Archive for September 28th, 2009

28 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From Malaysian Insider

Despite the moribund economy, the government is mulling the use of imported luxury cars for the Najib administration and top civil servants to replace its leased fleet of ageing Proton Perdana V6 Executive vehicles which are no longer in production.

The cars — Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry and Honda Accord — are likely to be leased for four years from Spanco Sdn Bhd, which has a 25-year concession with the government ending 2018 that is now worth RM80 million a year.

The Malaysian Insider has learnt that the judiciary has decided on using the Mercedes Benz and that perk could extend to ministers.
“The Mercedes Benz cars are already being assembled now in Pekan in anticipation of the lease,” a government source told The Malaysian Insider, referring to the assembly plant in the prime minister’s constituency. (more…)

28 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

subwayNY

Acara Ketat di New York

Saya pohon maaf kerana tekanan jadual ketat dan ruang membaca serta membuat persediaan mesyuarat, seminar dan pidato menyebabkan penulisan blog sedikit tergendala.

Di New York, pertemuan Generations dengan Al Gore adalah sehari suntuk. Ini termasuk isu persekitaran, kesan dasar Amerika dan kebijakan baru dalam persediaan ka Copenhagen.

Selain itu perbincangan dengan Mary Robinson juga amat berharga kerana beliau memimpin lebih 40 pasukan khas termasuk peringkat PBB dan NGO. Kehebatan beliau terserlah kerana pendirian mempertahan hak asasi dan membela kelompok miskin.

Pendedahan Mitch Kapur, pengasas internet dan pakar dunia teknologi maklumat menambah kafahaman saya. Di sabelah malam saya sempat menemui beberapa pemimpin negara Islam yang kini menghadiri sidang tahunan PBB di New York.

Wacana Khas Ehwal Dunia Islam

Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam.

Selain wakil pentadbiran Obama, Senat dan Dewan Perwakilan, Amerika diwakili institusi saperti Brookings, Middle East Institute dll. yang aktif mengendali program di negara Islam. Yang agak menarik adalah kerana penyertaan pegawai kanan pentadbiran Bush yang beragama Islam.

Kebanyakan wakil masyarakat Islam adalah dari Pakistan, selain tiga wakil lain dari Afghanistan, Iran dan saya dari Malaysia. Ini adalah kerana fokus perbincangan adalah Pakistan.

Saya gembira dapat berbual panjang dengan Aitzaz Ahsan, Presiden Majlis Peguam Pakistan yang memimpin gerakan memulihkan kebebasan badan kehakiman Pakistan.

Sementara pendekatan positif dialu-alukan, termasuk keputusan mengundur tentera dari Iraq, beberapa isu lain dikhuatiri akan menjejaskan hubungan. Ini termasuk penaklukan dan serangan ke atas Afghanistan dan kegagalan Amerika memeterai perjanjian damai secara adil dalam isu Palestin-Israel.

Kemelut politk dan keganasan di Pakistan dan kelembapan pemulihan ekonomi banyak dibahas.

Saya kini dalam penerbangan ka San Jose memenuhi undangan empat masjid dan masyarakat Islam San Francisco untuk menyampaikan kuliah di masjid di sana. Perjalanannya agak jauh, hampir 5 jam penerbangan.

ANWAR IBRAHIM