Dari Harakah Daily
Oleh Abdul Aziz Mustafa
PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
“Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali,” tegas beliau.
PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.
“Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.
Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.
“Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS,” kata beliau.
PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.


















Tuan PAS,tolong beritahu si comel tu janganlah suka sangat lari buat press conference dengan akhbar2 setiap kali ada masalah kecil timpul.Macam kanak2 sja.
Reply
RINDUKAN USTAZ FADZIL NOOR
Setiap kali krisis yang melibatkan PAS berlaku, pasti mengingatkanku kepada tokoh politik yang hebat ; ustaz Fadzil Noor. Pak Subki pernah bercerita, ketika krisis tuduhan Khalwat yang melibatkan Mat Sabu, sesuatu keputusan cepat-cepat dilakukan, agar tidak melahirkan krisis yang berlanjutan. Perdebatan secara ilmiyyah dilayan oleh ustaz Fadzil Noor sedemikian rupa, demi mencari penyelesaian yang jitu dan tuntas.
Ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Harun Taib berbeda pendapat dan hujjah dalam menentukan, apakah Mat Sabu patut dikenakan tindakan disiplin ataupun tidak. Segala hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh dua tokoh ulama ini, didengari rapi oleh Ustaz Fadzil Noor, yang akhirnya pendapat Ustaz Harun Taib diterima, disamping memberi penghormatan terhadap hujjah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Aku pernah diceritakan oleh salah seorang kawan yang agak rapat dengan Ustaz Fadzil Noor, malah berjawatan ketika itu bahawa beliau amat berani ‘sound tepat’ kepada mana-mana ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mengantuk dalam mesyuarat PAS Pusat.
”kalau hang nak tidoq, hang pi balik. Hang mai sini nak Tidoq ka, hang nak meeting ?” Sound tepat Ustaz Fadzil Noor kepada salah seorang Ahli JawatanKuasa PAS dari negeri kedah yang kelihatan seperti terlentok dalam satu mesyuarat PAS Pusat ketika itu.
Diceritakan juga, waimma Ahli jawatankuasa itu di ’Sound tepat’ sekalipun, ternyata dengan gaya kepimpinan ustaz Fadzil Noor, Ahli jawatankuasa itu tidak pernah merasa marah atau terasa hati, malah tetap menyayangi Ustaz Fadzil Noor.
Apabila kita melihat keberadaan Ustaz Fadzil Noor ini, tidak hairanlah ramai yang menghormati beliau, malah amat ’respek’ dengan gaya kepimpinan beliau. Justeru, tidak hairanlah, sebarang kemelut dalaman berjaya diselesaikan dengan baik dan jitu.
Keberanian beliau dari sudut mengemukakan satu tindakan politik yang luar jangka, amat mengkagumkan. Jika kita menyusuli sejarah perjuangan PAS pimpinan Ustaz Fadzil Noor, beliau adalah antara orang-orang penting dalam penubuhan Angkatan perpaduan Ummah (APU) yang melibatkan beberapa parti-parti yang tidak sebulu dengan UMNO; antaranya adalah Semangat 46. Dengan kerjasama politik itu menyebabkan PAS berjaya merampas Kelantan dari tangan barisan Nasional pada tahun 1990 dan kekal sehingga hari ini.
Pun begitu, disebabkan ketidakikhlasan semangat 46 dalam kerjasama APU, menyebabkan mereka dengan sendirinya keluar dari APU, seterusnya ramailah pimpinan semangat 46 ketika itu menyertai PAS.
Begitujuga di kala Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, seterusnya ditangkap. Sekali lagi Ijtihad berani telah dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor; iaitu dengan menubuhkan GERAK yang merupakan satu badan yang dengannya lahir Barisan Alternatif (BA).
Ketika itu, pimpinan parti Keadilan Nasional (PKN) agak kelam kabut dengan kejadian yang menimpa, menyebabkan Ustaz Fadzil Noor sendiri melancarkan GERAK di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar pada 27 September 1998 yang disertai ribuan rakyat.
Hasil dari kebijaksanaan ini, masakan masalah dalaman PAS, masalah luaran PAS pun dapat diselesaikan dengan tuntas, menyebabkan PAS mendapat kemenangan yang agak dibanggakan juga dengan berjaya mempertahankan kerusi PAS di kelantan, dan merampas Terengganu dari tangan Barisan nasional pada PRU tahun 1999.
Malah, menurut sebahagian penganalisa politik, ramai dari kalangan mereka beranggapan, kejayaan PAS, DAP dan PKR dalam tsunami politik 8 mac 2008 sehingga terlahirnya pakatan Rakyat pada hari ini, merupakan kesan dari pemikiran ustaz Fadzil Noor.
Inilah Ustaz Fadzil Noor yang amat dibanggakan. Kebijaksanaan beliau dalam berpolitik tidak dapat disanggah lagi. Beliau disegani kawan dan lawan, malah berjaya menyelesaikan sesuatu kemelut dengan segera.
Pemergian beliau ditangisi ramai pejuang islam di dunia. Waimma beliau meninggalkan kita, tetapi perjuangan beliau tetap diteruskan oleh ramai anak-anak didik beliau.
Apakan daya. Beliau sudah meninggalkan kita. Siapakah lagi yang dapat menggantikan beliau selepas ini? kita masih menunggu…
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Reply
zack Reply:
September 27th, 2009 at 4:50 am
pada pertengahan 1990an saya bertemu empat mata dengan almarhum ustaz fadzil Noor yang tak silap saya bersama 3 orang remaja mungkin anak-anaknya di Alor Setar (singgah makan di restoran tomyam). tanpa apa-apa teguran atau sapaan kerana ketika itu (sekian lamanya) saya dikaburi oleh kekeliruan fakta dan identiti oleh semua media pro kerajaan terhadap beliau. Dari penampilan wajahnya amat tenang dan bersederhana dan bersedia baik dengan sebarang respon dari saya. tapi sayangnya saya tidak terlintas atau sampai seru untuk bertegur sapa atau mengucap atau menerima salam apalagi bersalaman dari pejuang besar dan insan yang kamil walau hati kecil saya dari awal lagi tetap mempunyai ruang atas perjuangan islam yang didokong oleh PAS………..kekesalan itu tetap saya rasai kini kerana perasaan saya ketika itu bagai mencebik didalam hati, memandang rendah dan salah faham terhadap beliau……….kini dalam kedewasaan 43 tahun saya amat merindui pertemuan 4 mata dengan seorang tokoh yang besar. walau amat kesal, atas kesilapan dan peluang sebaik itu saya kini adalah salah seorang penyokong setia perjuangan PAS…………alfathihah untuk almarhum ustaz Fadzil Noor……….amin
Reply
zack Reply:
September 27th, 2009 at 5:03 am
Kita faham keceluparan ilmiah dan dendangan motivasi DDHA (Dato Dr Hassan Ali) amat bagus sekali untuk tujuan penyampaian maksudnya…………tetapi untuk tujuan berpolitik walau banyak cakap adalah sebahgian cara penyampaian tetapi awas ianya tidak boleh celupar!….Dendangan didalam politik boleh dipetik, diambil dan difahami hanya sebahgian daripadanya. jika terlampau banyak dendangan akan berlaku salah faham, maklumat tak jelas keliru, mengeliru dan akan dikelirukan oleh mereka-mereka yang berkaitan dan sewaktu dengannya (khususnya UMNO/BN)…………jangan gopoh DDHA. PAS berjuang bukan sehari. Minda rakyat sudah terbuka luas. maklumat diterima dianalisa, dirujuk dan diputuskan bolehkah diterima pakai……amat berbeza sekali bila kita mengutarakan pandangan ilmiah atau motivasi di dalam apa-apa majlis. bagus kecergasan minda dan kepantasan oral tetapi tidak bagus untuk politik………..terlajak perahu dah ada gear reverse terlajak cakap, huru hara PR jadinya. ambil iktibar ketewasan kerajaan PAS Terengganu walaupun tempat President PAS sendiri………..jadi sabar jarum politik mesti bijak!!!
Reply
betul2. selesai sesama parti kalau selisih pendpt. jgn terus gopoh nak bwt sidang media sbb itu akan menjadi point pd umno nak bantai PR.
Reply
mamadstrongkid Reply:
October 2nd, 2009 at 4:50 pm
dia orang cepat panik………
Reply
Dato Seri,
Saya amat sedih dengan isu yang timbul di Selangor, khususnya yang melibatkan YDP Pas Dato Dr. Hasan Ali. Sebenarnya sudah lama saya mengikuti sikap beliau yang selalu menimbulkan isu dengan Pakatan Rakyat dan suka membuat tindakan sendiri tanpa merujuk kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Beliau juga seringkali berlagak seperti mahu meletakkan diri beliau sebagai ketua di dalam Pakatan Rakyat. Sya teringat dalam banyak siri ceramah beliau , beliau hanya memperkatakan tentang PAS, seolah-olah PAS sahajalah yang hebat, yang mampu memimpin dan menjadi KETUA di dakam Pakatan Rakyat. Pernah beliau menyebut sebagai. ‘Bakal MB Selangor!’. Apakah beliau merasakan beliaulah yang paling layak menjadi MB Selangor dan tidak mahu mengikut arahan orang lain! Saya khuatir jika orang begini ada di dalam Pakatan Rakyat, imej Pakatan Rakyat akan pudar! Permusuhan beliau dengan YB Khalid Samad memang telah diketahui umum. Dalam isu ‘kepala lembu’, kenapa beliau tidak bersuara!
Harap Dato Seri dan kepimpinan Pakatan Rakyat dapat memberikan peringatan yang tegas kepada beliau agar tidak berterusan menjadi’duri dalam daging’ di dalam Pakatan Rakyat.
Berkaitan dengan SELCAT, saya tidak nampak masalahnya dengan perbicaraan terbuka. Kalau selama ini , kita sibuk menyatakan ketidak telusan UMNO Barisan Nasional dan agensi kerajaan dalam mengendalikan sesuatu kes, kenapa dalam halk ini kita tidak mahu berubah. Di mana lagi rakyat dapat melihat ketelusan di dalam pentadbiran kerajaan. Apakah beliau cuba mencari populariti sama seperti apa yang dilakukana oleh UMNO! Banyak lagi isu-isu lain yang perlu diperjuangkan oleh beliau selain ‘mengganggu’ di dalam isu yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat.
Kepada Dato Dr Hasan Ali…sudahlah…rakyat sudah jemu dengan sikap kamu!
Reply
win win malaysian Reply:
September 27th, 2009 at 1:28 pm
DDHA,
Better buka parti sendiri,Akibat suara beginilah PAS TERENGGANU TUMBANG,fahamilah jiwa dan suara rakyat,jgn sekali2 bawa cara politik pas ditrengganu ke selangor ini akan menjadi formula BN/UMNO sikap raja putarbelitnya kita dah tahu,kepada DDHA beristikamahlah pada perjuangan saksama….
Reply
mamadstrongkid Reply:
October 2nd, 2009 at 4:52 pm
yang ni baru wakil rakyat…bukan pondan.
Reply
Dr Hasan mungkin mempunyai keiklasan hati yang tulin terhadap tanggongjawap sebagai orang exco apatah lagi beliau ni seorang tokoh Agama.Kenapa DH tergamak membuat kenyatan sebegini dia mungkin terdesak akibat MB Dato Kalid tak ambil kesah keatas usul ini sebelum nya. Beberapa kali perselesihan faham ini berlaku ianya melibatan bidang kuasa MB dengan kesensitifan Agama atau hukum hakam islam. Ini menampakan bahawa MB DK tidak begitu mengambil berat tentangan pendekatan Agama dalam pengurusan seharian beliau lebeh mirit kepada konsip pengurusan duniawi yang lebeh menjurus kepada perbelahan. Kalau MB DK tidak mengubah prinsip pentadbiran beliau ni atau tidak membuat pendekatan baru ( pendekatan yang lebeh berhemah(kata DH), cendung kepada hukum hakam Islam – seperti pendekatan yang dibuat oleh Lim Guan Eng di P.Pinang) tidak hairan lah satu hari nanti PR akan gagal di Selangor.Kerana kebencian dikalangan warga perkhidmatan awam akan memuncak-muncak seperti kebencian mereka terhadap AG, PDRM, Macc dll.
Reply
antiumno sampaimati Reply:
September 27th, 2009 at 1:46 pm
Masalahnya, semua dasar dan tindakan pentadbiran di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat telahpun diputuskan dan dipersetujui oleh semua kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat , yang terdiri daripada Presiden PKR, PAS, dan DAP. Kalau kepimpinan tertinggi dah setuju dan sepakat, kenapa pula si Hasan Ali ni melbih-lebih pula tunjuk pandai! Maknanya , Dr. Hasan Ali pun tak hormat kepimpinan Presiden Pas!
Saya ingay isu Pilihanraya 2004, sepertimana yang berlaku di Terengganu. Keceluparan dan keangkuhan kepimpinan Pas ketika itu menyebabkan Terengganu kalah teruk di tangan BN/ UMNO. Apa yang penting sekarang adalah memperkukuhkan perpaduan di dalam pakatan bukan terlalu ghairah. Ingat, kita belum menguasai kerajaan persekutuan (Parlimen)! Kita sedang diganyang oleh UMNO dan BN. Kita sudah kehilangan Perak! Kenapa kita dah tambah kekusutan dan masalah semata-mata nak cari populariti peribadi! Saya masih ingat pesanan Datuk Seri Anwar agar kita fokus dulu kepada usaha menguasai kerjaan persekutuan untuk merubah perkara yang merubah segala-galanya. Buat masa sekarang, perlu ada kebijaksanaan politik. Bukan ikut sedap mulut dan mula bongkak seolah-olah kita dah berkuasa penuh! Jangan mudah lupa diri. Ingat dan ambil ikhtibar pilihanraya 2004! Terengganu terlepas! Kelantan kita hanya menang 1 kerusi sahaja!
Reply
mamadstrongkid Reply:
October 2nd, 2009 at 4:54 pm
bukan tak hormat,sedara.kalau tak boleh bersuara baik jadi lembu.
Reply
Salam untuk semua.
Pada pandangan saya kepimpinan PAS mesti menyelesaikan soal YB Hassan Ali ini dengan tuntas daripada berlarutan.
Seingat saya semasa YB Hassan masih menjadi pengarah Yayasan pembangunan keluarga (kalaw tak salah) beliau adalah seorang orator yang emosional.
Sejak kebelakangan ini beliau banyak menimbulkan kontroversi sehingga memberi peluang percuma kepada umno untuk melakukan propaganda tentang masaalah PR khususnya kerajaan negeri Selangor.
Disamping kita sentiasa perlu bersikap telus tentang segala perkara yang melibatkan rakyat dengan kebebasan bersuara bagi kepimpinan PR., tindakan YB Hassan adalah sangat mengelirukan sehingga timbul pelbagai spekulasi. Soal ini makin celaru apabila setiusaha PAS Selangor membuat kenyataan sedia mempertimbangkan kedudukan PAS dalam PR.
Apa sebenarnya yang diinginkan oleh YB Hassan? Adakah ruang untuk duduk berbincang dengan rakan PR lain sudah tiada? Apa motif setiuasaha PAS Selangor mengeluarkan kenyataan tersebut?
Kepimpinan PAS mesti berani menyatakan pendirian. Saya selaku ahli PAS percaya sekian lama kita berjuang dengan segala kekurangan sehingga terkadang calon BN menang tanpa bertanding., saya percaya unsur utama tentang keadilan rakyat akan jauh lebih terbela dengan PR dari momokan dan kerakusan UMNO. Kita tidak akan kehilangan sekiranya YB Hassan dipecat.
Alfatihah kepada Allahyarham Dato Abdul Rahim Abu Bakar bekas MB Pahang yang telah mempertahankan harta rakyat Pahang.
Reply
mamadstrongkid Reply:
October 2nd, 2009 at 4:58 pm
kau ni senngkek betullah,baru macamtu nak pecat orang,belum masalah besar lagi…jangan cepat melatah.siasat lah dulu.
Reply
“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”
HIDUP PAKATAN RAKYAT!
Wassalamualaiykum.
Reply
Apa masalahnya sekarangan ?? Janganlah kalau pemimpin UMNO dan BN tutup semua dan sweep under the carpet .. Kita harus bangga dengan pemimpin saperti yang ada sekangan. Media yang di kuasai oeh Umno dan BN memberi gambaran seolah-olah PR TIDAK BERMUAFAKAT .Ini tidak benar sama sekali dan cuba mempengaruhi fikira rakyat.
Reply
Dear Datuk Seri
Sikap PAS terhadap Pakatan Rakyat adalah sangat positif. PAS, PKR dan DAP akan tetap bergabung untuk menubuhkan kerajaan baru di negara ini. Rakyat sudah pun bersedia untuk membuat perubahan ini. Hassan Ali tidak seharusnya membuat kenyataan media jika tidak berpuas hati dengan SELCAT. SELCAT adalah cukup berkesan kerana ia dapat mendedahkan kepada rakyat penipuan wakil-wakil rakyat BN yang menghabiskan wang rakyat berjuta-juta ringgit dalam masa 2 bulan. Apakah Hassan Ali tidak nampak menyelewangan ini? Bukankah menipu duit rakyat itu tidak islamic. Apakah kerana pegawai-pegawai daerah itu orang Melayu kita perlu ada set peraturan berlainan? Inilah kelemahan kita. Pegawai daerah tidak bersalah, mereka hanya perlu jadi saksi bahawa duit yang banyak telah diselewengkan. Apa salahnya? Mereka bukan dipukul atau diherdik. Kami rakyat Selangor langsung tak faham dengan sikap Hassan Ali. Inilah kelemahan tokoh seperti Hassan Ali. Apabila hendak dicari kebenaran ada pula cuba hendak menghalangnya. Lihat sahaja bagaimana Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang. Cukup berjaya. Lim bukan seorang Islam tetapi mempunyai prinsip yang kukuh dalam mentadbir. Dia disayangi orang Melayu, Cina dan India. Sekadar menjadi penceramah saja belum tentu boleh mengurus kerajaan. Pakatan di Selangor cukup kuat. Khalid Ibrahim seorang pemimpin yang dinamik. Rakyat akan terus menyokong kerajaan PAKATAN.
Reply
sdr dsai/
Memandangkan Tun Dr M bercadang yg si samy vellu harus undur sebagai pesiden MIC,dah terlalu lama duduk kat situ munkin otak menjadi krem selama 30 tahun,dan dicadangkan Tun Dr M menyuara satu lagi tunggul badi di sarawak ia itu TS Taib Mahmud (CMS) sama memerintah 30 tahun agar di calonkan DS Effendi Narawi atau mana2 yg layak dan berintregriti….sapu semua mana yg dah tua otak dah krem dan babo,jika mahu BN melangkah popular kembali……
Reply
YB DHA,
Minta datuk jangan melatah oleh provokasi UMNGOK. Janganlah bersikap kebudak-budakan kerana sikap datuk yang cepat melatah hanya memberi ruang kepada UMNGOK Selangor yang diketuai oleh seekor TOYOL untuk mendominasi isu untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat di Selangor.Kalau datuk tak boleh berbincang dalam segala isu dengan PR Selangor, eloklah datuk undur secara terhormat. Saya lihat YB Khalid Samad lebih bijak dan matang berpolitik dari datuk, maka biarlah YB Khalid Samad menerajui Pas Selangor…tolong berundur datuk!
Reply
BOBAN(Bagan Pinang) Reply:
September 28th, 2009 at 11:15 am
sdr Dato`Dr Hassan Ali,
Saya sokong apa yg dimaksudkan oleh DDHA,tapi secara law,namun DDHA harus bersikap terbuka dlm isu menangani kes drunkin master ni,silap2 DDHAli nanti dicop jadi Drunkin master,kalau nak upgrade sistem yg berkualiti tak payah hebah dimedia,DDHA pun tahu sikap media dimalaysia ni semuanya mcm buaya lapar(tak semua) dah ketandusan pembaca,sekarang ni news paper di kedai berlambak2 je tak ada org nak beli,harap2 tawkey news ni golong tikar,padan muka…
Harapan saya DDHA bersikap sedar kedudukan dan rangking diri,kalau tak malu dgn DS khalid,hormatlah pada PAS pusat,DDHA kami anggap duta penceramah yg berkarisma,jgn kerana ini DDHA dianggap sama seperti Brahim katak oleh penyokong pas….renung2kan….
Reply
YB DDHA,
Memohon maaf didahulukan, izinkan saya menanya beberapa soalan, apa sebenarnya motif saudara YB? kan ada ‘by-election’ dekat Bagan Pinang tak lama lagi!!! Saya ni seorang buta politik pun terasa bahang kepanasan BE dekat Bagan Pinang. Apatah lagi saudara YB!!! Saudara YB ni nak bantu BN ke? Nak bantu PR? Ataupun nak menolong BN secara tidah lansung menumbangkan PR di Selangor sperti mana yang diura-urakan kebelakangan ni??? Jagan lupa saudara YB ye, PR ‘consist of’ PAS, PKR and DAP…Mungkin banyak lagi di masa akan datang.
Assuming BN has successfully toppled PR government in Selangor likewise happening in Perak, Is there a MB position or any undisclosed ‘habuan’ offered…? What a Permanent-Head-Damage politician.
Tanpa kewujudan saudara YB di masa akan datang, saya percaya lawan masih tetap lawan… No one is indispensable!!!
Reply
Reply
aku sokong win2 malaysia..leju dah ku nngar mukanya.
dah tue2 ni fokuslah pada ibadat…
biolah org lain memerintah..banyak lagi yang layak menjadi pemimpin cuma..tak penah di bagi peluang..
cam aku
Reply
PR…BERJUANGLAH DI SARAWAK BERSUNGUH2…DI SINI LUBOK SINAR KE JALAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.
DR HASAN ALI ADALAH PEMIMPIN YANG GAGAL. JAUHI DIA DARI SARAWAK. DIA BELUM KENAL ERTI PERMUAFAKATAN. ISU PERKAUMAN HENDAKLAH DIJAUHI DARI NEGERI INI KERANA KITA JAUH MENDAHULUI 1 MALAYSIA.
Reply
petronas miri aku pun gitu..pemimpin kat sarawak tok camney..
CUBA FIKIR2 AKU DAH LEJU DAH DGN PEMIMPIN BN…SUMA DAH NAMPAK BABO..PILIHANRYA AKAN DTG NI SAH MESTI DIORANG KETAR2 AH SIBUKLAH KELAK MAUK DAPAT KEMENANGAN..TGOK LAH MESTI ADA KEJUTAN YANG BERLAQKU
Reply