Kupasan Surah An Nur dan Surah Yusuf oleh Sheikh Ighsan Hendericks tengahari semalam di kediaman saya sangat mengesankan. Majlis dihadiri beberapa teman dan pimpinan parti seperti Dr Badrol Amin, Datuk Nazri Abdullah, Sdr Tian Chua, Sdr Sivarasa dan Sdr Shamsul Iskandar. Menggali tradisi seumpama al Quran al Kareem beserta hadith Rasulullah S.A.W sebagai asas perjuangan menuntut perubahan dan menegakkan Keadilan, kemudiannya disokong pula hujah tersebut dengan pengalaman menentang apartheid di Afrika Selatan, sahabat saya dari Afrika Selatan itu ternyata mengusik sanubari mereka yang hadir terutamanya ketegasan beliau mengenai Keadilan dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Kisah Nabi Yusuf yang dibuang saudaranya ke dalam perigi dan kemudiannya dianugerahi Allah Taala kepimpinan demi menjamin kesejahteraan manusia juga menjadi iktibar kepada semua. Sheikh Ighsan menegaskan adalah menjadi satu kewajipan untuk memenuhi tuntutan kepimpinan demi menghapuskan kebatilan serta kezaliman. Kisah ini menyorot saya ketika membentangkan belanjawan 1998 dengan menukilkan ayat 46-48 dari Surah Yusuf. Tujuh tahun makmur dan tujuh tahun yang gersang. Mudah-mudahan kita memperoleh pengajaran untuk sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang jerebu ekonomi.
ANWAR IBRAHIM

Salam DS, Kepimpinan BN terutama UMNO dan 1Malaysia ni corak kepimpinan mereka,memanglah tidak akan ingat dan berpandukan Al-Quraan.Mereka tidak akan takut akan bala Laknatullah dari Allah…Pemboyokan,Penipuan,Pembunuhan,Rasuah berlaluasa inilah yg mereka hampiri…Corak ini lah yg d tenamkan oleh Sang Mahatir….Kepimpinan yg merealisasikan tunjuk lurus kelingking berkait dan memperbodoh bodohkan Rakyat d Malaysia Timur dengan Janji Pembangunan dan Kemajuan 100 harinya dan Sabah Barunya…….Apakah T.Mahatir tidak terfikir yg Rakyat Negeri Sabah ini keseluruhannya bodoh dan boleh beliau perbodoh bodohkan sepertimana sewaktu Pembentukan Negara Malaysia dahulunya?
Reply
kulup amrin Reply:
October 13th, 2009 at 6:16 pm
Kejadian di bagan Pinang tidak bermakna UMNO telah terkeluar dari kotak ICU, UMNO masih tenat cuma Jentera sebelah depa, oksigen masih di guna pakai, menang tak bermakna senang, kalah tidak bermakna salah sebab kajian oleh U tempatan tidak tepat, sebenarnya Rakyat malaysia sudah pintar mereka main tarik tali.asalkan poket penuh, jalan bertar, baja penuh di bawah rumah, kupun beras dapat sekarang yang tertipu UMNO BN dan PR ha!!!ha!!!ha!!!.
bagus sebagai rakyat harus pintar kalau tak kasi depa bertelagah kita rakyat tak dapat apa!! Rakyat harus menrakyatkan rakyat!!!
Pru 13 kita menangkan PR Pru 14 kita menagkan UMNO BN Pru 15 kita menangkan PR di gilirkan supaya menjelaskan bahawa Rakyat tuan tulin di Negara ini.supaya Parti politik berpaling arah yang mana selama ini mereka mendewakan para peminpin mereka , dewata sebenar adalah RAKYAT!!!!!!!!.
Reply
Assalamualaikum DSAI. Saya bangga dengan pemimpin Pakatan Rakyat hari ini yang konsisten mempertahankan sikap amanah walaupun ada juga yang terjebak dengan sikap-sikap keji. Saya cadangkan agar setiap bahagian PKR diadakan program untuk memantapkan amalan nilai-nilai murni dan agama seperti amanah, bertanggungjawab etc. Aatau apa sahaja program yang boleh memantapkan jati diri dan sikap amanah. Cadangan ini bukan bermakna pemimpin-pemimpin PR tidak amanah seperti pemimpin-pemimpin UMNO tetapi ialah kita ini manusia, kalau amalan itu tidak konsisten ada juga yang akan tergelincir. Saya fikir pemimpin-pemimpin PR perlu mengambil iktibar daripada pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Oleh kerana tiada usaha untuk menanamkan nilai-nilai murni dan nilai keagamaan secara berterusan maka jadilah pemimpin-pemimpin UMNO hari ini pemimpin-pemimpin yang munafik, tidak amanah, hipokrit dan pelbagai lagi sikap keji. Apa yang jelas pemimpin-pemimpin UMNO hari ini menganggap rasah itu sebagai halal. Maka pemimpin-pemimpin PR perlu mengambil tindakan awal untuk membendung k eruntuhan moral pemimpin secara berterusan. Biar tindakan kita men jadi contoh dan teladan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN. Mantapkan pemimpin-pemimpin PKR sebelum mengambil alih kerajaan persekutuan dalam PRU ke-13 akan datang. Insyallah. Saya sebenarnya ahli UMNO, tapi nama ja ahli UMNO tetapi jiwa dan undi saya insyallah untuk Pakatan Rakyat.
Reply
Assalamualaikum DSAI. Saya bangga dengan pemimpin Pakatan Rakyat hari ini yang konsisten mempertahankan sikap amanah walaupun ada juga yang terjebak dengan sikap-sikap keji. Saya cadangkan agar setiap bahagian PKR diadakan program untuk memantapkan amalan nilai-nilai murni dan agama seperti amanah, bertanggungjawab etc. Aatau apa sahaja program yang boleh memantapkan jati diri dan sikap amanah. Cadangan ini bukan bermakna pemimpin-pemimpin PR tidak amanah seperti pemimpin-pemimpin UMNO tetapi ialah kita ini manusia, kalau amalan itu tidak konsisten ada juga yang akan tergelincir. Saya fikir pemimpin-pemimpin PR perlu mengambil iktibar daripada pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Oleh kerana tiada usaha untuk menanamkan nilai-nilai murni dan nilai keagamaan secara berterusan maka jadilah pemimpin-pemimpin UMNO hari ini pemimpin-pemimpin yang munafik, tidak amanah, hipokrit dan pelbagai lagi sikap keji. Apa yang jelas pemimpin-pemimpin UMNO hari ini menganggap rasah itu sebagai halal. Maka pemimpin-pemimpin PR perlu mengambil tindakan awal untuk membendung k eruntuhan moral pemimpin secara berterusan. Biar tindakan kita men jadi contoh dan teladan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN. Mantapkan pemimpin-pemimpin PKR sebelum mengambil alih kerajaan persekutuan dalam PRU ke-13 akan datang. Insyallah. Saya sebenarnya ahli UMNO, tapi nama ja ahli UMNO tetapi jiwa dan undi saya insyallah untuk Pakatan Rakyat. Insyallah rakyat pasti akan beralih kepada PR pada masa akan datang.
Reply
Dato’ Seri, saya wakil dari peminjam2 PTPTN berharap sgt jika isu senarai hitam peminjam PTPTN dapat dikeluarkan dari pihak imegresen.. Kebanyakan kami telah di buang kerja kerana tidak dapat bertugas ke luar negara.Kami bukan mahu keluar negara untuk bersuka ria.Kami perlu keluar negara untuk menjalankan tugas.
Apa dah jadi dgn rakyat yang didahulukan dan pencapaian diutamakan?.. Kami dah kemukakan isu ini di blog 1malaysia tetapi nampaknya memang tak ada respon..
Tolongla Dato Seri ,kemukakan masalah ini memandangkan kebanyakan mereka telah dibuang kerja.Macam mana nak menyara hidup dgn kos sara hidup yg tinggi ,kos pentadbiran PTPTN pun tinggi. kami semua amat memerlukan penyelesaian masalah ini ..Tolongla Dato Seri…
Reply
ulam batar Reply:
October 13th, 2009 at 5:44 pm
lagi baik jangan bayar PTPTN, kalau PTPTN untung UMNO akan kasi Listing kat Bursa Malaysia , sebelum Listing kat Bursa Malaysia depa dah sapu harga “IPO”. bila semua kuncu kuncu dan memiliki harga IPO baru depa kasi Listing. ini dah terjadi di berberapa GLC semua “Pink form” milik kerabat UMNO etika era 80′s 90s . “mungkin jagung berbuah dua kali mungkin pisang berbuah sekali” UMNO segala nya mungkin. hanya buah mulut aja yang akan terus berbuah!!! untuk menceritakan sejarah silam UMNO.zaman Pernas,MISC,LLN keTNB,Jabatan Talikom ke TM dan banyak lagi badan kerajaan di persembahkan ke BSKL ketika itu. sewaktu itu MIDF adalah hero untuk uruskan sampai Jam kat Ampang Park. ini bukan cerita dongen. memang kita akui ada rakyat bawahan mendapat cebisan dari tertapi UMNO moncah!! berselimutkan pink form.
saya tidak berniat untuk merendah rendahkan sesiapa tertapi yang saya ucapkan ada kenyataan kalau ada mana mana pihak yang menafikan , dia buta sejarah.
oleh itu UMNO jelas telunjuk tertapi kelingking berkait. jari hantunya berhantu jari manisnya ada makna!!!!
Reply
Shatter Reply:
October 13th, 2009 at 10:58 pm
PTPTN kena bayar, wajib dibayar. Bila dah buat pinjaman kenapa tak nak bayar? duit itu nak guna untuk pelajar lain juga. Bukan saudara seorang, tindakan PTPTN menahan dari keluar negara tu kerana kes tak bayar.
Jangan la jadi buta hati, ramai lagi yang nak pinjam yang tak dapat pun nak pinjam, niat nak sambung belajar tak kesampaian kerana keluarga miskin. Bila nak pinjam PTPTN, dek kerana pemimjam yang sebelum ni tak nak bayar, golongan ni tak dapat pinjam.
Tangisan anak-anak miskin lain yang nak pinjam untuk belajar, saudara kena jawab nanti.
Reply
ulam batar Reply:
October 14th, 2009 at 5:35 pm
Inilah kesan apa bila ilmu dijual beli, apa bila ilmu di “komisalkan” maka kesannya sama dengan H1N1, seseorang itu di kaurintinkan tidak boleh keluar Negara.H1N1 lebih adil berbanding PTPTN, H1N1 di beri dua pilihan hidup atau mati tertapi PTPTN hidup segan mati pun tak mahu di kira hidup meragan!! along berlesen ini harus di kaji semula peranannya satu kajian semual perlu dilakukan demi kebaikan rakyat.
Apa bila ilmu di dagangkan maka si miskin yang punya anak pintar tidak kemana maka bakat si pintar jadi bakat terpendam angkara rakusnya UMNO BN menjual ilmu, IPTS bukan kepalang banyaknya lesen di keluarkan oleh menteri UMNO tahukan kita berapa harga untuk belajar di sana??? kini bahana tersebut telah meresap ke IPTA sepatutnya IPTA harus bersifat sentosa kepada rakyat bayaran harus menasabah untuk para pelajar. apa bila wang dijadikan taruhan makan ilmu tidak berkembang.
Reply
pakgah santan Reply:
October 15th, 2009 at 11:46 am
bila ilmu telah di komisalkan inilah padahnya, Ilmu telah di lacurkan oleh UMNO maka Rakyat menerima inpaknya, adakah ibnu sinar seorang ahli fikir seorang ilmuan yang cukup tinggi ilhamnya pada 800 tahun dahulu, tidak pernah menjual ilmu walau pun satu darham!! pada zaman belacan diharamkan.
tenung tenungkan!!!!!!!!!!!
Reply
Seri, saya wakil dari peminjam2 PTPTN berharap sgt jika isu senarai hitam peminjam PTPTN dapat dikeluarkan dari pihak imegresen.. Kebanyakan kami telah di buang kerja kerana tidak dapat bertugas ke luar negara.Kami bukan mahu keluar negara untuk bersuka ria.Kami perlu keluar negara untuk menjalankan tugas.
Apa dah jadi dgn rakyat yang didahulukan dan pencapaian diutamakan?.. Kami dah kemukakan isu ini di blog 1malaysia tetapi nampaknya memang tak ada respon..
Tolongla Dato Seri ,kemukakan masalah ini memandangkan kebanyakan mereka telah dibuang kerja.Macam mana nak menyara hidup dgn kos sara hidup yg tinggi ,kos pentadbiran PTPTN pun tinggi. kami semua amat memerlukan penyelesaian masalah ini ..Tolongla Dato Seri…
]]>
Reply
Peminjam PTPTN Reply:
October 13th, 2009 at 6:47 pm
Yang ni aku x setuju
aku pun bayar balik PTPTN
apahal ko x nak bayar balik?
adat n undang-undang mana yang
ada kata boleh pinjam x payah bayar balik
heeeiii…semayang tinggal pun kena bayhar balik tau?
Reply
kung fu panda Reply:
October 15th, 2009 at 9:23 am
kan rakyat didahulukan!!!!!!!!!!!!! kata rakyat didahulukan sekarang rakyat nak di ulukan!!! pulak??
nak bayar apa benda dahkan kerja pun tak ada!!!
Reply
Seri, saya wakil dari peminjam2 PTPTN berharap sgt jika isu senarai hitam peminjam PTPTN dapat dikeluarkan dari pihak imegresen.. Kebanyakan kami telah di buang kerja kerana tidak dapat bertugas ke luar negara.Kami bukan mahu keluar negara untuk bersuka ria.Kami perlu keluar negara untuk menjalankan tugas.
Apa dah jadi dgn rakyat yang didahulukan dan pencapaian diutamakan?.. Kami dah kemukakan isu ini di blog 1malaysia tetapi nampaknya memang tak ada respon..
Tolongla Dato Seri ,kemukakan masalah ini memandangkan kebanyakan mereka telah dibuang kerja.Macam mana nak menyara hidup dgn kos sara hidup yg tinggi ,kos pentadbiran PTPTN pun tinggi. kami semua amat memerlukan penyelesaian masalah ini ..Tolongla Dato Seri…
Reply
Kenapa tak boleh komen ni.
Reply
semoga semua pejuang PAKATAN RAKYAT dapat siapkan parti kita untuk berjuang dalam PRU 13 nanti bersama calun calun yang bersih dan bermoral tinggi.
Reply
tak payah bayar ptptn ini la. Apa ko orang fikir umno bn ini jujur ke?? mereka yang banyak merompak harta kekayaan negara ini. berbilion2 telah diambil oleh Tiong kuala dimensi berhad. Ahli parlimen bintulu. ini dah jelas lah. apa ada lago orang Malaysia yang buta???? SOKONGLAH PAKATAN RAKYAT IN THE NEXT ELECTION..ARAP DSAI APUS PTPTN NANTI GANTIKAN DENGAN BIASISWA…KERAJAAN UMNO BN HANYA PANDAI MINTA BAYAR ADA DIA BAGI KERJA KE NGAN KITA. BERTAHUN2 ISI SPA TAK JUGA DAPAT2. BAGUS LAGI AKU TAK PERGI SEKOLAH DULU..BUANG MASA SAJA KERJA X DAPT2 PUN. KALO AKU JUAL IKAN DARI KECIL MUNGKIN SUDAH KAYA MACAM KHAIRY POLITIK WANG TU LA…TP KHAIRY BOLEH LEPAS JUGAK KENAPA O.. SEBAB PAK LAH ADA. UMNO YANG PEGANG UNDANG2 DI NEGARA INI. GOVERMENT IS THE COURT..??????????????
Reply
Rakyat Perihatin Reply:
October 14th, 2009 at 12:16 pm
Isu ptptn harus di selalesaikan dengan segera kerana ia melibatkan masa depan…kebanyakan mereka byk dah dibuang kerja kerana tidak dapat meneruskan tugas ke luar negara.. dgn harapan kerajaan dapat mengkaji semula larangan ke luar negara..dgn cara melarang ke luar negara ni dah byk bukak mata dia org..so mungkin dia org dah start bayar sikit2.. ni kalau nak suruh bayar lum sum kira tak patut la.. 10 tahun kerja pun tak dapat bayar lum sum.. bukan sikit .melibatkan puluhan ribu.. kesian lak tgk dia orang… kata rakyat di dahulukan.. mungkin boleh bagi peluang sekali lagi…. ni dah sampai kena buang kerja.kira kes teruk la.. . bila dah kena buang kerja, paham2 je la byk la kes jenayah berlaku.. ada kawan aku tu sanggup pi pinjam kat Ah long nak bayat PTPTN punya pasal , ada yg aku dgr nak pi tgk ayah nazak kat singapura pun tak dapat….Harap Dato’ Seri dapat ketengahkan isu ini.. Kita ni rakyat biasa mana kerajaan nak dgr.. Pasal tu kita semua mengharapkan Dato’ Seri sebagai pembela nasib rakyat malaysia tak kira melayu, cina, india…
Reply
Rakyat Perihatin Reply:
October 14th, 2009 at 12:19 pm
Isu ptptn harus di selalesaikan dengan segera kerana ia melibatkan masa depan…kebanyakan mereka byk dah dibuang kerja kerana tidak dapat meneruskan tugas ke luar negara.. dgn harapan kerajaan dapat mengkaji semula larangan ke luar negara..dgn cara melarang ke luar negara ni dah byk bukak mata dia org..so mungkin dia org dah start bayar sikit2.. ni kalau nak suruh bayar lum sum kira tak patut la.. 10 tahun kerja pun tak dapat bayar lum sum.. bukan sikit .melibatkan puluhan ribu.. kesian lak tgk dia orang… kata rakyat di dahulukan.. mungkin boleh bagi peluang sekali lagi…. ni dah sampai kena buang kerja.kira kes teruk la.. . bila dah kena buang kerja, paham2 je la byk la kes jenayah berlaku.. ada kawan aku tu sanggup pi pinjam kat Ah long nak bayat PTPTN punya pasal , ada yg aku dgr nak pi tgk ayah nazak kat singapura pun tak dapat….Harap Dato’ Seri dapat ketengahkan isu ini.. Kita ni rakyat biasa mana kerajaan nak dgr.. Pasal tu kita semua mengharapkan Dato’ Seri sebagai pembela nasib rakyat malaysia tak kira melayu, cina, india…
Reply
Malam tadi tengok sekejap dalam 5 minit ucapan TPM ketika merasmikan perhimpunan UMNO.Dalam ucapan beliau,ia telah mengimbas tentang hikayat jawa (ROONGO WARSITO) yang mengatakan zaman EDAN.Sebijik macam DSAI yang selalu cakap dalam ceramah laaa..
TPM mencuri idea kupasan DSAI malam tadi…sudah tiada hujah lagi TPM ini laaa.
Sampai ucapan DSAI pun nak di celok nya.
Reply
kuda kepang STC Reply:
October 15th, 2009 at 9:29 am
UMNOkan kaki cetak rompak!!! dalam NST muka depan semalam UMNO FOR ALL bukan kan itu milik pas PAS FOR ALL . UMNO peminpinnya gersang minda , minda para peminpin UMNO mandul.
Reply
itulah dia pemimpin UBN yang cakap tak serupqa bikin.
Reply
Harap maaf lari dari topik sikit.
Cat semula warna putih tanda jalan dari Bandar Rawang ke Bandar Tasik Puteri boleh dikatakan 80% telah dilaksanakan untuk kemudahan penduduk Country Homes dan Bandar Tasik Puteri, maka dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor, Adun Rawang(Bandar Tasik Puteri) dan seluruh wargakerja MPS dalam perkara tersebut.
Dalam perkara yang berkaitan diharap juga pihak tuan-tuan dapat menyediakan lampu-lampu jalan disetengah-tengah tempat yang tiada lampu jalan, khususnya laluan Selayang ke Rawang(Jalan/kawasan Templer Park).
Reply
Unta tua mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Umno retak menanti belah
Remuk di dalam diendam-endam
Untung cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Umno berhimpunan temberang belaka
Janji bak lidah petulang negara
Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Khairy membuka silat
Perhimpunan Pemuda tamakkan kuasa
Batu api memecahankan rakyat
MALAYSIA BOLEH
Reply
Tanggungjawab membayar balik hutang PTPTN tu perlu kerana kita perlu memikirkan peluang pelajar lain yang mengharapkan PTPTN sebagai punca mereka untuk menyambung pelajaran. Cuma larangan untuk ke luar negara tu harus dikaji semula. Harus lah diperhatikan tujuan mereka ke luar negara itu.
Reply
guni setahil Reply:
October 15th, 2009 at 1:13 pm
Ilmu adalah sebahagian infrastructure sama dengan Jalan raya,Hospital,bekalan air,bekalan electric,ilmu adalah makanan minda maka adalah menjadi satu amanah kepada pemerintah untuk sediakan sebagai mana kemudahan dan sumber yang lain, apa perlunya sebagai rakyat menbebankan diri untuk ilmu sedangkan itu sesuatu yang sepatutnya di galas di atas bahu Pemerintah,sepatutnya sebagai negara yang di war warkan sebagai negara hebat tertapi masih capang!!! dalam menbekalkan kemudahan ilmu Rakyat.
Kita tidak nafikan Negara kita bukan negara yang celik huruf 100% di sabah serawak masih ada yang buta huruf walaupun kita telah merdeka 52 tahun. mana agaknya hasil LNG di bintulu dan hasil kayu kayan di Sabah Serawak???, tertapi Rakyat terpingir dari ilmu, disemenanjung pula terhutang ilmu!!! dimana silapnya??? adakah kesilapan Rakyat?? yes!! pada saya kesilapan rakyat?? sehingga mereka sendiri, bukan sahaja buta huruf tertapi buta hak!!!!.
Reply
Salam untuk Dato Seri dan semua…..
PTPTN kalau pinjam mesti lah kene bayar…..nama pun pinjam…..aku pun pinjam jadi kite semua kene bayar balik ape yang dipinjam…tp kat sini timbul pelbagai masalah bayaran….masalah xboleh keluar negara…ini mengganggu sesetengah pihak yang perlu ke luar negara…jadi kami minta Dato Seri tolong teliti masalah ini dan harus bagaimana menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan kerakusan UMNO dalam AH LONG BERLESEN ini….
Reply
Sokong PTPTN “WAJIB” d bayar balik…Macam mana anak2 yg Junior dapat pinjaman jika anda peminjam terdahulu tidak membayar….?Tanggung jawab kepada Negara sekalipun PR yg memerintah masakan PR mau melonggarkannya? Mana ada kerajaan d dalam Dunia ini sebaik dan Sebagus Kerajaan kita d Dunia ini……Soal PR atau BN yg memerintah kita MESTI sokong dasar2 Kerajan nanti……..Bukan kita yg nak menjahanamkan peraturan PTPTN..PTPTN Untuk Rakyat anak2 kita dan Bangsa Malaysia d Negara ini….!!!
Reply
YES..BETUL TU AKU PUN PEMINJAM PTPTN.TAPI AKU TAKDE LAH TAK BAYAR LANGSUNNG ADA DUIT AKU BAYAR
LEPAS BELAJAR TIGA TAHUN AKU MENGGANGUR..NASIB DAH KAWIN..KALAU TAK TAK TAHULAH APA NAK JADI..DAHLAH AKU ORG SUSAH..SEKARANG AKU ADA KEJA GAJIKU SIKIT JER,..TAPI AKU CUBA BAYAR SIKIT.PALING BYK RM100..SEKARANG NI AKU BAYAR RM 50 JER..NAK BELANJA HARIAN..MINYAK KERETA ANAK2 KDG KESIAN GAK..ANAK2 JRG DAPAT BAJU BARU..TAPI KALAU UTANG BYAR ADA BERKAT JUGAK..ALHAMDULILAH..SELEPAS TIGA TAHUN AKU DAPAT KEJA BAGUS..MGKIN BERKAT BAYAR UTANG..WLUPUN FAHAMAN POLITIK TAK SAMA AKU NYOKONG PR FANATIK LAGI..TAPI TANGGUNGJAWAB KU LAKSANAKAN.UTANG PTPTN..
ATAS KESEDARAN SENDIRI..AKU DAH SUAMI BUAT SIMPANAN ANAK2 WLUPUN MASIH KECIL..INSYAALAH KALAU ANAK2 MASUK UNIVERSITI…SEKURANGNYA DAH ADA YG COVER…
KDG2 AKU MENIAGA KECIL2LAN MENAMBAH PENDAPATAN..KAT SARAWAK NI BRG2 GILA2 MAHAL..MENCEKIK DARAH
/………SEMBILAN PERSEPULUH REZEKI ADALAH DARI PERNIAGAAN
Reply
hei sulaiman bin hanim,macam mana nak bayar kalau kerja tak dapat,orang2 dulu biasiswa percuma tak kena bayar pun tgk la pak2 menteri hari ni semua dpt biasiswa percuma dan sekarang merompak duit rakyat.
Reply
ZAMAN AKU DULU, BETUL-BETUL LULUS DENGAN SYARAT YANG CUKUP BARU BOLEH MASUK UNIVERSITI, SEBAB TU LAH DAPAT BIASISWA. ZAMAN SEKARANG NI DAPAT 9C PUN BOLEH MASUK U, TAMBAH LAGI ANAK ORANG KUAT UMNO, 6C 5D PUN BOLEH MASUK U, LAGI BEST, KALAU KUAT DAPAT DATO, TAN SRI, DATO SERI, WAKIL RAKYAT PULA TU, 9B 2E PUN BOLEH PERGI LUAR NEGERI, SEBAB MALAYSIA NI UMNO YANG PUNYAAAA!. INI LAH NASIB BANGSA MELAYU SEKARANG.
Reply
Hutang kena bayar balik beb! Mana boleh pijam mata jer, tak kisah lah kerajaan pow duit rakyat ke apa. Duit hutang memang kena bayar, nanti kalau dah mati pun nak kena jawab gak tul tak? Orang UMNO yang makan duit rasuah tu lagi teruk kena jawab, jadi janganlah jadi cam dorang.
PTPTN kalau boleh peminjam yang disenarai hitam janganlah bagi dorang bayar balik lump sum, kalau hutang dah bayar 20-30% complete pun tu dah ok kan? Setengah orang belajar fail, kerja tak ada, buat biznes bankrap… Habis tu nak bayar cam ne? Dulu pun dalam kontrak tak ada benda ni… Kalau dulu2 buat cam ni mesti ramai yang takut nak pinjam… senang sikit kerja ptptn hehe…
Reply
ye la ~ kerajaan kena pertimbangkan untuk kaji dan tarik balik larangan ke luar negara tu..kejam la sgt nk kalo kena byr lump sum..bg la peminjam2 tu peluang kedua untuk menyemak dan membuat bayaran ansuran dengan kadar yg sesuai, x menekan dan menyeksa mereka dgn interest dan kos2 tambahan yg mengarut – apa nk jd malaysia ni, konon rakyat di dahulukan..piirahhhhh!
Reply
Anon Reply:
September 13th, 2010 at 8:54 am
Hairan dengan sikap orang-rang kat sini, ada masalah pemahaman bahasa ke?.
Orang salah type ker?
Memang hutang perlu dibayar itulah kewajipan orang yang berhutang.
Tapi janganlah berlagak sombong kerana dapat membayar balik dan cuba memaksa keadaan orang lain.
Orang yang tak nak membayar balik hutang buat apa nak sibuk-sibuk kat sini tulis komen?.
Dah diterangkan ada yang TIDAK MAMPU membayar balik kerana masalah kewangan, tiada pekerjaan dan ada yang membayar setakat yg mampu. Kita nak penyelesaian bagaimana boleh membayar balik tanpa membebankan pihak yang berhutang. Bukannya orang-orang yang berhutang tidak bersimpati dengan pelajar miskin yang ingin melanjutkan pelajaran mereka, orang-orang yang berhutang ada juga tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing. Kalau tidak berhati-perut mereka tidak payah nak pinjam duit untuk mencari ilmu, baik pentingkan diri sendiri abaikan keluarga dan masyarakat sekelilingnya.
Reply