23
Oct
09

Transkrip Perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim

Bahagian 1

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang-Undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. Ini ada kaitan dengan soalan saya hari pertama sidang Parlimen ini menyentuh tentang isu integriti institusi-institusi utama dalam negara kita dan kita dapati dalam jawapan Timbalan Menteri masih dalam sindrom penafian. Etika ini ada kaitan dengan integriti dan saya juga agak dalam keadaan yang lebih sukar kerana berdiri di sini membahaskan isu hakim dan seperti mana ramai teman saya di Pakatan Rakyat sentiasa terpaksa berdepan dengan hakim. Kita akui tidak semua hakim yang tercemar dengan isu perilaku yang salah menjadi boneka ataupun rasuah dan ramai yang mempunyai integriti tetapi yang kita bicara pada hari ini ialah soal sistem salah satu tunggak utama dalam Perlembagaan Negara kita. Yang kita bicara hari ini etika hakim adalah satu isu yang ada kaitan dengan Perlembagaan Negara.

Saya juga hendak rujuk kepada jawapan bertulis semalam oleh Menteri berkaitan dengan isu yang heboh selama hampir satu dekad atau lebih iaitu jawapan Menteri kepada Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Bagan, tentang tindakan ke atas syor-syor Suruhanjaya Diraja mengenai Pita Lingam. Jawapannya bahawa Peguam Negara dapati tidak ada kes dan tidak ada pendakwaan yang perlu.

Tuan Yang di-Pertua, yang menganggotai suruhanjaya yang diangkat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kabinet ini bukan bertaraf budak suruhan. Mereka terdiri dari kalangan pemuka yang mempunyai pengalaman yang besar termasuk pengerusinya Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Pendaftar kemudian Hakim Mahkamah Persekutuan.

Mereka dalam laporan suruhanjaya itu menyatakan laporan itu terperinci menemu duga semua yang terlibat tetapi yang ternyata yang terlibat itu semua tokoh besar. Bekas Presiden UMNO, Setiausaha Agung UMNO dan peguam ini. Apakah mungkin kita hendak bicara soal etika hakim yang dipertahankan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat? Serta kewibawaan hakim apabila hakim didapati
oleh suruhanjaya termasuk Ketua Hakim Negara bersubahat, bersekongkol menjadi alat perkakas kepada peguam Datuk V K Linggam dengan rekod yang sedemikian dan peguam Datuk V K Linggam untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua bukan perkara baru. Berkait dalam Laporan Perwaja, audited Pricewaterhouse Report, tentang claim dia yang
exorbitant, yang berlebih lipat ganda.

Kemudian dalam kes Ayer Molek. Jadi ada yang mengatakan ini kes lama tapi ini saya jelaskan jawapan semalam maknanya bongkarlah, keluarkanlah apa bahan pun, tubuhlah suruhanjaya, gambar video keluar pun masih dalam sindrom penafian. Kata Datuk V K Linggam, looks like me, talkes like me,
probably walks like me but that is not me.

Ini ingatkan saya lagu P. Ramlee look like an angel, talk like an angel but you are devil in disguise.

Tuan Yang di-Pertua: Elvis Presley.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Elvis Presley, Tuan Yang di-Pertua ingat ya? Jadi kalau begitu apakah dengan wujudnya etika ini akan ada political cloud, political will untuk mengambil tindakan? Serah balik kepada Peguam Negara. Peguam Negara dengan rekod dan integritinya untuk siasat dan semuanya pass. Walaupun laporan itu Laporan Suruhanjaya
Diraja dengan jumlah anggota ahli-ahli yang dianggap oleh kabinet paling kanan dalam dunia kehakiman dan laporan ahli-ahli yang paling kanan dalam dunia kehakiman dianggap tidak berharga kerana Peguam Negara mengatakan no case, no further action. Ini bukan rules of law. Ini law of the jungle.

Yang Berhormat Bukit Gelugor menyebut tentang Bowman Investigations Report, dengan izin, a UK based private investigation agency has raised a number fresh allegations regarding the New Zealand holiday of Chief Justice, Tun Mohd Eusoff Chin and prominent lawyer Datuk V K Linggam in 1994. Bangkit lagi tahun 2009. Ini tersebar di seluruh dunia. Tanya
kerajaan, tanya peguam negara no case, no evidence because ternyata Datuk V K Linggam seorang peguam yang maha berkuasa. Jadi letak etika. Sebab itu orang kata kalau hendak menang kes jangan kira fakta dan jangan kira undang-undang, kira lawyer sahaja, peguam dan hakim.

Ada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan ini fitnah. Ini pandangan yang serong walaupun tidak disebut dengan begitu nyata tapi Yang Berhormat Batang Sadong pun kata kita harus positif. Janganlah singgung, janganlah pertikaikan dan Yang Berhormat Sri Gading sebut janganlah bohong dan fitnah dan hakis keyakinan dengan sengaja. Sebab itu saya memilih di sini untuk menyebut berdasarkan fakta bukan sahaja kenyataan saya.

Bukan soal tadi disebut Yang Berhormat Kubang Kerian pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas tahun 1995, kes Insas Berhad, dan Anor versus Ayer Molek Rubber Company Berhad yang melibatkan peguam Datuk VK Lingam dan rumusan, something is rotten in the House of
Denmark. Court in Hamlet kerana bangunan Denmark pada masa itu tempat Mahkamah Sivil bersidang. Oh, tidak mengapa itu lama.

Kemudian skandal percutian 1995. 1996, Hakim Dato’ Ahmad Aidid pernah dating menemui saya dan membawa surat itu kepada Perdana Menteri kerana tuduhan salah laku dan rasuah. 112 tuduhan terhadap hakim-hakim, 39 tuduhan rasuah, 21 tuduhan salah guna kuasa, 52 tuduhan salah laku misconduct dan amalan tidak bermoral. No further action. 2007, rakaman video klip. Tuan Yang di-Pertua ingat bila saya dedahkan kali pertama,
saya diserang dengan begitu kuat oleh Menteri-menteri mengatakan, “Ah! Ini satu lagi penipuan dan fitnah.” Akhirnya suruhanjaya ditubuhkan.

Alhamdulillah dengan segala tekanan terhadap suruhanjaya itu disahkan ianya bukan fitnah tetapi nyata dengan bukti dan diusulkan supaya
tindakan diambil terhadap tokoh-tokoh yang terlibat. Sebab itulah jawapannya semalam Yang Berhormat Menteri tidak ada kes.

Akan tetapi yang baru VK Lingam ini, bukan melibatkan hanya Tun Eusoff Chin. Ia melibatkan Ketua Hakim Negara, Tun Haji Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim. Suruhanjaya bagi pengakuan dilepaskan kerana undang-undang negara ini yang sepatutnya satu tetapi ada two sets of laws. Satu untuk orang kaya atasan, satu untuk rakyat dan pengkritik kerajaan. 1Malaysia, dua undang-undang.
Dibangkitkan sekali lagi, ini kenyataan agak bias sebab itu wajar kita teliti kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh orang-orang yang dianggap
punyai kewibawaan dalam bidang ini. Tun Suffian, Tuanku Sultan Azlan yang berulang kali menegaskan, Tun Sufian tentunya jauh lebih keras dan juga Tuanku Sultan Azlan. Tun Suffian pertamanya mengatakan dengan izin, I had predicted that our judiciary would take a whole generation to recover from the assault. Now that more than twelve years have elapsed, I doubt if the judiciary would recover in a generation from today. Memangnya dua dekad.

Judges who joined in downing their bosses or their boss have been rewarded by promotion. Judges who did not have been cowered into silence. Pidato beliau itu banyak diikuti. Saya tidak bermaksud menambah cuma hendak menyatakan bahawa beliau pernah mengatakan bahawa seandainya begini corak badan penghakiman, beliau tidak sanggup berdepan dalam mahkamah,
berdepan mereka apatah lagi sekiranya beliau tidak bersalah. Tuanku Sultan Azlan Shah tidak sampai dua tahun yang lalu mengatakan di antara lain
dengan izin, “the mere existence of court and judges in every ordered society proves nothing. It is their quality, their independence and their powers that matter.” Dia tekankan soal impartiality, dia tekankan soal perception masyarakat tentang terhakisnya kewibawaan dan kewibawaan atau
integriti badan kehakiman. Tuanku Sultan Azlan Shah bukan sahaja sebagai Sultan tetapi juga sebagai bekas Ketua Hakim Negara. Baginda menambah, “It is sad that public confidence in judiciary is based on four evaluating criteria, independent, impartiality, fairness of trial, integrity of the adjudicator”.
Ini empat perkara. Bila ditanya bagaimana penilaian? Tuanku Sultan Azlan Shah menjawab, sadly, malangnya I must acknowledge, Beta mengakui, “there has been some disquiet about our judiciary over the past few years and in more recent past. In 2004, I have stated that it grieved me having been a member of the judiciary whenever I had allegation against the judiciary and the erosion of public confidence in judiciary.”

Inilah yang di antara lain menyebabkan kita kata, itulah sebab kita hendak kemukakan etika ini, Jawatankuasa Etika. Ini saya tidak sebut International Bar Association, Centre for the Independent of Judges and Lawyers, International Commission of Juries, Commonwealth Lawyers Association, Union International De Avoca. Jadi sekarang kata rumusan mereka ialah
bahawa powerful executive di negara kita telah mengambil tindakan sehingga mengorbankan ciri- ciri kebebasan demokrasi negara kita. Berikut daripada itu ada beberapa laporan yang dibangkitkan.

Saya tekankan kita boleh tubuh jawatankuasa. Kita boleh sebut dengan nama
etika. Etika itu akhlak. Akhlak ini istilah Quran. Dengan beberapa kekurangan tidak apa kalau kita baiki. Katalah Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri ada kekuatan hari ini, dia boleh bawa pindaan yang bagi satu jawatankuasa etika yang cukup menyeluruh.

Akan tetapi apakah ada keupayaan di pihak jawatankuasa untuk mengambil tindakan yang wajar. Dato’ Param Cumaraswamy dengan track record beliau di Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu meneliti soal kebebasan hakim, menulis kepada Ketua Hakim Negara Dato’ Mohd Fairuz pada Julai 2007.

Laporan kepada Dato’ Abu Kassim, pada ketika itu Timbalan Pengarah BPR. Sampai sekarang tidak ada tindakan. Saya tidak akan membaca semua rekod-rekod yang saya bawa di sini. Baru-baru ini timbul krisis Perak. Keputusan hakim dalam isu ini dibahas kerana mempertikai peruntukan Perlembagaan 72(1) yang menyebut dengan jelas, ‘Sahnya apa-apa
perjalanan dalam mana-mana dewan negeri tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua jangan nampak terlalu yakin kerana kalau mahkamah berbuat begini kepada Dewan Negeri Perak, saya bimbang kalau Parlimen juga kebebasan dan integritinya dipertikaikan. Artikel atau Perkara 72(1) Perlembagaan bila dilanggar tidak boleh dipertahankan. Lord Denning menyebut may not the judges themselves sometime abuse or misuse their
power. It is their duty to administer and apply the law of the land. If they should divert it or depart from it and do so knowingly they themselves would be guilty of misuse of power.

Maka mengikut Dato’ N.H Chan umpamanya di antara lain. Dato’ N.H Chan ini menarik Tuan Yang di-Pertua. Dia yang memutuskan dalam kes Ayer Molek yang memberi satu keputusan yang cukup keras terhadap hakim peringkat rendah dan penyelewengan yang dilakukan atas tindakan peguam VK Lingam yang diselamatkan oleh Peguam Negara dan Kerajaan Barisan Nasional hari ini. Jadi kalau ini yang berlaku ke mana kita sekarang? Maka kita berdepan dengan isu kewibawaan sebahagian dari hakim-hakim kanan dan hakim-hakim dan yang diperlukan ialah suatu komitmen yang jelas, yang kita hendak dengar dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau Timbalan Menteri uzur sekejap ialah apakah kelulusan Jawatankuasa Etika Hakim ini benar-benar menjamin untuk mengangkat dan menambah keyakinan sistem perundangan dan badan kehakiman yang terhakis?
Sampai bila bukti siapa lagi, hendak tunggu bekas Ketua Hakim Negara berapa orang, Sultan berapa orang dan laporan peringkat antarabangsa berapa banyak untuk meyakinkan kita bahawa something is rotten in the house of Denmark untuk kita ambil tindakan yang sewajarnya.

Jadi, ini penegasan yang kita perlukan kerana dalam undang-undang yang kita kemukakan hari ini ada kelemahan yang besar. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bicara soal badan kehakiman dan etika, kita terpaksa melihat beberapa dokumen penting dalam negara- negara yang agak maju, yang mempunyai sistem dan badan kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Maka kita rujuk umpamanya di antara lain, The Bangalore Principles of Judicial Conduct 2002. Ini kerana dipersetujui oleh Ketua-ketua Hakim Negara, dibahaskan dan diterima sekarang sebagai satu dokumen yang cukup penting. Kalau kita ambil daripada sistem perundangan United Kingdom, dia kata mungkin tidak sesuai, ada baiknya disebut Bangalore, kerana sidangnya di Bangalore.

Namun, apa yang ditekankan etika tidak bermakna kalau badan kehakiman itu tidak dapat pertahankan prinsip kebebasan. Etika tidak bermakna kalau kewibawaan hakim-hakim dalam menjalankan tugas itu tidak dapat dijamin. Ini termasuk isu-isu lain yang dirumuskan sebagai propriety, equality, competence and diligence. Ada dokumen yang begini, tetapi apabila
kita lihat cadangan, ini cadangan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Jangan orang sebut dalam keadaan gawat soal integriti badan kehakiman, jangan tidak ada undang-undang, ada! Maka Menteri pun datang, bagi jaminan dan kita akan tangani dan ada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional pun kata, tengok, kita dengar dan kita ambil tindakan. Akan tetapi, ambil ikhtiar sedikit, baca undang-undang kita, fasal-fasalnya berbanding dengan semua peruntukan yang ada di negara-negara yang sudah maju dan pertahankan prinsip kebebasan badan kehakiman ini. Kalau nampak banyak sangat hendak diteliti, termasuk dengan sistem di United Kingdom yang agak terlalu tebal, baca sekurang-kurangnya Bangalore Principles of Judicial Conduct 2002 kerana bagi saya, ia memberikan rumusan yang cukup padat.

Fasal empat dalam peruntukan yang ada sekarang ini, yang memberikan kuasa, bidang kuasa dalam perkara yang berhubung tata kelakuan dan tatatertib semua hakim, selain dari pemecatan. Akan tetapi, jawatankuasa tidak jelas, punyai kuasa menghukum, mengambil tindakan yang wajar kerana sifat jawatankuasa sekadar siasatan dan bukan bentuk perbicaraan.
Ini yang disebut di fasal 4 yang agak perlu dijelaskan oleh Menteri.

Apakah jawatankuasa-jawatankuasa terhadap apa-apa salah laku atau pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika Hakim oleh seseorang hakim. Maka penjelasan secara sah menurut undang-undang, saya kira perlu kerana bentuk hukuman, apakah penggantungan tugas, pelucutan keistimewaan, amaran atau denda. Fasal 8 memaktubkan prosiding jawatankuasa secara tertutup. Apakah dalam semua kes ia harus tertutup? Kalau kesnya itu fitnah atau sengaja mengaibkan atau bukti itu lemah,
maka kita tidak mahu menyinggung ia.

Apa dalam kes yang cukup nyata, dalam kes sepertimana dalam penghakiman N.H Chan atau dalam keputusan usul Suruhanjaya Diraja pita
rakaman VK Lingam? Apakah prosiding itu juga harus rahsia? Kita lebih pentingkan keadilan untuk hakim, dan kita persetankan keadilan untuk rakyat. Sistem ini harus telus, saya hanya akui kalau dianggap satu surat layang menyerang hakim, maka kita adakan tribunal secara terbuka. Saya tidak fikir wajar kerana kita harus juga menjaga maruah para hakim, tetapi ia mesti dijelaskan supaya dalam kes-kes yang nyata, tidak ada usaha untuk melindungi.

Fasal 9 adalah mengenai siasatan. Peruntukan dalam rang undang-undang menyebut bahawa prosiding jawatankuasa merupakan satu siasatan mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika yang akan dirujuk kepada Ketua Hakim Negara. Soalnya, mengapa dihadkan secara mutlak kepada seorang Ketua Hakim Negara dalam semua kes? Apakah pula
prosedur jika ia membabitkan Ketua Hakim Negara? Walaupun ada disebut tentang tribunal, tetapi tidak dijelaskan.

Fasal 15 tentang keputusan jawatankuasa ini muktamad, tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula atau dibatalkan. Saya kira aneh kerana keputusan jawatankuasa, apatah lagi melibatkan hakim harus memberikan kelonggaran, kebebasan kepada hakim untuk mencabar. Saya tidak fikir wajar untuk kita mengandaikan keputusan itu muktamad kerana tidak boleh berdasarkan pengalaman kita yang banyak dan kenyataan Tun Suffian, Sultan Azlan, puluhan laporan bahawa keputusan-keputusan itu masih banyak yang boleh dipertikaikan, apatah lagi dengan bukti-bukti dikemukakan sebelum ini.
Jadi, kebijaksanaan keputusan kita mempertahankan fasal 15 yang menghalang hakim mencabar keputusan, saya fikir tidak wajar dan harus membolehkan mereka mengemukakan rayuan. Mekanisme untuk membetulkan keputusan pincang, penganiayaan atau diskriminatif
yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, saya tidak akan ulang. Apakah mekanisme untuk membetulkan kezaliman dan ketidakadilan sedemikian? Menteri boleh tutup mengatakan kita sudah bayar ganti rugi. Mengapa kita bayar ganti rugi kalau dia tidak salah? Kita bayar kerana pastinya dia sudah diaibkan. Mengapa tidak dipohon maaf dan dibetulkan keputusan itu? Ini yang disebut integriti, bukan sahaja hakim, tetapi melibatkan pemerintah itu sendiri. Tidak bersedia akui bahawa kita telah berlaku curang, membiarkan hakim yang tidak bersalah digugurkan, 15 tahun kemudian datang, bayar ganti rugi sedikit, kes tutup.

Jadi, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, selagi asas dan prinsip utama ini tidak
dipertahankan, pembahagian kuasa, pengiktirafan hak asasi semua rakyat dan juga suatu peruntukan yang saya minta Menteri memberikan penjelasan. Mengapa kita dalam kerajaan sekarang bimbang sangat untuk mengesahkan ICCPR, International Covenant of Civil and Political Rights? Ini kerana ia juga akan menjamin bukan sahaja integriti para kehakiman, tetapi juga ada kaitan dengan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.


17 Responses to “Transkrip Perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim”


  1. 1 noh Oct 23rd, 2009 at 11:10 pm

    KECELARUAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA INI AKIBAT DARI PUTAR BELIT MAHATHIR. YANG BAIK DIKATANYA JAHAT, YANG JAHAT DIKATANYA BAIK. SEEKAOR MAMAK NI LEBIH BAIK DIHAPURKAN DARIPADA SEEKOR ULAR YANG BISA.

    Reply

    Zabidie Abas Reply:

    Bajet 2010 Untuk Menipu Peneroka

    ( http://amkj.blogspot.com )
    Kita telah dengar walaupun belum mengerti yang tersirat pada Bajet 2010. Penipuan bersekala besar akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak. FELDA, FELCRA dan RISDA di cantumkan.

    Kita maklum ribuan peneroka Felda diseluruh negara sedang berusaha untuk menyaman Felda kerana penipuan wang tanam semula dan grid minyak sawit sepanjang lebih 25 tahun.

    Jika saman terlaksana, dana melebihi RM10 Billion untuk diagihkan kepada peneroka semula. Inilah masanya untuk Najib menutup segala keritisan, penipuan dan menjana propanganda.

    Jika ketiga-tiga badan-ladang ini dicantukan maka peneroka akan menjadi PESERTA dan bukan lagi berstatus PENEROKA.

    Maka saman peneroka akan ditolak mentah-mentah oleh mahkamah kerana Felda Holding dan Technoplant sudah tidak wujud lagi.

    Pencatat pasti Najib Razak tergesa-gesa melakukan ini semua kerana terlalu penyelewengan dana telah berlaku dan tidak dapat disembunyikan lagi.

    Satu pekara menarik untuk dibincangkan ialah setiap perkampungan Felda mempunyai ribuan ekar tanah poket dijanjikan kepada anak peneroka.

    Jika Imam Masjid-Surau di Permatang Pauh ditipu oleh Najib tanpa rasa bersalah, adakah Najib akan rasa bersalah menipu peneroka dan anak-anak peneroka ?

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Noh Omar

    Hakim di malaysia ini!!! hakim Kupon!!!!

    Reply

    kulup amrin Reply:

    Apa bila Felda ,Felcra, dan Risda di camtumkam jadila macam tiga abdul!!

    sebutan kepada lembaga kemajuan diatas tiada yang dalam bahasa Melayu!! BM

    UMNO pun dalam bahasa Inggeris berbanding PKR dalam bahasa Melayu – Parti Pakatan Rakyat di sini jelas UMNO berniat jahat kepada bahasa Ibunda orang Melayu!!

    Reply

  2. 2 Unai..... Oct 24th, 2009 at 1:13 am

    YB Datuk Seri, saya rasa yang jadi Yg Di Pertua dan termasuk seluruh YB UMNO yang dengar bicara Dtk Seri tu semuanya bangang belaka. Benda yang mudah macam tu pun tak boleh faham. anak saya darjah dua pun tahu mana silap dan salah, mana rasuah dan korup nya serta mana fitnah dan sanggah. Semuga Tuhan terus membutakan mata dan memekakkan telinga serta membekukan minda mereka buat selama lamanya. Akhir sekali tindakan kita bila dah susah sangat undang2 negara kita ni……..kita ikut je cara jiran kita THAILAND..baru dia orang tau kuasa rakyat sebenarnya.

    Reply

  3. 3 namakuaieed Oct 24th, 2009 at 1:23 am

    salam….D’to saya xpandang apa jua dakwaan mereka terhadap D’to..tapi saya yakain D’to boleh tolong kami..kami bukan golongan yang patut dikenakan cukan tahunan..(tidak Layak) kami bukan “taukey” kedai makan/kilang/ kami juga bukan kontraktor..sudah tentu tidak bekarja sebagai penjawat dalam kerajaan kerana tiada peluang berbuat demikian..tak semua jawatan ada dalam budang kerajaan..kalau ada pun sedikit dan gajinya juga rendah….semua ini kami tak dapat dan tak terima..jadi saya tak dapat apa daripada belanjawan 2010…tapi yang saya dapat pekara yg sama membayar makan tengah hari pada harga biasa6-8 ringgit pada setiap bil…kami dah banyak berkorban….kami sengsara dengan harga barangan di kedai masih lagi di tahap lama….kenapa masih, tanah/rumah/intres bank/keperluan asas/harga barangan tempatan/ kenapa sehari guna RM20 seperti saya yg belum mempunyai anak dan sudah ber isteri yang berkerja, masih lagi belum merasakan in ianya dapat tarik nafas lega…..!!!!!!!!!!! kami x dapat apa….kenapa tidak harga kicap/sos cili sebotol jatuh pada rm0.80 sebotol….beras rm 1.20 sekilo…argfhhh….bosan ar…k……

    Reply

  4. 4 anak soleh Oct 24th, 2009 at 2:00 am

    dear DSAI,

    i agree with you, keep going to brake them(UMNO) down….we are yoouth from sabah waiting for the revolution…..

    Reply

  5. 5 buntal Oct 24th, 2009 at 4:12 am

    saya berasa sedih, seolah-olah hanya PKR dan DAP sahaja memperbahaskan isu semasa dalam bidang undang2 konvosianal. dimana pas. lagi satu saya rasa DS anwar ibrahim sahaja berani berdepan memperjuangkan masalah ini. yang lain seolah2 hanya berani bersuara diwarung dan kedai makan. walaupun anwar berjuang hampir 20 tahun tetapi perubahan yang berlaku amat kecil.
    tidak seperti negara lain. menghantar sekuad berani mati atau sniper agar golongan hipokrit ini terhapus atau ketakutan. hahaha, kalau benar ada orang kata ekstremis. jadi lebih baik jadi pas. doakan ajer la……

    Reply

  6. 6 fz1303 Oct 24th, 2009 at 6:30 am

    Why correct-correct-correct gone wrong?
    Is this should be declared as bullshit legislation system?

    Untill when we this we allow bias decision in this country?

    JUDGE of the supreme court = clown. Dont use the white hair but use the red nose…more realistic…

    Reply

  7. 7 Aku Nih Oct 24th, 2009 at 8:33 am

    Salam DSAI,

    PRU ke 13 semakin hampir. Tempoh dua atau tiga tahun bukanlah lama utk membuat persiapan. Di sini saya ingin mencadangkan DSAI dan rakan2 agar memberikan tumpuan penuh terhadap usaha2 utk mengumpul kekuatan dan memperkukuh Pakatan Rakyat (PR).

    Di Perak umpamanya, terdapat khabar angin yg mengatakan pilihanraya boleh diadakan pd bila2 masa. Penganalisis politik di the Malaysian Insider menjangkakan UMNO-BN boleh menang atas faktor publisiti yg mereka miliki di media utama (tv1, tv2 dan tv3 – malah astro!) serta kekuatan kewangan. Saya berharap agar DSAI dpt melakukan sesuatu ttg perkara ini, kerana jika benar pilihanraya akan diadakan, PR boleh jadi bertanding sebagai underdog. Pada hemat saya, ada baiknya PR menggandakan usaha dgn cuba sebaik mungkin utk memiliki apa yg UMNO-BN miliki. Selain itu, x-faktor juga penting bg memastikan masyarakat berbilang kaum dan agama di Perak terus setia bersama PR.

    Dalam pada itu, pada hemat saya usaha yang lebih jitu dan konsisten sgt diperlukan bagi memastikan PR dilihat sebagai sebuah gabungan yang cukup berkaliber utk memimpin negara. Persiapan yang diperlukan termasuklah:

    i) Mendaftar PR dgn secepat mungkin sebagan sebuah gabungan alternatif selepas BN;

    ii) Memiliki lebih banyak sumber seperti kewangan, individu berbakat dalam kepimpinan, perniagaan dan pentadbiran;

    iii) Merangka satu dasar umum boleh diterima umum oleh ketiga2 parti iaitu PAS, keadilan dan DAP bg mewujudkan persefahaman yg lebih baik. Bagi memastikan dasar umum tersebut mendapat restu rakyat dan Raja2, hendaklah agama Islam dan hak istimewa kaum Melayu tidak diganggu-gugat;

    iv) Merangka polisi yang tegas bagi ahli PR yang hendak memberikan kenyataan di media, baik media televisyen, surat khabar, majalah mahu pun internet dgn mengkehendaki/mewajibkan sesiapa yg berkenaan mendapatkan pengesahan ketua cabang/pusat sebelum boleh memberikan kenyataan. Ini termasuklah dgn mengenakan tindakan disiplin yg tegas sekiranya kenyataan yg dierikan boleh memudaratkan imej PR di mata umum serta meyebabkan kekeliruan orang ramai;

    v) Untuk sementara waktu, pemimpin2 tetrtinggi PR dinasihatkan agar menghadkan aktiviti di luar negara. Tujuannya agar di mata umum PR dpt dilihat sebagai sebuah gabungan yg benar2 komited utk menumpukan hal ehwal dalaman dan masyarakat tempatan dan bukan sebaliknya. Sekiranya pemimpin PR secara berterusan ke luar negara dengan kerap, masyarakat akan melihat PR sebagai tidak endah ttg isu setempat dan ini boleh menjurus kepada kemerosotan sokongan kepada PR.

    Di harap DSAI dapat memberikan tumpuan kpd perkara2 pokok di atas, dan sekiranya ini diberikan perhatian dan dilaksanakan, saya percaya PR boleh melakukannya. Berkat usaha gigih, kejujuran, keikhlasan dan doa, saya percaya Allah SWT akan memberikan kejayaan buat PR.

    Sekian, wassalam.

    Reply

    amk dah boring Reply:

    salam.
    nk respon sikit aku sokong -AKU NIH-….pkr,pas,dap sekarang byk bertelagah,tak nampak kata sepakat,tumpu luar negara sedangkan dlm negara ada hal penting…baru menang 5negeri dah berlagak,cakap besar n ada negeri,dun,parlimen yg sikap YB pakatan yg hampir sama dgn tabiat YB bn dulu…btl kata org,membangkang lebih mudah dari memimpin…
    hal perak pulak aku sokong PR tapi rakyat jemu sebenarnya,seolah kita nih tergedik sgt gelaran kerajaan tu..rakyat semua dh tau kerajaan skrg tak sah dari hukum,jd kenapa kita nk berpolitik sgt2 dlm isu perak,sedang kan umno-bn buat kerja..sekarang masa pemimpin pakatan perak jumpa rakyat terang keadaan n dampingi rakyat…bukan nk bertelagah dgn kerajaan bn perak..aku tau kita bkn nk bergaduh dgn kerajaan bn perak..kira cuma nk hak kita saja,tapi adakah kita tanya rakyat tentang tingkah laku kita dlm isu perak????,suka @ tak???dlm apa yg terjadi dlm menuntut hak d perak,aku nk tya adakah kita mampu dpt kembali kerajaan??mungkin bubar dun tetapi adakah kita mampu memjadi kerajaan sekiranya dun bubar???…

    renungkan lah wahai pemimpin2 aku..kami dah jemu dgn apa yg dicakapkan n d lakukan oleh pas,pkr,dap…sesetengah tu tak da beza pon dgn bn…isu perak ler,cakap berjuang utk islam tapi kadang2 tindakan n percakapan seolah ikt rentak umno yg berjuang utk melayu,ckap hak asasi n demokrasi tapi nampak mcm pentingkan golongan tertentu,,,,dh tau umno bn tu nk perangkap kita,kenapa kita masih nk cari nahas lagi pi komen dll yg bly jejas imej pakatan…umno tepuk tangan..org atas pagar jadi keliru,penyokong jadi jemu….

    kalu mcm ni ler jgn harap pakatan nk dpt pimpin malaysia pilihanraya kedepan..

    sory ler aku kasar cikit,tapi itu hakikat di bawah…pikir dgn rasional n muhasabah diri msg2 apa yg aku tulis ni…jgn tolak..

    ok salam reformis pada yg benar2 ikhlas samaada pkr,pas n dap….

    Reply

  8. 8 faziz Oct 24th, 2009 at 10:24 am

    saya setuju dengan sdr Noh. Punca kerosakan sistem negara kita adalah bila situa bangka menjadi terlalu berkuasa. Dia merosakkan segalanya hanya untuk kekal kuasa dan kayakan anak dan kroni. Situa itu sebenarnya petualang negara kita. Aneh dia maha kaya dan menguasai dunia maklumat, menguasai organ penting negara seperti Peguam negara, kehakiman, kepolisian dan dunia maklumat dengan meletakkan anjing suruhan sebagai barua untuk duduk menjadi ketua. Dia juga sanggup mengharamkan UMNO untuk bentuk UMNO baru yang sangat berbeda dari UMNO dulu. Sekarang anehnya situa ini masih punyai taring untuk terus merosakkan negara demi untuk menjamian kekayaan negara terus dibolot oleh anak dan kroni puak ini. Rakyata satu malaysia harus faham hakikat ini…

    Reply

  9. 9 Boring Oct 24th, 2009 at 11:10 am

    If fresh election is call for Perak now…PR will still Win….but not until GE13…sebab Peminpin PAS except Tok Guru da kena Buy over to merged with Umno for Malay Unity and Majority ! People or Human got a very very short memories…scared they will forget to Vote for PR…that is Reality !

    Reply

    Naha Reply:

    Salam DSAI,

    Pandangan Boring mestilah diberikan perhatian. Kita kena siasat di dalam PAS, takut ada pembelot, pengkhianat dsb. Pastikan mereka yg tidak mudah dibeli dan komited terhadap perjuangan PR shj mendapat tempat, jawatan dan lain-lain.

    Sekian, wassalam.

    Reply

  10. 10 ron Oct 25th, 2009 at 10:49 pm

    apa nk jadi dgn sistem perundangan di Malaysia nih. our judiciary is partially corrupted. luckily i dont say fully corrupted. hakim2 terutama yg Islam wajib sedar, bahawa hakim yg tidak berlaku adil adalah satu punca kemurkaan Allah & sebahagian tanda2 kiamat.

    menjadi hakim tugas yg amat berat – adil & amanah perlu seiring. dikhabarkan bagi setiap Muslim yg menjadi hakim, dia menempah sebelah kakinya di neraka (menandakan betapa beratnya menjadi hakim). jadi tanggungjawab utk setiap yg memilih berkhidmat sebagai hakim, perlu menarik keluar kakinya yg satu itu dr pintu neraka, iaitu dgn berlaku adil! tapi masih ramai hakim2 yg memasukkan pula sebelah lagi kakinya ke neraka, celakalah mereka dunia akhirat.

    Reply

  11. 11 iban Nov 2nd, 2009 at 12:20 am

    Datuk,kita sebagai rakyat biasa dah muak dengan kerajaan yang ada seakarang ni.kita faham sangat dah undang2 kat Malaysia ni macamana,bagilah apa2 bukti kalau ada kena mengena orang Barisan,apa pun tak dapat.Banyak sangat kes2 mereka ni hinggakan telah dibuktikan dengan berbagai cara,satu pun tak sangkut.Kita seru rakyat Malaysia,pilihanraya 13 nanti,tumbangkan kerajaan BN ini,itulah satu2nya cara paling berkesan menyedarkan BN ini.Rakyat kuat kah,atau BN yg hancur?kami orang Iban ramai dah sokong Datuk,kami yakin dgn perjuangan bersama DSAI.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Transkrip Perbahasan Rang Undang-Undang Etika Hakim at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Oct 23rd, 2009 at 7:45 pm

Leave a Reply