Archive for October 21st, 2009

21 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

(more…)

21 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Berikut merupakan soalan berserta jawapan yang ditanyakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri. Paparan ini dipetik dari Hansard Parlimen Malaysia.

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh]: minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah berkesan bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej negative Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berikutan keraguan umum terhadap perilaku penyiasatan dan pendakwaan terpilih.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab serentak soalan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh hari ini bersama-sama dengan soalan nombor 34 daripada Yang Berhormat Tawau pada hari ini juga yang menyentuh tentang penyiasatan dan pendakwaan terpilih melibatkan SPRM dan juga PDRM. (more…)