Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera dan didoakan agar masalah dapat dileraikan.
Saya menyeru kepada semua yang berkemampuan agar membantu sekadarnya.
Saya juga telah menghubungi rakan-rakan di dunia Arab dan Afrika Selatan memaklumkan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Tahniah kepada Tan Sri Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor kerana segera meluluskan bantuan sebanyak RM 500 ribu untuk disalur kepada mangsa gempa yang terjejas.
ANWAR IBRAHIM
















