Archive for September 12th, 2009

12 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Anwar memimpin solat Maghrib berjemaah bersama pimpinan mahasiswa.

Anwar memimpin solat Maghrib berjemaah bersama pimpinan mahasiswa.

Anak muda tekun mendengar tazkirah yang disampaikan Anwar.

Anak muda tekun mendengar tazkirah yang disampaikan Anwar.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pimpinan AIC yang telah berjaya menyelenggara Majlis Iftar dan Dialog di kediaman saya semalam. Alhamdulillah sambutan menggalakkan menjangkau 200 orang, terdiri daripada penggerak AIC dan juga pimpinan mahasiswa.

Majlis dimulakan dengan sesi dialog, antara lain menanyakan soalan mengenai hubungan Malaysia-Indonesia. Saya tegas menyatakan bahawa permasalahan ini harus diselesai melalui pendekatan yang berhemah dan santun, bukan melalui adu domba dan seumpamanya. Faktor-faktor sensitiviti juga harus diambil kira dengan bijak dan tuntas tanpa memainkan sentimen kedua belah pihak.

Usai tarawikh sesi tazkirah ringkas mengambil tempat. Tentunya saya mulakan dengan penghayatan ramadhan sebagai madrasah ruhiyyah. Sempat saya mengolah kupasan tokoh ilmuan tersohor Prof. Muhammad Hamidullah lewat karyanya “Why Fast?: Spiritual & Temporal Study of Fast in Islam”.

Saya turut menghimbau pertemuan saya dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dengan Fathi Yakan di Riyadh dan Umar Telmasani di Kaherah dahulu.

Sempat juga saya menyinggung perihal kursus BTN, yang nampaknya bisa menjadi pemusnah agenda 1Malaysia jajaan Perdana Menteri dengan modul yang penuh sentimen perkauman jijik.

Ironinya kalangan mahasiswa dan penjawat awam tidak pula termakan dengan dakyah murah sebegini, malah terhibur dan simpati dengan lelucon usang yang sekian lama diulangtayang.

ANWAR IBRAHIM

(Untuk galeri gambar majlis ini, sila klik di sini)

12 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan Media Bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Jawatankuasa Wanita Dalam Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak

Kekerasan seksual dalam apa jua bentuk mesti ditolak

Lontaran berunsur ugutan dan ancaman untuk melakukan keganasan ke atas YB Rodziah Ismail ketika majlis dialog di antara Kerajaan Negeri Selangor dan penduduk Seksyen 23, Shah Alam oleh mereka yang hilang pertimbangan untuk bersikap terbuka dan beradab dalam sebuah majlis dialog amatlah tidak wajar sama sekali. (more…)