Dari Malaysia Kini
Oleh Jimadie Shah Othman
Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.
Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya Bila Kentong Berbunyi… (www.kentong-suhaizan) hari ini, bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu.
Suhaizan menulis bahawa pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.
Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pesara tersebut membuat pengakuan itu dalam pertemuan berkeaan.
Kata Suhaizan lagi, pesara tentera itu turut sama dalam perjumpaan kerana dia telah menyertai parti itu dan kini menganggotai jawatankuasa undi pos Pemuda PAS.
Perjumpaan tersebut diketuai oleh naib presidennya, Salahuddin Ayub.
Selain Abdul Aziz, kata Suhaizan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga turut hadir.
Ekoran pendedahan itu, Suhaizan menulis dalam blognya, mendakwa Abdul Aziz menjawab, beliau telah banyak mendengar aduan tersebut dan tidak pasti dengan perkara itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini Suhaizan berkata, pesara tentera tersebut bersedia tampil mendedahkan perkara itu dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang selepas penamaan calon esok.
Ditanya sebab yang membuatkan pesara tentera itu berani tampil membuat penjelasan itu, Suhaizan berkata: “Kerana dia sudah bersara”.
“Ini usaha berterusan kita untuk terus mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan undi pos secara menyeluruh,” katanya.
Usaha Malaysiakini menghubungi pesara tentera tersebut setakat ini belum berhasil.
Sementara itu, Pemuda PAS juga akan menghantar surat kepada kepada komandan di kesemua lapan kem di kawasan Port Dickson bagi membenarkan parti itu berkempen dalam kem di bawah seliaan mereka.
“Kita akan hantar secepat mungkin,” kata Suhaizan.
Ditanya sama ada tindakan itu terlalu lambat kerana tempoh berkempen akan bermula esok, Suhaizan menjawab: “Tidak apa. Kalau 30 minit pun kita cakap (kempen)”.
Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.
Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini, kebimbangan pembangkang jelas kelihatan apabila terdapat jumlah pengundi pos yang besar sebanyak 4,620 daripada 13,664 pemilih merupakan pengundi pos.









Alahai… tentera jenis apa ni..?
Saya fikir PR tidak perlu penjelasan tentera jenis macam ni, pada masa tu hanya seorang ketua pun yang memberi arahan bodoh, beliau dah tak mampu pangkah kertas undi dengan betul. kalu bedepan musuh mungkin petik picu senapang pun tak meletup. Aduh..hai!!! tentera jenis ni betul-betul tentera yang berperanan sebagai benteng pertahanan BN semata-mata. Bukan benteng pertahanan negara.
Reply
Remaung6Renjer Reply:
October 3rd, 2009 at 1:04 pm
Saudara Rkusom,
Apapun alasan saudara, saudara tidak seharusnya memperlekehkan perkhidmatan tentera. Menconteng undi atas alasan Pegawai atasan serta keberanian apabila berdepan dengan musuh adalah merupakan dua perkara yang berbeza.
Sebagai pesara pegawai tentera saya memahami keadaan pesara yang membuat pendedahan ini. Kesetiaan kepada pihak atasan merupakan keadaan yang membezakan seorang tentera dengan lain-lain perkhidmatan kerajaan ataupun swasta.
Keadaan ini memang berlaku dan merupakan satu yang mulia. Dari segi manupulasi undi POS semememangnya berlaku. Keadaan ini boleh dilakukan oleh Pegawai Pilihanraya pasukan dan biasanya seorang Ajutan. Pegawai Pilihanraya Pasukan biasanya dapat memangkah bagi pihak anggota tentera(dalan keadaan Bagan Pinang) anggota yang berkursus, bercuti ke Sabah dan Sarawak serta mereka yang berada di luar pasukan.
Anggota tentera seperti pengundi di Sarawak juga mereka yang telah di “brainwashed” bahawa mereka adalah anggota keselamatan dan seharusnya mengundi kerajaan. Bagi mereka BN adalah kerajaan.
Kalau PR mahu memenangi hati pengundi tentera, elakkan cara konfrantasi sebaliknya gunakan psikologi ambil hati mereka. Saya tahu bukan senang tetapi sekiranya dilakukan boleh memenangi hati serta undi mereka.
Saya mendokan agar PR menand dan kepada saudara rkusom, jangan membuat komen membuta-tuli terutamanya terhadap perkhidmatan dan anggota tentera.
Mupok aku
Agi Idup Agi Ngelaban”
Mupo
Reply
kung fu panda Reply:
October 3rd, 2009 at 2:26 pm
Rakyat malaysia tipah tertipu!! kata UNDI POS sedangkan seorang Postman pun tak telibat dan satu stem pun tak di cop dalam urusan undi pos??
Sedih aku lihat Rakyat malaysia ni!! diperbodohkan hidup hidup!!
sepatutnya POS MALAYSIA BERHAD boleh saman SPR sekiranya tidak menbuang perkataan POS dalam urusan mereka!!
Reply
mohd taib Reply:
October 3rd, 2009 at 3:51 pm
undi2,
undi pos…Pangkah jgn tak pangkah,itu hak dia,kalau akulah..aku pangkah umno dan pas undi rosak 50-50
semua mahu menang,baik pangkah bebas….
Reply
Qitina Reply:
January 30th, 2010 at 6:06 pm
boleh tak anda berfikir dengan lebih waras lagi?
kalau semua orang berfikiran macam anda
saya rasa negara MALAYSIA ni akan musnah…
terima kasih… kerana memikirkan sesuatu yang sangat “BERGUNA” untuk masyarakat…
kalau anda rasa tak mau memangkah salah satunya dengan betul lebih baik anda duduk sahaja dirumah menunggu keputusan daripa anda menghabiskan minyak kereta pergi dan balik dari kawasan mengundi dan menyebabkan duit rakyat rugi iaitu dengan membuat undi rosak..(kertas berharga)!
Xthank youX
Iceman Reply:
October 3rd, 2009 at 8:32 pm
Kepada saudara Rkusom,
Untuk maklumat saudara, saya juga seorang anggota tentera yang masih lagi dalam perkhidmatan. Saya telah melalui 3 PRU sepanjang perkhidmatan saya sebagai anggota tentera. Saya amat faham dengan situasi bekas pesara tentera yang mendedahkan dirinya telah memanipulasi undi pos selama ini dan saya juga telah melalui situasi yang sama ketika mengundi (tetapi saya tidaklah sampai membiarkan diri dimanipulasi oleh pegawai atasan dalam soal memilih). Untuk maklumat saudara ketika membuang undi kami sebenarnya tanpa sedar tidak mempunyai pilihan lain selain memangkah BN. Saya katakan demikian kerana setiap kertas undi untuk kami akan disertakan borang akuan yang tercatat nombor perkhidmatan dan nama kami didalamnya dan akan dimasukkan bersama kertas undi dalam kantung undi pos. Bagi anggota yang mungkin memikirkan periuk nasi mereka (tidak mahu keciciran dari segi kenaikan pangkat) mereka tiada pilihan lain walaupun mereka sebenarnya ingin memberikan undi mereka kepada PR. Alhamdulillah selepas berpeluang mengundi sebanyak 3 kali dalam PRU, ketiga-tiga undi saya masih untuk PR kerana saya yakin rezeki itu adalah ketentuan Allah S.W.T. Takbir!!! Lawan Tetap Lawan!!!
Reply
lola Reply:
October 5th, 2009 at 12:10 pm
I solute you Iceman..
Reformasi!!!!
Reply
Qitina Reply:
January 30th, 2010 at 6:07 pm
mee tooo
Gamu Reply:
October 5th, 2009 at 9:57 am
Betul tu rezeki itu adalah dari Allah SWT.
Memerlu dan menguji kekuatan iman seseorang dalam perkara ini.
Mereka akan menghadapi kesukaran bentuk tindakkan yang perlu diambil sekiranya seluruh anggota tentera yang berjumlah 5 ribu tersebut memberi undi kepada PAS.
Mereka terpaksa menutup kem diBagan Pinang kerana terpaksa memindahkan anggota tentera yang seramai 5 ribu ketempat lain(perkara zalim yang biasa dilakukan oleh mereka yang gila kuasa).
Sarjan Hassan & Leftenan Adnan dan seluruh anggota tentera yang terkorban dalam mempertahankan negara tentu berbangga dengan keberanian pegundi tentera kita diBagan Pinang kerana mempertahankan pemimpin yang tak sepatutnya jadi pemimpin dari terus menerus meratah komisyen untuk mereka dan ahli keluarga mereka sahaja.
Reply
Salam.
Tak cakap sakit hati nak cakap nanti terkasar bicara.SPR ni ni memang jenis hantu peliharaan.Tuan nya pula bukan sembarangan. Hanya bomoh tertentu saja yang boleh mencelikkan mata tuannya yang buta tu.Tuan hantu ni pula yang teruknya dah buta hatinya untuk melihat kebenaran dan keadilan.Mereka hanya nampak yang jahat dan batil itu KEBAIKAN manakala perkara yang baik itu KEBATILAN.
Bomohnya ialah pengundi-pengundi.Jangan undi lagi tuan hantu ni , bila dah kalah barulah dia tahu langit tu tinggi ke rendah
Reply
Askm dato seri
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna. alasan arahan tidak boleh di terima sama sekali. mustahil dosa dan pahala boleh di campur aduk dgn arahan. arahan ketua atau kerajaan mesti di ikut.tak boleh ingkar.tetapi arahan allah subhanahuwataala boleh di langar.apa punya turrrr. adakah tentera tergolong dari golongan yg boleh di bodohkan atau di perkotak katikan. tentera sendiri mau ingat la. jangan sampai orang panggil kita bodoh wahai anggota tentera woi.
Ok dato seri foto yang di pinjam telah di muatkan di blogs saya. silalah bertandang.
Reply
desperado Reply:
October 2nd, 2009 at 10:26 pm
salam,
brader, kena realistik. tentera pun manusia juga, ada yang lurus, ada juga yang mereng….ada yang baik ada juga yang tak baik….ada yang tak berani nak lawan cakap boss, ada juga yang berani nak melayang yang akhirnya di ambilmcm2 tindakan….jadi yang tak betul kita harus betulkan, tak guna kita nak asyik menyalahkan sedangkan penyebabnya kita tak perbaiki…
Reply
jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:
October 3rd, 2009 at 9:32 pm
Salam sdr ,
saya bersetuju dgn sdr. tapi bagaimana dari segi maruah. adakah maruah kita boleh di jual beli, maruah itu adalahs atu keperabadian di diri kita yg menentukan siapa kita. jika sekali di tekan kita sanggup mengadaikan maruah kita apalah kita lagi.terutama pula tentera yang memang di katakan perkasa. mansuia yg di letakan dalam kategori berani. RAMBO .tapi sekali kena warning kecut t….r .jadi pada saya jamil bin ismail ( jamilkucing ) apabila kena mengena dengan soal maruah dan harga diri tiada alasan yg boleh di gunakan.
Reply
BOTOK CIN Reply:
October 3rd, 2009 at 11:51 pm
sdr kucing,
Baik kau buat tentera sendiri dgn mengrekrudkan kucing kau tu jadi tentera,senang kau panggil bodoh atau pukul/dera,kami manusia ada perasaan….rimbas dgn raffel kucing barutahu…
Reply
jamil bin ismail ( jamilkucing ) Reply:
October 6th, 2009 at 1:08 am
kami manusia ada perasaan
Klaau BOTOK CHIN berpegang dgn ayat yg anda taipkan di atas. anda pasti seorang yg waras tetapi jik hanya berkata, hanya menaip tetapi kosong buat apa. kerana tentera ashik fikir pasal manusia dna perasaan banyak rakyat terinaya disebabkan yag menang tu menang dengan cara tipu .tidakkah kamu fikir tentang perasaan orang yg terinaya kerana kebodohan kamu. sebelum kamu fikir nak rimbas jamilkucing fikir balik apakata jamilkucing yg rimbas kamu tentera.kamu tentera kerajaan aku bekas tentera JMF sultan johor. manusia , maruah dan perasaan aku tidak boleh di jual beli.
Reply
Tipu! Tipu! Tipu!
Tak mengaku! Tak mengaku! Tak mengaku!
Di manakah keadilan?
Di manakah letaknya slogan 1Malaysia?
Lawan tetap lawan!
Reply
tu la lumrah bn/amngok nk menang..
Reply
Memang selalu berlaku.. bukan setakat tentera.. guru2 pun ada juga.. memang ini satu kejahatan dalam pemerintahan sekarang… TEGAKKAN KEADILAN
Reply
GuruMalaysia Reply:
October 3rd, 2009 at 5:28 pm
Kejahatan BN memang diakui umum. Guru memang sering diperalatkan oleh pihak atasan supaya menyokong BN. Segala yang dijanjikan kepada kaum guru sebenarnya ada udang di sebalik batu!
Mujurlah sekarang, kaum guru bukan lagi manusia yang boleh diugut, dihasut, atau digertak!
Kami tahu akan hak kami! Kami bukan pak turut lagi!
Lawan tetap lawan!
Reply
DS Anwar,
Saya adalah pesara tentera tahun 1979, pada masa dulu pegawai tempat saya bertugas mereka langsong tak ambil pusing mengenai undi pos ni sebab masa tu BN menang aja letak katak puru pun orang melayu pangkah, tak taulah sekarang ni zaman mereka nak mati.
Saya percaya tentera selalu mengikut arahan dan perintah aja mereka tak ambil kesah sangatn jani cukup bulan dapat …..
Terima kaseh lawan tetap lawan.
Reply
Alahai SPR, susah sangat kah hendak tukar sistem undi pos. Banyak sangatkah habuan yang diterima. Hendak pertahan sangat tentang undi pos buat apa.Kami sudah boleh baca apa dalam isi hati SPR. Janganlah hendak beri alasan. Cukuplah. Ingatlah dosa dan pahala sikit.
Reply
Undi Pos -Saya bersetuju ianya dimanapulasikan oleh mereka yang berkepentingan.
Saya pernah 4 kali mengundi Pos dan merupakan bekas pesara Tentera . Mengapa saya menyatkan ianya dimanapulasi :-
a. Adakah jumlah undi pos yang berjumlah 4000 lebih itu para pengundinya masih berkhidmat disitu
tentunya tidak kerana ada setengahnya telah bersara,berhenti awal, bertukar keluar ke unit lain dan ada setengahnya tidak akan hadir untuk mebuat pengundian .Bagi kertas -kertas undi yg tidak diundi ini diambil kesempatan . Berhati-hati lah tentang kes ini.
b. Undi pos bukannya satu rahsia , pernah satu ketika pegawai atasan yang berpangakat satu bintang (Brig Jeneral) menyatakan tujuannaya untuk melihat siapakah diantara pegawai kanan yang menyokong pembangkang , Jika didapati ada diantara mereka yang menyokong Pembangkang bererti gelaplah bintang dimasa depan .
c. Saya bersetuju dengan kenayataan HJ Hadi dan bekas pesara tentera benar Undi pOs tidak telus dan bnayak dimanapulasikan . Ramai diantara anggota tentera menyokong pembangkang atas sebab-sebab faktor dianaktirikan dari segi kenaikan gaji berbanding dengan pasukan uniform yang ……
.
Reply
Undi Pos -Saya bersetuju ianya dimanapulasikan oleh mereka yang berkepentingan.
Saya pernah 4 kali mengundi Pos dan merupakan bekas pesara Tentera . Mengapa saya menyatkan ianya dimanapulasi :-
a. Adakah jumlah undi pos yang berjumlah 4000 lebih itu para pengundinya masih berkhidmat disitu
tentunya tidak kerana ada setengahnya telah bersara,berhenti awal, bertukar keluar ke unit lain dan ada setengahnya tidak akan hadir untuk mebuat pengundian .Bagi kertas -kertas undi yg tidak diundi ini diambil kesempatan . Berhati-hati lah tentang kes ini.
b. Undi pos bukannya satu rahsia , pernah satu ketika pegawai atasan yang berpangakat satu bintang (Brig Jeneral) menyatakan tujuannaya untuk melihat siapakah diantara pegawai kanan yang menyokong pembangkang , Jika didapati ada diantara mereka yang menyokong Pembangkang bererti gelaplah bintang dimasa depan .
c. Saya bersetuju dengan kenayataan HJ Hadi dan bekas pesara tentera benar Undi pOs tidak telus dan bnayak dimanapulasikan . Ramai diantara anggota tentera menyokong pembangkang atas sebab-sebab faktor dianaktirikan dari segi kenaikan gaji berbanding dengan pasukan uniform yang ……
.
Reply
kalau setakat bintang gelap, tahan lagi tapi kalau sampai dibuat untuk berhenti kerja macamana? tentera kan kena sambung kontrak selalu..saya doakan Pakatan Rakyat pimpinan Dato’ Seri akan beroleh kejayaan dan menerajui KERAJAAN Malaysia, Dato’ Seri telah tunjukkan jalannya dengan izin Allah S.W.T. terima kasih.
Reply
DSAI,
Pakatan Rakyat needs to win Bagan Pinang to pave on way to Putrajaya.
Pls focus in the campaign. Also pls make sure PR is sepakat esp. in Selangor state (Dr Hasan Ali….)
Reply
takda arah hidup..baik takyah undi… hidup ni takda 50-50 en Taib oiiiiii pilih antara satu.. antara neraka dan syurga ada titian siratulmustakimm , en Taib nak duk tengah2 tu..??
Reply
Kalau tak ada undi pos sejumlah 4k tu…PRK 2008 Bagan Pinang dah jadi milik PAS …kalau kira meneng PR dah memeng di Kawasan Teluk Kemang kerana 3 DUN dpd 4 DUN dimenengani oleh PR.
PRK 11 oCT isallah PAS akan menang..TAKBIR..ALLAHAKBAR.
Reply
Tentera zaman sekarang bukannya tentera tamat darjah 6 ada diantaranya yang ada diploma diringkaskan tahap kelayakan yg diperlukan lebih dari itu.
Mereka tak ikut membuta tuli dengan pegawai2 atasan dan mentah yang kemaruk kuasa dan egostik tapi tak boleh buat keja .
Reply
Kenapa UMNO tak pilih ketua SPR untuk wakil BN di Bagan Pinang?
Reply
Pihak pembangkang dah ketandusan isu nk disensasikan… segala tuduhan dikatakan berlaku pada tahun 70an dan 80an.
sekrang ni utk makluman semua, sistem pengundian undi pos utk tentera dijalankan dengan telus dan sisematik. bukan mcm tahun 70an dan 80an. zaman perang dgn komunis semuanya masih belum cukup teratur dan tak cukup tidur!!. Nuri nk keluar masuk hutan pon payah!!
Kepada semua pihak, janganlah menabur fitnah sesuka hati. Sudah terang lagikan bersuluh. Tiada penipuan undi pos langsung. Setiap anggota diberi kebebasan untuk pangkah sapa saja yang disokong!
Aku bg satu analogi mudah. Pihak pembangkang ni mcm mekanik motor yang nk bercerita dah ‘sekolahkan’ orang pasal anatomi badan manusia.THEY KNOW NOTHING ABOUT MILITARY!!
Kalau betol la nk perjuangkan kebajikan ATM, p masuk rekrut dulu. Rasa susah payah dulu. Bukan terus muncul nk jadi HERO MALAYA. padahal dulu satu habuk pon pembangkang ni xsebut ape2 pon pasal tentera.
P/s: Pihak pembangkang akan terus lupakan tentera lepas PRU13. Percayalah!!!
http://www.askarsetia.blogspot.com
Reply