Suasana di Hotel de Palma petang semalam hening, menghimpunkan aktivis reformasi, penggerak lembaga kemasyarakatan dan barisan peguam saya sejak 1998.
Ikhtiar Pawancheek menyingkap semula secara teliti episod ngeri dan getir ketika itu amat menarik sekali. Beliau menukil dari adegan mahkamah, telatah hakim, dan suasana persekitaran serta reaksi masyarakat antarabangsa.
Pastinya catatan tersebut berharga sebagai dokumen sejarah dan lebih bererti sebagai pengajaran agar kezaliman dan kemusnahan badan kehakiman tidak berulang.
YM Raja Aziz Addruse petah mendedahkan krisis kehakiman 1988 dan keyakinan beliau sejak awal pengendalian kes saya pada 1998 bahawa sang penguasa sudah membuat ketetapan menghukum.
Sekali lagi – tahniah kpd Pawancheek, penerbit Gerakbudaya dan rakan-rakan. Keluarga Allahyarham Aris Chris Fernando juga bersama menyerikan majlis.
ANWAR IBRAHIM
———-
The Rule of Law and Judicial Independence
Speech by Dato’ Seri Anwar Ibrahim at the launching of “Anwar on Trial – In the Face of Injustice” by Pawancheek Marican in Kuala Lumpur on 14th September, 2009 at the De Palma Hotel, Ampang
Today I would like to share with you some thoughts about a subject which I believe is close to our hearts. Not just to politicians, lawyers or social workers but to every member of society. It is so close that without it the very foundation of a free and democratic society crumbles. It is called the rule of law.
Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.
Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.
Tanggal 8 September bertempat di sebuah jalan di kota Jakarta bernama Jalan Diponegoro, sekumpulan relawan Benteng Demokrasi Untuk Rakyat (Bendera) bertindak menutup jalan dan memegang buluh runcing ditangan untuk mengusir warga Malaysia yang melintasi jalan tersebut.
Mujur tiada seorang pun rakyat Malaysia yang melalui jalan tersebut seperti yang dilaporkan di dalam media di sini. Mahasiswa Malaysia di Universiti Triskati juga tidak terlepas dari aksi protes dan marah segelintir masyarakat Indonesia apabila dibaling dengan mercun saat pulang ke rumah penginapan masing-masing sehingga menimbulkan ketakutan.
Celoteh di kawasan Parlimen sendiri tidak semestinya isu nasional atau dasar.
Di Seberang Jaya akhir minggu lalu saya diminta menggesa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyiapkan lebih banyak tong sampah di kawasan perumahan, memastikan perairan parit tidak tersekat dengan sampah, dahan pokok terlalu rendang mengganggu keselesaan penduduk ditebang dan permohonan meluluskan bumbung tambahan di kedai kopi sekitar Sama Gagah.
Jawatankuasa Masjid Seberang Jaya pula mengemukakan permohonan agar dibina sebuah bangunan kecil untuk penempatan anak-anak yatim.
Agak menarik ialah pasar Ramadhan yang dikendali pemuda, sekitar 130 gerai semuanya. Ada yang meminta dipertimbangkan samaada dapat dijalankan saban minggu.
Demikian di antara isu yang harus ditangani sebaiknya!