Archive for October 15th, 2009

15 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Penganut Hindu kini mulai sibuk menyediakan kelengkapan bagi menyambut hari Diwali atau Deepavali. Cumanya di sini sambutan Onum lebih besar berbanding Diwali.

Pengalaman di Kerala; utamanya di Calicut dan Mallapuram ketika ini mengingatkan saya kepada kajian lama Amartya Sen mengenai tahap pendidikan asas di Kerala yang pernah suatu ketika mengatasi pencapaian di New York sekitar tahun 1970-an.

Cukup mengasyikkan tatkala menyorot kembali permuafakatan di antara Muslim dan penganut Hindu, saat itu tidak berlaku sebarang pergaduhan atau rusuhan agama kerana masyarakat kebanyakan mengamal sikap keterbukaan dan menerima percanggahan pendapat sebagai suatu proses mencari persefahaman.

Manakala penyerapan perubatan moden dan Ayurveda dapat dihayati dengan baik serta diterima semua sebagai warisan tempatan.

Menjelang Diwali, maka saya teruja mengembara ke dalam dunia Ramayana dan Mahabharata yang penuh mitos, dengan mengadunkan peranan Tuhan mereka yang dianggap kudus tetapi juga bersifat fana, dan juga persoalan nilai kemanusiaan dan haiwan.

Kisah pertembungan dan wacana segar saperti yang berlaku di antara Krishna dan Arjuna telah menyebabkan ianya menjadi sebuah kisah yang kekal relevan hingga kini. Pokoknya karya besar tersebut mampu menjadi teladan hidup dan tritis sosial yang bermakna.

Saya sengaja menjemput saudara menghimbau kembali persoalan Diwali dengan ucap selamat, keraian persaudaraan dan usaha memupuk persefahaman yang abadi.

Buat semua yang meraikan hari Deepavali, saya mengucapkan Deepavali Nal Valthukal!

ANWAR IBRAHIM

For english version

(more…)

15 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Azmin Ali

Saya membaca dengan tekun komen-komen pengunjung blog saya dan juga teman-teman facebook. Sindiran ringkas yang saya lontarkan dalam blog saya bertajuk Apa signifikan keputusan Bagan Pinang telah mengundang maklumbalas dari pembaca. Saya merasa terpanggil untuk memberikan respon.


Pakatan Rakyat perlu ‘go back to the drawing board’ dengan membuat post-mortem dan melakukan muhasabah secara adil dan berlapang dada. Memang benar suara rakyat Bagan Pinang yang kecil dari segi jumlah pengundi tidak semestinya mewakili sentimen rakyat Malaysia tetapi Pakatan Rakyat perlu memberikan perhatian serius terhadap suara kecil ini dan tidak melihatnya sebagai keputusan yang terpencil atauisolated case.

Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah khususnya perlu berpegang teguh dan menjunjung kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Pembentukan Pakatan Rakyat adalah diasaskan kepada prinsip dan isu bersama yang antara lainnya termasuk demokrasi, hak asasi manusia, good governance, ketelusan dan pertanggungjawaban, kebebasan sistem kehakiman dan usaha memerangi rasuah. (more…)