Berikut merupakan soalan berserta jawapan yang ditanyakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri. Paparan ini dipetik dari Hansard Parlimen Malaysia.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh]: minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negative Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab serentak soalan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh hari ini bersama-sama dengan soalan nombor 34 daripada Yang Berhormat Tawau pada hari ini juga yang menyentuh tentang penyiasatan dan pendakwaan terpilih melibatkan SPRM dan juga PDRM.
Siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaksanakan mengikut prosedur undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Penguatkuasaan undang-undang oleh kedua-dua agensi ini dibuat tanpa mengira latar belakang atau kedudukan individu yang disiasat mahupun fahaman politik mereka. Pegawai-pegawai SPRM dan PDRM sentiasa diingatkan untuk mengikuti lunas undang-undang dan mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan pula mekanisme tanggungjawab yang diwujudkan semasa SPRM ditubuhkan jelas menunjukkan kesediaan suruhanjaya itu untuk berperanan secara bebas, telus dan profesional dalam menjalankan penyiasatan ke atas kes-kes rasuah. Saluran-saluran yang telah diwujudkan seperti Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan atau Panel Penilaian Operasi itu wajar digunakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati terhadap tindakan dan perilaku siasatan SPRM, memandangkan ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan orang awam dan masyarakat sivil yang berfungsi secara bebas di luar SPRM.
Berhubung dengan pendakwaan terpilih yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, adalah dimaklumkan bahawa pendakwaan sesuatu kes hanya akan dilakukan terhadap mana-mana orang tanpa mengambil kira kedudukannya. Sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi ataupun sufficient evidence bagi mendapatkan sabitan bagi kes-kes yang dikendalikan oleh SPRM, semua kes yang diputuskan untuk tidak dituduh perlu dilaporkan kepada Panel Penilaian Operasi yang terdiri daripada individu profesional dalam bidang masing-masing serta bertindak secara bebas.
Untuk makluman Yang Berhormat, tangkapan yang telah pun diambil terhadap ahli-ahli parti politik daripada Januari hingga Ogos tahun ini. Bagi parti Barisan Nasional, tangkapan telah dibuat sebanyak 12 orang dan pertuduhan 7. Bagi pakatan pembangkang, tangkapan hanya seorang sahaja dan pertuduhan belum ada buat setakat ini.
Jadi, bagi pihak Jabatan Peguam Negara Tuan Yang di-Pertua, telah mengambil
langkah-langkah dan pendekatan yang berkesan dalam mengendalikan pendakwaan seperti yang berikut;
Peguam Negara selaku pendakwa raya telah mengarahkan timbalan pendakwa raya supaya merujukkan semua kes berkepentingan awam kepada beliau sendiri untuk keputusan sama ada pendakwaan perlu dibuat atau sebaliknya;
Mengadakan perbincangan antara agensi penyiasatan dengan timbalan pendakwa raya sebaik sahaja kes berkepentingan awam dilaporkan bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh;
Pendakwaan sesuatu kes hanya akan dilakukan sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi bagi mendapatkan sabitan tanpa mengira kedudukan seseorang dan
Memberi latihan yang berterusan kepada timbalan pendakwa raya terhadap agensi-agensi penyiasatan dengan kerjasama agensi-agensi luar negara dan mengambil langkah melaporkan keputusan kes pergerakan kertas siasatan dan penjelasan berkenaan dengan kes-kes tertentu di laman web rasmi Jabatan Peguam Negara.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tawau berhubung dengan Indeks Pencapaian Utama (KPI) SPRM dan PDRM sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, pelaksanaan National Key Result Areas (NKRA) yang meliputi KPI yang sama adalah merupakan salah satu usaha serius oleh kerajaan untuk mengurangkan jenayah dan memerangi rasuah. Inisiatif ini sedang dibincangkan secara mendalam di NKRA Lab yang sedang berjalan dan akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lama lagi. Pelaksanaan NKRA ini akan dipantau oleh Performance Management Delivery Unit ataupun Pemandu yang diketuai oleh dua orang Menteri bagi meningkatkan lagi keyakinan orang awam terhadap usaha kerajaan dalam mengurangkan jenayah dan memerangi rasuah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, soal imej negatif SPRM. Ini kerana setelah peruntukan baru yang kuat dalam undangundang dan akta, tindakan itu masih dianggap terlalu lemah dan kadar peningkatan rasuah di negara terus meningkat. Kita mengandaikan dengan adanya SPRM, kadar dengan sendiri sekurang-kurangnya akan menurun, tetapi sebaliknya meningkat.
Keduanya, Lembaga Panel Jawatankuasa Khas SPRM itu tidak bersidang. Jadi,
maknanya Parlimen diminta mengadakan peruntukan dengan Panel Lembaga Jawatankuasa Khas tetapi tidak bersidang. Maknanya, tidak ada seriousness di pihak SPRM dan kerajaan untuk memastikan pengawasan dan pengawalan terutama tatkala imej SPRM itu tertekan.
Kemudian Polis Diraja Malaysia, ada suruhanjaya sebelumnya, ada usul-usul dan cadangan yang spesifik yang dikemukakan. Kadar jenayah terus meningkat. Maknanya, dengan segala jaminan diberikan itu tidak memberi keyakinan kepada rakyat kerana kejadian jenayah tidak kenal sama ada wakil itu daripada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional kerana pimpinan Barisan Nasional dan rumah-rumah mereka juga diserang dan keluarga mereka juga diragut.
Ketiga, penjelasan Yang Berhormat mengenai pendakwaan terpilih Jabatan Peguam Negara itu tidak menjurus kepada pertuduhan dan kecaman yang dibuat terutama oleh badan guaman bahawa dalam beberapa kes besar yang kita punyai maklumat yang cukup jelas tidak berlaku sebarang tindakan. Jadi, saya pohon penjelasan bagi ketiga-tiga isu yang saya bangkitkan.
Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan hormatnya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, imej negatif ini berbaur seperti satu pertuduhan yang tidak elok, tidak berasas. Ini adalah satu persepsi yang tidak benar. Seperti yang telah saya nyatakan tadi bahawa tindakan memang telah pun diambil terhadap orang-orang yang telah pun terlibat dalam satu kes rasuah dan telah pun dilaporkan kepada pihak SPRM. Statistik telah pun menunjukkan bahawa hanya seorang sahaja daripada pakatan pembangkang telah pun ditangkap dan tidak ada pertuduhan yang telah pun diambil terhadap beliau.
Mengenai dengan pertuduhan terhadap PDRM yang tidak mengadakan siasatan
terhadap pegawai yang menjalankan kerja yang tidak baik. Yang Berhormat dari Permatang Pauh sedia maklum bahawa wujudnya satu Suruhanjaya Integrasi Agensi Penguat kuasa di mana orang ramai yang tidak berpuas hati dengan siasatan yang telah pun diambil oleh pihak-pihak pegawai boleh membawa aduan kepada Suruhanjaya Integrasi Agensi Penguat kuasa yang dikenali sebagai SIAP ini.
Mengenai uduhan mengatakan ada prosecution terpilih ataupun selective prosecution, ini tidaklah benar dan juga Yang Berhormat juga membangkit mengenai ada menerima maklumat yang kukuh terhadap seseorang ahli politik yang terkenal ataupun orang besar tetapi Yang Berhormat sedia maklum, maklumat itu kadangkala tidak mencukupi. Kadangkala maklumat itu dihantar melalui surat layang ataupun disebarkan dalam newspaper but there is no sufficient evidence to charge the person in court dan kadangkala juga apabila seseorang telah pun dituduh di dalam mahkamah, kalah dan menang sesuatu kes itu seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, terpulang kepada keterangan yang akan diberi melalui saksi dan kadangkala pula saksi turn hostile dan memberi keterangan yang lain dan ini boleh menyebabkan sesuatu kes kalah di dalam mahkamah. Sekian, terima kasih.









dato seri..tolong lah highlightkan masalah hutang ptptn yang di tanggung pelajar..tolong lah highlightkan seperti dato seri highlightkan 16 sept sehingga kerajaan kecut perut dan jadikan 16 sept hari cuti….
Reply
Nah Reply:
October 21st, 2009 at 7:27 pm
SALAM DSAI,
TDPT KHABAR ANGIN YG MENGATAKAN PILIHANRAYA DI PERAK BOLEH DIADAKAN PD BILA2 MASA. UTK ITU SAYA INGIN MEMBERITAHU DSAI AGAR SENTIASA BERSIAP SIAGA DGN JENTERA DAN SUMBER2 BG MEMASTIKAN KEUTUHAN PAKATAN.. YG LEBIH MUSTAHAK KERJASAMA PAS-KEADILAN-DAP MESTILAH MANTAP DAN DIHARAP JGNLAH ADA PERSAINGAN TIDAK SIHAT YG BOLEH MEMUDARATKAN PARTI..
SELAMAT BERJAYA. SEKIAN, WASSALAM.
Reply
fz1303 Reply:
October 21st, 2009 at 10:48 pm
Bagus Roimi..
Betul tu DSAI..
asal anak menteri semua belajaq kat luaq negara. kos semua tanggung abih. Contohnya anak Mantan MB Selangor , yang muka tegang ajer tu. Mcm mana kos melawat anak di Australia bole ditanggung BALKIS? apa kene mengena anak die dengan balkis?
Kalau anak rakyat semua hutang, tak bayar seret ke makamah… biasalah kalau rakyat Malaysia makamah jadi adil.. Tapi bila kes kroni masuk makamah, semua putar alam keluar. 1998 tahun amat melucukan dlm sejarah perundangan malaysia. Tilam juga diseret ke makamah….
Ini kah perjuangan 1 Malaysia? Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan? pencapaian apa nya? belajar tak free pon , pinjaman PTPTN ada interest (bunga = haram dalam islam).
Reply
abg.din Reply:
October 22nd, 2009 at 11:28 am
Memang betul fz1, diorang ingat rakyat ni bodoh sangat, kalau pakatan yang naik mahkamah, kena ikut undang-undang, kalau keroni dia naik mahkamah, ada sahaja alasan nya nak melepaskan diri, terutama hakim yang dah di ‘beli’, pandai jer memutarbelitkan fakta, walaupun tak logik….
Reply
Adun BN Reply:
October 22nd, 2009 at 8:09 am
Kalau saudara/sesiapa aje yang nak langsaikan hutangPTPTN, harap hubungi saya dan kita akan usahakan, jangan harapkan sangat Dato Seri ni…. sentiasa busy. Insyallah saya akan usahakan..
Reply
pakgah santan Reply:
October 22nd, 2009 at 10:59 am
Yes saya setuju kita jumpa menteri kupon!! (Noh Omar) dia akan beri kupon seorang dapat puluh ribu seorang!! kupon ini perlu di hantar pada PTPTN untuk tolak hutang. harap semua jumpa Adun BN. kalau depa boleh bantu keroni berbillion dengan bantuan “Insintif swasta”!! kenapa tidak boleh bantu peminjam PTPTN berbillion??
Reply
Sabrina Reply:
October 22nd, 2009 at 2:42 pm
betull tu.. byk yg dah kena buang kerja pasal PTPTN.. kesian dia orang tak leh gi luar negara pasal majikan hantar untuk urusan pekerjaan… biar betul PTPTN.. tak kan la kena bayar lum sum.. Dato’ Seri tolongla kami kemukakan isu ini kat parlimen…
bekas mahasiswa Reply:
October 23rd, 2009 at 4:15 pm
Salam..
Kepada peminjam PTPTN termasuk diri saya, jgn dok mendesak Dato Seri membentangkan isu PTPTN di parlimen. Dato Seri telah maklumkan dlm siri jelajah. Saya yakin, Dato Seri akan tunaikan janjinya bila menerajui malaysia dengan rakan2 dlm pakatan rakyat. Kita harus sedar ketika Tun Mahathir mengumumkan bahawa biasiswa tidak ditawarkan lagi pada seketika dahulu dgn alasan yg tidak munasahab. Kenapa tiada yg bersuara menetang pengumumkan terebut. Kenapa tidak diajukan soalan seperti ini tidak disuruh bentangkan dlm parlimen. Biasiswa untuk pendidikan adalah hak untuk rakyat malaysia. Mn perginya peruntukkan biasiswa tersebut?Jgn perkara yg salah telah berlaku, baru nk sedar. Ayuh didlm pakatan rakyat, fikirkan nasib bakal-bakal mahasiswa yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran ke menara gading. Desak pemerintah kerajaan untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa bg mahasiswa yang tamat pelajaran dengan jayanya.
hamzal71 Reply:
October 23rd, 2009 at 9:33 pm
SALAM…..korang jgn haraplah kerajaan nak bagi pelajaran free.Anak aku yg darjah 2 yuran sahaja ratusan ringgit selepas tu ada jer bayaran2 lain yg sekolah kenakan.peh….pening2.
Satu lagi nak kasi tahu pasal yuran sekolah agama lagi mahal dari sekolah kebangsaan.peh……nak belajar agama pun kena bayar.Masak kita….HA!!!! LU PIKIRLAH SENDIRI…….
Reply
Salam…
apalah banggang punya MP Sri Gading…….nak bagi soalan berbelit2……
nama pun UMNO…..buat malu orang Sri Gading je…
Reply
lurus bendul Reply:
October 21st, 2009 at 6:52 pm
Sebagai pelakon dia kena ikut skrip atau story board. lakonan terbaik akan mendapat anugerah Pelakon pembantu terbaik atau pelakon harapan.
saya dilahitkan untuk menegkah!!
Reply
shakerz Reply:
October 22nd, 2009 at 8:16 am
bukan ‘banggang’ la bangang, tp ‘bangang’…ckp org bangang tp sndri bangang
Reply
BOBAN(Bagan Pinang) Reply:
October 23rd, 2009 at 10:10 pm
itulah kau pilih mp muka daun terbakau,dia ni mengunakan lakonan mat sentol supaya si najip tu bagi atlist TM dgn dia,dulu sinajip tu terlepas pandang dgn mp sri gading ni,rupa2nya najip pilih tm pelajaran yg babak tilor berbahasa,mcm mana nak jadi menteri pelajaran nanti,tah2 semua guru mengajar nanti tilor….
Reply
Syabas Datuk Mad Najib..PM!
Sekarang anda boleh berucap dgn PENUH SEMANGAT(berapi) mcm Sdr Anwar!
DGN ADANYA 1 MALAYSIA..NAMPAKNYA UMNO AKAN BERUBAH?..INI SATU
TAMPARAN HEBAT KPD PAKATAN!
WALAU APAPON RAKYAT PERLU INGAT ISLAM ADALAH AGAMA RESMI & BAHASA MELAYU
BAHASA RESMI BKN BAH MALAYSIA!
tahniah kpd BN KERANA ISA SAMAD MENANG DI BAGAN PINANG!WALAU APAPON DIFITNAHKAN
ISA, RAKYAT BAGAN PINANG MASIH TETAP MENYOKONG BELIAU..BELIAU ANAK WATAN SANA!
NASIB BAIK PM TIDAK MENDENGAR CAKAP SI TUA MAHATIR YG ANTI ISA!
BAGAIMANAPON MAHATIR SEKARANG GEMBIRA DGN PERANANNYA SEBG PERDANA MENTERI
KE2 MALAYSIA! CUBA LIHAT MUKA MAHATIR TIAP2 HARI MASUK DLM TV…INI KERANA
DIA SUDAH PASANG DATUK ?? SEBAGAI PRESS SEC DI JPM……
SCENARIO INI JUGA BERLAKU DI PERMATANG PAUH DI MANA SDR ANWAR MENANG DI ATAS
TIKET PKR, DATUK AZIZAH MENANG! KERANA APA….SDR ANAWR ADALAH ANAK WATAN
PERMATANG PAUH!
JADI KADANG2 DLM POLITIK, PERSONALITY ADALAH FAKTOR PENTING!
Reply
melayuselangor Reply:
October 21st, 2009 at 10:34 pm
Saya sokong pendapat SMG….. tetapi anda jangan silap menyatakan mahathir pm ke2…….
pd saya najib tu yang ke2….. mahathir bukannya nak letak jawatan pm tetapi memandangkan skongan merosot….. terpaksa….. ttapi dngan syarat kpd pak lah (kena tanya kat pak lah) dan diumunkan timbalan adalah najib……. ada makna tuuu…..
apa sebab mahathir marah kat pak lah dan menantu??????? (tanyalah pd pak lah dan khairi)
Sekarang semuanya dah berjalan lancar…. tu sebab muka mahathir kuar tiap hari… dia ingat orang dah x benci kat dia…
Reply
shift Reply:
October 21st, 2009 at 10:40 pm
Kalau nak menilai sesuatu jangan pada nilai mukanya saja, lagi pun 1Malaysia ni hanya satu harapan najib untuk membina nilai muka UMNO, tapi dari ucapannya di persidangan UMNO nyata 1Malaysia hanya satu ibu retorik untuk memerangkap imaginasi rakyat seolah-olah najib jelmaan dari Tun Razak. When one spoke without a sound mind, one only conflicted himself. Kata UMNO harus menerima perubahan lanskap politik negara, tapi lepas itu cakap pula dengan nada lama, dengan kembalinya kekuatan UMNO, mereka akan merampas kembali semua negeri di bawah PR dan meningkatkan lagi sokongan di kawasan yang dimenengai. Sikap tamak kuasa UMNO dan pemimpin mereka tidak boleh dilindungi dengan nilai muka 1Malaysia. Kalau benar Nijib itu seorang negarawan, bila sudah menerima perubahan lanskap politik negara, seharusnya beliau berkata negara berbangga bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai kekuatan untuk membuat perubahan bererti mana-mana parti politik samada dalam gugusan lama atau baru yang diberi kepercayaan oleh rakyat di dalam mana-mana pilihanraya seharusnya bersedia menjadi pemerintan dan pentadbir walau pun dalam keadaan tersepit dengan majoriti mudah kerana inilah masa depan yang mampu meletakkan Malaysia di mata dunia dan seterusnya peranan UMNO dan BN yang tidak mempunyai banyak masa lagi sebagai pemerintah mesti menggunakan peluang ini untuk menggunakan semua sumber di bawah kuasa mereka untuk sentiasa memberi kekuatan kepada rakyat untuk membuat perubahan.
Reply
erbos Reply:
October 22nd, 2009 at 5:49 am
Personaliti memang penting kawan tp kalau dah jelas2 rasuah itu menang bawa rebah..rakyat sekarang bkn buta….DSAI dituduh sampai msk lokap bkn sebab mkn duit juta2 tp semua orang tahu..dia tdk sehaluan dgn che det jd semua alat2 che det tekan dia sampai ke lokap….kalau BPR jujur telus,Polis telus bnyak lagi bang dah ke dalam termasuk Rafidah,Rahim Tamby,Khalil Yaakob,Isa Samad…ahhh bnyk lg lah…tp nak kemana Mahkamah Rabbul Jalil akan tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu mereka………
Reply
Ahmad Zaki Reply:
October 22nd, 2009 at 9:08 am
Bro, citer banyak tak payah. Aku rasa ko sendiri pun tak paham 1Malaysia tu ape. Sama macam ko tak paham apa itu Islam Hadhari dan sama macam ko tak paham apa itu Hukum Hudud.
Kalau betul2 jujur dengan 1Malaysia, bubarkan UMNO, bubarkan MCA, bubarkan MIC. Tubuhkan 1 parti baru yang merangkumi semua kaum dan semua bangsa. Biarkan pemimpin tertinggi parti tu diwakili semua kaum. Melayu Cina India. Bersatu sebagai rakyat Malaysia. Tepat sangat la dengan slogan 1Malaysia tu.
Ke tak berani?
1Malaysia adalah antara idea paling bullshit pernah aku dengar!
Reply
fz1303 Reply:
October 22nd, 2009 at 10:38 pm
mmg BULLSHIT…. kes korek korek korek…dah jumpa lubang ..
kasi tutup sbb itu dlm punyer kepala …. BAPAK KRONI….
…once again idoit decision from our legal system in my beloved country…
Reply
kulup amrin Reply:
October 22nd, 2009 at 11:53 am
From Mr Blair LIVE in London on “Today Utusan Express Talk”
“I am not shaking your hand Mr Mahadey, You have got blood on it” on “Mamali” issue!!
if you told me i kill muslim pepole, you do the same ting buddy!!!!!
Reply
AMAI Reply:
October 22nd, 2009 at 12:32 pm
TAK PERNAH SEKALIPUN AKU NAMPAK UCAPAN NAJIB TU BERAPI…BERBULU TELINGA ADALAH… DARI CARA NAJIB BERUCAP PUN AKU DAH TAK RESPECT DIA AS MALAYSIA PM… AKU BUKAN APA.. AKU BERPENDAPAT CARA SEORANG BERUCAP TU MAIN PERANAN PENTING,..PERLU ADA AURA N KARISMA SEPERTI YANG KITA DAPAT LIHAT DARI DSAI.. DEMI ALLAH TAK PERNAH SEKALIPUN AKU TENGOK DSAI BERUCAP TAKDA AURA.. HIDUP DSAI…
Reply
itu cina yang jatuh dari bangunan, siapa bunuh? banyak teruk la lo orang. apa pasal bunuh sama dia? kena lewat lagi denga sprm ke?
Reply
Jika benar mahu SPRM dan PDRM bersifat Profesional,mengapa UMNO membakul sampahkan kajian dan cadangan IPMC? Bukankah baik jika suruhanjaya penambaikkan (IPMC) itu diteruskan?
Reply
ZorroTeam Reply:
October 23rd, 2009 at 7:28 am
Thats why,Din Bunga,PR kena RECORD,analyse,semua USUL usul,idea idea PR yg baik2 untuk RAKYAT sentiasa di INGATkan pada keLECEHan,keLORATan,keTIDAKADILan BN/UMNO dari masa kesemasa dan all the TIME sampai PRU 13(2012/2013)…………..
Reply
Kalau takat jawab macam tu opah akupun leh jadi menteri.jawapan skema gile….
Reply
bendangkeriang Reply:
October 22nd, 2009 at 12:05 pm
ha ha…… aku setuju ngn hang…
Reply
Najib kata rakyat didahulukan,so SPRM harus siasat komisen kapal selam scorpene sebab 1 Malaysia nak tahu betulke PM sebat duit tu.
Reply
Menteri UMNO atau BN ka memang bebal. Dia kata tiada pendakwaan berpilih tetapi pemilihan UMNO hari itu kami ada buat laporan tentang rasuah dalam pemilihan UMNO. Duit berjuta-juta digunakan utk memanangkan kroni Musa Aman, dua tiga kali pegawai SPRM datang buat penyiasatan, ambil kenyataan mereka yang terlibat, akuan bersumpah dibuat juga, tetapiapa ada,> SPRM kata tiada kes. Inilah menteri BN kata tiada pendakwaan berpilih. Bencilah dengan pemimpin-pemimpin BN. Ya Allah pendekkanlah umur pemimpin-pemimpin BN, biar meraka cepat menghadap yang maha kuasa. Cepat mereka menerima azab. Amin.
Reply
along3 Reply:
October 21st, 2009 at 7:06 pm
salam,org jahat selalunya Allah Taala panjangkan unrnya. Org bebaik pendek unur sbb hidup depa kat akhirat bkn dunia. Tak pe laa umuq depa pjg supaya blh tobat. SPRM n PDRM stil buat selective presecution. Dunia depa lepas, akhirat tau la nanti baiiii…
Reply
Mengapa kes PKFZ semakin kelam? mana kertas siasatannya? mengapa tiada pendakwaan? bukankah sudah ramai yang tampil terutama dari kalangan pimpinan MCA memberi keterangan terbuka?
Apakah UMNO bimbang sekiranya didakwa dimahkamah, orang melayu akan mengetahui bahawa UMNO telah menipu koperasi nelayan yang dianggotai orang melayu? Tanah yang diambil dari tangan koperasi teramatlah murah,manakala dijual semula kepada syarikat bukan melayu dengan harga tinggi!!!
Apa yang koperasi Nelayan dapat? mana pembelaan melayu? mana perginya pahlawan keris UMNO? Mengapa tidak ada yang berani menjerit dan melaungkan PENGKHIANAT pada ahli UMNO yang sanggup menjadi petualang menipu Koperasi nelayan melayu ini??
INI BUKAN KES MCA ATAU KES TEE KEAT DAN SOI LEK, INI ADALAH KES PECAH AMANAH DAN SALAHGUNA KUASA. KES INI BERPROFIL TINGGI KERANA MELIBATKAN WANG DAN KEPENTINGAN RAKYAT!!!
Reply
gitu ler……..apapun kami rakyat marhaen faham kedudukan sebenarnya……Yang pasti soalan itu sesungguhnya benar dan sebenar-benarnya…….yang menjawab tu, yang musykilnya……..rakyat marhaen tak boleh terima jawapan tu…..seperti ada yang masih tidak dijelas dengan sejelas-2nya.
Justeru itu, teruskan usaha DSAI dan kami sentiasa menyokong penuh perjuangan DSAI……kami tau siapa sebenarnya DSAI. Bukan seperti yang DITUDUH…
Reply
jawapan “UMUM” je mampu bg….lemah betol malaysia ada orang2 mcm ni…aish!!!
Reply
Satu persoalan yang gagal dijawab oleh menteri melainkan hanya menjawab dengan sentimen sahaja.
Reply
meluat bila Sri Gading mencelah dengan ayat-ayat ampunya.Persoalan dasar langsung tidak disentuh, sebaliknya menteri cuba mengelak dengan memberi alasan masalah teknikal.
Reply
Sakit mata dan telinga bila lihat aksi mengada-ngada Sri Gading.Dari dulu Kini Dan SELAMA-LAMANYA benak! melemparkan tuduhan kononya pakatan rakyat cuba membuat pandangan negatif terhadap dua badan itu adalah omongan kosong!
Persoalannya ialah mengapa siasatan terhadap khir toyo dan datuk norza berbeza???
PS:Patutla sri gading tak diangkat jadi menteri…melalut tahap gaban rupenye..!
Reply
Selagi PDRM dan SPRM dikuasai di bawah JPM, Jangan sesekali kita mimpi mahukan badan ini bertindak profesional. Mereka hanya akan bertindak secara pro bila diarahkan oleh JPM sahaja.
Reply
Kepada Timbalan Menteri: Usahlah memperbodohkan rakyat dengan jawapan itu. Kalau tiada pendakwaan terpilih, mengapa tidak mahu siasat PM? kalaupun KUNUNNYA kes tersebut khabar angin, mengapa pembangkang tetap dikejar dan disoal hanya kerana khabar angin?
Reply
Sila jawab – siapa bunuh altantuya?
siapa ambil komisen kapal selam?
Siapa cekik Beng Hock?
Siapa perangkap ADUN Perak?
Ohhhhh baru teringat…..semua itu khabar angin…..so menteri takkan jawab…yang gatal nak jawab ialah Sri Gading!!! tapi….kepada sri gading gua nak tanya…LU SAPA????
Reply
1 Malaysia. PLayboy punya slogan.
Reply
Dato seri….kami berada dibelakang dato seri….kami tidak mampu lagi melihat kezaliman demi kezaliman beserta sikap angkuh dan bongkak yang ditunjukkan pemimpin melayu yang tidak sedar diri….
Reply
tahniah ds anwar, pakatan rakyat peneraju malaysia baru..umno pengkhianat bangsa agama dan negara. slogan 1 malaysia hanyalah retorik semata – mata. bukannya rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..tetapi yb-yb umno dikayakan rakyat di permainkan dengan slogan..ayuhlah rakyat malaysia sedar..lihat sendiri yb – yb umno bn. semuanya kaya raya..lihat yb – yb di sabah. semuanya kaya – raya tapi rakyat haprak..miskin.umno dan bn juga biadap dengan menghina mahkamah syariah atas hukuman kepada model yg berasal dari pahang. demikian dengan sisters in islam..ayuh saudara – saudaraku sekalian..tinggalkan umno dan bn. utk keselamatan negara dan generasi seterusnya
Reply
kan saya dah kata,najib tak kan jawab, kan najib ni pm bacul/biul.
Reply
Laporan pakar patologi yang menyatakan bahawa kematian “Beng Hock” jelas satu pembunuhan!
Apakah tindakan PDRM dalam isu ini? Sudah tentu persepsi serta tindakan PDRM berbeda andai ianya berlaku didalam siasatan “SELCAT”.
Reply
Jawaban yang cukup mengecewakan! Sudah 52 tahun merdeka,tapi kerajaan masih cuba memperbodohkan rakyat dengan menggunakan alasan sedemikian?
Nampaknya tiada guna pindaan terhadap SPRM, mereka hanya dibenar mengaum namun hakikatnya masih seekor kucing bandar.
Reply
Dato’ Seri, apa kata kita mintak Dr Pornthip dari Thailand untuk periksa Saiful….
Reply
Betul, betul, betul. Kadar bungar hutang PTPTN membebankan. Mintak tolong sangat2 kat Dato Seri keluarkan di Parlimen.
Reply
kuda kepang STC Reply:
October 22nd, 2009 at 12:08 pm
UMNO pendokong akhir zaman . apa bila Ilmu di di perdagangankan yang menjadi mangsa adalah Rakyat Jelata “tak tumbuh tak melata tak sunguh tak di kata”.
Apa bila ilmu yang dituntut di kenakan “Riba” maka ilmu itu jatuh haram sepanjang zaman. he seram!!!!
Reply
Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan.
1. Kerajaan Barisan Nasional membuktikan kenyataan diatas apabila MB Pahang mendahulukan rakyat Pahang untuk membayar saman sebanyak RM 63 juta oleh syarikat konsesi balak.
2. MB Pahang tanpa segan silu melupakan pencapaiannya yang rendah apabila gagal dalam urus tadbir balak apabila memohon rayuan mahkamah untuk mengugurkan namanya dalam senarai orang yang perlu bayar.
3. Kawasan balak itu ialah tanah milik UMNO seluas 4000 hektar. Tanah UMNO punya, tapi saman rakyat Pahang kena bayar. Inilah hakikat rakyat didahulukan.
PRU13-mohleh kita berubah.
Reply
complex4u Reply:
October 22nd, 2009 at 12:16 pm
Biasa la tu..pemimpin2 mcm tu mmg akan lepas tangan…tak bertanggungjawab langsung..
Pi letak Jawatan la…berambus dari Pahang…menyusahkan rakyat dgn takbir urus yg lemah dan bodoh..
Reply
Sri Gading tu macam dah tak sedar diri bila naik minyak nak mengampu. Siapalah dia yang orang UMNO nak naik kan…. kail panjang bulu hidung nak pegi laut dalam juga. Tak malu…saya dah lama meluat kat si kutuk ni. Dia ingat dia pandai sangat ke . Nak cabar Datuk Seri Anuar ..puihhh…jauh panggang dari api. Macam langit dan bumi wai..nadai jalai u.
Reply
sri gading tu teringin nak jadi menteri dah dua pm tapi dok takut lama di dgn kinabatagan tu je tukang jawab wahal dia tahu isu sebenar
Reply
ala…. semua tu lumrah… sejak dulu memang camtu. seolah2 dah ada set lengkap soalan dan jawapan…..
Reply
Melihat kepada jawapan itu adalah semua yang standard sahaja tidak lebih dari itu. Yang isu TBH ape citer???
Reply
bagi aku tak ade ape yang menarik melainkan menegakkan benang yang basah saja.
Reply
Mat Pancing Reply:
October 22nd, 2009 at 2:37 pm
Salam DSAI, beberapa bulan lepas Mat Pancing ada menegur sempena perlantikan penal Peguam yang mewakili DSAI dalam kes liwat. Antara lain saya mengatakan bahawa didapati beberapa kes DSAi sebelum ini telah salah diberikan “Legal Opinion” yang menyebabkan pihak pendakwaan ketawa besar dan dengan senang mengalahkan hujah bagi pihak DSAI. Belum beberapa bulan satu lagi kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku diMahkamah Rayuan, peguamcara DSAI telah membuat kesilapan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh Peguam yang profesional. Kedua-dua perkara tersebut sebenarnya mengiakan apa yang Mat Pancing katakan tempoh hari. Olih itu bolehkah Mat Pancing cadangkan supaya DSAI ambil Pegawai Kerajaan yang pandai Undang-Undang yang telah pencen menjadi salah seorang penasihat atau sekurang-kurangnya mengambil sedikit opinionnya sebelum membuat sesuatu keputusan dan DSAI kena juga pastikan Penal Peguambela/ Peguamcara adalah orang-orang yang setia, amanah dan satu perjuangan dengan DSAI.Mat Pancing walaupun selalu memancing sentiasa ikuti perbicaraan DSAI nampak semacam ada kelemahan dalam setiap kes yang dibawa.
Reply
jawapan menteri bodoh… penafian tanpa hujah, knp la BN pilih pak menteri mcm ni bodoh.., jawapan ikut teks je.. siapa pn bole… mmg ada selective prosecution, e.g kes khir toyol.. s’pai la ni, jgn ckp nk sumbat dlm penjara, bw kt mahkamah xbole.. wlupn bukti terang lg bersuluh.
Reply
Saya kira pendakwaan terpilih ini juga berlaku pada dsai.
Bila kena kat dsai, semua tak boleh dakwa. bila kena kat musuh dsai… semua patut dakwa…
opsss…
Reply
Sulaiman Akhlakan Reply:
October 22nd, 2009 at 5:28 pm
Mesti banyak tengok citer 3 Abdul ni.
Perjanjian antara Sidiq Sigaraga ngan Abdul Wahub,”kalau anakanda marah anakanda akan dijual seluruhnya kalau ayahanda marah takda apa-apa”.
Bro akai ada ka!.
Belajar-belajarlah menggunakan anugerah tuhan tu dengan bijaksana.
Fakta bro bukan dengan andaian atau fitnah.
Bro Azab Allah SWT sangat pedih.
Reply
Mat Pancing Reply:
October 23rd, 2009 at 7:28 am
Salam Sayala ni dan Sahabat Semua, pendakwaan terpilih pada DSAI bukan baru dari sejak 1998 lagi persoalananya sekarang itu kerja mereka. Dipihak DSAI yang mempertahankan tidak bersalah tu mestilah pertama, mendapat nasihat perundangan yang betul dari orang-orang yang cukup berpengalaman, kedua orang yang bagi nasihat tu mestilah orang sama-sama berjuang dengan DSAI dari dulu, dan ketiga pembela tu mestilah orang yang amanah dan ikhlas. Adakah tiga ciri-ciri diatas itu ada pada penal peguambela/peguamcara DSAI, patut kita semua fikirkan kerana kes liwat tak lama lagi akan bermula.Adakah penal peguambela kes liwat tu benar-benar telah bersedia untuk berdepan dengan barisan pendakwaraya yang berpengalaman yang dikatakan hebat juga la.Mat Pancing kadang-kadang rasa nak cadangkan peguambela-peguambela yang handal dalam kes lewat atau rogol yang setanding dengan pendakwaraya yang berpengalaman tu, tapi Mat Pancing ni siapa?…….
Reply
seliparjepun Reply:
October 23rd, 2009 at 7:56 am
saya lani…betuiiiiiiii Undang2 malaysia dah macam cerita kartun tom n jerry…tukar ja gomen baru ok…rombak habis.. umno dah mcm penagih ,susah nak pulih..
Reply
Dari Kacamata Halik Zaman–Kota Kinabalu
MALAYSIA MERDEKA 16 SEPT 1963. BERGABUNG TIGA BUAH NEGARA
Malaysia terbentuk melalui olahan tiga negara yakni Semenanjung Tanah Melayu, Sabah & Sarawak. Semenanjung Tanah Melayu pula merangkumi 11 buah negeri-negeri iaitu Perlis, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, Pahang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor.
Apabila Kerajaan Pusat membahagikan peruntukan kewangan, maka seharusnyalah peruntukan berkenaan di bahagi kepada tiga buah negara utama yang bergabung dan dikenali dengan nama Malaysia. Ini juga membawa pengertian umum bahawa dari tahun 1963 lagi Negara Malaysia telah mengamalkan 1Malaysia. Rakyat gabungan tiga negara ini telah lama maklum akan konsep 1Malaysia sejak tahun penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Tidak di nafikan kemungkinan Perdana Menteri kita hari ini mencedok idea yang telah wujud sejak tahun 1963 lagi. Kerana Malaysia bukan terbentuk dari 2Malaysia atau 3Malaysia.
Pada dasarnya Malaysia sepatutnya meraikan hari kemerdekaan Malaysia pada 16 September pada setiap tahun sepertimana Malaysia sekarang ini meraikan dengan penuh besar-besaran di seluruh Malaysia setiap tarikh 31 Ogos kononnya itu lah tarikh kemerdekaan Malaysia padahal itu cuma kemerdekaan Malaya pada 31hb Ogos 1957. Setiap rakyat harus di berikan hak untuk meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang begitu besar maknya pada rakyat khususnya bagi rakyat Sabah & Sarawak yang telah bersama sama Malaya menubuhkan gagasan Malaysia pada tarikh keramat itu.
Sesudahnya pengabungan tiga negara utama menjadi 1Malaysia, maka sepatutnyalah hasil negara Malaysia di bahagi kepada 3 negeri utama yang bergabung bukan 14 negeri, kerana 11 buah negeri lagi adalah di bawah pemerintahan Kerajaan Semenanjung Tanah Melayu dalam Negara Malaya.
Di dalam peruntukan kewangan Kerajaan Pusat pembahagian peruntukan kewangan juga sepatutnya di bahagikan kepada tiga negeri iaitu Semenanjung Malaysia sebanyak 33.3% bahagian, Sabah sebanyak 33.3% bahagian, dan Sarawak sebanyak 33.3% bahagian.
Manakala dari bahagian Semenanjung Malaysia sebanyak 33.35 itulah yang harus di agihkan kepada 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan bukannya peruntukan kewangan 100% di bahagikan kepada 14 buah negeri dalam Malaysia sebab Sabah & Sarawak tidak termaktub sebagai gugusan asal negeri dalam tanah besar Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak bukan merupakan satu state dalam Malaya.
Ini juga bermakna tiga buah negara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawaklah yang menjadi induk penubuhan dan pembentukan sebuah negara Malaysia bukannya 11 negeri dalam gugusan Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah kerana 11 negeri-negeri tersebut memang berada dalam tanah besar Semenanjung Tanah Melayu, manakala Sabah & Sarawak ialah dua buah negara luar yang bergabung dan akhirnya bersama turut membentuk Malaysia.
Maka jika di halusi secara terperinci maka penubuhan Malaysia bersandarkan gabungan tiga buah negara utama yang mana secara tidak langsung terhasilnya 1Malaysia yang telah di cedok ilhamnya oleh pemimpin UMNO masakini.
1Malaysia, Dato Seri Najib mahu jadikan ruang 11 negeri untuk bersatu dalam 1Malaysia padahal 11 buah negeri itu adalah state kepada Malaya sebelum Malaya bersama Sabah dan Sarawak menubuhkan Malaysia. Kita berpendapat Sabah dan Sarawak bukanlah sebuah negeri dalam Malaysia ia adalah sebuah Negara menjadi Malaysia bersama Malaya..
Reply
Kes besar yang tertentu telah tidak cukup bukti. ini menunjukkan Polis tidak cekap melaksanakan tanggungjawab..
Reply
Salam DS,
Mintak tolonglah kepada fanatik DS, bila buat komen biarlah bertamadun bukan bila tidak suka main ladung jer, kita ni manusia yang mempunyai sempurna akal dan kesempurnaan maruah, janganlah melebelkan parti keadialan penuh dengan kekasaran, ketidak tamadunan bila berkata2, budak sekolah pun boleh ketawa bila baca komen penyokong fanatik DS, Inikah orang2 yang bakal menjadi tulang belakang kepada DS seandainya DS menang satu hari ni,
Jika tidak dibendung mulai sekarang, DS jangan mimpilah untuk menerajuai MALAYSIA. Harap sorak saja tapi kualiti kepemimpinan tulang belakang akar umbi hanya tau melatah tanpa memikirkan kemaruahan dan ketamadunan melayu….islam.
Reply
ulam batar Reply:
October 23rd, 2009 at 5:23 pm
Bila kita sentuh ketemadunan Melayu dikata Fanatik!! ini bukan soal Fanatik dengan mana pihak sebagai Rakyat saya berhak menberi pandangan, supaya suara rakyat terus berkeramat. Ahli Politik sering berkata “suara rakyat suara keramat” jadi kenapa Jongkong cuba cantas suara rakyat apakah u juga sebahagian dari Utusan Meloya atau Berita Hairan.
Jika you menjunjong obor ketuanan Melayu, saya sebagai melayu dangan penuh tatang saya menengkah you, dizaman yang mana sempadan hanya di atas Kertas (Peta).kita harus berubah yang mana orang melayu harus bersedia duduk dan bangun dengan bangsa bangsa lain selagi Orang Melayu masih berkulat dengan kekaumanya maka orang melayu akan terus terjurus menbangkaikan bangsanya sendiri.
Orang melayu harus berubah seiring dengan zaman, ini bukan zaman Pak kadok atau si luncai, ini zaman yang mana wajib melayu menbuang minda kekampungan, ke daerahan, ke negerian, ketuanan bangsa orang melayu harus keluar dari lubuk yang saya gelar “lubuk bangkor” (sebuah lubuk dalam dan gulita).
kikiskan sifat ketuanan yang di tiupkan oleh UMNO. apa makna Orang Melayu bergelar “tuan” sedangkan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. tuankah kita jika hidup bertangakan subsidi. Tuankah kita jika hidup diperkayakan dengan subsidi, jika kita tuan kita tidak perlu bantuan, Tuan adalah menberi bukan menerima!!! menerima di gelar berkasta Randah “tangan yang menberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima” dari ayat ini jelas yang menerima subsidi itu tidak mulia maka jelas yang menerima subsidi adala bukan Ketuanan Melayu. ketuanan melayu adalah pembesar UMNO sebab mereka menberi dari wang rakyat. jelas Melayu bukan tuan di bumi bertuah ini, ketuanan melayu hanya ada pada pembesar UMNO. ini bukan omogan kosong tetapi adalah hakikat. ketuanan melayu hanya Gimik UMNO untuk memastikan orang melayu terus tegak ekornya!!!!!?????.
Kita sebagai orang melayu perlu bersatu den berkerja sama dengan bangsa bangsa lain untuk terus memuhibahkan negara tercinta ini. ALLMalaysia!!!!!!!! bukan one Malaysia.
Reply
angkasawan nasa Reply:
October 23rd, 2009 at 5:51 pm
Orang melayu harus belajar berdikari hidarilah hidup bersubsidi, selagi hidup di sulam dengan subsidi , selagi itulah orang melayu terus di pergunakan oleh UMNO, dengan cara ini sahajalah Rakyat dapat selamatkan wang rakyat supaya tidak jatuh ketangan Sikaya para perkilang,pembekal,peninport lebih banyak rakyat menerima subsidi maka lebih banyaklah pihak tertentu menerima longokan wang dari wang rakyat. subsidi adalah satu plan bujukan Yahudi. sebagai mana sekarang Israil menberi subsidi dan insintif tanah untuk penerokaan tanah di negera arab semua yahudi dari russia berhijrah ke Israil. dalam islam hanya gologan “asnaf” sahaja layak menerima bantuan. bukan cara yang UMNO lakukan. apa yang di lakukan oleh UMNO adalah melangar hukum allah yang mana yang tidak layak pun menerima subsidi??? UMNO tolak hukum allah.
Reply
mat jenin@anwar Reply:
October 27th, 2009 at 3:15 pm
ulam batar ,kamu pun bukan org melayu dan islam sejati sebab kamu bangkang DR hassan ali mengenai isu arak kat selangor kan??? jgn kamu buat2 lupa!!!saya masih ingat !!
Reply
pakgah santan Reply:
October 27th, 2009 at 5:56 pm
Bila you sebut you masih ingat you sah bukan Melayu!!! sebab kalau melayu “melayu mudah lupa” ini kajian yang telah di jalankan TDM bahawa melayu mudah lupa!!tertapi atas nama one malaysia semua kaum hahur saling menegur demi kebaikan bersama. saya akui tak semua orang bukan islam suka arak dan tak semua orang islam benci arak ini hukum alam dunia ,hukum alam akhairat ada Neraka siapa yang makan rasuah dan tipu rakyat dia akan terima habuanya. kerajan UMNO BN bukan kerajan langit (ayah pin) kerajan atau kerajaan Langkasuka UMNO BN hanya kerajaan yang di pilih oleh rakyat . Rakyat sahaja yang akan menentukan siapa yang mereka mahu.
jika u bukan melayu apa gerangannya u bangkitkan isu arak, mat jenin semua tahu angan angannya cukup tinggi !! jatuh tergelincir macam ben hook nanti!!, kan lagi baik u bangkitkan isu ben hook, terjatuh kerana bukan minum arak ini kerana di shah alam kawasan melayu tiada penjualan arak!!
Askm dato seri
Ada seorang ahli parlimen bercakap tentang air 100plus menyembuhkan deman denggi. ya saya akui.saya kena demam denggi paling teruk.hari itu.duduk hospital 3 hari bukan beri ubat tapi hanya ambil darah. saya minta balik walaupun dr tak benarkan sebab tahap darah saya 19. saya balik ada kwn beri tahu minum 100plus.saya beli satu karton besar. saya minum. taks ampai seminggu demam denggi saya sembuh sediakala.
Reply
ulam batar Reply:
October 23rd, 2009 at 7:57 pm
Tiada nas perubatan setakat ini yang sahih megatakan 100plus itu penawar deman denggi, ianya sekadar menbantu menberi tenaga kepada badan diwaktu badan dalam keadaan lemah tak lebih dari itu. Oleh yang demikian sepatutnya pihak pihak Hospitak yang you masuk menberi you Anti baotik dan Vitamin tertentu sekiranya kadar penurunan darah bergitu pantas. sewaktu saya kena denggi dimasukan di Hospital Ampang Putri itu yang di pratikan oleh doktor tersebut. kadar darah saya 20 ketika itu jika di bawah 20 saudara sepatutnya di masukan ke ICU. jika saudara pulang di bawah 20 saudara megambil resiko yang cukup besar dan saya pelik bagai mana doktor boleh menbenarkan saudara pulang sedangkan paras darah 19??? ini satu kesalahan melangar peratuaran hospital. paras selamat untuk pulang adalah 120 ke atas. pada semua penulis blog ini jangan pandang ringgan deman denggi kerana ianya tertaklok kepada kekuatan badan seseorang. dan kita tidak tahu kekuatan badan kita.
tolong jangan beri promosi percuma 100plus di sini. dia tak bayar satu sen pun airtime pada Blog ini suruh dia beli benner ad kat dalam blog ini.
Reply
ini lagi satu yang melucukan….KES LINGAM……COREKT COREKT….TAKDAK kes….haru biru kita ye…..cakap banyak sakit hati….dia olang tak nak dengar ambil iktibar…..tak cakap memenjang bodo sombong…
Reply
SALAM DATO SERI ANUAR
SAYA BERHARAP SANGAT YANG ISU PTPTN INI DIBAWA KE PARLIMEN!!! 60 RIBU BEKAS PELAJAR TAK BOLEH KELUAR NEGARA DAN MALAH LEBIH 200 RIBU PEMINJAM YANG MASIH MENANGGUNG HUTANG BERBUNGA DARI PTPTN INI.
SAYA SYORKAN KERANA GOLONGAN INI RATA-RATA GOLONGAN MUDA UMUR DARI 20-35 TAHUN. INI PENTING UNTUK PILIHANRAYA AKAN DATANG!!!
JIKA ISU INI DIBAWA KE PARLIMEN DAN MEMPERJUANGKAN NASIB PELAJAR MENANGGUNG BEBAN PTPTN!!! KAMI SEMUA AKAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT!!!! MAMPUS BN!!!
Reply
wei Adun BN bagi lah contact nombor kalau berani!!!
Reply
DSAI tolonglah pergi Mekah smd Datin Wan Azizh ke, dan doa banyak2 spy Msia bebas drp cengkaman umno yang gilakuasa, doa kan spy DSAI x akan d penjarakan lagi. Saya rasa umno akan cuba berbagai cara utk memenjarakan pemimpin2 PKR satu demi satu utk memastikan mrk sentiasa memerintah. umno sgt takut jika parti lain memerintah krn mrk terlalu lama memerintah shingga kan mewujudkan undang2 terpilih d Msia. Jka puak2 BN yg bersalah PDRM&SPRM akan cover, tp jika puak2 DSAI wat salah sikit pun akan d cari smpai lubang cacing. DSAI kena doa kat sana dengan ikhlas kerana hanya DSAI & rakan2 DSAI yg mampu membawa perubahan pd Msia. Rakyat sgt takut krn satu demi satu ahli2 PKR akan msuk lokap dimulai dgn Tian Chua pastu………umno terlalu kebal undang2 sekarang, kita mesti betulkan umno yg telah terlanjur menguasai sistem kehakiman.
umno akan membela sprm w.pun sprm bersalah.umno sepatutnya jangan takut utk menerima perubahan dari rakyat, kerana rakyat berhak memlih parti pemerintah yang mereka suka.umno sepatutnya berfikiran terbuka jangan mengganggap parti lain x bole memerintah. Bila ada parti lain yg kuat maka umno akan membuat bermcm2 fitnah kpd pmimpin2 pembangkang dan merekacipta skrip, buat konspirasi dll menggunakan PDRM&SPRM.umno sepatutnya bersaing dgn parti pembangkang secara matang & menggunakan akalbudi yg tinggi.Semua rkyt Msia sayangkan Msia. umno memenjarakan ahli2 PKR utk mereka terus dapat membolot wang rakyat kpd kroni2 mrk.Kesian Teoh BH & Tian Chua yg menjadi mangsa undang2 terpilih……
Reply
Free Tian Chua now!
Reply
Di harap pemimpin2 PKR sentiasa kuat, tabah, teguh & jgn mudah melatah dengan segala tembakan & bedilan dari media2 arus perdana.
Reply
Sebagai seorang yang pernah menjadi hakim perbahasan ala parlimen pelajar sekolah menengah, saya tak dapat beri markah kepada sri gading sebab jawapan tak relaven dengan soalan…harap maklum
pemenang pertandingan ini…pihak pembangkang…
Reply
najib= rakyat d dahulukan, RASUAH D UTAMAKAN!!
YAAA 1MALAYSIA KENA TIPU!
Reply
salam adun BN… Kata boleh tlg selesaikan ptptn…Nak hubungi macam mana ? hapah no fon pun tak tulissss.nak usahakan kan macm mana?
Reply
Kekawan semua. Sebenarnya jawapan palimen yang dikakaktua oleh Menteri,Timbalan Menteri tu semua disediakan oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan mengikut Kementerian. Burung kakaktua tu bukan tau apa sangat, dia baca aja bila ada soalan tambahan tu yang gelabah nak jawab. Akhirnya kata akan jawab secara bertulis. Sebenarnya yang pandai-pandai jawab semua tu pegawai kerajaan, patutlah jasa baik tu dikenang dengan bonos satu bulan. Kalau DSAI dulu tentulah pegawai kerajaan dapat bonos.Baik hati sungguh DSAI, semua pegawai kerajaan sayang DSAI, tahu erti kesusahan bertugas mencari dan mengumpul wang kerajaan siang dan malam.
Reply
BOHONG, RASUAH, UGUT, BUNUH, SALAH GUNA KUASA, SALAH GUNA PERUNTUKAN MASIH TAK DIPEDULIKAN OLEH RAKYAT. BIAR PUN PEMIMPIN BOHONG, RASUAH, SPRM TAK TULUS, JENAYAH MASIH TINGGI, MAHKAMAH CACA MERBA, TENTERA PUN DAH PANDAI RASUAH DAN SEBAGAINYA TPI RAKYAT MASIH TAK ENDAH. RAKYAT RASA MACAM TAK ADA APA YANG BERLAKU. RAKYAT TAK AKAN TANYA SEMUA ITU. YANG MEREKA TAHU DAPAT DUIT TAK PEDULI MACAM MANA. KAMI PENCIPTA KETELUSAN SEDIH DAN BENGONG MEMIKIRKAN BAGAIMANA RAKYAT MALAYSIA YANG SUDAH 52 TAHUN MERDEKA NI HATI FIKIRAN MEREKA MASIH DITAHAP LEMBUMNO. 52 TAHUN MERDEKA MASIH TIADA RUMAH ORANG INDIA DI BAGAN PINANG. BILA LEMBUMNO BERJANJI TERUS SETUJU. BEGITU JUGA PARA TENTERA KITA NAK BAGI KOLAM RENANG PUN MEREKA DAH MENYOKONG LEMBUMNO. SAYA RASA DATUK SERI SENDIRI PUN DAH TIADA DAYA UPAYA MEMBERI PENERANGAN KEPADA RAKYAT LAGI. KALAU KITA BIARKAN TENGOKLAH BAGAIMANA ANAK MUDA KITA KAT BAGAN PINANG DAH JADI SAMSENG, TONGENG PUNGUNG KEPADA ORANG TUA2 KITA. TENGOK WANITA DAN PUTERINYA TIADA LAGI LEMAH LEMBUTNYA, KEWANITAANNYA, SETIAP HARI ADA SAJA MAT REMPIT YANG MAUT KERANA BERLUMBA DAN MENUNJUK AKSI GANAS JALANRAYA. ZINA, KHALWAT BUANG ANAK DAH MACAM PERKARA BIASA. TAMBAH PULA DENGAN PM KITA YANG SUKA KEPADA BENDA2 LUCAH MAKA RAKYAT AKAN TERIKUT. INI YANG BERLAKU. KALAU BAB EKONOMI PULA TIDAK DIBERI SECARA ADIL ADA PEHAK MUDAH MENDAPAT DUIT DAN SATU PEHAK LAGI BERHUJAN BERPANAS UNTUK MENDAPAT DUIT ITU PUN TIDAK BANYAK RM 50.00 SEHARI KALAU BOLEH BEKERJA. KALAU TIADA KERJA. BAGAIMANA NAK BELA ANAK BINI. YANG SENANG DAPAT DUIT MACAM PENGERUSI2. PERGI RESMI PECAH TANAH SAHAJA GAJI RM 15,000. KONTRAKTER BERJUTA2 DAPAT. DATUK SERI BAGAIMANA TIDAK BELAKU RAGUT, MENYAMUN, MEROMPAK, BUNUH ORANG TUA UNTUK DAPATKAN DUIT. FIKIRLAH BAGAIMANA KITA NAK MENGUBAH MINDA RAKYAT SUPAYA MENYOKONG KEPADA PEMBAHARUAN. ADAKAH PERJUMPAAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT SEBULAN SEKALI BAGAIMANA KITA BERUSAHA UNTUK MEMENANGKAN HATI RAKYAT DAN BUKANNYA KITA BERBALAH SESAMA SENDIRI.
Reply
Konsep 1Malaysia:
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan,
Pemimpin Kaut dahulu,
Kapal Selam trus Tenggelam,
Altantuya jd antu 1Msia,
Reply
Bandar Keningau Sabah surga dunia bagi segala kegiatan jenayah / haram. Judi “WAHUI”,Sabung Ayam, Rokok Haram, 4D Haram terus berleluasa dijalankan di Bandar ini tanpa selindung. Ini kerana tiada tangkapan dibuat oleh pihak yang berkuasa. Disyaki pihak berkenaan menerima komisyen hasil keuntungan drpd tauke besar. Di bandar keningau ada pejabat Kastam, Kementerian Perdagangan Dlm negeri,PDRM tapi tdk nampak atau mata ditutup oleh RM.Kegiatan Sabung ayam di kampung2 kena serbu tapi judi ” wahui” dijual di bandar tidak kena tangkap. Betul2 undang-undang terpilih.
Reply
YB DSAI,
Sila perjuangkan duit minyak Sabah 5% naik 20-30%. Tidak adil Sabah dpt mcmtu sedangkan negeri Sabah sangat luas. Keluasan negeri Sabah menyamai 10 buah negeri di Semenanjung Malaysia.Rakyat Sabah kaya raya di atas kertas tp di atas bumi sebenar masih miskin.Kayu balak dah hampir pupus akibat ketamakan pemimpin BN/UMNO.Pemimpin BN /UMNO hisap darah & makan tulang rakyat Sabah, tanah beribu-ribu ekar tp rakyat nak dapat 15 Ekar untuk 1 family pun susah.
Dijangka dlm tempoh 10 tahun dari sekarang, Rakyat Jati Sabah akan jadi pelarian di negeri sendiri kerana tidak memiliki tanah langsung.
Kenapa ini boleh terjadi………… RASUAH…. Rakyat biasa tidak mampu memberi suapan kepada pihak berkenaan supaya permohonan dapat diproses dengan cepat.
PRU-13 medan terbaik nak tukar baju baru. Baju lama dah lesu,koyak, berbintik hitam dan bau.
Reply
Bekas ahli Ameno Reply:
October 28th, 2009 at 1:12 pm
Setuju dengan anak Murut Tahol, bukan di Keningau sahaja,di Tenom, KK, Papar, Beaufort bahkan di seluruh Sabah…judi haram beleluasa,jual nombor ekor, main ketam-ketam, bola jalan, dan macam-macam lagi perjudian haram wujud. PDRM tutup mata. Tauke judi kata mereka memang mempunyai rangakian di seluruh negara. Kalau ada serbuan daripada Bukit amana( sama ada serbuan betul-betul atau berlakon sahaja tak tahulah) tauke-tauke judi tu tahu lebih awal. Pada waktu itu bisnis ditutup. Siapa yang bagi maklumat? orang B. K Tan mungkin? yang sekarang menjadi KPN. APa sudah jadi dengan Negara Malaysia di bawah pentadsbiran BE End. Muru Tahol, kempenlah dari sekarang, kita lingkupkan kerajaan BN di Sabah dalam PRU ke-13 akan datang. Kta mahukan pemimpin yang amanah, telus, bertanggungjawab… barulah KPN yang tidak bertanggungjawab itu dapat ditukar. Gemerasi muda wajar berani menentang penyelewengan kerajaan BE End.
Reply
Sri Gading & Kinabatangan di Dewan Rakyat hanyalah pengacau dan tin kosong. Mereka berdua tlh diasuh & dibinatangkan oleh BN supaya bertindak seperti begitu sbagai perang psikologi kpd pemimpin PR agar pemimpin PR ikut rentak mereka. Hujah2 mereka langsung tidak menunjukkan mereka sebagai pemimpin yang berpendidikan tetapi sebagai budak samseng.
Saya sebagai anak Sabah merasa malu dengan gelagat Kinabatangan…
Reply
salam semua..seronok melayari pandangan-pandangan anda semua. Berasa kelainannya pula dengan hujah DSAI, fokus bahasa, tepat dan tak terjawab. Menteri tu jawablah…asal menjawab. Ibarat manusia menyahut bunyi suara burung. Apa pun kena ingat saudara-ri, maki hamun kita takkan sampai kemana. Pohon sajalah pada yang Berkuasa, topeng-topeng ‘kebaikan’ akan terlucut oleh kelalaian tangan sendiri. Satu masalah yang pasti adakalanya kita kurang sepakat, kurang berani dan kurang sabar…itulah kurangnya strategi. Mengenai hal kehakiman…banyak tindakan kerajaan memang menimbulkan tanda tanya, kenapa SPRM dan SIAPA ddalam organisasi tu. Tapi itulah real politik..
Reply
Saya minta agar DSAI ketengahkan isu gaji rakyat Malaysia yang masih lagi rendah, yang seterusnya menjadi faktor kepada kelembapan ekonomi negara kita.
Reply
saya setuju dengan isu gaji. kami yg bekerja di syarikat2 GLC di sekitar lembah klang hanya menerima gaji pokok sekitar RM1200 sebulan walaupun kami berkelayakan diploma. cuba la kira, rumah flat paling murah pun rm500 sebulan sewa. kalau isteri tidak bekerja, camana kami nak hidup dengan pendapatan bersih sekitar rm1500 sebulan. penjawat awam diberi kuarters atau kola, tapi kami pekerja syarikat GLC tidak diberi apa2. nak beli rumah flat pun dah rm80K, akhirnya kami yg berkelulusan diploma ni hanya mampu jadi setinggan di negara sendiri.
Reply
Salam, Dato’ Seri. Izinkan saya untuk mengucapkan tahniah sebgai penghargaan saya untuk anda kembali ke arena politik yangkian mencabar. Soalan saya, apakah peranan PAKATAN RAKYAT bila tiba masanya untuk ke Putrajaya dan apakah hak keistimewaan orang melayu ini terbela serta menjaga perlembagaan jaga sesekali mengubal perlembagaan instusi raja raja melayu. Saya risau dan ingin tahu…
Reply