Daripada Blog Azmin Ali
Perajurit adalah pemegang saham terbesar dalam mempertahankan kedaulatan negara kita. Ketumbukan anggota tentera yang terlatih dan memiliki disiplin yang tinggi telah berjaya menangani dan menghadapi ancaman keselamatan dari luar dan juga di sempadan negara. Pengorbanan mereka cukup besar; senantiasa siap siaga di perbatasan, meninggalkan keluarga tersayang di kampong halaman, mendepani cabaran dan risiko serangan, mengharungi ranjau dan belukar atas nama perjuangan, menyemai bakti untuk anak bangsa dan tanah air kesayangan. Port Dickson menjadi salah satu dari markas penting dalam melahir dan melatih ramai perajurit dan pejuang negara sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi.
Saya juga tidak sunyi dari kehidupan keluarga tentera. Allahyarham ayah saya, Ali Omar atau lebih dikenali sebagai Ali Kupang ( kerana berasal dari Kedah ) berkhidmat selama 21 tahun termasuk dalam British Army dengan memakai nombor tentera 3443. Masih segar diingatan saya nombor tenteranya ! Beliau pernah berkhidmat di Kuala Pilah dan Singapura. Allahyarham bapa saya sering menceritakan kepada anak-anaknya bagaimana pengalaman pahit beliau ketika berdepan dengan serangan komunis dalam hutan belantara. Bapa saudara saya juga adalah pegawai tentera. Mejar Nayan Omar berkhidmat dan menetap lama di Port Dickson. Abang kandung saya, Azman Ali mendapat latihan ketenteraan di Port Dickson dan berkhidmat selama lebih satu dekad dalam perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat Leftenan sebelum mengambil pilihan persaraan awal.
Siapa tidak kenal Leftenan Muda Adnan yang memimpin Rejimen Askar Melayu dan telah mengadai jiwa raga demi mempertahankan tanah air dari pencerobohan tentera Jepun. Sejarah merakamkan pengorbanan besar anggota perajurit Malaysia sejak sebelum merdeka lagi dalam mendepani zaman darurat dan konfrantasi dari Indonesia.
Namun, amat malang dan sedih sekali apabila sumbangan dan pengorbanan anggota perajurit dan para pejuang tanah air sering dipandang sepi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Pendapatan anggota tentera dan juga imbuhan untuk mereka tidak setimpal dengan perkhidmatan mereka mempertahankan kedaulatan negara ini. Kebajikan pesara tentera dan juga keluarga mereka tidak diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Pusat. Apabila tamat perkhidmatan khususnya persaraan wajib, sebahagian besar pesara-pesara tentera dan keluarga mereka terpaksa melalui kehidupan yang payah dan getir; ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu makan. Kos kehidupan yang semakin meningkat akan terus membebankan masa depan keluarga pejuang-pejuang tanah air ini. Pada umur persaraan, keadaan kesihatan juga mungkin terganggu. Namun, anggota tentera dan keluarga mereka tidak mampu untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik kerana kos yang mahal.
Pak Menteri dan Sang Penguasa membuat pegumuman untuk berbelanja besar bagi meningkatkan prestasi ketenteraan melalui pembelian senjata moden dan canggih. Tapi umum sedia maklum. Matlamat yang tersirat adalah untuk memunggah komisyen yang berjumlah ratusan juta ringgit untuk pemimpin bangsawan UMNO dan kroni serta suku sakat mereka. Masalah dan kebajikan warga perajurit masih tidak diselesaikan. Malahan keringat mereka diperah untuk kepentingan segelintar Sang Perasuah.
Pakatan Rakyat ingin menjayakan program untuk anggota tentera dan perajurit serta keluarga mereka melalui peruntukan yang besar untuk program perumahan anggota tentera, peluang pendidikan untuk anak-anak melalui biasiswa dan pinjaman pendidikan serta latihan teknikal dan sokongan selepas persaraan untuk menyediakan anggota tentera dan perajurit menceburi bidang perniagaan. Saya juga ingin mencadangkan pembinaan sebuah hospital khas untuk warga tentera dan keluarga mereka yang bertaraf dunia dan dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi perubatan yang moden termasuk pakar-pakar perubatan dan kemudahan terapi untuk anggota-anggota tentera yang tercedera semasa dalam perkhidmatan. Kos perubatan perlulah minima sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
Pengumuman Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat tidak lebih dari satu lagi projek Barisan Nasional untuk memperhangatkan kempen pilihan raya di Bagan Pinang. Penggunaan undi pos adalah perbuatan diskriminasi berterusan terhadap para perajurit kita. Usaha terancang untuk memanipulasi undi pos masih berleluasa di kem-kem tentera. Maruah perajurit kita terus tercalar ekoran kerakusan UMNO untuk berkuasa. Benarlah hujah seorang pegawai tertinggi SPR kepada saya beberapa tahun lalu apabila diajukan soalan penghapusan undi pos. Jawabnya ringkas, “Najib tidak mahu undi pos dihapuskan kerana undi pos menjamin survival kuasa UMNO” !
Berdasarkan laporan Malaysiakini disini, seorang bekas sarjan yang dikenali sebagai Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera yang lain dalam dua pilihan raya umum yang lalu.
Kenyataan ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO tidak menghormati kemuliaan dan kebijaksanaan pengundi-pengundi di kalangan anggota tentera dan warga perajurit. Malahan UMNO terus memperbodohkan pengundi-pengundi di Bagan Pinang dengan menonjolkan Isa Samad sebagai calon terbaik Barisan Nasional. Tindakan ini amat memalukan negara kita dan kewibawaan pengundi-pengundi kita khususnya pegawai-pegawai dan anggota tentera dan pengundi-pengundi muda. Parti dan pemimpin yang terpalit dengan rasuah sudah lama ditolak di negara-negara maju seperti Jepun, Korea, India, Eropah dan Amerika Syarikat. Yang terbaru kita saksikan bagaimana parti LDP yang berkuasa selama lebih 50 tahun di Jepun telah dihumban oleh rakyat Jepun.
Saya menyeru kepada semua pengundi di Bagan Pinang khususnya pengundi-pengundi pos dan pengundi-pengundi muda dan juga ahli-ahli UMNO biasa untuk bersama-sama muafakat membawa perubahan pada 11 Oktober 2009 ini di Bagan Pinang. Dunia sedang menyaksikan keupayaan pengundi-pengundi di Bagan Pinang untuk menjana kekuatan baru dengan menolak parti dan calon yang rasuah demi masa depan yang lebih sejahtera untuk Malaysia. Pakatan Rakyat adalah parti masa depan.
AZMIN ALI









Saya selaku rakyat malaysia yang layak mengundi (walau bukan dari kalangan rakyat bagan pinang) rasa amatlah tertipu oleh sistem pengundian jika benar semua di atas berlaku. Ini jelas menunjukkan keburukan pemimpin BN yang menerajui tindakan ini. Harap Bagan Pinang berjaya di kuasai PAS demi merintis jalan untuk menjatuhkan segera BN yang memang tidak bermaruah dan tidak langsung memikirkan baik buruk tindakan mereka demi kuasa dan wang.
Reply
win win malaysian Reply:
October 8th, 2009 at 3:20 pm
umno dan spr seiras tapi tak serupa,
selamat mengundi tuan tentera,harap2 undi yg dipangkal tu benar2 halal,utk anak/cucu tuan tidak menyesal menyalahkan tuan dikemudian hari.Parti PAS dah tahu yg undi pos ni bertindih ada nama yg tak wujud masih digunapakai oleh SPR,perkara ini harus dibawa ke mahkamah.
Seandainya SPR tidak mengupdatekan senarainama,PAS perlu tarik diri daripada bertanding demi kita dimalukan dihalayak ramai baik undur kosongkan calon PAS dibagan pinang.biar umno lwn MCA/MIC
Biar semua rakyat sedar pilihanraya ini tidak demokrasi dan nyata tidak adil,Dacing BN berat sebelah,kerana dalam perut tu banyak simpan rasuah yg dah lama berkarat……
Reply
kalau dahulu letak apapun sebagai calon berlambangkan dacing hatta beruk sekali pun,beruk itu tetap menang mendapat sokongan pengundi.mungkin waktu itu beruk lebih cerdik dari pengundi.
sekarang ,letaklah siapa pun jadi calun berlambangkan dacing belum tentu akan mendapat sokongan majoriti pengundi.maknanya rakyat semakin cerdik,mata semakin celik.tak taulah pula dengan calun dacing dibagan pinang ni ,mahukah lagi kita beri undi ?.harap para pengundi berfikirlah,nilailah,
jenis apa calun ini.jangan menyesal jika tersalah memberi amanah.
takkan nak jadi lebih bodoh dari beruk tu lagi
Reply
Tentera yang bermaruah akan menolak calon yang telah dihakimi oleh partinya sendiri sebagai perasuah. Hukum alam – yang ditekan akan menekan kembali, yang dipaksa akan memaksa kembali. Tentera Anti Rasuah.
Reply
Mari lah kita berdoa dan melakukan sembahyang hajat setelah segala usaha dibuat dan memohon ke hadrat ALLAH supaya tentera dan rakyat Bagan Pinang yang akan mengundi pada 11 okt ini di beri kekuatan dan petunjuk dalam melakukan perubahan dan manghapuskan gerombolan BN/UMNO dan mereka yang bersekongkol bersama mereka.
Yakin lah bahawa janji Allah pasti akan berlaku.
Kepada Anggota tentera di Bagan Pinang tunjukkan lah bahawa tentera sebagai “tipping point” perubahan dan generasi masa depan pasti akan berbangga dengan apa yang saudara lakukan pada 11 okt ini. Tentera bersama rakyat mesti di realisasikan pada tarikh tersebut.
Reply
Saya setuju dgn pandangan & coretan YB….apalagi duit rakyat yg dibelanjakan secara boros serta komisyen yg berjuta diambil oleh ahli politik korup,pegawai tinggi rendah akhlak,menteri rakus dlm pembelian kapal,peralatan dan lain-lain dimana..telah berjuta RM juga kita belanjaankan utk melatih Juruterbang serta tenaga mahir dibidang tertentu dlm perkhidmatan tentera tetapi akhirnya satu persatu gugur kerana pengambil keputusan dlm pembelian pesawat,kapal,senjata lebih mementing kekayaan sesaat…ingat ingat ingat kubur nanti tidak sabar menanti mereka2 yg rakus tersebut.Bagi saya terus berdoa agar sebelum PRU 13 BN Tumbang aaaaaaaaaammmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin Yaaaa Raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaab
Reply
Kan baik kalau perkataan ini keluar dari mulut pemimpin :
Kepada semua anggota keselamatan :
Oleh kerana anda semua sanggup mempertaruhkan nyawa demi menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat di negara tercinta ini, Dan sebagai balasan, kami seluruh rakyat Malaysia akan memberi jaminan bahawa, anak dan isteri anda serta ibubapa , tidak akan sekal-kali merempat di bumi tercinta ini.
Amacam ada berani ka?
Reply
Otak Kosong Reply:
October 8th, 2009 at 9:25 am
Hello brader Padamarseri….
Jangan lupa Pak Guard Pak Jaga sekali..sian depa noo
Reply
Iceman Reply:
October 8th, 2009 at 12:53 pm
Padamarseri,
Saya memang dah lama berani sahut cabaran anda tu. Bermula PRU tahun 1999 lagi sewaktu DSAI diaibkan dengan sebegitu jijik sekali. Walaupun dikekang dengan bermacam-macam tekanan sewaktu mengundi (saya merupakan pengundi pos), tetapi undi saya masih kekal konsisten untuk PR. Sejak 1999 hingga 2008 (dah 3 kali PRU) saya tak pernah gentar memberikan undi saya untuk calon PR dan saya berharap rakan-rakan saya dalam tentera yang masih was-was untuk mengundi selain dari calon BN segera berubah. Usah takut dengan tekanan dari pihak atasan (jika ada) kerana memilih calon pemimpin adalah hak kita dalam negara demokrasi. Setakat ini Alhamdulillah, selepas 3 PRU dan 3 kali memangkah calon PR saya masih `hidup’ dan rezeki kurniaan Allah S.W.T tak pernah putus. Kepada rakan-rakan tentera di Bagan Pinang gunakan keberanian anda ketika menjaga kedaulatan negara untuk diterjermahkan di atas kertas undi. Kita tak mungkin boleh menjadi seperti rakan-rakan kita di Thailand tetapi kita boleh melakukannya di atas kertas undi. Saya telah melakukannya sebanyak 3 kali dan saya harap rakan-rakan saya di Bagan Pinang yang belum melakukan langkah permulaan akan melaksanakannya pada 10 Oktober ini. Takbir!!! Lawan Tetap Lawan!!!
Reply
asalamuailaikom pada dato seri moga di beri allah dgn kekuatan untuk dato seri perjuangkan sejak akir akir ini di bagan pinag umno menggunakan cara lama berkempin dengan menyiarkan risalah dan memburuk buruk peribadi dato seri saya rasa malu dengan cara mereka berkempen dalam bulan syawal yang mulia ini sepatut nya mereka insaf dan takut pada ALLAH di penghujung kempen nanti saya harap dato seri guna kan kempen untuk mejawab dan dedahkan segala sekindal isa biar rakyat bagan pinag enentu kan siapa yang mereka mahu biar pun pr menang satu undi isaalah
Reply
Salam semua warga tentera dibagan pinang,dan selamat mrmangkah undi PAS,jgn nanti lepas undi pangkah BN menyesal 5 tahun,saya tahu tentera dah proaktif dgn hal ini.Jgn nanti anak cucu kita nanti jadi mangsa kesengsaraan akibat pilihan kita…fikir2kan lah….tuan!1
Reply
caldina Reply:
October 8th, 2009 at 11:19 am
tuan mod..ni bukan post aku ni..
Reply
BAGAN PINANG VOTERS MUST PRAY AND ASK THEMSELVES/USE THEIR WISDOM>IS PAKATAN RAKYAT POLICY OF COMPETENCY>KEUPAYAAN>ACCOUNTABILITY>KEBERTANGGUNGJAWABAN>TRANSPARENCY>KETELUSAN IS IMPORTANT TO THE STATE
OF NS.
IF IT IS VOTE PAS-PR.
NOTE>A VOTE FOR CORRUPTED UMNO BN MEANS TANTAMOUNT TO SUPPORTING AND CONDONING EVIL.
MAJORITY OF THE VOTERS IN SGOR HAVE VOTED FOR A PAKATAN RAKYAT GOVT>>>>LETS FOLLOW US IN THE NAME OF JUSTICE>RULE OF LAW.HIDUP RAKYAT
Reply
soldiers must be made A-1
not one malaysia
we must fight for fairly and be a gentleman
ni haprak UMNO bagi rasuah mau jadi MP/YB/MENTERI
bodoh ke askar semua?
Reply
Kuburkan UMNO-BN di Bagan PInang…….Mahukah ada diperintah dgn Pemimpin dari Parti Samseng (BN)….peminpin dari Parti yg cakap yg kununnye membenteraskan rasuah ttp pemimpin rasuah itu juga yg dikemukakan utk diundikan kpd rakyat……kita kene fikirkan akan datang…….samsing2 dan perasuah2 ini kita kene hapuskan segera……supaya dia takkan menjadi bala yg akan menimpa kita dibelakang hari………kerana Allah telah berfirman…sesunggguhnye perkara2 buruk (bala,musibah dll) adalah disebabkan tangan2 (daya usaha) kamu sendiri……dan sesungguhnye aku menjadikan sesuatu adalah utk org2 yg berfikir…….maka usahakan sesuatu dgn berpadukan fikiran yg beriman dgn Allah…….sesungguhnye Allah itu maha baik perancangannye dan maha adil…….Allahu Akbar….
Ummmph….Noooo…Beeeeeee….eNd…..
Reply
Undilah PAS utk tegakkan Islam dibumi tanpa sempadan ini. supaya tak sesak selamanya
Reply
Bekas tentera perlu berani, tak akan ada onak dan duri boleh mematahkan semangat kita, apatah lagi pak pak menteri yang cuba menjanjikan kekosongan. Cari lah jalan selamat untuk masa depan kita. Daripada B.Tentera yg kini hidup merempat.
Reply
YB Azmin, apa yang anda dapat beri kepada kami utk bakal pesara bina masa depan utk negara, lebih2 lagi di kawasan GOMBAK???? Tak nampak apa pun yang saudara YB buat utk kami
Reply