Archive for September, 2009



13
Sep

Acara Padat di Seberang Jaya

Alhamdulillah, saya baru selesai acara di Seberang Jaya dan Jelutong jam 12.30 pagi tadi, tanpa henti sejak 3.30 petang.

Di Yayasan Aman, saya ngobrol bersama Ustaz Salleh Man, Adun Permatang Pasir dan saudara Dr. Mansor, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai rancangan bersama termasuk pelaksanaan projek kecil kawasan.

Sejurus kemudian rakan-rakan pimpinan cabang Permatang Pauh termasuk Timbalan Ketua, Paktam Che Mat, Ketua AMK saudara Amir, Ketua Wanita Kak Jah, Che Wa dan lain-lain hadhir utk membincangkan program menjana kekuatan parti.

Sekitar jam 5.15 petang, kami berdialog dengan penduduk Cina Seberang Jaya seterusnya ka perkarangan Masjid Seberang Jaya sejam kemudiannya untuk menyertai majlis bantuan fakir miskin olih Timbalan Ketua Menteri dan disusuli tazkirah Ramadhan dari saya.

Selesai berjemaah Maghrib, saya meluangkan masa ka kedai kopi di Sama Gagah bersama penduduk Cina sebelum ke masjid di Perda untuk berjemaah Isya’, tarawikh dan menyampaikan tazkirah.

Saya kemudiannya ke Surau Ibnu Sina di Taman Perda, menyampaikan tazkirah ringkas sebelum menikmati jamuan more seterusnya ke Jelutong pada jam 11.25 malam untuk program ceramah.

Saya mengolah bicara perihal penghayatan Ramadhan, mengupas konsep jil qurani farid yakni generasi Al-Quran yang unik serta turut menyentuh pesanan filsuf Ronggowarsito menerusi puisi klasiknya – Zaman Edan.

ANWAR IBRAHIM

12
Sep

Majlis Iftar & Dialog Bersama AIC

Anwar memimpin solat Maghrib berjemaah bersama pimpinan mahasiswa.

Anwar memimpin solat Maghrib berjemaah bersama pimpinan mahasiswa.

Anak muda tekun mendengar tazkirah yang disampaikan Anwar.

Anak muda tekun mendengar tazkirah yang disampaikan Anwar.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pimpinan AIC yang telah berjaya menyelenggara Majlis Iftar dan Dialog di kediaman saya semalam. Alhamdulillah sambutan menggalakkan menjangkau 200 orang, terdiri daripada penggerak AIC dan juga pimpinan mahasiswa.

Majlis dimulakan dengan sesi dialog, antara lain menanyakan soalan mengenai hubungan Malaysia-Indonesia. Saya tegas menyatakan bahawa permasalahan ini harus diselesai melalui pendekatan yang berhemah dan santun, bukan melalui adu domba dan seumpamanya. Faktor-faktor sensitiviti juga harus diambil kira dengan bijak dan tuntas tanpa memainkan sentimen kedua belah pihak.

Usai tarawikh sesi tazkirah ringkas mengambil tempat. Tentunya saya mulakan dengan penghayatan ramadhan sebagai madrasah ruhiyyah. Sempat saya mengolah kupasan tokoh ilmuan tersohor Prof. Muhammad Hamidullah lewat karyanya “Why Fast?: Spiritual & Temporal Study of Fast in Islam”.

Saya turut menghimbau pertemuan saya dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dengan Fathi Yakan di Riyadh dan Umar Telmasani di Kaherah dahulu.

Sempat juga saya menyinggung perihal kursus BTN, yang nampaknya bisa menjadi pemusnah agenda 1Malaysia jajaan Perdana Menteri dengan modul yang penuh sentimen perkauman jijik.

Ironinya kalangan mahasiswa dan penjawat awam tidak pula termakan dengan dakyah murah sebegini, malah terhibur dan simpati dengan lelucon usang yang sekian lama diulangtayang.

ANWAR IBRAHIM

(Untuk galeri gambar majlis ini, sila klik di sini)

12
Sep

Kekerasan seksual dalam apa jua bentuk mesti ditolak

Kenyataan Media Bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Jawatankuasa Wanita Dalam Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak

Kekerasan seksual dalam apa jua bentuk mesti ditolak

Lontaran berunsur ugutan dan ancaman untuk melakukan keganasan ke atas YB Rodziah Ismail ketika majlis dialog di antara Kerajaan Negeri Selangor dan penduduk Seksyen 23, Shah Alam oleh mereka yang hilang pertimbangan untuk bersikap terbuka dan beradab dalam sebuah majlis dialog amatlah tidak wajar sama sekali. Continue reading ‘Kekerasan seksual dalam apa jua bentuk mesti ditolak’

11
Sep

Dr Mahathir pakar dalam seni memusnahkan Timbalannya

Dari Malaysiakini

Oleh Rk Anand

Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni “memusnahkan timbalannya”.

Continue reading ‘Dr Mahathir pakar dalam seni memusnahkan Timbalannya’

11
Sep

Mirzan Mahathir appointed director on San Miguel Corp board

Mirzan Mahathir

Mirzan Mahathir

From The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Continue reading ‘Mirzan Mahathir appointed director on San Miguel Corp board’

10
Sep

Anwar di Masjid Tengku Kelana Putera, Kelana Jaya, 11 September 2009

911_anwar

Anwar Ibrahim dijadual akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Kelana Putera, SS 7, Kelana Jaya berdekatan dengan Bangunan MAS dan Stadium MBPJ pada hari esok, 11 September 2009.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

10
Sep

Peguam Negara perlu jaga keselamatan rakyat

Dari Harakah Daily

Kerajaan Negeri Selangor meminta Peguam Negara bukan hanya perlu menjaga kepentingan SPRM sahaja tetapi juga kepentingan dan keselamatan 18,312 pegawai dan kakitangan Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, Kerajaan Negeri Selangor komited dalam melindungi kepentingan dan keselamatan semua pegawai dan kakitangannya.

Continue reading ‘Peguam Negara perlu jaga keselamatan rakyat’

10
Sep

Program Bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di DUN Pelabuhan Klang, 13 September 2009

Acara Pertama

5.30 – 8.00 MALAM

LOKASI : MASJID AR RAHMAN – PANDAMARAN JAYA

1) PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM

2) UCAPAN YAB TAN SRI MENTERI BESAR SELANGOR

3) TAZKIRAH OLEH YB ANWAR IBRAHIM

4) BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB

5) SOLAT ISYAK DAN TARAWIKH BERSAMA TAN SRI MENTERI BESAR

—-

Acara Kedua

8.30 – 10.00 MALAM

LOKASI : MASJID KG. PENDAMAR – PELABUHAN KELANG

SOLAT ISYAK/TARAWIKH DAN TAZKIRAH BERSAMA YB ANWAR IBRAHIM

—–

Acara ketiga

9.00 – 12.00 MALAM

LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI PANDAMARAN JAYA

PENCERAMAH : 1) YB ANWAR IBRAHIM
2) YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM
3) YB CHARLES SANTIAGO
4) YB RONNIE LIU
5) YB ABDULLAH SANI
6) YB NIK NAZMI

——

Acara keempat

12.00 -1.00 MALAM

MOREY BERSAMA YB ANWAR IBRAHIM DI PEJABAT JKKK PANDAMARAN JAYA

—–

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

09
Sep

BN Rompak Rizab Emas Negara!

Dari TVAntara

Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Continue reading ‘BN Rompak Rizab Emas Negara!’

09
Sep

Malaysia’s Global Competitiveness Drops Three Notches

From Bernama

Malaysia’s global competitiveness ranking dropped three positions to 24, according to the World Economic Forum’s Global Competitiveness Report for 2009-2010 released Tuesday.

The drop essentially was the result of a much poorer assessment of its institutional framework, said the report, which was released ahead of WEF’s annual meeting of the New Champions 2009 in Dalian, China.

Continue reading ‘Malaysia’s Global Competitiveness Drops Three Notches’

08
Sep

Tergamak Ismail Sabri Naikkan Harga Petrol!

Malaysian Insider

Oleh Zukri Aksah

“Tergamak (Datuk Seri) Ismail Sabri menaikkan harga petrol dan mengabaikan kekurangan bekalan gula padahal beliau tahu rakyat sedang sibuk mahu menyambut hari raya,” keluh Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Continue reading ‘Tergamak Ismail Sabri Naikkan Harga Petrol!’

08
Sep

Menuju Kebangkitan Rakyat Johor

Poster DSAI Pt Sulong

Laporan Khas TVAntara

JOHOR, 6 September – Kempen menuju perubahan giat di jalankan di negeri Johor Darul Takzim, negeri keenam yang disasarkan sebagai frontline Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.

“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.”

Continue reading ‘Menuju Kebangkitan Rakyat Johor’