Dari Malaysia Kini
Oleh Jimadie Shah Othman
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan.
Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini.
“Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku,” katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam.
Penasihat PKR itu berkata terdapat beberapa kelemahan asas dalam menangani defisit belanjawan.
“Walaupun unjuran itu akan berkurangan kepada 7.4 peratus, tetapi kenyataan bahawa pelaburan kita menjunam – ini angka yang cukup mengejutkan – daripada RM19.7 bilion kepada RM3.3 bilion,” katanya.
“Jumlah ini yang perlu disiasat dan diteliti kerana ia tidak selaras dengan negara-negara serantau seperti China dan India yang pelaburannya meningkat akhir-akhir ini.”
Anwar juga berkata, bajet tersebut juga memperkenalkan bebanan baru kepada rakyat melalui caj penggunaan kad kredit sebanyak RM50.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, bajet itu satu bentuk diskriminasi dan tidak selari dengan tema ’1Malaysia, Kemakmuran Bersama’ apabila hanya memberikan pengurangan cukai kepada pekerja pengetahuan di Wilayah Iskandar semata-mata.
“Sebenarnya kemajuan hanya dipilih untuk kawasan-kawasan tertentu dan golongan-golongan tertentu sahaja,” katanya.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyifatkan isu pembangunan industri halal “sekadar pengulangan tanpa pembaharuan seperti yang dinyatakan dalam belanjawan terdahulu”.
“Secara realitinya Malaysia masih lagi ketinggalan dalam bidang ini berbanding dengan Thailand dan China yang bukan beragama Islam.
“Perkara ini tidak dipindahkan dalam bentuk tindakan walaupun sudah lama kita dengar,” katanya.
Beliau menyambut baik manfaat-manfaat yang diberikan kepada rakyat melalui bajet tersebut, misalnya pengurangan cukai individu.









Keperluan untuk membuat perbandingan dengan negara jiran adalah kayu pengukur yang paling tepat sekali tentang kemajuan negara ini. Jika didapati Malaysia yg tercorot maka ini adalah satu tanda kelemahan sistem pentadbiran semasa.
Reply
Sory la askar2 kita sebab…daa beli dua kapal selam…daa banyak pakai Wang.
Reply
betul ke tak de sebut Dato anwar….
Saya nak tanya 1 perkara?
tiadakah 1 perkara baik walau sebesar semut yg kerajaan bagi pada rakyat pada sisi Dato?
Reply
rkusom Reply:
October 24th, 2009 at 7:28 pm
en Betuk…
betul ada..! sebesar semut tu ada. tapi bangkai gajah lagi besar.
Reply
kung fu panda Reply:
October 25th, 2009 at 9:05 pm
Pernahkah kamu tanya sebesar mana UMNO kasi kat syarikat keroni dia!!!
ASTRO!! dan Usaha Tegas!!!
Berjaya Group!!!
Air Asia!!!!!!!
Genting!!!!!!!!
Semua pemegan Lesen Judi di Negara INI!!!!
kalau aku nak bariskan semua syarikat keroni UMNO aku tidak boleh tidur seribu satu malam!!!!!!!!!!!
Reply
Face Off Reply:
October 26th, 2009 at 9:04 am
Berfikiran beginilah yang membuat kita sentiasa rugi dan mundur dan kemudiannya mudah dijadikan perkakas upahan oleh pihak-pihak tertentu.
Khazanah negara Malaysia perlulah diagihkan dengan betul kepada seluruh rakyat.
Reply
kuda kepang STC Reply:
October 27th, 2009 at 6:02 pm
Khazanah Negara di agih dengan betul??? Khazanah Nasional adalah penguna tetap wang rakyat – mereka perampas wang KWSP kemidian di agihkan ke syarikat keroni?? Khazanah Nasional adalah koridor UMNO untuk pungah secara borong wang tabungan rakyat . sedangkan pulangan KWSP amat rendah kepada pencaum?? wang keluar banyak pulangan kecil???
Reply
org cite pasal askar tak dapet apo-apo, yang kau betuk tanya lain apa sal betuk ? mentaliti lotak kat lutut. den kesian kat sojar-sojar tu, gaji kocik. kalau tak cayo gie kem askar, tengok kereto apo yang banyak, jika dibandingkan kuarters polis, kastam jauh bezonya. yang sama dengan mereka, esa raso ahli bomba aje.
Reply
desperado Reply:
October 25th, 2009 at 11:26 am
brother lagajang, ikut pendapat aku, setiap perkara yang berlaku tu mesti ada sebab musababnya…so nasib la askar2 kita tak dipedulikan, yang dorang kasi menang kaw-kaw si perasuah kat bagan pinang hari tu apasal..? sekarang baru dorang tahu dorang sebenarnya dah ditipu di siang hari…kuang kuang kuang…
Reply
hang jebat Reply:
October 26th, 2009 at 2:09 am
ekau poi tenguk kem mano lagajang?? kem balak ko?? bangang! pandai2 yo ko kato askar samo macam bomba..memang ko bangang la lagajang..ese tenguk askar prebet pon besepah pakai waja..yang pegawai tu ese tenguk keto duo tigo bijik dopan rumah..moto bosa pon ado..
Reply
Tok Misai Reply:
October 26th, 2009 at 9:09 am
Kalau korap na kono tipu bengap namonyo.
Reply
Hancus
Reply
Botui tu jang. Betuk tu den raso hati biru (BN) otak letak kek lotut
Reply
walaupun tak sebut tapi kerajaan sentiasa bela nasib askar-askar dengan kemudahan perumahan dan sebagainya. Under PR belum tentu lagi sbb sibuk bela nasib peniaga-peniaga yg terdiri daripada satu kaum sahaja.
Reply
Kepada Semua,
Saya ramai kawan dalam tentera. Mereka kata:
1. Tentera dah banyak berubah. Jauh beza dari dulu.
2. Doktrin peperangan, dasar pentadbiran dan halatuju dah digubal menjurus kepada senario pertahanan semasa. Selepas pengganas kominis meletakkan senjata pada hujung tahun 1989 di Semenanjung dan 1990 di Sarawak, tentera terus mengorak langkah memperkasakan tahap kesiapsiagaan tempur. Sistem persenjataan dan kelengkapan lain dipertingkatkan selaras dengan doktrin peperangan terkini. Kesejahteraan kehidupan anggota tentera dan keluarga di kem-kem seluruh negara jauh meningkat. Lihat Pangkalan TLDM Lumut, Kem Sungai Besi dan Kem Wardieburn.
3. Peningkatan modal insan dalam tentera telah bermula lebih sedekad yang lalu. Hari ini dah tak ada anggota tentera yang buta huruf macam dulu. Hari ini hampir setiap anggota tentera peringkat bawahan ada sijil SPM sekurang-kurangnya. Ada juga yang dah ada diploma dan ijazah pertama. Itu peringkat bawahan. Bagi pegawai pula, yang berpangkat Leftenan Muda dan Leftenan mempunyai sekurang2nya diploma. Hampir semua yang berpangkat Kapten dan Mejar dah ada masters. Yang pangkat tinggi lagi dah ada Phd. Malah tentera dah ada universiti sendiri – UPNM!
4. Ada banyak peluang terbuka yang disediakan dalam tentera. Bagi yang tahu, mereka berebut-rebut nak masuk tentera. Setiap kali ada pengambilan rekrut baru, beribu-ribu yang datang. Tempat di UPNM menjadi rebutan. Ramai orang besar negara nak masukkan anak belajar di sana. Saya pun sama. Saya nak anak saya masuk UPNM kalau layak lepas SPM nanti.
5. Dulu ramai yang anggap golongan tentera sebagai “Second Class Citizen”. Ada juga ungkapan mengatakan, “A Good Chinese Son Never Join The Army”. Mungkin bagi kaum Cina bermaksud kalau masuk tentera tak akan jadi kaya. Mungkin betul. Mungkin tidak. Apa pun, ini semua menunjukkan betapa hinanya kalau masuk tentera. Hari ini anggapan dan ungkapan ini dah tak relevan. Kalau ada pun kelompok “Second Class Citizen” sudah tentu bukan golongan tentera. Itu pasti.
6. Walau apa sekali pun, meski pun tidak disebut dalam Bajet 2010, kerajaan tetap mementingkan tentera dan warganya. Dalam bab gaji dan imbuhan kewangan yang lain mungkin tak seberapa tetapi mencukupi. Lumrah alam – berapa banyak pun duit yang dapat tetap tak cukup juga.
7. Itulah antara sebahagian perkara yang diberitahu oleh kawan-kawan saya yang dah berkhidmat berbelas dan berpuluh tahun dalam tentera. Banyak lagi yang tak sempat nak ditulis di sini. Pendek kata, mereka tidak setuju sama sekali kalau dikatakan bahawa kerajaan hari ini membutakan mata dan memekakkan telinga dengan tentera.
Reply
kesian..kenapa sekarang nak tunjuk kesian…. sebelum ni tak dak pun tunjuk kesian.. kami perpanas berhujan ..tinggal kan anak bini,,, tak dak sapa peduli. bertaruh nyawa demi negara tercinta..sekarang baru nak kesian ..aduhai politik politik.. ada saja nak ambil kesempatan
Reply