Archive for September, 2009



17
Sep

Anwar di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, 18 September 2009

Anwar Ibrahim dijadual akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada hari esok, 18 September 2009.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

17
Sep

Mengisi Minggu Terakhir Ramadhan

Selesai iftar bersama Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar dengan YM Tuan Guru Sheikh Mahmud di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, saya meluru ka Masjid Bagan Pinang di Teluk Kemang untuk solat Isya’ dan tarawikh.

Sementara menunggu bermula ceramah, saya, YB Dato’ Kamarul Bahrin, Ahli Parlimen Teluk Kemang dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan saudara Zulkifli Muhd minum teh di warung berdekatan.

Sambutan di perkarangan rumah bekas Ketua Cawangan UMNO, saudara Zainal hangat dan memberangsangkan. Satu kubu tradisi UMNO mampu dipecahkan.

Satelah berehat sabentar, kami kini menuju Masjid As-Sharif di Pekan Meru, Kapar untuk qiyamullail.

ANWAR IBRAHIM

16
Sep

PROGRAM EIDUL FITRI DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

HARI RAYA PERTAMA

8.00 – 9.00 PAGI

SOLAT SUNAT EID FITRI

MASJID UBUDIAH – BUKIT SEGMABUT

10.00 PAGI – 3.00 PETANG

RUMAH TERBUKA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

LOKASI – SHAH ALAM CONVENTION CENTRE

BERSAMA DATO’ MENTERI BESAR DAN PIMPINAN NEGERI

TURUT BERSAMA MERAIKAN – DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

—–

HARI RAYA KEDUA

DI PERMATANG PAUH – PULAU PINANG

12.00 – 2.00 PETANG

PADANG TAMAN GUA PERAHU – DUN PENANTI

5.00 – 7.00 PETANG

FOOD COURT, JALAN TENGGIRI – DUN SEBERANG JAYA

8.30 – 10.00 MALAM

MASJID KUBANG SEMANG -DUN PERMATANG PASIR

16
Sep

1Malaysia F1:Bila Masa Rakyat Didahulukan?

Dari Malaysian Insider

Oleh Zukri Aksah

Kerajaan Malaysia, di bawah teraju Najib Razak semalam mengumumkan bahawa Kerajaan dengan usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia telah menubuhkan pasukan lumba kereta Formula 1 dengan nama 1Malaysia.

Pasukan ini akan menyertai sirkit F1 pertamanya pada musim 2010.
Pengumuman ini datang tidak lama selepas kerajaan bertindak menaikkan harga minyak petrol, RM0.05 untuk RON95 dan RM0.25 untuk RON97.

Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang dalam reaksinya menyuarakan kegagalan rakyat untuk melihat apakah keperluan untuk membentuk sebuah pasukan lumba kereta yang biayanya sudah pasti mencecah jutaan ringgit dalam suasana ekonomi sekarang. Menurut Nizam, Najib dalam sidang medianya enggan memberitahu jumlah sebenar pelaburan kerajaan dalam projek ini, cuma memaklumkan ia dibuat melalui Proton. Continue reading ’1Malaysia F1:Bila Masa Rakyat Didahulukan?’

15
Sep

Program Anwar Ibrahim di DUN Bagan Pinang, 16 September 2009

RABU, 16 SEPTEMBER 2009

—–

8.30 – 10.00 MALAM – SOLAT ISYAK DAN TARAWIKH

LOKASI : MASJID BAGAN PINANG, Bt 3, JALAN PANTAI,PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

—–

10.00 – 12.00 MALAM – CERAMAH PERDANA

LOKASI : KG SERI RUSA,Bt 4, JALAN PANTAI, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

PENCERAMAH : 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YB DR HATTA RAMLI

3) YB DATO’ KAMARUL BAHRIN ABAS

—–

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

15
Sep

Majlis Peluncuran Buku “Anwar on Trial – In the Face of Injustice”

Suasana di Hotel de Palma petang semalam hening, menghimpunkan aktivis reformasi, penggerak lembaga kemasyarakatan dan barisan peguam saya sejak 1998.

Ikhtiar Pawancheek menyingkap semula secara teliti episod ngeri dan getir ketika itu amat menarik sekali. Beliau menukil dari adegan mahkamah, telatah hakim, dan suasana persekitaran serta reaksi masyarakat antarabangsa.

Pastinya catatan tersebut berharga sebagai dokumen sejarah dan lebih bererti sebagai pengajaran agar kezaliman dan kemusnahan badan kehakiman tidak berulang.

YM Raja Aziz Addruse petah mendedahkan krisis kehakiman 1988 dan keyakinan beliau sejak awal pengendalian kes saya pada 1998 bahawa sang penguasa sudah membuat ketetapan menghukum.

Sekali lagi – tahniah kpd Pawancheek, penerbit Gerakbudaya dan rakan-rakan. Keluarga Allahyarham Aris Chris Fernando juga bersama menyerikan majlis.

ANWAR IBRAHIM

———-

The Rule of Law and Judicial Independence

Speech by Dato’ Seri Anwar Ibrahim at the launching of “Anwar on Trial – In the Face of Injustice” by Pawancheek Marican in Kuala Lumpur on 14th September, 2009 at the De Palma Hotel, Ampang

Today I would like to share with you some thoughts about a subject which I believe is close to our hearts. Not just to politicians, lawyers or social workers but to every member of society. It is so close that without it the very foundation of a free and democratic society crumbles. It is called the rule of law.

Continue reading ‘Majlis Peluncuran Buku “Anwar on Trial – In the Face of Injustice”’

15
Sep

Amirudin Shari: UMNO Sakit Otak

Dari TV Antara

Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

Continue reading ‘Amirudin Shari: UMNO Sakit Otak’

15
Sep

Membaca Malaysia-Indonesia

Oleh Zulhabri Supian

Tanggal 8 September bertempat di sebuah jalan di kota Jakarta bernama Jalan Diponegoro, sekumpulan relawan Benteng Demokrasi Untuk Rakyat (Bendera) bertindak menutup jalan dan memegang buluh runcing ditangan untuk mengusir warga Malaysia yang melintasi jalan tersebut.

Mujur tiada seorang pun rakyat Malaysia yang melalui jalan tersebut seperti yang dilaporkan di dalam media di sini. Mahasiswa Malaysia di Universiti Triskati juga tidak terlepas dari aksi protes dan marah segelintir masyarakat Indonesia apabila dibaling dengan mercun saat pulang ke rumah penginapan masing-masing sehingga menimbulkan ketakutan.

Continue reading ‘Membaca Malaysia-Indonesia’

15
Sep

Menangani Permasalahan Rakyat

Celoteh di kawasan Parlimen sendiri tidak semestinya isu nasional atau dasar.

Di Seberang Jaya akhir minggu lalu saya diminta menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyiapkan lebih banyak tong sampah di kawasan perumahan, memastikan perairan parit tidak tersekat dengan sampah, dahan pokok terlalu rendang mengganggu keselesaan penduduk ditebang dan permohonan meluluskan bumbung tambahan di kedai kopi sekitar Sama Gagah.

Jawatankuasa Masjid Seberang Jaya pula mengemukakan permohonan agar dibina sebuah bangunan kecil untuk penempatan anak-anak yatim.

Agak menarik ialah pasar Ramadhan yang dikendali pemuda, sekitar 130 gerai semuanya. Ada yang meminta dipertimbangkan samaada dapat dijalankan saban minggu.

Demikian di antara isu yang harus ditangani sebaiknya!

ANWAR IBRAHIM

14
Sep

Balada Pilihanraya Kecil

Dari Malaysian Insider

Oleh Amin Iskandar

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang dari Barisan Nasional (BN), Azman Mohd Noor. Kematian Adun tersebut akan menyebabkan pilihanraya kecil (PRK) perlu diadakan di kerusi DUN yang terletak dibawah parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Selepas pilihanraya 8 Mac 2008, kita telah menyaksikan lapan PRK berlangsung seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

PRK kesembilan yang bakal berlangsung tidak lama lagi secara uniknya akan berlangsung di Negeri Sembilan. Buat pertama kali dalam sejarah politik negara, Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya memenangi tujuh daripada lapan PRK yang telah diadakan.

Sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, kebiasaannya, setiap PRK akan dimenangi oleh calon daripada BN tidak kira dikubu kuat pembangkang sekalipun. Kalau adapun yang dimenangi oleh pembangkang hanyalah satu atau dua kerusi seperti kerusi DUN Lunas pada era pemerintahan Dr. Mahathir.
Continue reading ‘Balada Pilihanraya Kecil’

14
Sep

Anwar Ibrahim – he cannot sing, he cannot dance

520x

By Hussein Hamid (MCKK – Class of 1964)

Anwar Ibrahim was born in August 1947. Me in October 1947. Two months separates us at birth-enough for me to be able to say that he is older, but possibly two or three lifetimes separates us knowing what he has gone through in his life.

I remember the time when I wanted to meet up with him to find out what he was doing with his life. He was then teaching at one of the shop houses along Jalan Pantai – possible with Yayasan Anda if I am not mistaken. I did find him and he was indeed teaching and in slippers. At home that evening I casually told my father that I had met Anwar that afternoon. My father was then Director of CID. He stopped, looked at me and said sternly “Engkau tak ada kerja lain?” Whenever my father uses  “engkau” when addressing me I knew that he was not amused. And he then went on to lecture me as to why it would be in my best interest to keep away from Anwar!

Continue reading ‘Anwar Ibrahim – he cannot sing, he cannot dance’

13
Sep

Lapor siasatan rumah mewah Khir, SPRM diberi tempoh 7 hari

Dari Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Gerakan Rakyat integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan perkembangan sisatan kes kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang didakwa bernilai RM20 juta.

Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu.

Continue reading ‘Lapor siasatan rumah mewah Khir, SPRM diberi tempoh 7 hari’