Archive for September 22nd, 2009

22 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Jamilkucing merungut kerana saya belum menjawab kad ucapan Eidulfitri, berbeda dengan era saya di Sungai Buloh katanya.

Kami akan menjawab semuannya inshaallah, mungkin saja dalam perjalanan atau belum diproses di pejabat.

Ucapan melalui emel memang dijawab, tetapi saya mohon maaf kerana tidak menjawab semua kiriman SMS.

4RAKYAT menanyakan mengenai rumah terbuka di Segambut. Tahun ini saya dan Azizah memilih untuk bersama majlis Menteri Besar Selangor (Eid pertama), Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang (Eid kedua) dan di DUN Bagan Pinang (Eid ketiga).

Maaf kerana tidak ada majlis khusus di Segambut dan Cherok To’kun.

ANWAR IBRAHIM

22 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sebaik disinggung tentang Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, persoalan undi pos dibangkitkan.

Ternyata persepsi umum adalah bahawa undi pos tidak bebas dan telus. Kita menjangkakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan menangkis pantas “tohmahan” tersebut.

Mereka sekonyong-konyong terbabas manakala ditilik semula amanah pembentukan suruhanjaya bagi menjamin pilihanraya bebas dan adil.

SPR perlu memperbaiki sistem dan kaedah pengundian – menjamin kerahsiaan, membenarkan kehadiran wakil calun, mengira pada hari yang sama.

Terlalu banyak bukti yang dikemukakan sabelum ini, tetapi disangkal angkuh tanpa sebarang jaminan perubahan wajar.

Kita ulangi tuntutan supaya pengundian bebas, telus dan adil. Hak rakyat termasuk pasukan keselamatan wajar dihurmati.

ANWAR IBRAHIM