Archive for September, 2009



08
Sep

Manusia Berkepala Lembu?

Dari Blog Azmin Ali

Ramadhan sering dikaitkan dengan madrasah ruhhiyah – penyucian jiwa manusia yang mengaku beriman dengan Allah SWT. Maka sewajarnya kita menjadi peserta madrasah yang mengikuti latihan yang cukup ketat dan kurikulum yang mantap ke arah ketaqwaan kepada Allah SWT dan membentuk akhlak yang murni. Ramadhan juga adalah bulan jihad di mana tentera Islam yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah SAW menang dalam perang Badar. Kemenangan Baginda menumpaskan golongan kufar bukan kerana senjata dan alat ketenteraan yang canggih, bukan juga kerana propaganda media, bukan kerana kemewahan harta tetapi adalah kerana kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan semangat ukhuwwah yang padu. Justeru itu, Ramadhan harus dijadikan peluang untuk kita menggilap semula ruh dan semangat jihad serta membina kekuatan ukhuwwah di kalangan umat Islam di Negara kita.

Continue reading ‘Manusia Berkepala Lembu?’

07
Sep

Bonus Raya FELDA: Sepatutnya RM3000 Seorang

Harakah Daily

Oleh Azamin Amin

Saban tahun sejak 2003, Felda melalui Dato’ Seri Najib Tun Razak menyalur ‘duit raya’ kepada peneroka sekitar RM350 -RM400. Namun hakikatnya, ia merupakan duit titik peluh peneroka sendiri dan bukannya bonus seperti digembar-gemburkan.

Continue reading ‘Bonus Raya FELDA: Sepatutnya RM3000 Seorang’

07
Sep

Kepura-puraan 1Malaysia

Kenyataan Media
Ketua Wanita KEADILAN
7 September 2007

Kepura-puraan 1Malaysia

Seperti yang dijangkakan, media arusperdana Malaysia akan mengungkapkan pemikiran dan laporan yang dangkal serta berat sebelah, penuh dengan diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor mengenai dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor bersama penduduk Seksyen 23, Shah Alam mengenai isu cadangan perpindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekyen 23, Shah Alam (Opposition “tasting own medicine” oleh Alina Simon, M.Hamzah Jamaluddin dan TN Alagesh, NST 7/09/09)

Bagi mereka yang berpemikiran waras, jelas bahawa gelagat dan keceluparan yang dipamerkan oleh segelintir penduduk bukan budaya dari Pakatan Rakyat yang baru memerintah belum sampai dua tahun. (sila lihat video)

Continue reading ‘Kepura-puraan 1Malaysia’

06
Sep

Anwar gung-ho on Bagan Pinang

Anwar Ibrahim berucap dalam satu program di Dewan Too Bow Keong di Ipoh, Perak

Anwar Ibrahim berucap dalam satu program di Dewan Too Bow Keong di Ipoh, Perak

The Malaysian Insider | September 6, 2009

IPOH, Sept 6 — Having successfully swept the stakes in the past eight but one by-elections since his thumping return to active politics last year, Datuk Seri Anwar Ibrahim appears impatient to face off with his bitter rivals from Barisan Nasional (BN) in the upcoming contest for Bagan Pinang.

“Now we must win Bagan Pinang in Negeri Sembilan. We have to work hard, pray hard so we can get 9-0,” the former deputy prime minister turned Opposition Leader told a thousand-strong multicultural crowd at the Tow Boo Keong hall here last night, earning a rousing applause in return despite some dodgy mathematics.

Continue reading ‘Anwar gung-ho on Bagan Pinang’

06
Sep

Anwar Ibrahim di Perak, 5 September 2009

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Bahagian 3:

Bahagian 4:

05
Sep

Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara

Dari Kerajaanrakyat.com

Salaam semua Pengunjung dan Penitip Bicara Minda Kerajaan Rakyat yang saya kasihi.

Apa yang termasuk dalam ramuan sebuah perjuangan adalah menuntut kesabaran, keta’akulan, perancangan, kesefahaman dan pengorbanan. Perjuangan menuntut “Kemerdekaan” daripada regim UMNO yang rakus, zalim dan kejam ini walaupun getir dan penuh dengan ranjau berduri tetapi kejayaan yang sukar telah semakin hampir.

Walau apapun jika kita tersilap satu langkah, padahnya amat parah.

Perjuangan ini bukan untuk DAP.
Perjuangan ini bukan untuk PAS.
Perjuangan ini bukan juga untuk KeADILan.

Ini adalah perjuangan RAKYAT demi meleraikan rantai yang mencengkam kita sejak lebih 52 tahun lalu.

Gabungan tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat adalah inspirasi pemimpin dan individu tertentu yang prihatin terhadap penderitaan RAKYAT dan kasihkan kepada negara kita, Malaysia yang tercinta.

Continue reading ‘Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara’

04
Sep

SELANGOR MAHU BATAL PERMOHONAN PEGUAM NEGARA

–KENYATAAN MEDIA– 

Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk membatalkan satu pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam.

Afidavit tersebut telah ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3pm.

Afidavit yang telah difailkan mempunyai dua tujuan iaitu menentang permohonan yang difailkan oleh Peguam Negara, dan keduanya menyokong permohonan kerajaan Negeri Selangor untuk membatalkan tindakan Peguam Negara malalui satu Saman Dalam Kamar yang juga telah difailkan pada hari ini. Continue reading ‘SELANGOR MAHU BATAL PERMOHONAN PEGUAM NEGARA’

04
Sep

Keranamu UMNO:setiap anak Pahang tanggung hutang!

Dari Malaysian Insider

Oleh Zukri Aksah

Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.

Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan perihal tindakan dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, yang menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana ingkar janji dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta. Continue reading ‘Keranamu UMNO:setiap anak Pahang tanggung hutang!’

04
Sep

Kapal Selam Scorpene Yang Dipalit Kontroversi

Maka berlabuhlah kapal selam kontroversi jenis scorpene dari negara Peranchis itu di pesisir negara kita. Sekian lama menjadi bahan bicara rakyat, kemunculannya di perairan negara mengungkit kembali kontoversi dan skandal yang tercetus. Saya dan pasti ramai lagi rakyat Malaysia masih diselubungi pelbagai pertanyaan berhubung pembelian kapal selam ini.

Selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat ketika membahaskan Peruntukan Jabatan Perdana Menteri 2009 pada tanggal 5hb November 2008, telah mengungkapkan antaranya pembaziran termasuklah pemberian komisyen besar berjumlah RM 510 juta kepada syarikat Perimekar.

Agak mendukacitakan apabila kapal selam yang dirundung pelbagai skandal ini diberi nama bersempena seorang pejuang kemerdekaan; almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra al Haj. Saya secara peribadi merasakan ini merupakan satu penghinaan kepada Bapa Kemerdekaan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

03
Sep

Umno Gagal Bayar Hutang?

Dari Malaysiakini
Oleh Hafiz Yatim

Election campaign material supplier Elegant Advisory Sdn Bhd who is suing Umno over a RM218 million breach of contract was today allowed to change its statement of claim to name a new defendant.

Following this, the company replaced Umno’s former treasurer Abdul Azim Mohd Zabidi with former Umno administration and finance secretary Ishak Abdul Rahman as the new defendant.

The company was also ordered by Kuala Lumpur High Court judge Anandham Kasinater to pay costs of RM5,000 within 14 days to Abdul Azim for wrongly naming him as a defendant. The present Umno treasurer is Ahmad Husni Hanadzlah.

Continue reading ‘Umno Gagal Bayar Hutang?’

03
Sep

Doa Kami Buat Rakyat Indonesia

Sedih saya apabila diberitahu korban gempa bumi berskala 7.3 richter mencecah 46 orang dan menjejaskan 1300 buah rumah. Gempa yang berpusat dari sekitar kabupaten Tasik Malaya itu dirasai kuat di Jakarta, Bandung dan Surabaya.

Saya menyeru kepada masyarakat antarabangsa agar bersiap sedia menghulurkan bantuan apabila keadaan memerlukan.Kepada teman-teman di Indonesia, kami di Malaysia, inshaallah akan berusaha membantu dan berdoa moga Allah SWT akan senantiasa memelihara kita semua dari sebarang kecelakaan serta kemalangan.

ANWAR IBRAHIM

03
Sep

Pendakwa Tangguh Lagi!

Kegagalan pihak pendakwa untuk menyediakan sijil berkaitan hari ini menyebabkan perbicaraan ditunda ke tarikh 3hb November 2009. Tidaklah mengejutkan pula sekurang-kurangnya buat saya apabila pendakwa memohon penangguhan atas alasan rayuan mereka menolak keputusan hakim menyerahkan sebahagian dokumen.

Tuntutan mereka itu akan didengar oleh Mahkamah Rayuan tanggal 23 Oktober nanti. Sementara itu esok, 3hb September, inshaallah saya akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuasa-Kuasa Khas dan Rayuan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 2.30 petang bagi mendengar permohonan untuk mengenepikan pasukan pendakwaan.

Manakala itu, “secara kebetulan” pula tarikh 3hb November merupakan hari mahkamah tinggi kuasa-kuasa khas mendengar permohonan saya untuk mengenepikan pertuduhan ini selepas pihak pendakwa secara sengaja tidak menyediakan kepada mahkamah laporan perubatan dari Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur yang jelas menafikan pertuduhan fitnah ke atas diri saya.

ANWAR IBRAHIM