!!!!!1
    KETUANAN ISLAM !!!!!!!!!!!!!!!!!!
    HIDUP PAS !!!!!!!!!!!!!!!HIDUP ISLAM!!!!!!!!!!!!!!1
    PILIH PM BERSIH DAN BERINTEGRITI>INI AJARAN ISLAM>CHRISTIAN>BUDDHA>HINDU
    SAY NO TO INJUSTICE >SAY NO TO ANTI DEMOCRACY UMNO BN
    SIAPA LULUS PENGGUNAAN BOM C4 KPD 2 ANGGOTA POLIS UTK??????????????????/
    NO INVESTIGATION!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    UMNO BN EXCEL IN COVER UP ONLY >ITS 52 YEARS OF RULE OF MAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    ITS ENOUGH !!!!!!!!!!!!!!!!VOTE THEM OUT
    HIDUP KEDAULATAN UNDAND UNDANG !!!!!!!!!!!!!!!HIDUP PAKATAN RAKYAT >VOICE OF THE PEOPLE
    UMNO BN WHO PERSECUTE THE PEOPLE ARE ENEMIES OF DEMOCRACY!!!!!!!!!!!!

    Reply

  3. 3 casey Oct 29th, 2009 at 1:16 am

    Dear Anwar,

    I believe many Msia rakyat is concerning the so call 2010 NAP.

    Once again, many rakyat been fooled many many times and unfortunately including this time !!

    We are counting on you to rescue the rakyat, my vote been following PRK ever since it was established…I beg you please do not let us down again the next election.

    We do not want to breaK 1/3 2/3, WE WANT UMNO OUT and we want you to lead us thru !!

    Please make your promises/commitment to abolish “AP” and I assure you many more to follow you as we are sick of driving Bodoh Saga !!

    Reply

  4. 4 Pakatan Gondol Oct 30th, 2009 at 12:44 am

    Sdr Anwar,
    Saya telah mengikuti perjuangan reformasi sejak tahun 1998. Saya anak Sarawak, apa yang selalu di laungkan oleh kerajaan BN disini ialah Politik Pembangunan, tetapi apa yang di bangunkan ialah dalam bentuk kebendaan yang mana banyak menjurus kepada menguna wang rakyat untuk memberi biznes kepada kronies mereka saja. Tanah milik Kerajaan ditukar kepada Status perdagangan dan diserah kpd kronies dengan premium yang rendah dan kronies akan menjual kepada tokeh cina dengan harga yang tinggi atas nama Pembangunan. Begitu juga Projek-Projek Hydro, bukannya projek ini yang penting tetapi Balak di kawasan Projek ini yang jadi sasaran. Lihat apa terjadi kepada Bakun. Kini Keluarga Taib Mahmud & Rahman Yakub telah menguasai semua jenis perniagaan dari Perniagaan international sehingga peniagaan membuang sampah dan najis manusia. Hidup keluarga ini seperti sultan atau Sultan Sarawak. Yang kita tahu Sarawak mempunyai hasil bumi yang banyak tapi kemana pergi kekayaan itu kalau tidak kpd mereka dan keluarga mereka kami rakyak Sarawak hanya berbangga dgn harta benda yang dibangun tapi masih kais pagi makan pagi. Akhlak anak anak muda juga jauh ketinggalan sehingga tiada pembangunan dari segi kerohaniah dilakukan terutama yang beragama Islam sehingga mengucap dua kalimah syahadah pun tak tahu. Oleh itu saya berharap sokongan saya terhadap perjuangan sdr selama ini akan menjadi kenyataan dengan mengukuh barisan Parti PKR supaya lebih Ikhlas dlm Perjuangan. Hidup Pakatan Rakyat, Allahuakbar.

    Reply

  5. 5 yc Oct 30th, 2009 at 5:18 pm

    WHERE IS MACC?
    A NUMBER OF REPORTS OF FINANCIAL IMPROPRIETY HAS BEEN LODGED WITH THE THEN >ACA >WITH THE FIRST REPORT LODGE IN DEC 2004 AND MORE RECENTLY WITH THE MACC .IF THE NAJIS ADMIN IS SERIOUS ABOUT WANTING TO UPHOLD INTEGRITY AND GOOD GOVERNANCE WHY HAS THE UMNO BN MACC NOT SPED UP INVESTIGATION INTO THE SUPER SCANDAL?
    THE ESTABLISHMENT OF THIS NEW TASKFORCE REEKS OF A MAJOR COVER UP >PKFZ SCANDAL
    NOT ONLY THAT THE COMMITTEE WILL TAKE ANOTHER 6 MONTHS TO COME UP WITH ITS OWN REPORT INTO THE SCANDAL.ITS TIME TO STOP THE NONSENSE.
    TO UNEARTH ALL THE ABUSES OF POWER AND CRIMINAL BREACH OF TRUST THAT TOOK PLACE AT THE MINISTERIAL AND CABINET LEVELS RIGHT FROM THE VERY START OF THIS PKFZ SCANDAL A DECADE AGO WHEN THE PKFZ WAS FIRST MOOTED>>>>>>>>>>>>>WE NEED ROYAL COMMISSION OF INQUIRY
    THAT IS WHY WE NEED A COMPETENT,ACCOUNTABLE,AND TRANSPARENT PAKATAN RAKYAT FEDERAL GOVT
    UMNO BN IS ANTI CAT GOVT.UMNO BN ONLY EXCEL IN CORRUPTION AND RACIST PROPAGANDA
    UMNO BN HELPING ONLY THEIR CRONY/ONLY THE RULING ELITES AND NOT THE POOR MALAY MASSES.THEY THINK MALAYS ARE REALLY STUPID.I HOPE ALLAH WILL GIVE MALAYS THE WISDOM TO CHOOSE >BERSIH DAN BERINTEGRITI

    Reply

Leave a Reply