04
Oct
09

Hutang Body Lemas di PD…

Oleh Jegela Melayu

Rakyat Malaysia rata-rata terkejut dengan keputusan UMNO-BN mengumumkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 ini.

Apa yang jelas, UMNO-BN telah pun mengambil risiko tinggi yang mempunyai kesan jangka panjang dengan meletakkan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang. Isu melawan rasuah kelihatannya bukan lagi satu ‘agenda perang’ di bawah kepimpinan baru UMNO di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Razak.

Kegagalan dalam memilih calon yang berkredibiliti di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir diulang lagi oleh UMNO-BN sambil mengenepikan pandangan dan nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Presiden parti tersebut.

Tanpa perlu saya mengulas panjang, cukup untuk dikatakan bahawa Dato’ Sri Najib kelihatan tidak punya pilihan lantaran telah tersepit di kiri dan kanan.

Barangkali beliau sangat terhutang budi (bukan body!) dengan Tan Sri Isa atas ‘jasa baik’ dan ‘pertolongan’ yang dilakukan beberapa tahun yang lalu.

Maka oleh sebab itu, suka atau tidak, Dato’ Sri Najib terpaksa menurut kehendak UMNO Teluk Kemang yang mahukan Tan Sri Isa sebagai calon sehingga terpaksa mengaibkan Tun Dr. Mahathir, mentor beliau sendiri!

Masih ingat lagikah kes di Port Dickson (PD)? Mungkin pantun di bawah sesuai sebagai mengimbas kenangan ‘indah’ Dato’ Sri Najib di PD beberapa tahun lalu…

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang body lemas di PD!


40 Responses to “Hutang Body Lemas di PD…”


  1. 1 maw Oct 4th, 2009 at 5:15 am

    pisang emas dibawa belayar,
    masak sebiji diatas peti,
    hutang emas rakyat boleh bayar.
    tolak saja dipeti undi!

    Reply

    BaganPinangVoters Reply:

    Banyak yang diheboh-hebohkan tentang peristiwa di Port Dickson. Namun, apakah peristiwa yang sebenarnya berlaku?

    Tolonglah bagi tahu kami!

    Reply

    Aku Nih Reply:

    SALAM DSAI,

    PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERJAYA BUAT DSAI, TGNA & LKS BAGI MISI SETERUSNYA DI BAGAN PINANG.

    SPTMANA KOMEN2 YG PERNAH SAYA BERIKAN DI BLOG DSAI SEBELUM INI, SAYA DGN RENDAH HATI INGIN MENYARANKAN DSAI AGAR SENTIASA MENJAGA KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL DALAM SIBUK BERKEMPEN DI BAGAN PINANG. KALAU PERLU, AMBILLAH MAKANAN TAMBAHAN DAN PASTIKAN DSAI MENDAPAT TIDUR SEKURANG-KURANGNYA 7-8 JAM PADA SETIAP HARI. DGN ADANYA KECERDASAN FIZIKAL DAN MENTAL, BARULAH DSAI AKAN DAPAT MEMBERIKAN HUJAH2 YG BERKESAN DAN BARULAH PERJUANGAN DSAI AKAN MENJADI LEBIH MANTAP KE ARAH MALAYSIA YG LEBIH CEMERLANG DAN TERBILANG.

    DSAI,

    DATO’ SERI MERUPAKAN HARAPAN RAKYAT NEGARA INI UTK MENYAKSIKAN PERUBAHAN. SPT YG KITA SEDIA MAKLUM, NEGARA HARI INI SEMAKIN HILANG DAYA SAINGNYA. HILANGNYA DAYA SAING BUKANLAH KERANA MASYARAKAT DI NEGARA INI TIDAK PRODUKTIF, AKAN TETAPI KEJAYAAN HANYA DIUKUR BERDASARKAN SIAPA YG KITA KENAL DAN BERAPA AMAUN KORUPSI YG SANGGUP DILAKUKAN OLEH PIHAK TETRENTU.

    KE ARAH NEGARA YANG BERSIH, CEKAP & AMANAH, PEMIMPIN YG BERKALIBER DAN DIHORMATI ADALAH DIPERLUKAN, DAN SAYA PERCAYA PAKATAN RAKYAT MEMPUNYAI PAKEJ TERSEBUT. OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA INGIN MENEYRU AGAR DSAI, TGNA & LKS DAPAT BERSATU TENAGA BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN CALON PAS DI BAGAN PINANG. SEPERTI YG KITA SEDIA MAKLUM, TERDAPAT DUA FAKTOR UTAMA YG MENENTUKAN CALON DI BAGAN PINANG:

    1) JUMLAH UNDI POS OLEH PASUKAN TENTERA DAN POLIS

    2) JUMLAH UNDI BUKAN MELAYU (MEMANDANGKAN PECAHAN DI ANTARA UNDI MELAYU TERHADAP UMNO : PAS BOLEH JADI 50 : 50, 55 : 45 ATAU 60 : 40).

    PANDANGAN SAYA, SEANDAINYA DSAI DAPAT MENGENDALIKAN KEDUA2 FAKTOR DI ATAS DGN CEMERLANG, INSYA-ALLAH, KEJAYAAN PASTI AKAN MEMIHAK KPD PAKATAN RAKYAT.

    AKHIR KATA, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KITA DAN DILINDUNGI ANDA SEMUA DARI SEBARANG BALA BENCANA KETIKA DAN SELEPAS BERKEMPEN. AMIN.

    SEKIAN, WASSALAM.

    Reply

    datuk hitam Reply:

    kura-kura dalam perahu,
    pura-pura tidak tahu.
    sudah gaharu cendana pula,kenapalah dah tahu bertanya pula.

    1 malaysia dah heboh.1 malaysia dah tahu.anda seorang saja yang belum tahu.
    buka mata ,buka telinga,buka minda,jangan buka seluar pula,sebab seluarnya dia dah buka.tansri isa boleh cerita,datuk mat husin boleh cerita tanya sama dia.

    Reply

  2. 2 chempaque Oct 4th, 2009 at 8:18 am

    xbrape nk paham la sape bleh terang kan….

    Reply

    noh Reply:

    JABATAN AGAMA ISLAM TAHU CERITANYA. NAJIB DAN ISA LAGI LEBIH TAHU. TAPI MEREKA NI TAK TAKUT DENGAN HUKUM ALLAAH KERANA LEBIH TAKUT HUKUMAN MANUSIA. JANGAN JADI TSUNAMI DI PD DAH LAH KERANA KETUA ISLAMNYA DAH MEMBELAKANGKAN ISLAM.

    Reply

    terracota Reply:

    ala ala cerita kena tangkap basah da………, jadi sebagai membalas budi maka kena la paham, kira lepas ni kira 0-0 le.

    lalu buat rakyat di bagan pinang sebagai menghargai pengorbanan DS Najib tu maka beri lah pulak undi buat PAS.

    Reply

    BaganPinangBoy Reply:

    Siapakah yang kena tangkap basah? Najib?
    Mana Rosmah ?????????????

    Reply

  3. 3 yopPD Oct 4th, 2009 at 9:02 am

    Pisang raja dibawa melancong
    Masak setandan di atas dapur
    Memang Isa duit berkarung
    Duit kerajaan mula ditabur

    Reply

  4. 4 ApoKono ee Jang! Oct 4th, 2009 at 1:32 pm

    Aku ni tak pandai berpantun tapi apa yang aku paham…kenangan indah diPD tu memang maksiat najib yang Jabatan Agama takut nak tangkap sebab diaorang tak takut pada Allah tapi takut pada Najib dan Isa. Seronok le nengok Najib dan Isa jawab kat Padang Mahsyar nanti ye….

    Reply

    zianazin Reply:

    itulah namanya MADAH BERHELAH.

    Reply

  5. 5 abe Oct 4th, 2009 at 4:04 pm

    Menteri nikah kawin dlm Musang Berjanggut kata:shalah tu memang shalah tp itu undang-undang kita yang bikin,nanti boleh padem……..

    Reply

  6. 6 Boring Oct 4th, 2009 at 4:11 pm

    Memang Isa Samad la…orang PD nak,setelah lama berjasa kat situ.Yang selalu duk kacau bilau itu dari Rembau. PD kan paling dekat buat orang KL pi relax dan orang berharap tempat itu dapat di majukan lagi…sekarang masih berkurangan !Kalau dapat dimajukan lagi,tempat tu banyak berpotensi. Buat ape kalau Pas menang nanti buat macam macam tak bole…macam Stupid and Crazy Dr Hasan Selangor….this will be the down fall of Selangor Govn…if not becareful !

    Reply

  7. 7 Mat Hadral Maut Oct 4th, 2009 at 5:32 pm

    Saya nak komen pasal ketua SPR yang mengutuk kes putra azeiz kena belasah member PAs kat bagan pinang.
    Pehal ketua SPR tu menyampuk tak tentu pasal belum usul periksa tu hah?

    Dah kena sogok duit saku BN ke? Amacam kredibiliti ketua SPR yang berani komen sebelum siasatan lagi?

    Ini kah jenis ketua SPR yang kita teladani?!!

    Reply

    noh Reply:

    SURUHANJAYA PENGKHIANAT RAKYAT, CAWANGAN UMNO PUTERAJAYA

    Reply

  8. 8 Jeme Pok Ya Oct 4th, 2009 at 6:09 pm

    Pisang masak diatas peti
    Sebiji dibawa bekal belayar
    Tolak saja Isa nanti
    Kaki rasuah patut diajar

    Reply

  9. 9 shah@alam Oct 4th, 2009 at 6:16 pm

    Maaf lah x brapa paham apa story hutang body ni? Yg saya tau citer psl isa ni waktu kes JE dulu.
    Dgr citer byk kandang babi yg tutup dulu tu dia disebalik tabir tokey2..

    Reply

  10. 10 Greenbug Oct 4th, 2009 at 7:21 pm

    Maybe thats why he cabut to Paris for an official state visit to avoid the embarassment, DSAI? But in Paris they may ask him instead on the other “body” which was allegedly blown up using C4 explosives involving French submarines. Ha Ha Ha… kiri kanan pun beliau tak boleh lari…

    Reply

  11. 11 dulukini Oct 4th, 2009 at 7:36 pm

    Pisang emas dibawa belayar
    Masak sebiji diatas peti
    Hutang emas boleh dibayar
    Pangkah saja PAS diUNDI peti

    Reply

  12. 12 reen Oct 4th, 2009 at 8:47 pm

    tinggitingi terbangnya camar
    tingi lagi si burung helang
    peribadi najib memang tercemar
    takut isa buka tembelang

    Reply

    noh Reply:

    NAJIB PENYOKONG RASUAH
    ISA PENYOKONG MAKSIAT
    SI PENDEK GUNA POLITIK WANG TERBUKTI RASUAH
    NAJIB GUNA PD BUAT MAKSIAT

    KEDUA-DUANYA TELAH MENCEMAR DAN MENJATUHKAN MARUAH RAKAYT PD DI BAGAN PINANG.
    KEDUA-DUANYA WAJIB DITOLAK DAN DIBENAM DIBUMI BAGAN PINANG.

    Reply

    BaganPinangVoters Reply:

    Ada wang, semua boleh jadi!
    Pilih Isa, semua rakyat benci!

    Reply

  13. 13 art 2010 Oct 4th, 2009 at 10:23 pm

    Mereka ini semua main wayang, baik menteri besar dan Timbalan Menteri. Angkat tangan Md Isa menjulang tinggi tetapi disebaliknya terpaksa mengikut kehendak orang nombor satu. Apalah hendak jadi dengan pemimpin kita yang beragama Islam. Betul cakap menteri besar Kelantan hanya Islam dihadapan tetapi keimanan kosong.

    Reply

  14. 14 BOTAK CIN Oct 4th, 2009 at 10:27 pm

    sorotan ditv hisyamuddin kata ada penyokong PR dari luar bagan pinang buat kacau sama kes seperti dipematang pasir,sehingga ada adengan tumbok-menumbok berlaku,dan halang ko ksu koon dgn isyarat hina,betul kee..atau umno meraih simpati undi rakyat dibagan pinang.

    Kalaulah sikap sebegini benar,PR perlu bertindak adil serta menharmonikan pru kecil ini agar rakyat diluar tidak menganggap penyokong PR seperti samseng jalanan dan menjatuhkan sokongan rakyat pada PR…..

    Reply

    Daigo Reply:

    Masih ramai lagi yang terkesan dengan media elektronik BN.

    Tidak dapat bezakan antara fakta dan andaian.

    “Kalau Pak Menteri2 tak faham ni problem kita ni” petikan ungkapan oleh DSAI dalam debat “hari ini tubuh kerajaan esok minyak turun”

    Reply

  15. 15 caldina Oct 5th, 2009 at 9:00 am

    peh, dh jd thread membalas pantun dah..hehe..nsib baikla aku takde bakat bepantun ni, klu ade, aku dh join dh =D

    Reply

  16. 16 abunawas Oct 5th, 2009 at 9:26 am

    Kalau dulu Isa di hukum oleh UMNO atas alasan rasuah tetapi bermotifkan politik cantas-mencantas, tekan menekan dalam UMNO dan perlumbaan membina kekayaan melalui kedudukan dalam parti dan kerajaan. Kini biarlah rakyat pula membuat pengadilan kes rasuah bermotifkan maruah negara dan keadilan. Bila rakyar yang buat pengadilan maka barulah kepentingan rakyat didahulukan. Semuga dengan pilihan yang bijak oleh rakyat di Bagan Pinang, maruah sebenar rakyat terbanyak negara kita khususnya kebencian kita terhadap rasuah dapat dilafazkan dengan jelas.

    Reply

  17. 17 Mohd Noor Haji Jaafar Oct 5th, 2009 at 9:54 am

    Salam sejahtera pembaca budiman.

    Sebenarnya Tan Sri Isa Samad bukan calon yang sesuai untuk bertanding di DUN Bagan Pinang. Mantan PM Tun Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Umno/BN tidak bersetuju dengan pemilihan tersebut dengan alasan pemimpin rasuah. PM Najib terpaksa akur dengan permintaan Umno Bahagian Telok Kemang.

    PM Najib terpaksa akur dengan permintaan Umno Bahagian Telok Kemang kerana ingin membalas jasa Tan Sri Isa Samad yang pernah membantunya dari karam di pantai Port Dickson beberapa tahun yang lalu. PM Najib terpaksa akur kerana ditakuti Tan Sri Samad akan membocor rahsia tersebut.

    Diharap pengundi pengundi Dun Bagan Pinang dapat memberi undi kepada calon Pas dan menolak calon pelihan Najib iaitu Tan Sri Isa Samad. Kedua dua mereka ini pemimpin yang amal rasuah dan moralnya yang rendah.

    Reply

  18. 18 smy Oct 5th, 2009 at 10:51 am

    pagi pagi pergi mengundi
    untuk pangkah calun PAS,
    tolak BN kerana rasuah,
    kerana cakap tak serupa bikin

    Reply

  19. 19 Saiful Oct 5th, 2009 at 2:13 pm

    Dalam paper keluar gambar MB NS bagi sumbangan dari kerajaan negeri utk naik taraf jalanraya ngan masjid kat bagan pinang..dulu kan si najib kata takde dah projek `mee segera’ bila ade PRK. cakap tak serupa bikin betul puak2 UMNO ni..anak sapa la tu..

    Reply

  20. 20 shift Oct 6th, 2009 at 4:49 pm

    Jangan bimbang tuan dan puan, baca tak kisah Presiden Obama nak beri bantuan kesihatan secara murah dari kerajaan kepada rakyat tapi disambut secara dingin oleh rakyat mereka. Ciri-ciri ini pun sudah merebak ke mari. Rakyat Malaysia tak tak bodoh lagi macam dulu

    Reply

  21. 21 rakyat Oct 6th, 2009 at 5:49 pm

    Negara sedang melihat samada Pengundi sanggup mengadaikan maruah dgn mengundi calon yg terlibat dgn rasuah utk menjadi pemimpin Negara?

    Reply

  22. 22 Sam.Malaysia7 Oct 6th, 2009 at 9:26 pm

    Datuk Seri Anwar menembak rusa,
    dapat rusa bertenduk batu,
    kalau anda tidak mau Negara Malaysia binasa,
    Jaga-jagalah pengundi Hantu,

    Reply

  23. 23 Sulaiman Bin Hanim Oct 6th, 2009 at 10:01 pm

    Datuk Seri Anwar menembak rusa,
    dapat rusa bertenduk batu,
    kalau anda tidak mau Negara Malaysia binasa,
    Jaga-jagalah pengundi Hantu,

    Reply

  24. 24 wan simunjan Oct 7th, 2009 at 8:02 am

    Sekiranya Isa Samad menang di Bagan Pinang maka MARUAH rakyat Malaysia akan TERCEMAR DAN TERGADAI keseluruhannya di mata dunia. Dahlah PM Malaysia dikaitkan dengan PEMBUNUHAN KEJAM RAKYAT ASING di tambah pula laporan CPI dan TI yang menunjukkan indeks rasuah semakin merundum kini rakyat Bagan Pinang pula yang 30% diwakili oleh TENTERA pula sanggup memilih PEMIMPIN RASUAH.

    Jika perkara ini terjadi MANA RAKYAT NAK LETAK MUKA????????
    Kalau pemimpin umno tak apa mereka ada banyak duit nak TUTUP MULUT@MUKA mereka…..pergi mana-mana pun mereka mampu TABUR DUIT rakyat yang mereka songlap. Tapi rakyat……terpaksa TANGGUNG MALU di mata rakyat luar terutama pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

    Justeru itu jika benar kita BANGSA MALAYSIA YANG BERMARUAH maka rakyat seluruhnya harus menyedarkan rakyat Bagan Pinang agar mereka MEMBUANG PEMIMPIN RASUAH. Biar pilihan kita tak popular tapi maruah kita TETAP TERPELIHARA. Jangan jadi seperti kata pepatah Menang sorak Kampung Tergadai.

    MARUAH RAKYAT MALAYSIA LEBIH PENTING DARIPADA MARUAH UMNO YANG HANYA MAHU MENANG DAN BUKANNYA MEMILIH PEMIMPIN BERSIH. INGAT ! MENYOKONG UMNO DAN MEMILIH ISA SAMAD BERERTI KITA MENGGADAI MARUAH BANGSA. SAMA SEPERTI PERBUATAN KEJI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG TELAH MENCEMAR AGAMA DAN BANGSA DEMI KUASA DAN WANG RINGGIT MEREKA.

    Reply

  25. 25 smy Oct 7th, 2009 at 10:09 am

    saya minta DSAI turun pd 10/10/09, utk sampaikan amanat kpd rakyat dan pengundi di Bagan Pinang, tolonglah DSAI.
    kami sedia bersama utk hoben si doremon tu
    reformasi
    takbir.

    Reply

  26. 26 zdy_pif Oct 7th, 2009 at 6:08 pm

    PRK kali ni nampak gaya UMNO menang…tp ditakuti kemenangan ini akan memberi kesan kemenangan besaq PR dlm pilihanraya ke 13 nanti.. BN tak leh angkat muka dengan meletakkan manusai yg tercalit tuduhan rasuah (yg dia mengaku..)..maka harapan terakhir BN pada next election ialah pada SPR..nampak gaya nya PR kena tingkatkan lagi attack kelemahan SPR mula dari sekarang..(takat nak bawa ke Mahakamah tu tak payah leer..bab mr zaki waiting for u…) why not BOIKOT terus..AMBIK LA KAT HAMPA NAK PERiNTAH SANGAT bukannya leh bawa mati..bak kata Nik Aziz tak sokong BN.. tak leh jadi mati sikit habuk..yg aku dok tengok yg dok merempat ni melayu umno subsidi..hat yg tak layak dpt subsidi smua steady!

    Reply

  27. 27 zoy Oct 8th, 2009 at 1:00 pm

    Moga pilihanraya kecil ini dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama. Seperti yang diketahui ..kawasan ini adalah kubu kuat bagi UMNO/BN. Kalau PAS/PR boleh menang dlm kawasan ni..itu tandax bahawa UMNO semakin tidak relevent dalam memperjuangkan ketuanan melayu…

    Reply

  28. 28 smy Oct 9th, 2009 at 9:37 am

    saya ucap selamat datang sodaro den DSAI dan tok guru ke bagan pinang malam ini. pasti malam ini dan esok menjadi sejarah buat pakatan rakyat untuk keputusan 8-0. kpd semua, jomputlah datang ke bagan pinang dan samo samo menyambut kemonangan calun pakatan rakyat pd jam 8mlm 11/10/09.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Hutang Body Lemas di PD… at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Oct 4th, 2009 at 3:05 am

Leave a Reply