The Selangor State Government and Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) is hosting a program called ‘Islam in Africa’.
Venue: KUIS(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)Auditorium
Time:8.30 AM
Date: 11 October 2009(Sunday)
Two esteemed South-African Muslim community leaders Maulana Ihsan Hendricks, President of Muslim Judicial Council, South Africa; and Sheikh Ebrahim Gabriel, ex-President of Muslim Judicial Council will speak at the program. They will be introduced by YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Permatang Pauh MP at the program and will respond to questions from the audience after their speech.
Office of Anwar Ibrahim









Dari Kacamata Halik Zaman:
SIGNIFIKAN POLITIK DAN PENGUNDI ORANG KAMPUNG
APA SAHAJA parti politik yang akan memerintah setelah berakhir PRU13 akan datang di Sabah mestilah memberikan komitmen yang penuh dan tumpuan fokus yang khusus kepada pengundi yang tinggal dikampung kampung dengan memberikan penekanan khas dan pemerkasaan kemajuan kampung dan pengundinya kerana jumlah populasi pengundi kampung lah yang menjadi nadi kemenangan sesebuah parti politik yang akan memerintah negeri Sabah kerana kerusi DUN yang paling banyak datangnya dari kampung berbanding penduduk dalam bandar.
Pemerhatian telus perlu difokuskan kepada aspek pembangunan insan dan usaha giat dalam merubah kehidupan orang kampung untuk menjadikan generasi kampung sebagai contoh pembangunan kehidupan penduduk kampung dan luarbandar. Bila para pemimpin mengabaikan orang kampung, maka di sinilah timbulnya rasa tidak puas hati dan marah orang-orang kampung. Itu tandanya parti yang di pimpin akan kehilangan sokongan dan dokongan pengundi-pengundi dari kampung. Harus diingati, para pengundilah yang menentukan sesebuah parti itu tegak atau merundum, kekal atau sebaliknya.
Peruntukan kepada orang-orang kampung perhatian khas yang boleh diguna-pakai untuk program-program pembangunan sahsiah, kepimpinan dan pemerkasaan ilmu. Justeru itu dengan adanya perhatian khas ini maka segala aktiviti untuk memantapkan program kepimpinan dan sahsiah dapat dijalankan dan dirancakkan khusus untuk melatih orang kampung dalam soal kepimpinan, professionalisme dan pemerkasaan akal dan budi. Program-program perangsangan belia dan beliawani juga harus di perbanyakkan. Di samping mengelakkan aktiviti dan gejala kurang sihat, ianya mampu melatih barisan pelapis kepimpinan muda yang berkualiti.
Para pemimpin politik harus berusaha agar sekurang-kurangnya tiga bulan sekali di mana orang-orang kampung diberi peluang mengikuti kursus sekurang-kurang satu program khas yang dijalankan dengan modul-modul yang mantap dan berkualiti, orang kampung yang mengikuti kursus khas ini akan terus dipantau prestasinya dan tidak dibiarkan begitu sahaja selepas mengikuti program pembangunan mental seperti yang diabaikankan oleh para pemimpin UMNO hari ini. Pelbagai bentuk kursus boleh di anjurkan seperti menjahit, kraftangan, pertukangan dan lain-lain lagi. Kursus-kursus kemahiran sebegini di samping memperluaskan ilmu mereka, ianya juga membuka peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di kampung-kampung. Index pengangguran juga boleh di kurangkan.
Sejajar untuk melahirkan orang kampung yang berkualiti yang sihat pemikirannya, cergas dan bertenaga maka aktiviti gotong royong mesti digalakkan disamping diadakan juga kursus tata rakyat, riadah dan kesukanan perlu dibantu untuk belia belia kampung. Pasukan bola sepak dan futsal yang sinonim sebagai satu kebanggaan belia belia kampung perlu diwujudkan agar minat belia belia untuk dicungkil dan digilap bakat mereka diambil keperdulian. Wujudkan pasukan-pasukan bola sepak atau futsal di kampung-kampung agar masa lapang mereka terisi dan di isikan dengan kegiatan yang lebih sihat dan berfaedah. Sekali-sekala di anjurkan mereka pertandigan atau perlawanan untuk menarik minat anak-anak muda ini kepada kearah kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.
Hari ini orang kampung menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dan kegawatan ekonomi global. Orang kampung turut sama menerima kesan dan tempiasnya. Justeru itu pelan memantapkan ekonomi orang kampung perlu dimantapkan melalui beberapa pendekatan yang boleh kerajaan negeri laksanakan. Orang kampung juga patut dicadangkan agar menyertai program kursus keusahawanan dan bimbingan kejayaan perniagaan perlu diberikan supaya orang kampung boleh berdikari berdiri diatas kaki mereka sendiri.
Kursus-kursus keusahawanan ini haruslah di berikan secara percuma kerana seandainya ada bayaran banyak yang kurang berkemampuan dan tersasar dari mengikuti kursus yang amat bermanafaat seperti ini. Kerajaan negeri juga disaran menyediakan geran khas tabong perniagaan untuk orang kampung.
Para pemimpin politik yang mengambil berat kepada permasalahan ekonomi orang kampung didalam kampung ia adalah aset kepada parti yang memerintah untuk menambat hati para pengundi orang kampung untuk mengundi parti pemerintah. Ini memberikan signifikan kepada orang kampung Ianya pasti memberikan pengiktirafan khas kepada orang kampung untuk terus bersama-sama memajukan Sabah menjadi negeri makmur, berperanan kebajikan dan dikagumi.
Parti UMNO Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman dilihat tidak mengambil serius langkah-langkah inisiatif untuk mengambil keperdulian kepada penduduk penduduk kampung dan belia belianya padahal dari aspek politik orang kampung lah yang sebenarnya menjana kemenangan mutlak kepada UMNO Sabah disetiap PRU, tanpa undi orang kampung UMNO dan Musa Aman bukan siapa siapa. Oleh yang demikian, peranan orang-orang kampung amat besar maknanya kepada jatuh bangun sesebuah parti politik. Jangan pernah pertikai peranan orang-orang kampung kerana apabila hati mereka telah patah jangan salahkan mereka seandainya mereka ‘tersalah pangkah’ ke kotak Pakatan Rakyat dan apabila ianya berlaku, maka berakhirlah episod pemerintahan yang UMNO/BN agung-agungkan selama ini.
Empayar politik Musa Aman tidak mungkin akan dapat berubah jika orang kampung diseluruh Sabah tidak menggunakan inisiatif sendiri untuk merubah. Orang kampung disetiap kampung diseluruh Sabah punya hak demokrasi untuk menyuarakan pandangan mereka. Pelbagai saluran boleh mereka lakukan bagi menyuarakan pendapat mereka yakni dengan menulis surat kepada YAB.Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak meminta agar Datuk Seri Musa Aman diarah bersara atau UMNO Sabah akan terima resikonya akan kalah dalam PRU13. Ini memandangkan senario politik Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang ada pada hari ini telah mencapai suatu klimaks yang bisa mengakibatkan keruntuhan UMNO/BN di Sabah ini.
Datuk Seri Musa Aman akan terpaksa berundur dari jawatan Ketua Menteri Sabah jika setiap kampung penduduknya menyuarakan suara mereka kepadaa Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia jangan henti henti mendesak Musa Aman mesti letak jawatan. Sekiranya UMNO/BN mengamalkan sistem kepimpinan demokrasi yang telus, maka Perdana Menteri sewajarnya mengambil sesuatu tindakan terbaik bagi menyelamatkan BN di Sabah. Saranan ini adalah sejajar dengan motto Perdana Menteri, “RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN”.
UMNO/BN harus berbuat sesuatu sekiranya ingin terus berkuasa. Padangan dan suara rakyat harus di ambil kira bukan tidak di endahkan. Ini bukanlah masanya untuk “menjaga hati” seseorang Ketua Menteri. Dek kerana terleka “menjaga hati’, kita percaya mungkin terpaksa mengucapkan SELAMAT TINGGAL untuk UMNO/BN. Rakyat sudah maklum pasti ada reaksi balas dari Kepimpinan Tertinggi UMNO di Sabah yang akan memberikan 1001 tepisan dengan aduan yang diterima, tapi percayalah rakyat Sabah lebih mengetahui apa yang mereka alami. Rakyat Sabah yang terpaksa memikul pelbagai bebanan hidup demi sesebuah kehidupan berkeluarga.
Ingatlah jangan sampai orang-orang kampung berubah hati, sekali mereka berubah, tiada lagi jalan kembali. Tindakan segera harus di ambil untuk merawat kecacatan pemerintahan kerajaan UMNO/BN di Sabah ini. Jangan biarkan ianya menjadi terlalu lewat maka ia akan memudaratkan kepada UMNO seluruh Malaysia.
Reply
dato seri….tak yah wat program kt kolej ni…….cbe wat prgam kt mane2 IPTA lagi best.kalau kolej ni buang masa jer!!!!
Reply
boleh tak bagi tahu kenape awak sanggup cakap macam tu pada kolej ini ???? ini satu penghinaan..
Reply
USS Alabama Reply:
October 15th, 2009 at 2:13 am
jika di kolej ni sy tgk lokasi dia jauh sgt sb tu sy mta spya dato sri wat di IPTA trutama di universiti yang dato seri belajar……Universiti Malaya….jika UM ada juga prestijnyer
Reply
mamat Reply:
October 15th, 2009 at 11:55 am
kalau kita minta dato sri wat buat kat blakang umak awak nak x.. lagi dekat.. berprestij la awak nt..
Reply
Salam,
Dengar cerita KUIS ni akan dinaik taraf kepada Universiti sepenuhnya tak lama lagi.
Agaknya … sebelum PRU13.
Agaknya … censelor yg akan dilantik adelah DSAI.
Agaknya … je lah
Reply
….politik menipu dan politik yang terkeluar dari amalan Islam perlu ditolak…
Reply