Archive for September 3rd, 2009

3 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Oleh Hafiz Yatim

Election campaign material supplier Elegant Advisory Sdn Bhd who is suing Umno over a RM218 million breach of contract was today allowed to change its statement of claim to name a new defendant.

Following this, the company replaced Umno’s former treasurer Abdul Azim Mohd Zabidi with former Umno administration and finance secretary Ishak Abdul Rahman as the new defendant.

The company was also ordered by Kuala Lumpur High Court judge Anandham Kasinater to pay costs of RM5,000 within 14 days to Abdul Azim for wrongly naming him as a defendant. The present Umno treasurer is Ahmad Husni Hanadzlah.

(more…)

3 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sedih saya apabila diberitahu korban gempa bumi berskala 7.3 richter mencecah 46 orang dan menjejaskan 1300 buah rumah. Gempa yang berpusat dari sekitar kabupaten Tasik Malaya itu dirasai kuat di Jakarta, Bandung dan Surabaya.

Saya menyeru kepada masyarakat antarabangsa agar bersiap sedia menghulurkan bantuan apabila keadaan memerlukan.Kepada teman-teman di Indonesia, kami di Malaysia, inshaallah akan berusaha membantu dan berdoa moga Allah SWT akan senantiasa memelihara kita semua dari sebarang kecelakaan serta kemalangan.

ANWAR IBRAHIM

3 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Kegagalan pihak pendakwa untuk menyediakan sijil berkaitan hari ini menyebabkan perbicaraan ditunda ke tarikh 3hb November 2009. Tidaklah mengejutkan pula sekurang-kurangnya buat saya apabila pendakwa memohon penangguhan atas alasan rayuan mereka menolak keputusan hakim menyerahkan sebahagian dokumen.

Tuntutan mereka itu akan didengar oleh Mahkamah Rayuan tanggal 23 Oktober nanti. Sementara itu esok, 3hb September, inshaallah saya akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuasa-Kuasa Khas dan Rayuan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 2.30 petang bagi mendengar permohonan untuk mengenepikan pasukan pendakwaan.

Manakala itu, “secara kebetulan” pula tarikh 3hb November merupakan hari mahkamah tinggi kuasa-kuasa khas mendengar permohonan saya untuk mengenepikan pertuduhan ini selepas pihak pendakwa secara sengaja tidak menyediakan kepada mahkamah laporan perubatan dari Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur yang jelas menafikan pertuduhan fitnah ke atas diri saya.

ANWAR IBRAHIM