Archive for October 24th, 2009

24 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh Dr Zulkefly Ahmad,MP Kuala Selangor

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan ‘I-Malaysia ? Kemakmuran Bersama’.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis ‘imbuhan’ serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% – dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana. (more…)

24 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Jalan Telawi

Hasmi bin Hashim

Naskhah belanjawan yang ‘disembunyikan’ sehingga bacaan kali pertama jam 4 petang, Jumaat, 23 Oktober 2009 dilihat sebagai bajet paling tempang sejak krisis ekonomi 1997-98; lebih sedekad lalu. Di beberapa negara maju, teks bajet akan terlebih dahulu dipamer—lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan internet—kepada umum untuk dibincang terlebih dahulu. Ia tidak berlaku di Malaysia. Tidak pernah!

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak masih meneruskan amalan kuno meskipun berapi-api sejak menjadi PM, konon, mahu melakukan ‘pembaharuan’.

Tatkala diperakui—meski tidak secara langsung menyentuh penguncupan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)—sesungguhnya ekonomi Malaysia jelas tidak pernah mampu bangun untuk kembali bersaing di peringkat serantau, apatah lagi global.

(more…)

24 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Pada hari Khamis saya menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim, menegaskan kepentingan sistem kehakiman yang bebas serta tidak hanya memihak kepada kekuasaan terutama apabila hak rakyat ditindas. Saya ungkapkan dalam Dewan Yang Mulia, teguran mantan hakim yang berwibawa seperti Tun Suffian dan Tuanku Sultan Azlan Shah. Kita merasa bimbang melihat pimpinan parti pemerintah menggasir kebebasan institusi keadilan melalui peguam kaya dan hakim yang curang.

Keresahan rakyat seharusnya direnungi apabila rasuah dan penyelewengan kuasa membudaya serta mengakar lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang. Lupakah kita kata-kata hakim NH Chan, “something is rotten in the House of Denmark.” Tatkala riuh rendah pimpinan umno bn ingin membawa perubahan, Laporan Suruhanjaya Pita Lingam diketepikan begitu sahaja. Kononnya tiada perlu untuk mendakwa VK Lingam, sedangkan kontroversi ini membabitkan individu-individu yang enak dan selesa dipersada kekuasaan. Berulang kali kita tekankan mustahaknya prinsip pertanggungjawaban, tadbir urus dan ketelusan menjadi antara sendi
pemerintahan.

Beberapa jam lalu, pembentangan belanjawan baru sahaja selesai. Saya mengambil peluang untuk meneliti belanjawan terbaru ini di samping mengenal pasti kejanggalan ketara, iaitu mengapa tiada pengumuman berhubung perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan negara. Tambah merunsingkan ialah kurangnya perbelanjaan pembangunan sekitar 4.4%, dari RM 53.6 billion kepada RM 51.2 billion serta merosotnya pendapatan negara dari yang dijangkakan. Malahan beban hutang juga meningkat sebanyak 18.3% dari RM 306.4 blillion pada tahun 2008, kepada RM 362.5 billion. Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.

ANWAR IBRAHIM

24 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Oleh Jimadie Shah Othman

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi tidak menyebut langsung tentang sektor pertahanan.

Sedangkan, kata bekas menteri kewangan itu, kerajaan baru-baru ini menyatakan untuk membela golongan tersebut sewaktu berkempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, awal bulan ini.

“Seingat saya inilah kali pertama ia berlaku,” katanya selepas pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat petang semalam.

Penasihat PKR itu berkata terdapat beberapa kelemahan asas dalam menangani defisit belanjawan. (more…)

24 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

dari TV Selangor

Perdana Menteri Najib Razak membentangkan belanjawan 2010 yang menurut beliau digerakkan untuk memacu negara ke tahap ekonomi berpendapatan tinggi.

Namun Keluaran Dalam Negara Kasar akan terus berada pada tahap negatif tahun ini iaitu kira-kira negatif tiga peratus. Pendapatan kerajaan pula berkurangan lapan peratus kepada RM148 billion.

Najib membentangkan sebuah belanjawan bernilai RM191 billion petang tadi, jumlah itu adalah 11 peratus berkurangan berbanding belanjawan tahun sebelumnya

(more…)

24 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperlihatkan kerapuhan kewangan kerajaan pimpinannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Thony Phua berkata kelompongan ekonomi negara berpunca daripada sikap boros kerajaan dalam membelanjakan hasil penjualan petroleum negara yang meningkat.

Menurutnya dalam keadaan ekonomi yang merosot, langkah kerajaan mengurangakan perbenlanjaan dalam bajet berkenaan akan mengakibatkan langkah awal yang direncana untuk memulihkan ekonomi negara terjejas.

(more…)

24 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

from The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Oct 24 — The country’s showpiece economic corridor, Iskandar Malaysia, has been rocked with the sudden resignation of chief executive officer Harun Johari just months after his appointment.

He also becomes the second CEO to exit the Iskandar Regional Development Authority (IRDA) since it was set up in November 2006, following the footsteps of Datuk Ikmal Hijaz. Harun’s departure will raise more red flags over a project which has been long on announcements and master plans but painfully short on visible changes on the ground.

It also calls into question Khazanah Nasional’s acumen in picking senior officials to drive this ambitious project.

The Malaysian Insider understands that Harun tendered his resignation on Thursday but talk of his possible departure has been swirling since it became apparent that he was not on the same page as senior Johor officials including the Johor mentri besar, the co-chairman of IRDA.

(more…)

24 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Link video yang ada di sini merupakan dokumentari khusus terbitan SBS Dateline berhubung layanan buruk kerajaan terhadap pendatang asing. Kezaliman tidak boleh dikompromi walau siapapun mereka. Malahan ada laporan mengaitkan agensi penguatkuasaan dengan aktiviti pemerdagangan warga asing samada sebagai buruh kasar mahupun dipaksa melacur.

http://www.sbs.com.au/dateline/story/watch/id/600182/n/Malaysia-s-Crackdown

http://www.humantrafficking.org/countries/malaysia