Archive for October 9th, 2009

9 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Perihal persidangan “Common Word” disentuh sabelum ini dan inshaallah akan saya kupas lagi lantaran keistimewaan ikhtiar jalinan kerjasama Muslim-Kristian.

Yang ingin disentuh kini ialah dua pertemuan khusus dengan sarjana terkemuka Profesor Seyyed Hossein Nasr dari Universiti George Washington.

Beliau menyerahkan naskah ucapan di persidangan tersebut berjudul – A Common Word Initiative: Theoria and Praxis. Tetapi di sepanjang perjalanan pulang, selesai mambaca International Herald Tribune, Financial Times, Economist dan beberapa lapuran mengenai Pakistan dan Afghanistan, saya terus menelaah buku tebal hadiah dari Profesor Seyyed Hossein Nasr berjudul – The Sage Learning of Liu Zhi: Islamic Thought in Confucian Terms, karya Sachiko Murata, William C. Chittick dan Tu Weiming.

Maka berenanglah kami dengan alunan hujah mengenai syari’ah, tariqah dan ma’rifah – berbanding dengan dao dan jiao; mengupas karya Liu Zhi and the Han Kitab serta karya alim China yang ulung mengenai Nabi Muhammad SAW, iaitu Tianfang Zhisheng Shilu!

Saya kira demikian persiapan terbaik menghadapi hiruk-pikuk dan kegilaan politik di Bagan Pinang.

ANWAR IBRAHIM

9 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Syabas buat rakyat Malaysia yang menitikberatkan kepimpinan bersih dari rasuah sebagai syarat utama menilai pentadbiran yang memerintah!

Berdasarkan bancian dan tinjauan pendapat yang dikelola Merdeka Centre jelas memperlihatkan hasrat rakyat agar rasuah sirna dan tidak membarah seumpama wabak yang membunuh.

Tatkala wacana ekonomi sejagat sarat dengan anjuran mengangkat nilai dan etika sebagai salah satu langkah menjamin kelangsungan kemakmuran, pimpinan negara seakan-akan tuli dari saranan sedemikian.

Kedudukan negara yang merosot dari tempat 43 ke 47 apabila dinilai Indeks Persepsi Rasuah tidak membantu kita pulih dari kelembapan ekonomi.

Janji perubahan tergelincir rebah bukti longgarnya iltizam pemerintah. Rupa-rupanya mantera perubahan hanya demi imbuhan politik.

Mana tidaknya, ketika dicanang segenap pelusuk agenda baru buat negara, bakal calon yang dipilih adalah dari kalangan perasuah. Namun rakyat sedar permainan politik sebegini dan mereka pastinya menghitung waktu untuk menghukum.

ANWAR IBRAHIM

9 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

PROGRAM HARIRAYA PKR NEGERI PERAK (DUN BEHRANG) BERSAMA ANWAR IBRAHIM

Tarikh : 11 OKTOBER 2009 [AHAD]

Masa : JAM 03:00 – 05.00 PETANG

Tempat : LOT 856 KM 16 JALAN SLIM LAMA, KAMPONG SUNGAI DARA TANJUNG MALIM. PERAK (RUMAH HJH FARIDAH MOHD SHARIF)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

PROGRAM HARIRAYA PKR PELABUHAN KELANG BERSAMA ANWAR IBRAHIM

Tarikh : 11 OKTOBER 2009 [AHAD]

Masa : JAM 08:00 – 11.00 MALAM

Tempat : NO 75 KAMPONG HAMID TUAH, TELOK GONG, PELABUHAN KELANG, SELANGOR (RUMAH DATUK SHEIKH AHMAD SHEIKH SADARUDIN)

SEMUA DI JEMPUT HADIR