Dari Harakah Daily
Oleh Abdul Aziz Mustafa
PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
“Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali,” tegas beliau.
PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.
“Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. (more…)
















