Di New York, sejurus tiba di hotel, pengerusi Council on Foreign Relation Richard Haas berkunjung minum teh bersama. Richard baru meluncurkan buku menyerang mantan Presiden Bush kerana dasar tempang menyerang Iraq tanpa alasan kukuh, dan bukan “war on necessity”.
Lewat nukilan terbaru beliau, “War of Necessity, War of Choice”, Richard mengadunkan penulisannya separa memoir dan separa sejarah, yang turut mengilhamkan beberapa pandangan jauh khususnya bagaimana Amerika Syarikat boleh belajar melalui peperangan di Iraq dan mempertikaikan kebijaksanaan Amerika Syarikat meneruskan serangan di Afganistan.
Kami makan malam bersama beberapa teman lama, dan kemudiannya berbincang panjang mengenai beberapa isu sebelum meneruskan diskusi panjang kemudiannya.
ANWAR IBRAHIM









Salam Damai DSAI…..
Semoga dalam keadaan baik di New York. Saya teramatlah inggin bertukar pendapat dengan DSAI, tentang politik di Sabah. Saya berasal dari Sabah dan sekarang belajar di semenanjung. Saya amat kagum dengan pemikiran DSAI yang jitu. Isu yang saya hendak utarakan adalah mengenai keperluan asas di luar bandar iaitu jalan, air dan elektrik – (Saya minta maaf sebab cerita ni mengenai di Sabah, bersifat kenegerian, masalah orang Sabah). Melalui pemerhatian saya semasa bekerja untuk projek di luar bandar, saya amat begitu kesian dengan penduduk di pendalaman ni-(hidup mereka ok tapi macam ada yang tidak betul-ketinggalan). Ada penduduknya yang masih tidak menggetahui yang KLCC tu berada di Kuala Lumpur, malah Kuala Lumpur pun tidak tahu-menahu. Saya sedih. Politik di Sabah ni bermacam-macam. Apa pendapat DSAI? TQ
Reply
Spy Barisan National Reply:
September 25th, 2009 at 9:09 am
Kent..
Sya berpendapat masalah terpinggir rakyat sabah dari arus pembangunan adalah di tingkat kedua, keperluan fisiologi spt Air, Api (electricity), Sekolah dan Hospital adalah yg utama termasuk pembasmian PATI, yg sudah berlarutan puluhan tahun.. ada jg Pendatang Asing Tanpa Izin yg da ada IC malaysia. Laungan 1Msia tak boleh nak buat apa, cuma rakyat sabah yg harus bangun untuk menuntut ketelusan jentera Kerajaaan memyelesaikan masalah tersebut dengan tegas dan segera. Sabah penyumbang hasil terbanyak kerajaan Msia tp pengagihan pembangunan hanya tertumpu pd Semenanjung Msia, setelah hampir 20thn baru kini sabah bole bersuara krn BN takut kalau2 sabah menjadi pembangkang, mkna nya Sabah da ketingalan puluhan tahun krn kegagalan k’jaan utk mengagihkan ekonomi secara adil, maka itu kelebihan ini bole la hendak nya para pemimpin sabah mendesak k’jaan utk memulangan hak rakyat sabah semenjak 20thn kebelakang. bangun la anak-anak sabah tuntut hak kamu… pertinggikn ilmu pengetahuan kamu supaya pemikiran kamu tidak di jajah oleh segelintir manusia yg tamak & rakus. Adakah saudara kent hafal lirik lagu negeri sabah? lirik lagu negeri sabah menuntut ‘bersatu’ krn dgn bersatu saja sabah akan bebas dan maju kehadapan. lupakan soal politik krn para politikus ini hanya menabur janji bkn melaksanakn janji.
Masalah kedua adalah k’jaan negeri Sabah gagal utk membuka peluang pekerjaan pd Rakyat sabah, ramai golongan profesional rakyat Sabah bekerja di Semenanjung Msia. D.Seri Musa Aman spt tidak berkebolehan, apapun jua saudara kent da belajar di sini dpt melihat betapa gaji pembantu kedai pn RM800 keatas, tp d sabah RM180. lihat la perbezaan ini, hatta pekerja kilang pn bole merai gaji RM2000 keatas di Selangor. Akhirkata adik Kent belajar la bersungguh2 agar dapat mengubah nasib dan masa depan Rakyat & negeri Sabah am nya. Pilih pemimpin yg mampu utk membantu Rakyat.
Reply
Aku Nih Reply:
September 25th, 2009 at 10:05 pm
SALAM DSAI,
PENGALAMAN DI RANTAU ORG AKAN MEMBERIKAN IDEA2 BARU BUAT DSAI UTK MEMIMPIN DGN LEBIH CEMERLANG DAN BERTENAGA. UTK ITU JADIKANLAH PELUANG INI UTK MELIHAT BGMN NEGARA2 MAJU MENTADBIR DAN MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT.
SATU LAGI ISU YG MENJADI BUALAN RAMAI DI MASA INI IALAH TTG MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN MELAYU DAN BUMIPUTRA (SABAH DAN SARAWAK). BAYANGKANLAH.. HENDAK BERKERJA DGN KERAJAAN, ADA BYK KERTAS PEPERIKSAAN SPA YG HENDAK DIDUDUKI, DAN BILNGAN KEKOSONGAN PUN SGT TERHAD. NAK BEKERJA DGN SWASTA, PELUANG PUN TERHAD, DI MANA KEBANYAKKANYA DIKUASAI OLEH KAUM LAIN.. HENDAK MEMOHON GLC, TPT JUGA ADALAH SGT TERHAD DIMANA BILANGAN GLC DI NEGARA INI ADALAH DLM 15 KE 30 BUAH…
PERSOALANNYA APAKAH AKTIVITI EKONOMI YG BOLEH DIBUAT OLEH KAUM MELAYU DAN BUMIPUTRA? HENDAK BERNIAGA, KENBAYAKKAN MEREKA BUKANLAH BERLATAR BELAKANGKAN GOLONGAN BERADA.. HENDKA MEMINJAM DARI BANK – MEREKA TIADA APA PUN YANG BOLEH DICAGARKAN.
MUNGKIN DGN MEMBERIKAN BYK PILIHAN PEKERJAAN UTK GRADUAN MELAYU DAN BUMIPUTRA AKAN MELANCARKAN DAN MENGAKTIFKAN SEMULA EKONOMI NEGARA… SIAPA TAHU. PANDANGAN SAYA, PERKARA INILAH YANG PATUT DIJADIKAN PRIORITI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT, MAKA ITU BARULAH PAKATAN RAKYAT AKAN DISEGANI DAN MENJADI PILIHAN. SAMADA DI SEDARI ATAU TIDAK DISEBABKAN MASALAH INILAH KEBANYAKKAN GRADUAN MELAYU DAN BUMIPUTRA TERPAKSA BERNIAGA SECARA KECIL-KECILAN, DAN TIDAK MUSTAHIL ADA YG MENOREH GETAH, MENJADI NELAYAN DAN BERCUCUK TANAM.
SEMOGA DSAI DAPAT MEMBERI PERHATIAN TERHADAP PERMASALAHAN INI. MUNGKIN DGN MEWUJUDKAN PELUANG YG PELBAGAI BUAT KAUM MELAYU DAN BUMIPUTRA AKAN MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. MALAH SEKIRANYA KAUM MELAYU DAN BUMIPUTRA INI MEPUNYAI PEKERJAAN YG STABIL DAN DISOKONG KUAT OLEH KERAJAAN, KERAJAAN JUGA AKAN MENIKMATI HASILNYA DGN WUJUDNYA LEBIH RAMAI KUMPULAN ATAU KELAS PERTENGAHAN YANG MAMPU MEMBAYAR CUKAI. LEBIH BANYAK CUKAI DAPAT DIKUTIP MAKA LEBIH UTUHLAH EKONOMI SESEBUAH NEGARA.
SEMOGA DSAI TIDAK KEBERATAN UTK MEMPERTIMBANGKAN PANDANGAN2 DI ATAS.
SEKIAN, WASSALAM.
Reply
DSAI,
saya amat kagum keperbagaian ilusi dsai semoga terancang akan menjadi realiti pabila di putra jaya nanti,tanpa disedari,arus keyakinan rakyat terhadap sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat mula menular di segenap pelusuk bandar/kota/daerah,justru itu dsai perlu mengorak langkah menengani hati rakyat agar jgn menjadi kabur semula,ini penting,dsai perlu mengarahkan ahliJK PR turun padang disegenap pelusuk desa utk menyakinkan lagi kuasa PR.
BN telah mula memesongkan akidah politik PR kepada rakyat yg hanya tahu acara subsidi,pabila dah termakan subsidi,halatuju dan keseronokan rakyat mula menalar,kita perlu sekat hamburan duit rakyat,inilah cara BN meraih simpati pada rakyat…Mereka kecundang mengsubsidikan rakyat seperti kita/kami sebab kita org terpelajar,dah tahu dunia ni bulat dan lebih advance dari AJK BN…kita renung2kan kembali……..
Reply
Hello DSAI,
Just wanted to say hello and wish you and your family Selamat Hari Raya!
Reply
Richard Haas tak bagitau ke, kalau Pakatan Rakyat nak kekal lama jangan bergaduh secara terbuka lebih-lebih lagi dihadapan media-massa utama negara…
Pergaduhan antara anggota Pakatan Rakyat merupakan Vitamin utama yang diperlukan oleh media-media haprak ini untuk sedikit bernafas…
Tak perasan lagi ke selama ini, kalau ada isu anggota Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri, media jenis ini sebelum subuh lagi dah tunggu kat depan tangga…
Kalau nak gaduh sampai tunggang langgang pun gaduhlah dalam mesyuarat tertutup…
Semoga Dato’ Seri memainkan peranan utk mengubah perangai yg tidak enak ini…
Reply
How much money is required to go through customs when traveling to Canada from the US?
Reply
win win malaysian Reply:
September 26th, 2009 at 2:03 pm
He..mr,
Stupid Q`tion……
Reply
assalamualaikum datuk seri anwar ibrahim..
saya x sampai hati nak pendekkan nama datuk..
kerana tika ini..
datuk merupakan seorang yang saya sangat hormati..
saya sebenarnya tercari2 cara untuk berhubung dengan datuk secara terus..
e-mail contohnya..
kerana saya merupakan seorang pelajar..
dan selaku seorang pelajar undang2 di sebuah universiti..
saya perlulah bersikap neutral..
namun,saya sudah tidak tahan dengan pemerintahan malaysia kita sekarang..
walaupun saya seorang pelajar menuntut di universiti,namun,kajian saya tetap menidakkan cara kerajaan..
kerana apa,sudah terlalu banyak isu yang timbul..
kes atlantuya yang saya kaji,masih jelas kesalahan nya kepada DIA,rasuah yang dilindung dan pelbagai lagi..
akta auku sendiri menidakkan hak kami sebagai pelajar untuk berpandangan lebih jauh,dan juga menyuarakan suara hati kami,pelajar2 malaysia..
saya amat sedih tatkala negara kita di uruskan kerajaan..
masalah remaja sekarang juga,kerajaan patut disalahkan..
kerana apa,pada pandangan saya,penguatkuasaan undang2 di setiap peringkat sangat lemah..
remaja yang merogol atau melanggar undang2,asalkan dia anak menteri,anak ketua polis,ataupun saudara mereka,amat mudah untuk mereka melepaskan diri..
situasi ini tidak ubah seperti yang berlaku di india..
polis umpama raja segala korupsi..
perkara yang selalu saya takuti ialah,apabila orang yang saya sayang atau ahli keluarga saya contohnya,di rogol oleh anak2 mereka yang berkuasa,apa yang mampu saya lakukan..
sedih hati pabila terkenang perkara sebegini..
polis sudah tentu akan dengar kata menteri..
pernah sekali,saya ada seorang kawan,anak kepada menteri kerajaan..
saya naik kereta dengannya,kemudian dia memandu lebih had laju,kawan saya orangnya baik..
pabila ditahan polis,melihatkan ic nya berbinkan menteri,polis dengan senyum kambingnya melepaskan kami..
lihat,ini organisasi yang sedang beroperasi di negara kita..
cita2 saya adalah untuk menubuhkan satu sayap dalam pembangkang yang merupakan generasi kedua yang terdiri dari lepasan universiti..
yang mempunyai pemikiran yang matang..
ini cita2 saya..
kerana apa saya menyebut generasi kedua,kita lihat satu contoh..
apabila isu di perak,saman ydpa..
orang2 tua di kampung melihatnya menerusi tv..
mereka orang tua yang sedang bermain dam di kedai kopi dengan marahnya menyatakan tindakan itu wajar di kenakan tindakan..
ironinya,mereka generasi pertama melihatnya hanya dari satu medium,TV yang dikawal kerajaan secara tidak langsung..
namun apabila kita belajar,kita akan tahu,cerita sebenar,melalui medium lain seperti internet dan sebagainya..
maksudnya,generasi kedua lebih matang dan luas pemikiran,berbanding dengan mereka yang hanya duduk di kedai kopi melihat di tv sambil bermain dam..
datuk,kalau diizinkan,saya ingin berbicara dengan datuk,kerana saya banyak perkara yang ingin di tanya kepada datuk,namun tidak mempunyai medium sesuai,saya harap datuk dapat memberi saya alamat e-mail ataupun yang membolehkan saya bertanya kan datuk secara cepat..
saya tahu,pemintaan saya agak kasar dan keterlaluan,namun begitu,apabila sampai ditahap ini,saya berani ditahan kerana pandangan saya diatas,dan menunggu pru akan datang,kerana saya percaya,malaysia sudah mampu menerima pembaharuan yang bakal di bawa datuk..
saya doakan kejayaan datuk..
dan,harap dapat e-mail ataupun medium lain yang memudahkan saya berhubung dengan datuk..
saya berjanji kepada diri saya,andai kita tewas lagi,saya akan memimpin generasi kedua,mengambil alih kerajaan di bawah panji2 pakatan rakyat..
assalamualaikum…
Reply
Shatter Reply:
September 30th, 2009 at 3:29 pm
Which University?
UM? UKM? UUM? UIA?
I’m a Law student too.
Reply
(Maaf diluar tajuk)
Dari Kacamata Halik Zaman:
BARISAN NASIONAL KINI RAPUH
KONSEP ikatan dalam Barisan Nasional diantara semua kaum, Melayu Cina India dan lain lain kaum di Malaysia, luarannya nampak begitu teguh, kukuh dan kuat sekali. Ketua ketua kaum dalam BN nampak bersatu teguh. Ahl ahli komponen BN seperti MCA, MIC dan PBS pucuk kepimpinan parti masing masing mempunyai permasalahan dalaman tersendiri yang begitu serius sekali.
Kepimpinan MCA diperingkat Pusat begitu bercelaru, berkocak dihempas badai bergelombang perebutan kuasa. MCA menghadapi penyakit krisis kepimpinan yang parah, terlalu mencemaskan sekali skandal rasuah PKFZ yang menjolok mata dan skandal sexs yang paling memalukan dikalangan ahli ahli MCA sendiri.
MIC pula pemimpinnya Samy Vellu terlalu angkuh kendatipun tidak punya political base dikawasan pilihanraya diseluruh Malaysia. Tidak ada satu kawasan pilihanraya pun yang kaum India mempunya suara majoriti tanpa bersandar dari sokongan pengundi Melayu. Tanpa Barisan Nasional, MIC bukan siapa siapa dalam politik Malaysia.
Dalam Barisan Nasional UMNO menjadi tunggaknya, kerana UMNO punya dasar Ketuanan Melayu, maka MIC yang tidak ada political base itu tidak punya kedudukan yang baik. Untuk mendapat kembali sokongan dari akar umbi kaum India para pemimpin MIC disaran mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional. Satu perkara penting para pemimpin MIC perlu fikirkan bahawa Presidennya Samy Vellu dimata pemimpin UMNO sudah tidak ada value lagi. Ini sungguh memalukan.
PBS pula bukan lah sebuah parti politik yang kuat diSabah, kerana PBS kini sudah berpecah menjadi 3 kumpulan iaitu PBS, UPKO dan PBRS yang mulanya semua bersatu dalam PBS. Dalam PBS sekarang pun sudah ada tanda tanda perpecahan.
PBS sekarang ini pengaruhnya cuma bergantung kepada ketokohan Datuk Seri Josepht Pairing Kitingan. Sampai berapa lama Josepht Pairin Kitingan boleh hidup? Sedang beliau kini sudah pun dimakan tua. Timbalannya Datuk Dr.Maximus Ongkili popularitinya yang nyata cuma bersandar kepada ketokohan Datuk Seri Josepht Pairin Kitingan sahaja.
Bila kita sudah faham senario politik rakan rakan UMNO dalam BN seperti diatas, semua orang pun sudah faham kekuatan UMNO hanya bersandar kepada rakan rakannya dalam Barisan Nasional yang kini sedang nazak itu tidak dapat bernafas lagi seperti dulu.
Dimana sahaja kawasan pilihan raya yang UMNO mempunyai kekuatan 60% pengundi Islam maka kawasan kawasan tersebut kini sudah menjadi kawasan yang tidak selamat lagi bagi UMNO dalam PRU13 lantaran sayap kanan dan kirinya sudah tidak berfungsi lagi. Mana tidaknya, sokongan akar umbi sudah hancur musnah dan punah.
Diperingkat akar umbi MCA, MIC, Gerakan dan PPP, konsep Barisan Nasional sudah mula dipertikaikan. Mereka pertikaikan Ketuanan Melayu, hak orang Islam dan Bumiputera dalam BN masih ada lagi jurang perbezaan yang jauh. Seolah olah ahli ahli MCA, MIC, Gerakan dan PPP yang bertaraf warganegara Malaysia itu punya kelas2 dalam sebuah negara Malaysia. Padahal tanpa undi warganegara Malaysia, UMNO tidak dapat menubuhkan Kerajaan Pusat berseorangan.
Dalam BN yang nyata dilihat oleh ahli ahli akar umbi MCA, MIC, Gerakan dan PPP cuma ketua ketua kaum sahaja yang bersatu dan ada keistimewahan masing masing ketua kaum. Akar umbi pengundi bawahan terus dilamun ilusi janji pilihanraya sahaja. Tanpa para pengundi, ketua ketua kaum itu, bukan siapa siapa.
Ahli ahli MCA, MIC, Gerakan dan PPP majoriti sudah hilang kepercayaan kepada BN maka para pemimpin UMNO juga sakit kepala dengan pengundi Melayu yang sudah pecah terbahagi tiga UMNO PAS dan PKR. Perpecahan pengundi Melayu dalam UMNO akan menguntungkan Pakatan Rakyat kalau dikawasan tersebut calon PKR atau PAS lawan UMNO ‘satu lawan satu’ tanpa ada sokongan undi pos kepada UMNO maka kemenangan condong kepada Pakatan Rakyat.
Kerana para pemimpin UMNO sudah sedar hakikat ini akan berlaku, maka Dato Seri Mohd. Najib pun main peranan ‘demi Islam, demi Melayu, kita mesti bersatu dalam sebuah Kerajaan Perpaduan. Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin,”Cakap sahaja apa apa syarat pun kami setuju, asalkan Kerajaan Perpaduan segera diwujudkan.”
Para pemimpin UMNO jangan ghairah dengan adanya undi pos berjumlah 5,000 di PRK Bagan Pinang. Kalau kalah BN satu tamparan hebat kepada Najib dan Muhyiddin dan kalau menang pun BN itu cuma kekuatan undi pos yang tidak punya value dimata rakyat Malaysia. Tunggul pun boleh menang kalau disokong sejumlah 5,000 undi pos.
HZ
Reply
win win malaysian Reply:
September 26th, 2009 at 2:47 pm
Apa yg diangkuhkan BN kini cuma bayang igawan sisa2 sokongan veteren yg kini hanya menunggu jatuh kejurang kehancuran,justru ini tidak mustahil komponan BN diSarawak perlu ambil iktibar arus kebanjillan dari puak2 yg bertelagah PBB/SUPP/PRSPDS,derasnya aliran masuk Pakatan Rakyat kebumikenyalang ini pada pru13 adalah satu bonus buat rakyat sarawak,walaupun Najib berulang-alik mencari simpati rakyat sarawak menjanjikan 1malaysia yg basi buat rakyat sarawak,dan bonus 500 hanya utk cuci air liur puasa di Eidul fitri yg sereba memerlukan pengorbanan….
Pakatan Rakyat dihati pengundi di sarawak adalah idola hakiki dan sanggup mereka buang tangga berayun kaki demi keseronokan kompromi Pakatan Rakyat bertapak dibumi kenyalang tercinta ini,maka Ahli2 komponan BN sarawak harus sedar kenapa dan mengapa terjadinya angkara ini…..
Tepuklah dada tanya kroni serta akar umbi yg kini dihempit pendustaan yg nyata oleh tangan yg perasuah menghantui kesesakan kehidupan seharian.Kami percaya seadanya ahli2 baru Pakatan Rakyat yg berduyun2 masuk ahliPR,nyata tamparan BN di sarawak menuju kencah KEHANCURAN…Amin…..
Reply
Tahniah DSAI,
Usaha DSAI yang berterusan dari usia muda dalam badan antarabangsa adalah aset yang terlalu berharga yang tiada pada pemimpin lain di Malaysia. Suara DSAI mudah di terima di peringkat antarabangsa. Pada saya ini adalah faktor asas yang sangat berumbi serta mendasari dan meresap jauh dalam masyarakat untuk membentuk dasar.
Saya kini sudah dapat merasakan DSAI telah mengubah banyak suasana dalam susunan sosial, ekonomi dan politik tanahair. Perubahan ini hanya dapat dimantapkan jika DSAI dan PR memainkan peranan utama menyusun dan mengukuhkan intitusi tersebut.
InsyaAllah, segala usaha murni DSAI akan sentiasa diberkati dan dirahmati.
MAbA
Reply
DSAI,
Berita Harian hari ni(30.9.09) ade cerita tentang pertemuan DS dgn R. Hass. Keturunan mahathir ni dah kata DS..saya menyampah la dgn dia dan keturunan dia ni..tak sedar diri langsung.
DS masih respect kat mahathir lagi ke tidak..
Reply
Keakraban Anwar, tokoh propeperangan AS diragui
Sabtu, 03 Oktober 2009 14:44
KUALA LUMPUR: Pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tokoh politik propeperangan Amerika Syarikat, Richard Haas, minggu lalu di New York, menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian politiknya berhubung isu Asia Barat.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menganggap pertemuan sulit Anwar dengan Haas yang juga Presiden Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat itu adalah bagi memenuhi kehendaknya yang terdesak untuk mendapatkan perhatian sekali gus menggambarkan sifat kepura-puraannya.
“Ada masanya, Anwar mengeluarkan kenyataan berbelah bahagi berkaitan isu keamanan di Asia Barat dan pada satu masa lain Anwar terus bekerjasama dengan tokoh politik propeperangan.
“Anwar yang lazimnya tidak konsisten dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu serius nampaknya ketagih sokongan asing yang tentunya sesuatu yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Anwar dalam laman blognya pada 24 September lalu dalam catatan bertajuk ‘Bicara Dengan Richard Haas’ mengesahkan pertemuan itu berlangsung di sebuah hotel di New York apabila Haas mengunjunginya untuk minum teh sebelum perbincangan lanjut dengan beberapa teman lama.
Ketika itu, Haas baru melancarkan buku menyerang mantan Presiden Bush kerana dasar tempang menyerang Iraq tanpa alasan kukuh.
Anwar berkata, menerusi buku War of Necessity, War of Choice, Richard mengadunkan penulisannya separa memoir dan separa sejarah, yang mengilhamkan beberapa pandangan jauh khususnya bagaimana Amerika Syarikat boleh belajar melalui peperangan di Iraq dan mempertikaikan kebijaksanaan Amerika Syarikat meneruskan serangan di Afghanistan.
Haas dikenali sebagai seorang yang berpengaruh dalam pentadbiran George H W Bush, yang mengembangkan kuasa negaranya secara unilateral di Asia Barat dalam usaha untuk menguasai lapangan minyak di wilayah itu.
Pernah berkhidmat sebagai Pengarah Perancangan Dasar dibawa Setiausaha Negara Colin Powell, beliau berpengaruh dalam membuat keputusan berkaitan peperangan di Iraq yang mengorbankan jutaan orang awam
Reply
I think this was a very interesting post thanks for writing it!
Reply
Do Asians throw hamburgers at their weddings since American’s throw rice at theirs?
Reply
Whats a question with no answer called?
Reply
I think what they did to you was unfair and poor customer service
Reply
What is the established church?
Reply