Archive for October 7th, 2009

7 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Daripada Blog Azmin Ali

Perajurit adalah pemegang saham terbesar dalam mempertahankan kedaulatan negara kita. Ketumbukan anggota tentera yang terlatih dan memiliki disiplin yang tinggi telah berjaya menangani dan menghadapi ancaman keselamatan dari luar dan juga di sempadan negara. Pengorbanan mereka cukup besar; senantiasa siap siaga di perbatasan, meninggalkan keluarga tersayang di kampong halaman, mendepani cabaran dan risiko serangan, mengharungi ranjau dan belukar atas nama perjuangan, menyemai bakti untuk anak bangsa dan tanah air kesayangan. Port Dickson menjadi salah satu dari markas penting dalam melahir dan melatih ramai perajurit dan pejuang negara sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Saya juga tidak sunyi dari kehidupan keluarga tentera. Allahyarham ayah saya, Ali Omar atau lebih dikenali sebagai Ali Kupang ( kerana berasal dari Kedah ) berkhidmat selama 21 tahun termasuk dalam British Army dengan memakai nombor tentera 3443. Masih segar diingatan saya nombor tenteranya ! Beliau pernah berkhidmat di Kuala Pilah dan Singapura. Allahyarham bapa saya sering menceritakan kepada anak-anaknya bagaimana pengalaman pahit beliau ketika berdepan dengan serangan komunis dalam hutan belantara. Bapa saudara saya juga adalah pegawai tentera. Mejar Nayan Omar berkhidmat dan menetap lama di Port Dickson. Abang kandung saya, Azman Ali mendapat latihan ketenteraan di Port Dickson dan berkhidmat selama lebih satu dekad dalam perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat Leftenan sebelum mengambil pilihan persaraan awal. (more…)

7 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh SM Noor

“Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat…saya rasa terhina.”

Demikian pandangan yang disampaikan oleh Kapten (B) Datuk Abu Zahar Hashim, dalam satu siri ceramah di Bagan Pinang semalam.

Menurutnya,cadangan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Port Dickson sebagai sebuah bandar ‘Tentera Darat’ dianggap sebagai satu penghinaan kepada bekas tentera. (more…)

7 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dipetik dari laman web Mahazalim

1. Pada pertengahan tahun lalu buku 50 dalil telah diterbit dan diedarkan. Di antara lain ia menuduh Sdr Anwar Ibrahim mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungannya dgn seorang wanita.

  • Akan tetapi ujian DNA yg dilakukan selepas itu mengesahkan bahawa bapa budak itu ialah suami wanita berkenaan.

(more…)