Archive for September 4th, 2009

4 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

–KENYATAAN MEDIA– 

Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk membatalkan satu pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam.

Afidavit tersebut telah ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3pm.

Afidavit yang telah difailkan mempunyai dua tujuan iaitu menentang permohonan yang difailkan oleh Peguam Negara, dan keduanya menyokong permohonan kerajaan Negeri Selangor untuk membatalkan tindakan Peguam Negara malalui satu Saman Dalam Kamar yang juga telah difailkan pada hari ini. (more…)

4 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysian Insider

Oleh Zukri Aksah

Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.

Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

The Malaysian Insider sebelum ini telah melaporkan perihal tindakan dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, yang menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana ingkar janji dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta. (more…)

4 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Maka berlabuhlah kapal selam kontroversi jenis scorpene dari negara Peranchis itu di pesisir negara kita. Sekian lama menjadi bahan bicara rakyat, kemunculannya di perairan negara mengungkit kembali kontoversi dan skandal yang tercetus. Saya dan pasti ramai lagi rakyat Malaysia masih diselubungi pelbagai pertanyaan berhubung pembelian kapal selam ini.

Selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat ketika membahaskan Peruntukan Jabatan Perdana Menteri 2009 pada tanggal 5hb November 2008, telah mengungkapkan antaranya pembaziran termasuklah pemberian komisyen besar berjumlah RM 510 juta kepada syarikat Perimekar.

Agak mendukacitakan apabila kapal selam yang dirundung pelbagai skandal ini diberi nama bersempena seorang pejuang kemerdekaan; almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra al Haj. Saya secara peribadi merasakan ini merupakan satu penghinaan kepada Bapa Kemerdekaan tersebut.

ANWAR IBRAHIM