Archive for September 2nd, 2009

2 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysian insider

Oleh Zamri Omar

Akhirnya setelah memerintah Jepun selama 54 tahun, Parti Liberal Demokratik (LDP) tumbang pada tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ). Di Malaysia Umno yang memimpin Perikatan dan Barisan Nasional telah memerintah selama 52 tahun, sama usia negara mencapai kemerdekaan, adakah ia mampu mengatasi keupayaan LDP?

Dua tahun lagi ialah 2011, begitu hampir dengan pilihan raya ke-13, suatu yang kritikal bagi Malaysia, adakah negara ini kekal memilih Barisan Nasional atau beralih ke Pakatan Rakyat. Jika diukur dengan LDP, maka masanya sampai bagi Malaysia memilih Pakatan Rakyat. Tetapi tidaklah semudah itu, tentunya Jepun adalah berbeza. Ketahanan Barisan nasional adalah lebih ampuh daripada Jepun.

Ini kerana amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Walaupun LDP memerintah 54 tahun, ia adalah sebuah parti liberal dan demokratik dalam negara yang juga liberal dan demokratik. Jepun dari satu segi telah dipaksa oleh Amerika Syarikat yang menakluk negara itu selepas Perang Dunia Kedua untuk menjadikannya liberal dan demokratik.

Dalam perlembagaan baru yang digubal atas penyeliaan Amerika, Jepun menjadi liberal dan demokratik di mana semua parti politik dibenarkan ditubuhkan kecuali parti berbentuk fasis dan ultra-nasionalis. Maka dalam keadaan ini, parti-parti kiri termasuk Parti Komunis Jepun (JCP) turut dibenarkan ditubuhkan. (more…)

2 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Anwar Ibrahim akan hadir di Mahkamah Tinggi Kuasa-Kuasa Khas dan Rayuan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok 3hb September 2009 (Khamis), bermula jam 2.00petang. Mahkamah antara lain akan mendengar permohonan Anwar untuk mengenepikan pasukan pendakwaan tersebut kerana bahaya berat sebelah.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

2 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh Abdul Aziz Mustafa

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada kekosongan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh akan menjadi bahan gelak ketawa dunia sekaligus menjadikan Umno kalah kali ke lapan walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Walaupun tanpa pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) menang kali kelapan setelah menang 7-0 ke atas Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam semua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu,” kata beliau.

Keputusan SPR itu, katanya, membuktikan dengan jelas bahawa Umno tidak bersedia menghadapi menghadapi rakyat di dalam pilihan raya.

“Umno amat jelas dilanda ketakutan setelah kalah 7-0.

“Ia semakin menggeletar menghadapi rakyat ketika tsunami revolusi pilihan raya di Jepun yang menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak Perang Dunia Kedua,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Tindakan mengelakkan pilihan raya kecil di Kota Siputeh itu juga mencatat sejarah yang memperlihatkan SPR terpaksa memberikan alasan yang akan menjadi bahan tertawa dunia, katanya.

“Alasan SPR itu pasti akan menjadi bahan ketawa dunia. Alasan kartun.

“Selepas ini para kartunis bolehlah mencipta watak kartun ala Upin dan Ipin di mana Umno dan SPR menjadi watak utamanya. (more…)