Malaysiakini | 29 September 2009
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.
Malaysiakini | 29 September 2009
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.
Dari TVantara
Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.
Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.
Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan. (more…)
Pagi semalam dalam perjalanan ka Berkeley, saya singgah di studio kerana ditemubual rangkaian popular televisyen Filipina ABS-CBN.
Dan saya kenangkan nasib ratusan yang terkurban dan puluhan malah mungkin mencecah ratusan ribu yang kehilangan harta benda. Majoriti mangsa terdiri dari rakyat miskin.
Pernyataan simpati kita harus disertai bantuan dan sumbangan kebajikan lainnya.
ANWAR IBRAHIM