19
Sep
09

Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?

Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim. Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh.

Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal. Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan. Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat.

Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A.

Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini.

Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini.

Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A . Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan.

Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian.

Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui. Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar.

Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya.

Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit.

Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu!
Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut.

Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, Anwar mendapat layanan yang berbeza.

Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan.

Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan.

Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain. Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau.

Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif politik dalam membuat fitnah yang kononnya Anwar melengah-lengah kes ini :-

- Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!

- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.

- Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas ahli PKR yang membelot daripada perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Majistret. Mereka paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik kepada UMNO dan menyalak kerana duit!

- Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat perbicaraan yang adil.

Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, (dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) – suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail. Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak akan menangguh tanpa alasan. Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau.

Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan Barisan Nasional!


40 Responses to “Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?”


  1. 1 shah Sep 19th, 2009 at 12:50 am

    Insyaallah, yang benar tetap akan berjaya..DSAI harus bersabar dan menghadapi segalanya tanpa emosional..hingga kini pun semua orang tahu bahawa apa saja yang dilakukan DSAI melalui peguam nya adalah sememangnya menjadi hak beliau..sebenarnya yang takut menghadapi tindakan mehkamah adalah pihak pendakwa..mereka ini sebenarnya sedang merekayasa apa sahaja tindakan untuk membuktikan kredibiliti mereka bebar-benar teguh walaupun terpaksa memutar fakta, mencipta bukti sendiri, dan mencari saksi yang akan dianggap “cina buta” bagi memenangi kes ini…hanya yang Ariff Hakim perlu berperanan dengan sebenar-benarnya adil tanpa tekanan dari mana-mana pihak..
    DSAI, Selamat hari raya aidil fitri buat DSAI seisi keluarga………..

    Reply

    zul Reply:

    Semalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang mengumumkan memberi bonus RM 1000 kepada semua kakitangan kumpulan sokongan di negeri berkenaan. Berbeza dengan kakitangan kerajaan di peringkat persekutuan yang hanya mendapat RM 500 itu pun dua kali bayar…Selangor dan Kedah membayar sekaligus hari ini. Manakala Pulau Pinang akan membuat dua kali bayaran.

    Reply

  2. 2 shahran Sep 19th, 2009 at 1:00 am

    Kalau barisan peguam DSAI memang telah benar-benar bersedia, so kita tak perlu bimbang..biar pendakwa bersandiwara sesuka mereka kerana akhirnya kebenaran tetap akan menjadi milik yang hak..DSAI tidak perlu khuatir kerana akhirnya perbicaraan pasti dilansungkan…soal mereka yang berusaha bawa kes ini ke mahkamah tinggi, biar lah, tak kan Yang Arif Hakim tidak dapat menilai apa sebenarnya telah berlaku…surat khabar Utusan jgn diambil kira lapuranya kerana moto nya pun adalah “Matlamat Menghalalkan Cara” demi orang-orang UMNO…sudah pasti setiap apa jua tindakan yang dilakukan oleh DSAI akan dianggap tidak betul sedangkan demi untuk mempertahankan maruah sudah pasti DSAI perlu melakukan apa saja untuk menghadapi konspirasi jahat ini..
    Tiada lagi pemimpin di Malaysia ni diperlakukan seperti apa yang pernah dan sedang dihadapi oleh DSAI..kalau orang lain, mungkin keluar saja dari perjara terus ke Tg Rambutan atau Tampoi……
    Manusia sekuat DSAI saja yang mampu menghadapi situasi seperti ini…

    Reply

  3. 3 Manjalara Sep 19th, 2009 at 2:49 am

    Saya bukanlah orang yang pro pada mana-mana parti tetapi sebaiknya diminta kes mahkamah berprofil tinggi ini perlu disegerakan agar semua pihak dapat keadilan yang diinginkan.Mahkamah dunia bukanlah sesuatu yang adil tetapi Allah jua yang mengetahui apa ada di langit dan apa ada di bumi.Sesungguhnya balasan Allah itu akan tiba walaupun tidak secara cepat namun lama kelamaan kebenaran akan terbukuti jua.Oleh itu,diharapkan janganlah ada pihak yang cuba bermain tarik tali.Jika dirasakan tidak bersalah maka perlu berani menghadapi segala rintangan kerana Allah lebih mengetahui.Rakyat tidak perlulah diperbodoh-bodohkan disebabkan tamak akan kuasa dan jawatan.Rakyat sekarang bijak menilai kebenaran……fikir-fikirlah sendiri bak kata Nabil.Saya setuju sangat perbicaraan ini dapat dicepatkan dan tak perlu ditangguh dengan pelbagai dalih dan alasan lagi.Rakyat ingin melihat keadilan seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka yang berkenaan.

    Reply

    Tertib Reply:

    salam manjalara..memang semua orang nak cepat tahu pasal kes ni..tapi kalo ko yang kena tuduh,takkan ko taknak bela diri ko dan takkan ko taknak dapatkan semua dokumen2 penting sebelum dibicarakan..sebab dokumen2 tu memang wajib diserahkan oleh pihak pendakwa..Analoginya,takkan nak masuk berperang,tapi kita takde ape2 maklumat pasal lawan yang kita nak perangi tu..bodoh namanya tu…harap semua dapat bersabar..kalu aku jd DSAI aku mintak kes ni dibicarakan di mahkamah dunia..mana aku nak caya ngan mahkamah di Malaysia ni..selagi yang menguasai negara ni didokongi pemimpin yang menjual tanah sendiri dan pemimpin yang membunuh orang sesuka hati..MasyaAllah!..

    Reply

  4. 4 Shatter Sep 19th, 2009 at 3:00 am

    DSAI,

    Please act at haste about this, it is common for any type of the case to be triad at session court instead of high court. The excuses given – shows they have other intentions.

    Sources from inside told me; they want to eliminate you totally this time.

    May Allah be with you in time of perils.

    Reply

  5. 5 Danildaud Sep 19th, 2009 at 3:42 am

    Malicious prosecution certainly is a grave injustice to the would be defendent. As events leading to the trial proper unfolds ,
    a pattern similar to what was evidently manifested a decade earlier that of a trump- up charged reveals its ugly sight in perfect synchronicity yet again.

    Reply

  6. 6 1rakyat Sep 19th, 2009 at 3:47 am

    beEnd lebih ganas dari gengster! memalukan negara di mata dunia…kesian kita..

    Reply

  7. 7 Nur Iman Sep 19th, 2009 at 5:50 am

    Askum wbt dan salam kewarasan untuk semua penatap laman sesawang ini.. salam ramadhan yang ke 29 @ terakhir pada hari ini bagi tahun 1430H.. salam lebaran 1430H yang bakal menjelma kepada semua.. kepada DSAI, keluarga, alim ulamak, ustaz-ustaz, tok tok iman, tok bilal, tok siak, waris warah, anak beranak, sahabat handai, rakan taulan, SERTA SEMUA PENYOKONG & PENDOKONG KEADILAN dan PENGUNDI PR dari segenap ceruk.. serta bulatan peguam yang sememangnya sangat kental/sabar/dedikasi/intergriti dalam menangani kes ini.. saudara dan sahabat ku semua, apa kita nak heran sangat dengan bajingan-bajingan yang melolong di luar sana termasuk yang memberi komen tanpa kewarasan yang 99 % itu.. bukan kita tidak kenal dengan manusia-manusia itu semua termasuk $$$$$$$$$$ PEMUDA HEBAT $$$$$$$$$$$ TIGA SERANGKAI “REL”" (“ROSLAM KASSIM (rumah kat selayang)/EZAM/LOKMAN).. pemuda mata $$$$$$$$$$$ bertiga inilah yang cukup hebat dahulu dalam membuat road show ke sana ke mari dari tahun 1998 lagi.. kita tak payah la nak ambil pusing komen dia orang ini.. wartawan-wartawan pun, pergi la sambung belajar lagi, tak payah la pergi dok cari orang-orang macam ini, dah tak laku lagi pendapat/saranan/idea di-dia oarng ini..bukan apa, buat sakit hati je.. nak cari pendapat atau komen, cari la yang ada intergriti sikit.. bukan dok gi cari yang TALAM 14 muka tu.. insaf-insaf la…..salam

    Reply

  8. 8 sadasada Sep 19th, 2009 at 5:57 am

    Kebaculan mahkamah di Malaysia merupakan suatu tragedi. Apakah teknik melengahkan perbicaraan ini dirancang dengan teliti sebagai strategi BN menghadapi PRU 13? Katalah menjelang PRU 13 kes ini ‘dilajukan’ dan DSAI dijatuhi hukuman penjara, apa akan jadi kepada PR masa itu? Rasanya sentimen rakyat akan memihak kepada PR namun dengan media perdana dan kepakaran UMNO memutarbelit, mereka akan berusaha sehabis daya merosakkan PR.

    Sudahkah kita ada perancangan sekiranya perkara ini terjadi?

    Reply

  9. 9 erbos Sep 19th, 2009 at 7:35 am

    Sepintar mana pun manusia merekayasa tetapi mereka lupa rekayasa dan ketetapan Allah akan mengatasi segala galanya.Mereka bersandar pada dahan yang rapuh dalam mempertahankan pemerintahan BN tanpa mereka melihat kejadian kejadian aneh yang tidak terfikir oleh otak,tidak terbayang oleh akal dimana dulu SPR membuat persempadanan kawasan pilihanraya agar pembangkang tidak akan menang kerana yakin pengundi India & Cina menyokong BN,tetapi akhirnya kuasa Allah mengatasi segala galanya.Mereka sibuk dengan kes liwat yang tidak nampak secara jelas dilakukan oleh DSAI dimana saksinya masih ditutupi sedangkan pemimpin2 UMNO yg ke negara jiran lebih parah aksi mereka..Kita sama sama mengambil iktibar semoga penyakit yang menimpa Peguam Negara terdahulu akan menular kepenggantinya begitu juga dengan saksi saksi palsu mereka begitu juga yang menyokong mereka

    Reply

  10. 10 Sedia Ke Putrajaya Sep 19th, 2009 at 8:21 am

    Salam DSAI
    Kita sama2 tawan Johor lepas dan Malaysia nt

    Reply

  11. 11 IMCurtain.com Sep 19th, 2009 at 8:33 am

    Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

    Reply

  12. 12 jai Sep 19th, 2009 at 8:43 am

    insaALLAH….berkat di bulan ramadhan ini marilah kita sama-sama mendoakan agar pemimpin yang kita kasihi DSAI mendapat perlindungan dari ALLAH S.W.T….DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN SEPERJUANGAN….insaALLAH merika yang membuat fitnah yang jahat lagi kejam ini hidupnya tidak akan tenteram di dunia malah di akhirat kelak w.w.besawab…untuk DSAI SERTA KELUARGA DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG LAIN TERUSKAN PERJUANGAN ….LAWAN TETEP LAWAN…..SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN…

    Reply

    storm62 Reply:

    salam bro jai, DSAI, bro sofi & sekeluarga.

    Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri….maaf zahir & batin kpd semua umat2 Islam diMalaysia.

    Lawan tetap Lawan

    Reply

  13. 13 yus Sep 19th, 2009 at 9:26 am

    Orang-orang seperti inilah yang akan menjayakan wawasan 2020, impian bekas PM.

    Reply

  14. 14 BaganPinangVoters Sep 19th, 2009 at 10:04 am

    We can’t expect justified decisions from a kangaroo court, can we?

    Reply

  15. 15 Abg.dinr Sep 19th, 2009 at 12:09 pm

    Allah s.w.t maha adil, UBN memang zalim yang teramat sangat, bukan sahaja kepada DSAI, malah kepada rakyat. Ya Allah, sempena bulan yang penuh berkat lagi makbul ini, kami mohon pada Mu ya Allah, beri lah balasan yang setimpal kepada kerajaan UBN yang telah menzalimi kami dengan balasan yang dapat menyedarkan mereka tentang keadilan dan kekuasaan mu…… ya Allah… Amiiin…!

    Reply

  16. 16 Anjun Andiff Sep 19th, 2009 at 2:57 pm

    Semuga Allah mengkhianati mereka yang bersifat angkuh dan kejam serta menggunakan kuasa untuk menganayai orang lain. Insyallah kebobrokan akan terbongkar jua akhirnya dan sama-samalah kita berdoa dibulan yang penuh kebarkahan ini agar Datuk Seri Anuar Ibrahim mendapat keadilan yang sewajarnya. Jangan lupa bahawa Tuhan punya kuasa. Mereka yang mengejar pangkat dan harta dengan menzalimi orang lain sudah pasti akan mendapat pembalasan.

    Reply

  17. 17 Udin Sep 19th, 2009 at 3:01 pm

    Yang si loyar junior mcm depa ni tulis kat sini apsal? Mana pegi loyar2 yang lebih handalan?

    Reply

    Shatter Reply:

    loyar junior takpa la, esok aku kat PKR gak

    Reply

  18. 18 anuar Sep 20th, 2009 at 2:44 pm

    Assalamualaikum,

    Semoga bersabar. Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang benar dan sabar. Saya mendoakan DSAI terus tabah menghadapi ujian getir ini.

    Reply

  19. 19 lostboys Sep 20th, 2009 at 11:16 pm

    ada satu kesah,apabila orang alim buta kan mata seorang budak,orang ramai semua marah..berkata meraka pada orang alim tu..kenapa ko buta kan mata budak tu,berkata orang alim,aku menglindungi ia dari sesekaan api neraka..bagaimana terjadi soal mereka,lalu orang alim berdoa pada allah supaya mata budak tu kembali seperti asal..apabila pulih saja,lalu diperlihat kan perangai budak tu..di ambil nyer buluh2 dan kayu yg tajam lalu di letak kan didalm sungai..tempat kanak2 lain selalu mandi..tujuan nye nk meluka kan orang lain..dr.chandra muzafar tu,cacat pun dah jahat n tamak..kalo dia bole berjalan ngn sendiri lg la punah kita ni..allahualam.

    Reply

  20. 20 zainal Sep 20th, 2009 at 11:54 pm

    Assalamualaikum wrt,

    Sabar separuh dari iman. “ORANG SEGAN, KITA SOPAN”. Tapi sekarang buat apa kita segan, kalau pihak pendawaan tidak SEGAN?

    Reply

  21. 21 zainal Sep 20th, 2009 at 11:58 pm

    Assalammualaikum wrt,

    Sabar separuh daru uman.
    “ORANG SEGAN, KITA SOPAN”. tapi sekarang buat apa kiya nak sopan, pihak pendawaan dah tak segan!

    Reply

  22. 22 impikan keadilan Sep 21st, 2009 at 10:40 am

    Tak tau le apa nak jadi dengan cerita ni. Dulu (saya cukup ingat) DSAI ni menumbuk muka dia sendiri kerana malu sehingga lebam mata. Lepas tu Si azizan kata dia di liwat oleh DSAI tapi mahkamah tak tengok pun kesan dubur si Azizan.

    Lepas tu seorang bekas timbalan gabnor Bank Negara kata DSAI ada duit berbilion sampai sekarang ni yang bercakap tu tak tau dimana berada.

    Nak pecaya buat apa cerita orang macam ni. Memang dia orang nak jerat DSAI. Tapi saya cukup yakin DSAI dan semua jenteranya telah membaca setiap niat dan langkah puak yang rakus kuasa ni.

    Mari kita buktikan di Bagan Pinang bahawa cerita berita hairan dan Utusan meloyat ni memang pembohong.

    Reply

  23. 23 AG.RAJUDIN PG.SULAIMAN Sep 21st, 2009 at 3:33 pm

    BERSAMA KITA BERDOA..SEMOGA DS AKAN BERJAYA MENGHADAPI DUGAAN INI..INSYALLAH
    SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATHIN UNTUK KEPADA DATUK SERI DAN KELUARGA

    Reply

  24. 24 RakyatMalaysia7 Sep 21st, 2009 at 5:03 pm

    Salam,

    Ya Allah ya Tuhan kami,Kau berikanlah petunjuk dan jalan kepada DSAI dan Pakatan Rakyat untuk menangkis segala niat-niat jahat yg yg diaturkan ke atas mereka yg memperjuangkan kebaikan dan keadilan di muka bumi-Mu ya Allah..hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan..Amin ya rabbal ‘alamin

    Wassalam

    Reply

  25. 25 MJ Sep 21st, 2009 at 7:00 pm

    FIGHT EVIL ALL THE WAY DSAI !!!!!!!!!!!!!!

    Reply

  26. 26 observer Sep 21st, 2009 at 11:29 pm

    Justice will prevail. The people will throw BN into the deep blue sea. Pakatan will take over with the help of all Malaysians. Insya Allah. HIDUP DSAI. HIDUP PAKATAN.

    Reply

  27. 27 mbar Sep 22nd, 2009 at 10:41 pm

    Selamat Hari Raya kepda Datuk Seri dan Datin Seri mudah-mudahan tuhan melindungi dan memberi petunjuk kepada yg setiasa membuat fitnah kepada Dato Seri.

    Reply

  28. 28 mangsa projek hidro bakun Sep 22nd, 2009 at 11:16 pm

    Semoga keadilan berpihak kepada Datuk Seri Anwar.

    Kalau PKFZ menelan belanjo korupsi RM500,000.00,

    Baku jauh lebih tinggi – menelan berbillion ringgit. Rujuk dalam Malaysian Mirror.

    Penyangak Hidro Bakun harus dibongkar!!!

    Penduduk asal kawasan Bakun kehilangan tanah NCR.

    Bongkar, jangan tak bongkar!!!

    Reply

  29. 29 cula tupai Sep 23rd, 2009 at 4:51 pm

    Insyallah Kes ini akan menyebabkan UMNO/BN Tersungkur dan Di Benamkan Sedikit hari lagi….
    percayalah tuan tuan sekalian ALLAH akan makbulkan Doa Doa orang orang yang di inayai …

    Reply

  30. 30 wan simunjan Sep 24th, 2009 at 5:10 am

    Nak hapuskan golongan BANGSAT yang sentiasa menindas dan melakukan manipulasi undang-undang ni maka kita sebagai rakyat dan pengundi harus berani untuk membuang UMNO/BN. Percayalah selagi UMNO/BN berkuasa selagi itulah ketidakadilan, penindasan dan manipulasi undang-undang akan terus menimpa rakyat.
    Hari ini kita nampak DSAI yang terkena angkaranya. Entah-entah eosk lusa kita sendiri atau kaum kerabat kita yang menjadi bahan deraan undang-undang UMNO/BN.
    Justeru itu jika kita mahukan sistem keadilan kehakiman yang lebih telus dan penuh intergriti maka HAPUSKAN UMNO/BN. Ayuh ! Menangkan parti-parti PAKATAN RAKYAT dalam setiap pilihanraya sehingga UMNO?BN tumbang. Jika kita mampu melakukan tugas ini dengan baik nescaya segala keburukan gerombolan BANGSAT UMNO/BN ni akan dapat kita dedahkan kepada rakyat.
    Kepada peguam-pemguan DSAI teruskan perjuangan dan berikanlah informasi kepada rakyat mengenai manipulasi yang cuba dilakukan oleh gerombolan UMNO/BN ni dalam menghancurkan perjuangan DSAI. Percayalah seandainya DSAI tewas lagi kali ini maka UMNO/BN PASTI AKAN TERKUBUR JUA !

    Reply

  31. 31 Gedebe Sep 30th, 2009 at 9:59 am

    Assalamualaikum w.b.t.,

    apa yang sedang di sendiwarakan oleh pihak kerajaan taghut ini merupakan satu fitnah besar kepada semua umat Islam di Malaysia ini khasnya. Ini adalah ujian keatas keimanan umat Islam di Malaysia khasnya. Dimanakah keyakinan kita terhadap hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Keadilannya adalah tanpa 4 orang saksi yang adil semua tuduhan itu adalah palsu dan kita wajib menolaknya supaya kita terhindar dari dosa fitnah ini. Pemfitnah-pemfitnah ini telah biasa untuk bergelumang dengan dosa jadi mengapa kita tanpa sebab meletakkan diri kita kedalam kancah fitnah ini. Tidak semena-mena kita terpalit dengan dosa fitnah ini. Ingatlah setiap fitnah itu mengundang bala dari Allah. Perkara pokok yang wajib kita fahami adalah tanpa 4 orang saksi yang adil tuduhan ini adalah fitnah… semoga Allah memelihara kita dari bala yang ditimpakan atas dosa fitnah oleh orang-orang yang zalim ini…

    Reply

  32. 32 berita hairan,utusan meloya,tv3 suku,RTM(Rancangan Tipu Melayu) Sep 30th, 2009 at 4:52 pm

    smekom..
    kwakakak… kita jgn pertahan.. kita kene serang.. sebab kalo asek petahan.. sebelum PRU-13 nti, dah abis harta malaysia ni diangkut bawak lari. DSAI.. sy dengar byk dah politikus2 UMNO dah beli tanah kat Indonesia.. preparation utk kekalahan PRU-13 nti.. camne tu?? kwakakak

    Reply

  33. 33 pak bakar ghazal Oct 2nd, 2009 at 10:25 pm

    assalamualaikum,

    selamat hari raya buat semua rakyat yang bencikan kezaliman @ keganasan. semoga Allah berkati kalian semua.pak bakar dah meluat nak baca utusan meloya dan berita haruan serta dah tak sanggup nak melihat siaran tv3 yang nampak sangat membodek kerajaan yang dikatakan cukup bersih ( dikata la tak nmpk pun bersihnya )buat DSAI jangan risau kami rakyat johor khususnya muar dah benci dengan warna biru tapi buka biru muda.semua cakap tak serupa bikin.dalam kepala mereka semua duit,DUIT,duit,$$$$$$$$$$ sampaikan yang haram pun leh bertukar menjadi halal.semoga dacing tidak diguna kan lagi dizaman canggih ini..ni bukan zaman penjajah sampai nak berkumpul pun tak boleh..apa nak jadi dgn 1malaysia ni nanti sekiranya mereka mereka yang zalim ni terus di beri kuasa..kalau nak tau ada seorang bos tu dari muar tapi rakyat muar pun menyampah tgk muka dia yang sembab tu.hidup..hidup…HIDUP RAKYAT

    Reply

  34. 34 anwar junior Oct 3rd, 2009 at 1:16 am

    Anwar terfitnah lagi buat kali ke dua. Namun dalam sejarah fitnah manusia, tidak akan berulang fitnah yang sama yang dapat di percayai orang.

    Fitnah yang sama buat kali ke dua ini hanya menggambarkan kebodohan perancangan yang konon bijak bertindak tapi menunjukkan dengan terang kebebalan demi kebebalan.

    Orang-orang apakah jenis sedemikian rupa, yang konon menegakkan kebenaran dan mengheret orang yang terfitnah ke pengadilan dan hukuman setimpalnya harus dilaksanakan sedang seluruh dunia melihat kebodohan mereka. Seluruh dunia melihat ulangtayang jalan cerita yang sama terhadap orang yang begitu terkenal dan berani menyelongkar semua salahlaku orang-orang atasan.

    Sekali tertipu tidak mungkin buat kali kedua. Sekali kamu berjaya menghunbankan terfitnah ke kandang besi tidak mungkin buat kali kedua. Sekali kamu merasa masih lagi bahagia tanpa balasan dari Allah tidak mungkin buat kali kedua.

    Kehebatan orang yang terfitnah kerana beliau masih boleh memaafkan pada mereka yang telah insaf dan memohon maaf ataupun tidak, namun bukan ini bereri beliau seorang yang lemah dan penakut.

    Apakah mereka masih belum lagi sedar pada apa sebenarnya yang berlaku?
    Apakah mereka masih belum lagi nampak pada kecacatan pemimpin mereka yang sebenar?
    Apakah mereka masih belum lagi percaya bahwa pada satu hari kelak BN akan tumbang kerana pemimpin mereka semuanya tidak lagi berdaya menentang kehendak rakyat. Ini bukannya cerita illusi, bukalah mata dan bacalah sejarah bagaimana Marcos, Suharto dan lain-lain pemimpin dan partinya tumbang kerana rasuah.

    Anwar Ibrahim sebenar tidak bersalah tapi beliau di fitnah. Betul atau Tidak? Roslan,Ezam dan Lokman cuba berkata benar dengan memulakan kalimah BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM.

    Reply

  35. 35 putri santubong Oct 3rd, 2009 at 4:31 pm

    Kalimah Allah jangan main2..

    Ingatlah org memfitnah..besar dosanyanya dari membunuh..ntahlah tak faham aku best sangat kah memfitnah ni..tambahan pulak dari pemimpin yang tertinggi yang menjadi contoh kepada rakyat..nampak sangat diorang ni jahil..

    Nampak sangat…Aku paling tek suka isteri pemimpin yang tak tutup aurat,,.suka sangat tayang rambut…dgn aksesori beribu2 dah tu beli dgn duit rakyat…..

    Tak malu diorang ni rakyat kalau beli aksesori gitu tak makan agaknya.

    Sedar2lah sikit..respek kak wan..dari dsai jadi menteri kabinet..ciri2 wanita muslimah sentiasa ada..tu yang bini pemimpin lain jeles..kak wan org tidak mementingkan duniawi..

    Kak Rosmah..kalau kak rosmah bertudung mesti wajahnya anggun..t

    Reply

  1. 1 KENAPA YB BADRUL JAHIL SANGAT? « Dewan Pemuda PAS Sarawak Pingback on Oct 31st, 2009 at 8:56 pm

Leave a Reply