Archive for October, 2009

31
Oct

1Malaysia: PM diingatkan ‘jangan tersilap langkah’

Dari Malaysia Kini

Oleh Jimadie Shah Othman

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menunjukkan keikhlasan dan kejujuran dalam menzahirkan gagasan 1Malaysia melalui pelaksaaan dasar kerajaan berdasarkan kelayakan dan bukannya warna kulit.

“Keikhlasan dan kejujuran dalam menzahirkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (hendaklah) berdasarkan qualification (kelayakan) dan bukan ‘kulitfication’ (warna kulit), amat penting bagi mengerakkan negara supaya lebih maju dan makmur,” kata ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe. Continue reading ’1Malaysia: PM diingatkan ‘jangan tersilap langkah’’

31
Oct

Demo Pemuda Gerakan kecam MP Seri Gading

Dari Malaysia Kini

Oleh Mohd Jimadie Shah Othman

Kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu Tan sri Koh Tsu Koon berundur daripada kabinet atas alasan gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Diketuai timbalannya, Oh Teong Keong, mereka berkumpul di lobi bangunan PGRM di Cheras – tempat Gerakan mengadakan persidangan tahunannya. Continue reading ‘Demo Pemuda Gerakan kecam MP Seri Gading’

31
Oct

Rencana Jahat Memecahbelahkan Pakatan Rakyat

OLEH Hasmi bin Hashim

Memang, kalau tak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Tatkala semua ujian menimpa Pakatan Rakyat, termasuk isu di dalam PAS, yang gagal dilihat pihak musuh ialah, ahli-ahli PAS menjadi semakin matang menilai serta mencari punca ‘penyakit’. Tak mudah nampaknya untuk diperlekeh kebijaksanaan ini seiring dengan kebijaksanaan sebahagian besar pemimpinnya.

Apakah selamanya pelbagai isu dan polimik sensasi yang cuba dibangkit di beberapa negeri, dan beberapa isu, lantas terus dijadikan dalih untuk senyap-senyap menjalin ‘rundingan peribadi’ dengan elit Umno? Apakah tomahan pemberikan “tanah kepada Cina di Perak” boleh dijadikan ukuran PAS kini mengkhianati orang Melayu?

Dalih ini, semakin tak laku, terutama kalangan ahli akar umbi dan rakyat Perak yang tahu bahawa tak ada seincipun tanah yang diberikan kepada yang bukan berhak! Pengakuan ini saya perolehi langsung daripada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ketika pertemuan kami dalan program di Universiti Terbuka Perak (Ureka), 17 Oktober lalu.

Continue reading ‘Rencana Jahat Memecahbelahkan Pakatan Rakyat’

31
Oct

Minister: You Should Stop your Drama and Abolish the ISA Now!

GERAKAN MANSUHKAN ISA

Press Statement: 30th October 2009

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) opposes the Home Minister Hishamuddin Hussein?s calls for amendments to the draconian Internal Security Act (ISA). GMI is a movement with 83 organisation members that has been campaigning for the abolishment of the ISA since 2001. We would like to call on the government to stop giving excuses in delaying the process for the abolishment of ISA. The Home Minister?s decision goes against the wish of the majority of people of Malaysia to see the barbaric and uncivilized law abolished. This was demonstrated by the people of Malaysia in the 12th General Elections where one of the major factors for BN?s big loss was due to the violations of human rights, rule of law and justice brought by ISA. The Anti-ISA rally on August 1st was also a clear indicator that the people do not see the need for ISA and believes that the government should not just review the ISA but abolish it. Continue reading ‘Minister: You Should Stop your Drama and Abolish the ISA Now!’

30
Oct

Anwar to know on 6 Nov if he gets key sodomy evidence!

From Malaysian Insider

By Debra Chong

The Court of Appeal will deliver its decision on Nov 6 whether opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has the right to get key evidence for his new sodomy charge, including crucial DNA samples, before the start of his trial.

The three-man panel of judges, led by Datuk Hasan Lah, explained today that they needed time to think over the arguments presented this morning by both the prosecution and defence lawyers.

The on-going trial has been a distraction for Anwar, who successfully lead an alliance PKR, DAP and PAS to win four more states and 82 parliamentary seats in Election 2008, snapping Barisan Nasional’s customary two-thirds parliamentary majority. Continue reading ‘Anwar to know on 6 Nov if he gets key sodomy evidence!’

30
Oct

Polemik MCA: Ong cabar Liow!

Dari Malaysia Kini

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mencabar timbalannya yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya jangan berselindung tetapi sebaliknya berterus terang sekiranya mahu beliau meletak jawatan.

“Pemimpin tertentu parti tidak habis-habis bercakap yang saya perlu menghormati keputusan EGM. Ini jelas bermakna mereka mahu saya meletakkan jawatan.

“(Tapi), pada masa yang sama, mereka mendakwa merekatidak memaksa saya supaya meletak jawatan. “Saya secara peribadi mendapati cara itu mengelirukan,” tulis Ong dalam blognya hari ini. Continue reading ‘Polemik MCA: Ong cabar Liow!’

30
Oct

Menggilap Kekuatan Akal Budi Dan Mara Menuntut Perubahan

Petang di Kaherah, saya bersama bersama Sheikh Taha Jabir, ulama usul al fiqh tersohor asal Irak, Ahmad Kamal Abu al Magd seorang pejuang hak asasi dan intelektual Mesir serta mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa, Abdul Hamid Abu Sulayman. Hari sebelumnya saya menemui Mufti Besar Mesir Syeikh Ali Gomaa di Darul Ifta. Perbincangan berkisar kepada persoalan membebaskan umat dari cengkaman kemiskinan, kejumudan dan pemerintahan kuku besi.

Malam semalam, bersama sdr Saifuddin Nasution dan Ustaz Badrol Amin, kami hadir memenuhi jemputan acara yang diaturkan para pelajar. Tidak kurang dari seribu pelajar memenuhi dataran untuk mendengar ucapan, yang kemudiannya disusuli soal jawab.

Ustaz Badrol menyentuh peranan pelajar untuk menggerakkan Perubahan disamping menghimbau nostalgia. Manakala sdr Saifuddin menukilkan asas kepada pujian yang ditujukan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat melalui Laporan Audit Negara.

Tiba giliran saya, makanya dihuraikan maksud dari anjuran pemikir Islam asal Algeria; almarhum Malek Bennabi. Penulis buku Islam in History and Society itu menggesa umat Islam untuk menggilap perjuangan dalaman atau inner struggle of conscience, untuk memartabatkan diri berhadapan dengan segala mehnah dan ujian.

Jangan kerana tawaran wang, kita sanggup mengkhianati perjuangan. Rupa-rupanya selama bertahun-tahun berjuang, arti Perubahan dan Reformasi tidak benar-benar dihadam. Pekung yang terbongkar sekarang memperlihatkan peribadi sebenar seseorang itu. Selama ini laungan berapi-api hanya untuk mencipta ruang bernafas dan berpencak main wayang. Tatkala rakyat kecewa, kita diulit angan-angan kemewahan buat memenuhi tuntutan nafsu peribadi. Apa tidak sedar kah bahawa terlalu murah nilai pengkhianatan itu.

Di hadapan para pelajar, saya akui bahawa Pakatan Rakyat masih ada kelemahannya. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Sayugia diingatkan, kejayaan 8 Mac tahun lalu juga merupakan ujian terhadap keiltizaman kita membawa Perubahan yang lebih baik buat Rakyat Malaysia. Kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat sekalian, termasuklah diri saya, jangan alpa, kita sebenarnya dipilih rakyat untuk menjadi Yang Berkhidmat.

ANWAR IBRAHIM

30
Oct

Badrul didakwa bermasalah sejak Mac 2008

Dari Harakah Daily

Oleh Nazri Abdullah

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan ‘perwatakan’ sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas semalam.

Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah. Continue reading ‘Badrul didakwa bermasalah sejak Mac 2008′

30
Oct

Getting Away with Murder in Malaysia

From Asia Sentinal

By Our Correspondent Monday, 26 October 2009

It’s best to be connected to the ruling national coalition

On July 16, according to the testimony of a Thai pathologist, Teoh Beng Hock, a 29-year-old aide to an opposition politician, was probably beaten during a marathon questioning session, sodomized, strangled unconscious, dragged to a window of the Malaysia Anti-Corruption Commission in Kuala Lumpur and thrown to his death.

The country’s law enforcement establishment maintains that Teoh committed suicide by leaping from the MACC building after the inquiry was concluded into irregularities in his boss’s accounts. But it is far from the first “suicide” in custody and what happened to Teoh happens all too frequently when the luckless collide with the powerful in Malaysia. His real killers are unlikely ever to be identified. As many as 350 people have died in custody since 1990. The privileged are rarely brought to trial. Continue reading ‘Getting Away with Murder in Malaysia’

29
Oct

Kenyataan Media Presiden Parti

==KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA==

Tarikh: 29 Oktober 2009

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat Continue reading ‘Kenyataan Media Presiden Parti’

29
Oct

Menteri Besar Selangor Recommends Port Klang Assemblyman Resign.

PRESS STATEMENT OCT 29, 2009

The State Government is aware of the mounting complaints from the people of Port Klang over the non-performance of assemblyman Badrul Hisham Abdullah.

Since he was issued a showcause letter dated August 20, 2008, badrul Hisham has made no efforts improve his work. Despite stating his willingness to meet state and party leaders, he continues to be evasive in meeting state and party leaders. He has also refused to answer calls or SMS and has not re-open his service centre for the people in Port Klang.

Consequently, the Menteri Besar of Selangor Tan Sri Abdul Khalid today had made a recommendation to the Parti Keadilan Rakyat supreme council for Badrul Hisham to resign as assemblyman. The menteri besar will also be sending a delegation to reiterate the matter to the assemblyman personally.

The state government cannot tolerate incompetent land irresponsible leaders as they will seriously undermine its efforts to improve the rakyat economic and social lives.

YB NIK NAZMI NIK AHMAD

POLITICAL SECRETARY TO SELANGOR MENTERI BESAR

29
Oct

BOOK LAUNCH OF “Anwar On Trial : In the Face of Injustice”

Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd invites you to a Book Launch of Pawancheek Marican’s “Anwar On Trial : In the Face of Injustice” .

It will be launched by special guest: YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

There will be a Book Discussion by a Panel of Speakers after the Book Launch.

Date: : 30 Oct 2009 2009 (Friday)

Time : from 3pm

Venue : Perpustakaan Raja Tuan Uda,Persiaran Bandaraya Shah Alam Continue reading ‘BOOK LAUNCH OF “Anwar On Trial : In the Face of Injustice”’