26
Sep
09

LTH: Pengurusan Perlu Telus, Profesional dan Bertanggungjawab

Saudara Shukri menanyakan:

Assalamualaikum Dato’ Seri,

Saya selalu tertanya–tanya apakah realiti di sebalik penubuhan anak-anak syarikat Lembaga Tabung Haji (LTH). Sehingga kini, LTH memiliki empat anak syarikat yang menguruskan empat sektor berasingan; property, estate, construction dan travel.

Adakah ianya ditubuhkan untuk menyalurkan semula dana LTH keluar bagi membantu wang berputar dalam negara untuk menjana ekonomi sosial, daripada terperap dalam tabung, atau tujuan utamanya untuk memaksimakan keuntungan LTH supaya dividennya dapat dikembalikan kepada penabung?

Saya bertanyakan soalan ini kerana mungkin Dato’ Seri sebagai Menteri Kewangan dahulu memahami objektif sebenar anak-anak syarikat ini ditubuhkan.

Saya tidak tahu which is which, tetapi semua anak syarikat berlumba-lumba menjadi syarikat korporat yang mengutamakan keuntungan kewangan untuk memaksimumkan dividen kepada LTH.

Dalam masa yang sama, mereka menjadi syarikat-syarikat korporat yang mengabaikan tanggungjawab sosial.

Jika objektif LTH hanya mengutamakan dividen pulangan untuk mengayakan penabung (yang mana ianya jelas kelihatan sekarang), maka fungsi anak-anak syarikat dan fungsi LTH untuk menggunakan dana lebihan untuk maslahat umum tidak akan dijadikan keutamaan. Dan ini merugikan masyarakat, Melayu/Islam khususnya yang masih terpinggir dan miskin di Malaysia.

Saya berpendapat bahawa memperluaskan bisnes untuk memberi pulangan kepada penabung merupakan satu usaha yang baik, tetapi apabila bisnes itu menjadikan keuntungan sebagai keutamaan, sampai bila pun taraf hidup masyarakat tidak boleh diperbaiki.

Penabung harus menerima kenyataan bahawa dividen mereka digunakan untuk membaiki masyarakat melalui anak-anak syarikat dan bukannya menindas masyarakat yang tidak mampu menabung melalui syarikat-syarikat korporat yang ‘dibiayai’ sendiri oleh mereka.

Mungkin saya salah.

Harap mendapat sedikit input dari Dato’ Seri.

—–

Saudara Shukri,

Profesor DiRaja YM Ungku Aziz mula menyarankan konsep penubuhan lembaga dengan maksud menggalakkan tabungan, memperkemas urusan dan kebajikan jemaah haji, dan meningkat kegiatan perniagaan dan pelaburan umat Islam.

Tahniah di atas kejayaan awal. Namun penilaian telus juga perlu.

Manakala pimpinan politik gelojoh memenfaatkan dana buat menyokong projek kroni, atau menteri sibuk mengatur keutamaan pelaburan, maka musibah akan menimpa pelabur yang rata-rata miskin atau berpendapatan rendah.

Saya pasti dengan dakwaan pelaburan mengambilalih projek bangunan kroni di Kuala Lumpur yang pernah dibantah wakil Perbendaharaan tetapi diasak olih menteri dan pimpinan atasan. LTH mencatat kerugian.

Kedua, tidak semua bentuk pelaburan termasuk perladangan di Indonesia umpamanya yang dirurus atau diawasi dengan cekap.

Ketiga, tahap ketelusan, profesionalisme dan pertanggungjawaban perlu ditingkatkan.

Keempat, yang juga kritikal kerana sering berlaku dimana pengurus lebih asyik merencana pelaburan dan perniagaan, dan pengurus menekankan soal kebajikan mereka tanpa menoleh kepada jutaan pelabur yang dahagakan pembelaan dan kebajikan yang lebih.

Adalah diharapkan agar pihak pengurusan LTH memerhati teguran secara bijak dan adil.

ANWAR IBRAHIM


11 Responses to “LTH: Pengurusan Perlu Telus, Profesional dan Bertanggungjawab”


  1. 1 hyde Sep 26th, 2009 at 11:27 am

    Yang semakin peliknya, keuntungan tahunan tidak selumayan dahulu untuk penabung..namun untung diwar-warkan bagai nak rak…

    Reply

    kulup amrin Reply:

    ada baiknya dari penubuhan anak syarikat dari LUTH ini satu usaha yang baik asalkan ianya di urus tabir dengan baik , dalam dunia niaga perniagaan dalam bentuk keluarga tidak punya masa daya tahan, lihat banyak perniagaan yang berteraskan keluarga kecundang lihat sahaja IBM,MBF,BOON SEW,DRB Group, Genting kini telah berada di Kota Kemuraman setelah di urus oleh anak, banyak syarikat milik keluaga kecundang apa bila pengasas telah tiada paling kuat di peringkat anak di peringkat waris ianya akan di rebut oleh waris.ini hukum alam. tertapi tidak sebaliknya kepada perniagaan dalam bentuk dana gergasi.walau pun bertukar pergerusi atau lembaga pengarah perniagaan tetap berjalan cuma jika ianya di rompak oleh lembaga UMNO, tak dapet den nolongnya!!!!!!!!!!

    Reply

  2. 2 msha Sep 26th, 2009 at 11:30 am

    Juga harus difahamkan bahawa segala pelaburan (simpanan peribadi) harus mengutamakan penjanaan keuntungan supaya kos menunaikan haji tidak menjadi beban kepada bakaln haji dan juga menggalakan lebih ramai menyimpan dengan LTH.

    Saraanan bahawa segala usahaniaga LTH mengutamakan tanggungjawab sosial bagi pembangunan tidaj wajar dan yang seharusnya digunakan tabungan awam.

    Masih pemantauan segala operasi LTH tidak dijalankan dengan memuaskan dan sesiapa yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab harus ditegah dari dilibatkan sebagai pengurusan LTH.

    Masi terdapat individu yang gagal penguruskan pelaburan perldangan di Indonesia masih dikekalkan walaupun melebihi usia pencen wajib.

    Watak-watak sama juga diambil oleh GLC lain dalam jawatan-jawatan yang strategik yang menimbulkan keresahan terhadap profesionalisme penguursan dan pentadbiran GLC.

    Reply

  3. 3 Nizam Sep 27th, 2009 at 11:16 am

    mana tak nya.. malaysia makin corot dlm CPI. Nah tgk nih.. malu dgn botswana & bhutan http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2008

    Reply

  4. 4 Putra Jawa Sep 27th, 2009 at 11:57 am

    sori lari dari tajuk

    thanks, kerana aduan dalam blog ini menegenai projek rakyat yang dilewatkan oleh ameno telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan PR selangor.3 aduan yang telah saya tulis dalam blog ini mengenai jalan telah diselesaikan.tq

    Reply

  5. 5 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Sep 27th, 2009 at 1:34 pm

    Askm dato seri

    Cuma nak beritahu silalah bertandang ke blog untuk foto-foto kenangan reformasi. sampaikan salam jamil pada kak wan.rindu nak bertemu kak wan. teringin nak bertemu keluarga dsai tanpa gangguan dari mana-mana pihak. dapat berbual dan bersembang seperti satu keluarga. yg mana dari dulu keluarga dsai telah jamil anggap macam keluarga jamil sendiri. tapi apakan daya jamil bukan tokoh koperat atau ahli perniagaan untuk di beri layanan istimewa. apapun sampaikan salam jamil pada semua ahli keluarga.

    Reply

  6. 6 tok iskandar Sep 27th, 2009 at 4:34 pm

    ada sumber cakap samy nak mohon restu guna perkataan makkal sakhti.dengar citer perkataan ni digunakan beberapa kali sahaja.sekali masa zaman mahatma gandhi.jika tok salah kaum india yang jadi blogers tolong betulkan.bukan senang nak gunakan perkataan makkal sakhti ni.jika benar pimpinan tertinggi PR elok ambil perhatian…termasuk pemimpin HINDRAF agar perkataan makkal sakhti ini tak dijadikan francais oleh BN kelak sematamata nak menang pilihanraya

    Reply

  7. 7 Shatter Sep 28th, 2009 at 11:53 am

    Salam,

    Saya ingin memetik sebaris ayat diatas;

    “Pengurusan yang tidak cekap”.

    Reply

  8. 8 isma oh isma Sep 28th, 2009 at 12:01 pm

    salam warga m’sia, jom bace berita gempar di Mesir, p’buatan orang zalim, jgn lupe sebarkan, pikul tanggungjawab kita bersama…

    Reply

  9. 9 fazli Sep 29th, 2009 at 3:14 pm

    Salam…

    Bagi aku secara peribadi syukri ni memang pelik…dia suruh penabung terima kenyataan bahawa dividen digunakan untuk membaiki masyarakat…??apa nie??

    bukankah duit tu org simpan untuk pergi haji…kalau nak bantu masyarakat guna la duit zakat ka jabatan kebajikan ka..kenapa duit org pegi haji yang nak digunakan untuk memperbaiki masyakrakt?? aku tak paham… duit zakat yang berlambak2 tak guna tue nak simpan bagi kat sapa??guna la duit tu..tabung haji kan dah bayaq zakat..

    aku tak paham…apa yang dia pikirkan…nak guna bantu masyarakat konon…silap2 guna untuk bantu kroni depa ja…paksa beli banggunan dari co. kroni nak bankrap guna duit org nak pergi haji..gila ka??

    Reply

  10. 10 AkuUMNOsokongDAP_PAS Oct 1st, 2009 at 10:32 am

    LTH perlu mengurusan yg cekap dlm pelaburan bkn semata2 untuk keuntungan tp utk kesenambungan, objektif asal utk khidmat Para jemaah haji.
    Soal menteri rakus (guna dana LTH) tak akan timbul klu entiti ini dipisah (privatisation). kita perlu telusan dlm pengurusan tabungan Rakyat. Rasanya ramai Penabung tidak tau di mana wang mrk di labur.
    walauapapun LTH semakin berjaya krn setakat ini mampu menwujudkan sektor economi dlman mrk (property, estate, construction, tourism) cuma kurang teliti membuat membaharuan @ perubhan.

    Bt saudara syukri…keuntungan harus menjd keutamaan dlm perniagaan, cuma tidak terlalu obsesif utk memaksimumkn untung hingga lupa objektif utama & nilai tanggungjawab kemanusian.

    Bt DSAI… ketengahan kan la sikit isu2 jemaah haji kita spt kos, latihan, dsbnya. kita harapkan moga semua warga Msia mampu dan bersemangat utk menunaikan Haji. Ramai mrk yg mampu bt Umrah tp adakah krn Ibadah semata2 pd yg Esa atau ??????

    Reply

Leave a Reply