Firefox 2 For a better browsing experience get Firefox 2.

01
Sep
09

Polemik Indonesia: Keangkuhan Pemerintah Malaysia Tidak Mewakili Sikap Rakyat Malaysia

Sebagai respon dari persoalan tarian dan penindasan rakyat Indonesia, disertakan di bawah ini kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertarikh 28 Jun 2009:

Sahabat karib saya dari Jakarta menelefon menyesali sikap membisu saya berdepan dengan pendedahan kes penderaan terhadap pekerja Indonesia. Teguran ikhlas teman tersebut diterima baik.

Namun perlu dijelaskan bahawa secara konsisten saya lantang sekali membicara nasib Tenaga Kerja termasuk dari Indonesia (TKI) atau ungkapan pemerintah Malaysia Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pekerja Asing (PA).

Lantaran gesaan tegas saya, pimpinan UMNO menuduh saya “anti-nasional”. Seandainya kita pertahankan prinsip keadilan, keluhuran Perlembagaan (UUD) dan negara hukum, maka setiap kes penderaan dan penindasan ditangani sebaiknya menurut jalur hukum.

Persepsi bahawa kita angkuh (arogan) malah mirip mendukung tindakan zalim dan ganas terhadap pekerja agak meluas di Indonesia. Mungkin saja anggapan sademikian keterlaluan.

Namun tidak dapat disangkal dari tindakan perundangan merotan PATI, kenyataan sombong para menteri, tuduhan pencerobohan di perairan Indonesia, layanan buruk malah kes-kes penderaan ke atas warga asing termasuk dari Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh akan memperkukuh gambaran negatif terhadap negara.

Pertama, hukuman rotan (cambok) ke atas pekerja daif tetap dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bayangkan sekiranya pekerja Muslim Algeria di Perancis, atau pelajar Malaysia tanpa visa di England dihukum rotan, hiruk-pikuklah dunia Islam dan kempen boikot barangan Inggeris di Malaysia.

Kedua, kenyataan angkuh yang menyentuh sensitiviti jiran harus diwaspadai. Saya masih ingat peristiwa lagu ‘Rasa Sayang Eh’ dulu! Atau seolah-olah rasuah (korupsi) itu lumrah di Indonesia dan tidak di Malaysia. Pastinya lebih canggih di sini!

Ketiga, isu sempadan dan ketegangan lainnya harus dirunding segera di antara pimpinan kedua negara terlibat.

Dan akhirnya isu penderaan pekerja, kaedah kemasukan dan sindiket agen pekerja, penipuan dan cara mengaibkan mengusir pekerja pulang wajar ditangani dengan lebih telus dan adil. Kita harus akui kecuaian, rasuah malah kelecehan sebahagian agensi penguatkuasaan.

Rakyat Malaysia sendiri mencurigai kecekapan sebahagian pasukan polis manakala gerombolan penjenayah kongsi gelap, ah long, kumpulan samseng atasan terlibat!

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan memperjuangkan keadilan.

ANWAR IBRAHIM


45 Responses to “Polemik Indonesia: Keangkuhan Pemerintah Malaysia Tidak Mewakili Sikap Rakyat Malaysia”


  1. 1 Malaysian Sabahan Sep 1st, 2009 at 6:24 am

    Penderaan PATI di Malaysia bukanlah dilakukan oleh Kerajaan tetapi oleh Syarikat syarikat yang terlalu mementingkan keuntungan yang besar sehingga melupakan MORAL obligation. Penguatkuasa pula menutup mulut dan mata terhadap isu ini akibat Rasuah yang amat berleluasa.Di Negeri Sabah, keadan ini akan bertambah rumit sekiranya berlaku ketegangan diantara dua negera berjiran ini kerana KERAKUSAN UMNO untuk terus berkuasa dengan MEWARGA NEGARAKAN PATI dari warga INDON, Kesetian mereka kepada negara Malaysia amatlah meragukan contohnya bila sahaja ada siaran langsung pertandingan Badminton antara Malaysia dan Indon, Pati yang diwarganegarakan itu masih menyokong negara asal mereka bahkan sanggup bergaduh ( sikap mereka yang sebenarnya) sekiranya ada di kalangan penonton tersaebut berpihak kepada Malaysia.

    Reply

    win win winner Reply:

    Kpd DS KM musa aman,

    Kalaulah betul berlakunya penyelewengan kerakyatan di sabah KM sabah harus bertanggungjawab dan amanah melaksanakan perkara ini,jgn senang2 org luar nak rogolkan apa yg ada di dlm rumah kita,ini perkara hak rakyat keturunan kita,jangan satu hari nanti PATI bersenanglenang bawa keturunan lanun merampas hak rakyat sabah,dan anak cucu musa aman nanti merempat tepi jalan di bumi sendiri,perkara sebegini perlu ditangani dgn waras,nanti nak mati,susah nak putus nyawa jgn campuradukkan bersama politik…so renung2kanlah..sebelum nasi dah jadi bubur….

    Reply

  2. 2 edyes Sep 1st, 2009 at 9:57 am

    Kroni stesen minyak didahulukan…
    rakyat diperbodohbangangkan….

    korang setuju ke harga minyak serupa nie?

    Reply

  3. 3 Anti Bibir Merah Bini Katek Sep 1st, 2009 at 10:55 am

    payah nak cakap benda ni sebab kuasa tak ade pada PR…..kalau lah dapat kuasa penuh….baru lah berbisa….

    Reply

    Kurang cerdik tapi Bengngap Reply:

    Betul kalau ada kuasa barulah PR bisa melakukannya.

    Malangnya rata-rata sebahagiannya enggak fahami dan mengerti malah ada yang merasa curiga sekiranya PR tidak berjaya mengatasinya.

    Masaalahnya bila dimintakan kuasa diberikan pada PR dalam Pilihanraya ke12 majoriti mereka enggak bisa memberikannya.

    Seumpama ungkapan ” udahlah bodoh sombong pulak gitu”.

    Reply

  4. 4 Surendran Nair Sep 1st, 2009 at 11:42 am

    Rakyat sepatutnya diutamakan. kini, lepas merdeka minyak di naikkan .Bagaimana n9 lah ? Lepas ini gula akan naik lagi . Ini kah yang dimaksudkan amalan kos hidup yang rendah ? Kalaulah nak sokongan rakyat berusaha mengurangkan harga barang barang.
    ‘Bukan mancanangkan rakyat harus sementara harga barang semua naik !!!

    Reply

  5. 5 cula tupai Sep 1st, 2009 at 12:20 pm

    Saya yakin , insyallah isu isu di atas yang di bentangkan olih DSAI adalah salah satu RAMUAN bagi UMNO/BN terkubur sedikit masa lagi…AMIN…

    Reply

  6. 6 mat jenin@anwar Sep 1st, 2009 at 3:23 pm

    abis tu kalau pembantu rumah yg dera anak majikan malaysia?? yg lari dari rumah tinggalkan bayi malaysia terkapai2 berseorangan dirumah kerana ikut jantan??? yg melarikan anak majikan malaysia???yanag ugut majikan malaysia?? yg tuh tak kecoh plak…. jgn terlalu mengikut kehendak org indon nih…nanti makin besar kepala….walaupun skarang nih mmg dah besar kepala!!!diorang dah lemak sgt nih!!!

    Reply

  7. 7 wetriser Sep 1st, 2009 at 3:34 pm

    seharusnya dato seri sedar bagaimana kita di malaysia lebih menghormati indon berbanding indon menghormati kita… lihat saja media2 mereka memburuk-burukkan malaysia sepanjang masa… sedangkan media kita tak pernah memburukkan indon walau sekali…

    Reply

  8. 8 zoy Sep 1st, 2009 at 3:54 pm

    hmm memamg senang nak memberi komen kepada sesuatu permasalah yang timbul..
    contohnya seperti kemasukan PATI ke dlm negara, isu persempadanan dan lainx. Saya bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk mengenakan hukuman rotan atau setimpal kepada permasalah PATI. Inis sebagai amaran kepada merekax ini supaya tidak masuk ke negara ini dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kebanyakkan PATI yang masuk telah menyebabkan berlakunya pertambahan dari segi jenayah dan sebagainya. Apa perlu dirisaukan dengan tanggapan negarax asal PATI tersebut..tengok saja Singapura..ia juga mengenakan tindakan merotan kepada PATIx yang masuk secara haram ke negara tersebut. Hasilnya..kita tidak mendengar lambakan PATIx di negara berkenaan. Jangan la hanya membuat sesuatu perkara itu atas dasar ingin menjadi popular, segala tindakan yang diambil hendaklah dengan tegas dan untuk kepentingan negara.

    Reply

  9. 9 rachman Sep 1st, 2009 at 4:44 pm

    walah walah emang begini to sikap tetangga sendiri…

    Reply

    MAWAR KU Reply:

    Kami patut perkeras,ini negara kami,tak siapapun org luar masuk campur,hidup/mati kami disini tak ada yg membantu,nak susahkan kami adalah hak kami,dewan rakyat harus menarik balik perlesenan visa perkerja asing,hanya perkara tertentu saja boleh,sekarang dah nampak di chow kit rd,semua PATI yg berniaga illegal dah jadi jutawan,bahasa pun buat malu rakyat malaysia..
    Kes rompak/rogol/samun dari PATI di KL makin meningkat…wahai kerajaan najip buka2lah matatu…
    jgn nanti rakyat dah hilang sabar baru nak bertindak…..dah terlambat,pak menteri pun jgn shok sangat relex dlm aircon,turun2lah padang tengok….

    Reply

  10. 10 bajau laut Sep 2nd, 2009 at 11:49 am

    bagi aku, sudah sampai masanya rakyat dan pemimpin negara jangan membutakan mata lagi berhubung dengan pelbagai provokasi dari pihak indonesia, bagi aku ketatkan lagi pemgambilan warga indo yg datang bekerja di negara ini, kawal media indon dari datang ke negara ini kerana boleh saja berita yang baik boleh selewengkan menjadi yang buruk tentang malaysia.

    Reply

  11. 11 Khir Kojol Sep 2nd, 2009 at 2:27 pm

    Aku rasa yg jadi masalah ialah semua komponen yg terlibat dgn PATI ni bermasalah,baik syarikat yg bekalkan pekerja,majikan malaysia sendiri,sikap PATI sendiri dan pihak yg berkuasa.Ada syarikat yg pentingkan keuntungan semata2,so tk peduli tahap kualiti pekerja,majikan malaysia plak ada yg layan diaorang lebih teruk dari haiwan,pekerja yg dtg plak bila dah ramai mula besar kepala dan pihak berkuasa buat endah tk endah bila jadi masalah….punca semua ni…pihak pemerintah la gagal tangani benda ni dgn berhemah….

    Kerajaan Malaysia dan Indonesia perlu bentuk satu jawatankuasa utk menguruskan hal kemasukan pekerja,setkan satu standard,kualitinya mcm mana,tangga gajinya macam mana,kalau ada yg buat hal mcm mana cara utk tangani….biar dua2 kerajaan ada persetujuan/MOU ttg tatacara pengurusan pekerja….barulah sebarang tindakan yg diambil tk timbulkan apa2 konflik…

    Reply

  12. 12 Ibu yang menjaga anaknya sendiri Sep 2nd, 2009 at 11:53 pm

    ala apa nak dikecohkan, ibu-ibu lah yang patut jaga anak sendiri bukannya orang gaji! It reflects on you people itself of what kind of parents you are!

    Reply

  13. 13 Umar Sadiq Sep 3rd, 2009 at 3:59 am

    Sikap nasionalis baik rakyat Malaysia mahu pun rakyat Indonesia kedua-duanya tidak berguna dalam hal ini.

    Sampai bila nak berkonfrontsi?

    Dua orang saudara seIslam yang bergaduh lebih daripada tiga hari, tidak bertegur sapa maka tidak diterima amalan mereka.

    Ada pun, sesiapa yang memulakan memberi salam terlebih dahulu, daripada dua orang saudara yang bergaduh tersebut, maka, dialah terlepas daripada dosa.

    Kalau Indonesia tetap tak mahu berbaik-baik juga, apa salahnya Malaysia yang mulakan dahulu “memberi salam”.

    Saya dah bosan berkonfrontasi..

    Wassalam.

    Reply

  14. 14 Lutfi Amin ( Indonesia ) Sep 4th, 2009 at 8:32 pm

    Assalamu’alaikum
    Dato’ Seri Anwar Ibrahim semoga UMNO bisa seperti GOLKAR di Indonesia, jangan menyerah kalau anda benar dan yakinnlah akan menang. Merdekakan Malaysia dari kesombongan, budaya maling dan tidak menghormati tetangganya.

    Akhir-akhir ini saya tertawa akan kelakuan Bangsa Dato’ yang dengan bangganya mengakui/mengklaim dan mengambil milik orang lain, saya sampai sekarang berpikir inilah Negara Zionis Baru setelah Israel yang mengklaim,mengambil Tanah Palestina, benarkan tulisan ini ?, mari kita berpikir seandainya kita bertetangga bolehkah saya mengambil barang milik Dato’ ditempat Dato’ tinggal ? pasti siapapun orang tahu kelakuan saya, pasti mereka bilang saya sebagai Maling, Pencuri atau perompak. ketika kelakuan maling Bangsa Dato’ ketahuan oleh kami Bangsa Indonesia dan dengan banyaknya Demonstrasi Ganyang Malaysia berteriak lantang, dengan enaknya Bangsa Dato’ ngomong kita ini bangsa serumpun, seiman dan lain sebagainya, mengajak Damai tetapi begitu keadaan mereda Bangsa Dato’ berulah lagi kelakuan Zionisnya, klaim ini itu, ambil dan curi apapun milik Bangsa kami, apa itu yang dinamakan Serumpun ? mari berpikir logis saja. saya sangat tidak bangga serumpun dengan Bangsa Dato’, banyak sekali hal-hal yang menurut saya sungguh bahwa Bangsa Dato’ kelihatan sekali kebodohannya, klaim Batik, Keris, Angklung dengan alasan orang Jawa serumpun dengan orang Melayu, semua itu salah besar coba Dato’ apa pernah orang melayu Malaysia berbicara bahasa Sunda dan Jawa ? orang Jawa dan Sunda saja sama sekali tidak pernah berbicara bahasa Melayu, yang lebih bodoh lagi klaim Tari Pendet yang katanya sebagai warisan Budaya Melayu ? saya sekali lagi tertawa hahahaha ternyata sebodoh itu pemikiran Bangsa Dato’ ! sekali lagi sama sekali tidak ada kebanggaan serumpun melayu dengan Bangsa Malaysia.

    saya tunggu jawaban email ini, terima kasih atas pengertian dan mohon anda arif bijaksana.

    Wassalam

    Lutfi Amin
    lutfiamin76@yahoo.co.id

    Reply

  15. 15 Melayu Malaysia Sep 6th, 2009 at 5:16 pm

    Salam..tidak kah kamu tahu indonesia dan malaysia itu tidak wujud sebelum penjajahan….semuanya di gelar kpulauan melayu…kalau kamu mengatakan kami mencuri budaya kamu…tidak kah kamu tahu bahawa bahasa indonesia itu sendiri berasal dari bahasa melayu….. kami tidak mengatakan indonesia mencuri budaya kami kerana kami tahu terdapat juga orang melayu disana….begitu juga saya di sini…..saya orang melayu berketurunan minangkabau..adakah jika saya mengayakan tarian minang maka kami di tuduh mencuri budaya indonesia…adakah hanya di indonesia sahaja yang ada etnik minang, jawa, banjar dll…di malaysia kami semua ada….jadi itu sume budaya kami juga….x payah lah hendak bertekak setakat benda2 bodoh mcm ini….di malaysia terdapat berjuta rakyat indonesia yang mencari sesuap nasi……..tetapi kami tetap menerima mereka kerana sedar mereka juga merupakan saudara serumpun kami……jika rakyat malaysia melakukan perkara yang sama seperti rakyat indonesia…akibatnya mungkin tidak dapat di bayangkan……mungkin berjuta2 rakyat indonesia yang tidak bersalah terpaksa di halau dari malaysia….kami tidak pernah kekurangan budaya…bangsa kami berteraburan dari sumatera , semenanjung tanah melayu, selatan thailand, kalimantan timur, brunei, mindanao dan malaysia timur…..sekian.

    Reply

    batu_nisan Reply:

    Salam balik dari batu_nisan asal Indonesia.

    Bahasa Indonesia memang berasal dari Bahasa Melayu, tapi Melayu mana? Jawabnya Melayu Riau, Riau itu berada di mana? Pulau Sumatera, Republik Indonesia, bukan Republik Filipina atau sembarang tempat lainnya.

    Bagi Anda, benda macam Tari Pendet, Lagu Rasa Sayange, Batik, Keris, Wayang, Koteka, Poco-Poco, Angklung, Reog, Rendang dan lain-lain itu adalah benda remeh atau bodoh, tapi bagi kami benda-benda kecil itu semua adalah unsur-unsur pembentuk benda yang lebih besaaaaaaaaaaaaaar … rumah kami, keluarga kami, Bangsa Indonesia. Kami tidak ingin bagian-bagian diri kami terkikis sedikit demi sedikit, hingga di kemudian hari, anak cucu kami tidak tahu menahu jika nenek moyangnya adalah pembuat benda-benda remeh tersebut.

    Silahkan mengayakan warisan nenek moyang Anda, kembangkanlah ia namun janganlah pernah mengatakan Tari Piring atau Rendang berasal dari Semenanjung sementara Anda masih sempat mengaku keturunan Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia. Silahkan gunakan, pakailah, tapi jujurlah dari mana benda-benda bodoh itu berasal. Janganlah mengaku-aku atau mengarang-ngarang seperti cerita Reog yang bermula pada riwayat Nabi Sulaiman.

    Kalian menerima saudara-saudara kami, karena serumpun sehingga UMNO dapat menang dalam undian di Sabah, karena perekonomian kalian membutuhkan tenaga kerja murah. Semuanya karena alasan politik dan ekonomi, tidak usah mengedepankan soal moral mengenai masuknya saudara-saudara kami di sana. Silahkan, hentikan masuknya saudara-saudara kami di sana, itu lebih menyenangkan bagi kami. Lebih cepat lebih baik, tapi apakah UMNO berani dan mau?

    Sangat menarik bila Anda menyebut “bangsa kami berteraburan dari sumatera , semenanjung tanah melayu, selatan thailand, kalimantan timur, brunei, mindanao dan malaysia timur…..” Bangsa apa itu? Melayu? Jika logika itu yang Anda gunakan, maka Indonesia bukanlah negara serumpun. Karena Anda tidak menyebut Jawa, Kalimantan secara keseluruhan, Sulawesi, Maluku, Papua, Nusa Tenggara dan Bali, ya Bali tempat Tari Pendet berasal, Tarian yang menjadi bagian dalam Enigma Malaysia.

    Reply

    rusli Reply:

    kami ini turunan melayu selangor di bali, bahasa kami bahasa melayu asli, ada bukti sejarah. seteruan 2 negara jiran ini hanya masalah makan dan iman saja, masalah budaya seperti tarian, lagu milik kita bersama, kami sedih dan malu sebagai orang melayu indonesia, kerana tak ada lagi dibanggakan. kami hanya punya rasua saje, Indonesia ramai artis malaysia ramai teknologi.biarkan kami miskin, orang melayu tak pernah jadi pembantu rumah, pengemis. kami cinta negeri kami Indonesia juga kami cinta saudara kami malaysia. kami tak pernah jadi pemimpin negeri ini kerana kami bukan jawa.kami memang tak suka orang cina kerana mrekalah yang adu domba bangsa melayu

    Reply

  16. 16 bajau laut Sep 7th, 2009 at 5:01 pm

    memang itu sahajalah alasan orang2 indon yang lemah akalnya, atas sebab budaya hingga agama dibelangkan patutlah negaramu itu tidak habis datangnya balak menimpah. cuma aku hairan para perintah kita masih boleh berpeluk tubuh terhadap kes2 spt ini, mengapa mereka masih mendiamkan diri, mengapa kita tidak boleh memutuskan satu keputuskan yang boleh menyedarkan bangsa yang sombong dengan budaya itu.

    Reply

  17. 17 Teguh Ostenrik Sep 7th, 2009 at 9:55 pm

    Indonesia-Malaysia
    Sesama Penyolong Jangan Saling Mendahului
    Minggu, 6 September 2009 | 03:00 WIB

    Remy Sylado

    Kompas ikut membikin ramai klaim-klaiman Indonesia terhadap Malaysia,
    mencantumkan judul lagu ”Terang Bulan” sebagai ciptaan orang
    Indonesia.

    Sebelumnya beberapa brodkas TV stel yakin mencocokkan lagu kebangsaan
    Malaysia ”Negaraku” dengan lagu ”Terang Bulan”. Malahan seseorang yang
    mengaku anak Sjaiful Bachri, pemusik Indonesia yang pernah ”lari” ke
    Malaysia, sebagai pencipta ”Terang Bulan”.

    Salah satu, jika bukan satu-satunya media pers Indonesia pada 1957
    yang memuat berita tentang ”Terang Bulan” menjadi lagu kebangsaan
    Malaysia adalah majalah Musika No 1 Th I September 1957. Majalah yang
    dipimpin Wienaktoe itu menurunkan berita berjudul ”Negaraku” sebagai
    berikut: ”Melodi lagu ’Terang Bulan’ jang kesohor itu achirnja dengan
    resmi diterima sebagai lagu kebangsaan Malaya pada hari kemerdekaan
    tanggal 31 Agustus 1957 j.l. dengan diberi nama dan tekst baru
    ’Negaraku’. Pihak RRI dan Pemerintah Indonesia untuk menjatakan
    penghargaannja, telah melarang diputar dan dimainkan atau
    diperdengarkan melodi tsb pada setiap kedjadian biasa”.

    Kalau kita membaca Het Nationale Volkslied oleh Margreet Fogteloo &
    Bert Wikie (AW Bruna Uitgevers BV Utrecht), jelas diuraikan bahwa
    ”Negaraku” yang dulu di Indonesia dikenal sebagai ”Terang Bulan”
    adalah ciptaan orang Perancis bernama Pierre Jean de Béranger (1780-
    1857).

    Siapa sebenarnya orang ini? Ensiklopedia pertama yang terbit setelah
    Indonesia merdeka, Ensiklopedia Indonesia, 1954, oleh TS Mulia dan KAH
    Hidding mencatat nama Pierre Jean de Béranger sebagai pencipta
    sejumlah lagu rakyat (Pr chanson populaire, Ing. folk song, Bld,
    volkslied). Di antara ciptaannya yang terkenal di Indonesia sejak
    zaman penjajahan Perancis di sini, Februari-Agustus 1811, sampai
    digegaskannya Bandung sebagai Parijs van Java, 1925, adalah Chansons
    morales et autres, Chansons nouvelles, Chansons inédites.

    Selama itu, pengaruh kebudayaan Perancis di Indonesia, jadi bukan di
    Malaysia, memang besar. Di Manado, yang sekarang disebut katrili, dan
    merupakan kesenian tradisional, berasal dari kata bahasa Perancis
    quadrille. Lalu, di Bandung, teater tradisional longser merupakan
    serapan kata bahasa Perancis, aba-aba seorang sutradara mengucapkan
    kata longer untuk bergerak lalu. Dan, jangan lupa kereta sado di
    Batavia berasal dari bahasa Perancis dos à dos, artinya duduk saling
    memunggung.

    Tetapi, di antara tokoh-tokoh seni Perancis yang pernah lama mukim di
    Indonesia, bukan Malaysia, adalah penyair terkemuka perkusor
    Simbolisme abad ke-19, Arthur Rimbaud. Pada 1876 penyair ini tinggal
    di Salatiga sebagai serdadu batalion I infanteri. Tentang dirinya di
    Salatiga bisa dibaca dalam Het Koninklijk Negerrlands-Indisch Leger
    1830- 1950 oleh Zwitzer & Heshusius (Staatsuitvegerij ’s-Gravenhage).

    Salah seorang sahabat Rimbaud, René du Bois, bahkan menetap di lereng
    gunung Ungaran sampai tua, dan termasuk yang dikunjungi Mata Hari
    (Margareha Geertruide Zelle) sang ’polyglot harlot’ yang dieksekusi
    mati oleh otoritas Perancis pada Perang Dunia I sebagai mata-mata.

    Maunya, dengan sekelumit gambaran ini, jangan sampai gairah
    klaim-klaiman Indonesia terhadap Malaysia lantas melupakan peribahasa
    ”semut di seberang laut tampak gajah di depan mata tak tampak”. Sebab,
    kita juga punya kebiasaan nyolong.

    Sebagai pembuka ingatan, perhatikan dua lagu yang dianggap memiliki
    pathos kebangsaan, yaitu lirik ”Dari barat sampai ke timur berjajar
    pulau-pulau”, dan ”Kulihat Ibu Pertiwi sedang bersusah hati”. Yang
    pertama mengingatkan lagu Perancis ciptaan Rouget de Lisle. Memang
    hanya bagian depan, bagian yang sama dimanfaatkan Beatles juga.

    Tetapi yang kedua, ”Kulihat Ibu Pertiwi sedang bersusah hati”, adalah
    100% pencurian atas lagu gereja ”What a Friend We Have in Jesus”.
    Tidak tahu apa ilusi grup musik perempuan asal Surabaya, Dara Puspita,
    pada 1960-an menyanyikannya menjadi ”Ibu Pertiwi sedang bersusah”.
    Lagu himne ini aslinya diciptakan oleh Horatius Bonar pada lirik dan
    Charles Crozat Converse pada musik, dan dicatat hak ciptanya pada 1876
    lewat Biglow & Main.

    Harapannya, dalam klaim- klaiman yang sedang panas sekarang ini,
    jangan pula melahirkan pemeo baru ”Sesama pencuri jangan saling
    mendahului”. Sebab, ujungnya kalau urusan marah-marah ini dibeberkan
    dengan kasus-kasus plagiat yang ternyata tidak sepi di Indonesia,
    malunya harus ditanggung bersama.

    Sekadar contoh lain untuk mengingatkan itu, pada 1971 Markas Besar
    Angkatan Darat, ditandatangani oleh Brigjen Soerjadi, telah membuat
    malu memberi piagam kepada Ismail Marzuki sebagai komponis yang
    disebut mencipta lagu ”Auld Lang Syne”. Periksa Lagu-Lagu Pilihan
    Ismail Marzuki, oleh WS Suwito, Titik Terang, Jakarta. Tentu saja ini
    ngawur yang menyedihkan. Lagu ”Auld Lang Syne” itu nyanyian
    tradisional Skot yang digubah oleh Robert Burn dan dicatat
    penciptaannya melalui Preston & Son, London, 1799.

    Sebelum itu, Ismail Marzuki disebut juga sebagai pencipta lagu ”Als
    die orchideeën bleien” dan ”Panon Hideung”. Padahal, lagu yang
    pertama, yang kemudian berlirik bahasa Indonesia ”Bunga anggrek mulai
    timbul”, adalah ciptaan Belloni, pemimpin orkes Concordia Respavae
    Crescunt, yang dinyanyikan oleh Miss Lie pada 1922.

    Yang kedua, ”Panon Hideung” adalah lagu tradisional Rusia, diaransemen
    di Amerika oleh Harry Horlick & Gregory Stone dan masuk hak cipta pada
    1926 di bawah Carl Fischer, Inc, lalu diperkenalkan di Indonesia,
    melalui Bandung pada tahun yang sama oleh pemusik Rusia bernama
    Varvolomeyev.

    Termasuk Presiden RI Soekarno, pada 1961 membuat kesalahan memberikan
    Piagam Widjajakusuma kepada Ismail Marzuki, yang menyebut dalam piagam
    itu bahwa lagu ”Hallo- hallo Bandung” adalah ciptaan Ismail Marzuki.
    Padahal, lagu itu aslinya ciptaan seorang prajurit Siliwangi bernama
    Lumban Tobing yang dinyanyikan bersama peleton Bataknya dari long
    march Yogya-Bandung di zaman revolusi. Tentang kematiannya bisa
    dilihat lukisannya di Museum Siliwangi, Jl Lembong, Bandung.

    Lagu ”Hallo-hallo Bandung” ciptaan Lumban Tobing ini hanya sama judul,
    tapi beda melodi dan lirik dengan lagu Belanda nyanyian Willy Derby
    pada 1929 ketika radio NIROM (Nederlands Indische Radio Omroep
    Maatschappij) beroperasi di Bandung versi baru rekaman ini dinyanyikan
    lagi oleh Wieteke van Dort di TV Belanda dalam De
    Stratemakeropzeeshow, 1972, dan dicetak teksnya pada 1992 dalam De
    Wduwe van Indië.

    Nah, ”Terang Bulan” juga tersua dalam De Wduwe van Indië dalam dua
    teks, yaitu bahasa Indonesia gaya KNIL dan bahasa Belanda. Kita baca
    teks yang pertama saja:

    Terang boelan

    terang boelan di kali

    Boewaja timboel

    katanja lah mati

    Djangan pertjaja

    orang lelaki

    Brani soempa

    dia takoet mati.

    Asal saja teks lama di atas tidak jadi ejekan kepada kita, Indon,
    sebagai ”brani soempa, dia takoet mati”. Kalau ada tuduhan begitu,
    rasanya elok diingat teriakan Bung Karno dulu, ”Ganyang Malaysia!”

    Remy Sylado Pengamat Musik, Novelis, Dramawan

    Reply

  18. 18 Teguh Ostenrik Sep 7th, 2009 at 9:58 pm

    I LUV MALAYSIA

    Reply

  19. 19 kitaanakmalaysia Sep 8th, 2009 at 11:56 pm

    AGAIN, OUR RANK HAS DROPPED!!!
    DO SOMETHING FOR OUR NEXT GENERATION, PLEASE!!!

    The Global Competitiveness Report 2009-2010

    Malaysia(24th) drops three positions,essentially asthe result of a much poorer assessment of its institutionalframework.In this area,every indicator has been exhibit-inga downward trend since 2007,causing Malaysia totumble from 17th to 43rd position in this dimension injust two years.Security is of particular concern (85th,down 25 ranks).According to the business community,the potential of terrorism (97th) and crime (95th) bothimpose significant business costs.Also of concern is thebudget deficit,which increased in 2008,amounting toalmost 5 percent of Malaysia’s GDP.Yet in most other dimensions it scores high,particularly in those factors atthe top end of the value chain,namely business sophisti-cation (24th) and innovation (24th).Expectations arehigh for a country that averaged an impressive 7 percentgrowth per year between 1990 and 2000 and a healthy5 percent since then.Mirroring this economic success,Malaysia has featured prominently in the competitivenessrankings ever since its first inclusion in 1994.Indeed,itremains the most competitive Stage 2 (efficiency-driven)country.To maintain its competitive edge,Malaysia nowneeds to prepare its conversion into a knowledge-based,innovation-driven economy.Improving both the quantityand quality of higher education (41st) and boostingtechnological readiness (37th),particularly ICT penetra-tion,would serve this effort well.

    http://www.weforum.org/en/initiatives/gcp/Global Competitiveness Report/index.htm

    Reply

  20. 20 bajau laut Sep 9th, 2009 at 11:47 am

    ini pula petikan dari arezeo.blogspot.

    Indonesia tidak habis-habis mengurusi hal ehwal Malaysia. Terbaru, mereka mengurusi pula lagu kebangsaan tanah air kita, Negaraku. Mereka membuat andaian seenak perut mereka bahawa lagu kebangsaan kita menciplak lagu Indonesia berjudul Terang Bulan.

    Kegoblokan, kedunguan, kegilaan dan kebegoan mereka tentang sejarah lagu Negaraku terserlah. Mereka menuduh kita menggunakan lagu Terang Bulan yang wujud pada tahun 1940. Padahal lagu Negaraku berasal dari lagu Negeri Perak yang diciptakan tahun 1888. Lagu ini masih menjadi lagu rasmi Negeri Perak hari ini.

    Lagu Kebesaran Negeri Perak ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Terbuktilah bahawa Terang Bulan yang menciplak lagu Negeri Perak ini.

    Apa yang melucukan berita TV Indonesia sendiri begitu daif dan tidak tahu asal usul Negaraku. Sudahlah tidak tahu, mereka membincangkannya pula. Malah mengatakan bahawa lagu tersebut berasal dari lagu Malayan Moon.

    Yang pasti, akhbar Indonesia DetikNews sendiri mengakui bahawa lagu Negaraku bukan berasal dari lagu Terang Bulan “Lagu ‘Terang Bulan’ yang konon dijiplak untuk lagu kebangsaan Malaysia, ‘Negaraku’ ternyata juga saduran dari lagu karangan musisi Prancis Pierre-Jean de Béranger. Dengan begitu, Malaysia tidak bisa disalahkan oleh Indonesia”. “Lagu itu bukan punya kita, kali ini Malaysia nggak bisa disalahkan,”. ” Lagu ciptaan Béranger yang awalnya berbahasa Prancis itu disadur dalam bahasa Indonesia dengan judul ‘Terang Bulan’. Lagu itu, kemudian sangat populer sehingga menjadi ‘lagu rakyat’.

    Terbukti bahawa lagu Terang Bulan nyolong ciptaan Béranger yang menjadi lagu kebangsaan kita. Petikan berikut menambahkan lagu bukti bahawa Negaraku bukan berasal dari lagu Terang Bulan.

    “Jika ada orang yang mengaku-ngaku sebagai ahli waris pencipta pastilah berbohong. “Nggak mungkin itu ciptaan Syamsul Bachri, orang lagu itu sudah ada sejak abad 19,”

    Jelas terbukti bahawa lagu Negaraku bukan berasal dari lagu Terang Bulan.

    Persoalannya, kenapakah setelah 52 tahun lagu Negaraku lahir, baru hari ini Indonesia mempersoalkan asal-usulnya. Inilah sikap Indonesia yang suka menangguk di air yang keruh. Akhirnya, yang malu mereka sendiri. Rupa-rupanya lagu Terang Bulan yang maling lagu Malaysia.

    Apa yang membanggakan, lagu kebangsaan kita hangat dibincangkan di TV Indonesia. Malah lebih membanggakan, lagu kebangsaan kita ini berkumandang di seluruh Indonesia dan ditonton oleh rakyatnya. Pernahkah lagu Indonesia Raya ditayangkan di Malaysia? Tidak pernah dan tidak perlu.

    Reply

  21. 21 zoy Sep 10th, 2009 at 11:25 am

    Sepanjang bulan ini..banyak provokasi tanda tidak puas hati rakyat indonesia terhadap malaysia. Terbaru..ratusan laman web telah digodam. Di Indonesia..ada seruan untuk menganyang rakyat malaysia..itu tak termasuk cubaan untuk menceroboh kedutaan malaysia di Indonesia dimana bendera Malaysia dipijak dan dibakar. Persoalan sekarang ..siapakan yang sebenarnya angkuh..??

    Reply

  22. 22 ANAK RAKYAT MALAYSIA Sep 29th, 2009 at 1:51 pm

    salam

    Perkara pertama yang saya hairan adalah dengan media indonesia yang sering menjadi ‘bahan api’untuk membakar semangat ‘nasionalisme melampau’ terhadap rakyatnya sendiri dalam membenci Malaysia. Isu yang dijadikan bahan berita dalam media mereka soalnya dari mana faktanya? sering kita mendengar media mereka menyatakan Malaysia mengklaim itu dan ini..Tarian Pendet (entah apa jenis tarian ni kita rakyat Malaysia pun tak tahu) dikatakan kita mengklaimnya, Reog Ponogoro, angklung la, rendang la, batik, dan lain lagi semuanya menuduh Malaysia mengklaim dari budaya mereka samapai rasa bosan.Kenyataan saudara Lufti Amin tersebut adakah anda hanya mengetahui dari media Indonesia sahaja. Agak tidak intelektual untuk menyatakan Malaysia mengklaimkan tanpa mengkaji dan menilai terlebih dahulu terhadap isu tersebut bagi mengenalpasti kebenaran fakta. Jika benar memang Malaysia mengklaimkannya mana faktanya? Kalau benar lagi siapa dari Malaysia yang mengumumkan secara terbuka melalui media Malaysia bahawa semua yang anda(Lufti AMin), warga Indonesia dan media Indonesia bahawasanya Malaysia mengklaim perkara2 ini sebagaimana tuduhan terhadap Malaysia. Adakah ini suatu yang adil bagi Malaysia untuk menerima tuduhan demi tuduhan yang dibuat oleh media Indonesia dan warganya.

    Kenyataan akhbar hari ini 29/09/09 dari Konsul , Penerangan, Sosio dan Budaya Kedutaan Besar Indonesia apabila ditanya oleh media Malaysia mengapa media Indonesia terlalu mewar-warkan hal dan isu tersebut…jawabnya itulah tiang demokrasi. Adakah ini yang dinamakan demokrasi ekstrism atau inikah jawaban dalam mengelak atau menutup apa yang media Indonesia membuat tuduhan terhadap Malaysia?Benarkah kenyataan media Indonesia tersebut?Jika fakta ye benar mungkin ada rasionalnya dengan kenyataan media Indonesia tiang demokrasi tapi jika sebaliknya apa maksud demokrasi, adakah yang di salah guna.

    Tuduhan yang menyatakan Malaysia angkuh adalah keterlaluan…bukan keangkuhan tetapi keTEGASan. negara Malaysia ada undang-undang ada maruah ada kedaulatan. terpulang pada negara masing-masing dalam membuat keputusan undang2nya tanpa campurtangan kuasa luar. Jika kita tunduk atas dasar untuk ‘pengaruh’ ini menunjukkan kita lemah, tiada pendirian dan hanya menjaga kepentingan diri sahaja. Jika sebatan itu adalah sebagai pengajaran adalah wajar untuk mengingatkan bahawa setiap negara ada undang-undang jadi setiap warga tidak kira dari Indonesia atau luar termasuk kita sendiri Malaysia perlulah hormati.

    Jika saya ingin nyatakan pengalaman saya selama 4 tahun di sana sewaktu belajar saya dan beberapa kawan pernah dilayan dengan angkuh oleh pihak Imigresen di Medan. Pernah satu hari saya an kawan2 ke Imigresen Medan untuk tujuan menyambung tempoh tinggal belajar disana.borang yang kami susun dalam formulir(fail kertas) dicampak bertaburan atas lantai atas sebab yang tidak pasti apa masalahnya.Dengan malu yang amat sangat kami pun mengutip sehelai demi sehelai borang yang sudah kami lengkapkan. Kami sudah susun mengikut susunan dan tertanya2 apa kesilapan kami hingga pegawainya mencampaknya.kami dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia (sudah pasti sah kemasukan) namun kami faham apa maksud di sebalik insiden ini…. Ini baru di Imigresen Medan mereka menunjukan sifat angkuh belum lagi di universitas ada juga di kalangan pensyarah(dosen) yang angkuh tidak menyukai pelajar Malaysia. kami dipesan oleh senior ada beberapa dosen(pensyarah) yang killer lecturer ada yang sengaja mengagalkan pelajar Malaysia dan ini kenyataan dan pengalaman saya sendiri serta beberapa kawan. Kami juga tersentuh bila ada di kalangan orang Indonesia menyoal kami dengan adakah di Malaysia mempunyai’rumah sakit korban lelaki’dan ada ke tak di Malaysia ‘askar hentak-hentak bumi’ apa semua ni. dendam konfrontasi yang tak berkesudahan ke. Kami dihantar oleh kerajaan Malaysia untuk mendekatkan hubungan sosiobudaya bukan untuk menyusahkan mereka.Selepas balik belajar dari sana pun kini bila saya dan kawan mengadakan kajian di Indonesia pun ditanya dengan soalan2 bodoh tersebut termasuk jugak dengan rakan sejawatan dari Indonesia yang datang ke Malaysia pun tanya soalan2 bodoh ini. Soalan bodoh yang sengaja untuk menjatuhkan maruah Malaysia. Soalan bodoh yang sengaja dijadikan bahan jenaka yang tidak intelek.Banyak lagi pengalaman yang saya dan kawan2 perolehi sewaktu belajar di sana termasuk bapa saudara saya di tengking oleh pengawai kedutaan Indonesia hanya nak bertanya mana tempat nak sambung buat visa. Soalan saya disini siapa yang ANGKUH?

    Perlu diingat sikap ANGKUH tidak akan membawa kita ke arah kemajuan minda namun hanya membebalkan ketajaman minda kita sahaja. jadilah insan yang berfikir dahulu kesannya sebelum bertindak dan bercakap.

    Tambahan : Perkara PATI dan PADI telah menjadi masalah pada negara dengan kebanjiran mereka dan kerajaan perlu bijak menanganinya. Kini saya tinggal berjiran dengan di depan warga Myanmar di sebelah kanan warga Bangladesh…entah esok lusa di belakang warga Indonesia dan di kiri warga Vietnam.Rasa rimas bila terpaksa kongsi kenderaan bersama, tinggal berdekatan bersama ke hospital pun mereka di mana-mana pun mereka. diharap kerajaan Malaysia cepat mengambil tindakan mengawal dan menyekat kemasukan PATI dan PADI supaya 1 Malaysia tidak menjadi 1 DUNIA/WORLD dari masyarakat majmuk menjadi masyarakat beragam majmuk pula. Kesian pada generasi pemimpin akan datang untuk menanganinya masalah masyarakat jika kini tidak ditangani secara serius.

    ANAK RAKYAT MALAYSIA SAYANG MALAYSIA

    Reply

    batu_nisan Reply:

    Media Anda dikawal oleh **NO, semua berita dipilah-pilah secara ketat sebelum diterbitkan, berita buruk dan sensitif tidak berani dikabarkan, takut menjatuhkan martabat **NO, bahkan banyak fakta yang disembunyikan atau dibuat-buat. Sebagai contoh, silahkan lihat ini : dppwp[dot]wordpress[dot]com/2007/12/03/benarkah-penyokong-hindraf-serang-restoran-di-brickfields/ atau ini: mulut[dot]wordpress[dot]com/2007/11/30/pembodohan-ala-pers-malaysia/.

    Pengalaman Anda di Medan terjadi 4 (empat) tahun lalu, berarti sekitar tahun 2005, setelah akumulasi masalah Sipadan-Ligitan, menyebut kami INDO* dan kasus-kasus penganiayaan saudara-saudara Indonesia mereka di rantau orang, seperti kasus Nirmala Bonat. Negara Anda mengaku negara maju, dan segala keberhasilan lainnya tapi sebagaimana yang disampaikan oleh DSAI, begitu angkuh. Padahal di era 1970an Soeharto membantu Negara Anda dengan mengirim ribuan guru/dosen, dokter dan perawat.

    Dan kini, Negara Anda, Jika mengaku maju mengapa ramai mengirim pelajarnya ke Indonesia. Utusan budaya? Ah, rasanya tidak, karena yang dipelajarinya adalah “sains”, Ilmu Kedokteran, Keperawatan atau Farmasi bukan sosial-budaya atau lainnya. Saya ingin tersenyum membayangkan hati mereka, saudaraku di medan, seakan mereka ingin berkata begitulah sakitnya bila diperlakukan hina. Anda berkisah tentang pengalaman Anda di Indonesia pada tahun 2005, ini ada kisah yang terjadi jauh sebelum tahun 2005 tapi ditulis pada tahun 2006, baca ya, prettytiara[dot]blogspot[dot]com/2006_03_01_archive.html. Tak ada asap, tanpa api.

    Oh ya, mengenai TAMBAHAN dari Anda, benarkah Anda merasa “ rimas bila terpaksa kongsi kenderaan bersama, tinggal berdekatan bersama ke hospital pun” orang Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan Vietnam di mana-mana pun mereka ada? Jika benar, bagaimana mungkin Anda mengaku TRULY ASIA?

    Reply

    honey... Reply:

    sudahlah wahai teman-teman..
    semua orang pasti mahu memenangkan Negara masing2..
    itu lumrah..
    tp sebagai manusia yang mempunyai akal..fikirlah bahwa sejarah2 lalu kadang kala tidak menjanjikan fakta sebenar..nama pun sejarah…

    yang penting sekarang..tambah ilmu, luaskan pemikiran, jangan ada singkap angkoh, sombong..

    manusia ni ramai yang merantau..maka pasi ada pekara2 yang mereka bawa dari negara aslinya.. sehingga terjadi kekacauan fakta..
    kita x tau pekara yang sebenar..

    x payahlah nk bergaduh sesama manusia..rugi jer…
    stiap negara pasti ada kelebihan ada kekurangan..
    ada pekara penting yang perlu diselesaikan..

    sama2 saling memghormati… baru terjadinya keamanan dan kedamaian..
    x nak ker???

    lihatlah negara Palestin, rakyat2nya x sempat nak fikir pekara2 remeh ni..
    ada pekara yang lebih besar yaitu menyelamatkan agama mereka..

    sama2 fikirlah…

    Reply

  23. 23 mat jawa Nov 1st, 2009 at 3:13 pm

    Aku anak jawa. Aku suka makan mee jawa. Aku juga suka menari kuda kepang. Bini ku yang juga jawa suka pakai kain batik jawa. Kami juga suka makan sate. Tempe pun kami suka makan. Ini makanan kami sejak kecil. Ibu kami yang turut lahir disini turut melakukan perkara yang sama yang kami anggap tradisi jawa. Maka apakah salah kalau kami klaim bahawa ini adalah tradisi kami orang keturunan Jawa yang lahir dan membesar di Malaysia. Yang pasti tradisi ini telah pun diamalkan oleh nenek moyang kami lama sebelum wujudnya apa yang dipanggil negara Indonesia atau Malaysia. Habis!!!!! bagaimana ya!!!!!! pusing kepala aku. Media Indonesia tolong sembuhkan kepusingan kepalaku ini …

    Reply

    batu_nisan Reply:

    Kalian diajak nenek moyang kalian untuk jadi Indonesia Raya tidak mau, ya sudah. Tidak usah mengaku-aku segala produk yang dihasilkan di bumi yang kini disebut Indonesia sebagai milik kalian. Kalau hanya sebatas tradisi, menyukai, menggunakan maka tidak ada masalah. Namun harus bersedia berbuat kejujuran, bahwa produk budaya itu bukan berasal dari negara kalian.

    Tempe bukan lagi milik Indonesia, karena hak cipta Tempe sudah diambil/dipatenkan oleh Jepang. Karena Jepang menyukai benda ini. Pelajaran pahit inilah yang membuat kami harus makin ketat mengawal produk budaya nenek-moyang kami, Indonesia, agar tidak terulang kembali.

    Reply

    mat jawa Reply:

    Aku mengaku segala tradisi jawa yang aku amalkan kini berasal dari pulau jawa. Tapi ia telah wujud lama sebelum wujudnya Indonesia. Pulau Jawa itu pula tidak bermakna kalau tidak ada orangnya. Orang itu yang membentuk tradisi dan resam. Bukan pulaunya. Bila orang itu (termasuk keluargaku) migrasi ke Tanah Melayu satu ketika dulu (mungkin kerana Tanah jawa yang ada tidak menjanjikan kehidupan yang lebih baik buat mereka) maka mereka membawa bersama resam dan budaya yang berkurun diamalkan. Kemudiannya turut diamalkan oleh anak cucu sehingga kehari ini….maka apakah salah bahawa kami mengatakan bahwa adat resam ini juga milik kami yang telah sekian lama kami amalkan.Itulah identiti kami yang kami miliki dan amalkan sekian lama. Oleh kerana kami sekarang ini tinggal dalam sebuah negara yang namanya Malaysia, dan kami adalah warga Malaysia, kehidupan kami,adat kami, resam kami semua adalah juga milik negara kami maka apakah salah kalau Malaysia mengatakan adat resam jawa itu sebahagian dari identiti Malaysia? Jadi tuduhan bahawa Malaysia adalah maling amat tidak bertepatan. Hari ini terdapat ratusan ribu pendatang Jawa yang mencari kehidupan di Malaysia. Sekiranya mereka bertemu dengan kehidupan yang lebih baik disini apakah tidak mungkin sebilangan mereka juga satu hari akan memohon untuk menjadi warga Malaysia seperti keluargaku. Dan bila mereka telah menjadi warga Malaysia, perlukah mereka membuang segala adat resam dan istiadat yang mereka amalkan semata-mata kerana telah menjadi warga Malaysia. Kalau kita lihat negara maju isu-isu seperti ini bukanlah paling utama mungkin yang ke 145.Lihat Amerika Syarikat terdapat ratusan bangsa di sana, tapi tiada polimik tentang adat resam kerana mereka tahu mana yang harus didahulukan.

    Dalam hal ini saya fikir lebih baik kita menumpukan usaha pembangunan negara yang lebih bermakna. Sekadar mengatakan Malaysia maling, tidak akan mengurangkan sedikit pun apa yang Malaysia miliki.Bahkan akan terus didatangi oleh rakyat pelbagai negara termasuk Indonesia samada legal atau illegal.Kamu jangan mengatakan aku sombong bila aku berkata demikian. Itulah realitinya. Itulah juga yang pernah dilakukan oleh keluargaku. Tanahnya tetap terpelihra. Adat resamnya dari mana jua ia berasal tetap diamalkan oleh rakyatnya dan mereka akan terus mengatakan itu milik mereka

    Reply

    batu_nisan Reply:

    Begini Mas, tidak ada masalah jika adat-istiadat atau budaya hendak dilestarikan di manapun kita hidup. Sungguh, itu bukan masalah, itu adalah hak dan sekaligus kewajiban. Kita lahir di dunia tidk bisa memilih sebagai keturunan Cina, jawa, Aceh, Bugis, Papua atau Rusia. Benar, khan?

    Boleh-boleh saja Negara mengakui budaya tersebut sebagai kekayaan Nasionalnya, tapi adalah berlebihan jika Negara menutupi dan menyembunyikan asal-usul adat-istiadat atau budaya itu bermula dari mana asalnya. Bagaimana mungkin Anda masih bisa mengaku berasal dari Jawa tapi kemudian Reog atau Kuda Kepang dinyatakan bermula dari Negara Anda? (CATATAN: Reog di Negara Anda disebut Barongan, akan tetapi seragam pemain, perlengkapan, rentak musik dan alat musik, serta lainnya identik sama dengan Reog Ponorogo. Hanya kisahnya saja yang berbeda. Ini adalah contoh ketidakjujuran.)

    Imigran di Amerika Serikat dan Suriname masih bangga dengan tradisi dan budaya nenek moyang mereka, percampuran suku bangsa di negara-negara tersebut menghasilkan budaya baru. Budaya Baru (bukan budaya lama) itulah yang menjadi identitas kebangsaan mereka. Negara Amerika Serikat dan Suriname tidak pernah menyatakan budaya milik imigran berasal asli dari wilayah Negara tersebut.

  24. 24 hanisma Nov 1st, 2009 at 6:34 pm

    Sememangnya kebanjiran PATI dan PADI merupakan masalah yang tidak berkesudahan di Malaysia. Yang paling menghairankan mengapakah kebanjiran PATI di Sabah sangat-sangat dialukan oleh pemerintah BN sehingga dengan mudah diberikan taraf kerakyatan? Oleh kerana pucuk pimpinan sendiri yang tidak ikhlas dalam menangani sesuatu isu itu maka segala masalah yang dihadapi akan terus mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Apatah lagi sekiranya pucuk pimpinan mempunyai agenda tersendiri dengan melakukan ketidakadilan terhadap PATI ini.

    Reply

  25. 25 mat jawa Nov 4th, 2009 at 4:32 pm

    Begini Mas, tidak ada masalah jika adat-istiadat atau budaya hendak dilestarikan di manapun kita hidup. Sungguh, itu bukan masalah, itu adalah hak dan sekaligus kewajiban. Kita lahir di dunia tidk bisa memilih sebagai keturunan Cina, jawa, Aceh, Bugis, Papua atau Rusia. Benar, khan?

    Boleh-boleh saja Negara mengakui budaya tersebut sebagai kekayaan Nasionalnya, tapi adalah berlebihan jika Negara menutupi dan menyembunyikan asal-usul adat-istiadat atau budaya itu bermula dari mana asalnya. Bagaimana mungkin Anda masih bisa mengaku berasal dari Jawa tapi kemudian Reog atau Kuda Kepang dinyatakan bermula dari Negara Anda? (CATATAN: Reog di Negara Anda disebut Barongan, akan tetapi seragam pemain, perlengkapan, rentak musik dan alat musik, serta lainnya identik sama dengan Reog Ponorogo. Hanya kisahnya saja yang berbeda. Ini adalah contoh ketidakjujuran.)

    Imigran di Amerika Serikat dan Suriname masih bangga dengan tradisi dan budaya nenek moyang mereka, percampuran suku bangsa di negara-negara tersebut menghasilkan budaya baru. Budaya Baru (bukan budaya lama) itulah yang menjadi identitas kebangsaan mereka. Negara Amerika Serikat dan Suriname tidak pernah menyatakan budaya milik imigran berasal asli dari wilayah Negara tersebut.

    my reply…..

    Waduh dong….anda sudah menimbulkan tuduhan yang baru terhadap Malaysia. Selama ini saya kira hanya ada tuduhan Malaysia adalah pencuri budaya. Lantaran ia digelar maling. Namun sekarang anda tuduh Malaysia menutupi dan menyembunyikan asal-usul adat-istiadat atau budaya itu bermula dari mana asalnya. Dan anda tambah lagi iaitu satu bentuk ketidakjujurn. Lalu anda membawa contoh kuda kepang yang anda claim dinafikan oleh Malaysia sebagai berasal dari pulau Jawa. Saya fikir anda perlu menunjukkan bukti yang boleh diandalkan atas claim anda itu. Mungkin saya tidak bertemu dengan dakwaan itu sebelum ini. Kalau tidak ia hanya sekadar claim yang tidak berasas….

    Saya telah jelaskan bahawa bahawa Malaysia juga punya hak untuk mengatakan adat resam jawa itu sebahagian dari identiti Malaysia kerana sebilangan besar rakyat Malaysia juga keturunan jawa yang asalnya perantau. Bukan sekadar Jawa, banyak lagi marga lain yang berasal dari wilayah yang sekarang ini dalam negera Indonesia seperti – batak, acheh, kampar,jambi, mendailing, bawian, banjar, minang dan lain-lain. Saya tidak pasti samada rakyat Indonesia mengetahui hakikat ini. Semuanya mempunyai resam dan budaya. Lantaran itu Malaysia juga punya hak untuk mengatakan adat resam marga-marga ini juga merupakan identiti nasional. Termasuk juga adat resam yang bukan dari wilayah nusantara seperti China (tarian naga) India (perayaan depavali, ponggal). Oleh kerana ia juga merupakan identiti nasional bagai Malaysia maka tiada siapa yang boleh menghalang Malaysia dari menggunakan elemen itu sebagai produk pelancongan (wisata) dan disebarluaskan seantero alam sebagai identiti nasional Malaysia. Jelaskan!!!!

    Saya ingin ambil satu contoh. Kota Kajang dalam wilayah selangor terkenal dengan satenya. sungguh!!!!. Kalau anda ke kota kajang tidak akan lengkap kalau anda tidak menjamah sate kajang khususnya milik seorang keturunan jawa yang bernama haji samuri.Untuk pengetahuan anda juga 80% dari puluhan pekerjanya adalah diambil dari kalangan pekerja Indonesia khususnya Jawa. Saya fikir beliau ingin mengekalkan tradisi dan identiti kejawaannya. Bercakap tentang sejarah sate kajang, sememangnya umum diketahui oleh semua pihak bahawa sate Kajang itu dibawa oleh pendatang-pendatang jawa. Mana mungkin sejarah ditipu. Maka apakah yang menghalang Malaysia untuk mengatakan tradisi makan sate adalah juga merupakan identiti Malaysia berdasarkan argumentasi yang saya berikan diatas. Cuma mungkin sate di kajang sudah berubah dari segi citarasanya dengan sate yang ada di kota Jakarta. Itu biasakan. Pengubahansuaian budaya dan tradisi untuk disesuaikan dengan citarasa semasa dan setempat adalah fenomena biasa yang harus dilihat secara positif…. Begitu juga dengan perubahan yang saudara dakwa berlaku pada tarian kuda kepang/barongan…..itu bertujuan sesuai dengan perkembangan semasa yang ada ditempat itu. yang penting tujuannya adalah untuk menghiburkan….bukan sekadar kuda kepang malahan permaian lain juga turut mengalami perubahan. contohnya wayang kulit….yang diubahsuai dengan cerita kontemporari…..yang tujuannya juga sama iaitu untuk menghiburkan……Silat kuntau jawa pun demikian juga…turut mengalami perubahan dari segi langkah….dan buahnya….Itu fenomena biasa….Dalam Islam lagikan ada pelbagai mazhab fikih….apatah lagi dalam soal permainan tradisi….. jadi perubahan-perubahan yang disebut itu bukan satu isu yang perlu diperbesarkan…..

    Reply

    batu_nisan Reply:

    Hehheheh itulah Mas, kalimat yang panjang itu merupakan penjabaran kata maling, ini contoh untuk barongan: musicmall-asia[dot]com/malaysia/folk/barongan[dot]html, bandingkan dengan Reog, yang ini untuk Kuda Kepang atau Kuda Lumping musicmall-asia[dot]com/malaysia/folk/kuda_kepang[dot]html. Sukurlah, Angklung masih disebut sebagai origin dari Indonesia. Dulu pernah ada situs heritage[dot]gov[dot]my sekarang kok sudang tidak ada ya? Padahal di sana bisa dilihat wujud pengakuan “benda budaya” ini oleh Negara.

    Tidak ada yang menghalangi, toh meskipun Tempe saat ini diakui sebagai hak paten Jepang, sampai sekarang Jepang tidak penah menuntut kita berhenti makan tempe. Tarian Naga atau Barongsai juga ada di Indonesia, Negara mengakui itu sebagai salah satu kekayaan nasional, tapi Negara Republik Indonesia (secara langsung maupun tidak langsung) tidak pernah mengakui benda itu sebagai kebudayaan asli Indonesia, karena Indonesia menghormati dari mana benda itu berasal dan menghormati mereka yang telah menciptakannya. Lain halnya jika benda itu merupakan hasil asimilasi/perpaduan/peleburan antara Cina dan lokal.

    Dalam Islam memang banyak pelbagai aliran Fiqh, ilmu Fiqh pun terus berkembang, hujah-hujah yang dikeluarkannya selalu berdasarkan riwayat yang tidak terputus, bahwa A dari B, B dari C dan seterusnya. Tidak ada yang disembunyikan, sehingga sesiapa pun bisa menelusuri dasar hujah-hujah yang dikeluarkan oleh para Ulama.

    Yang saya maksud dengan perubahan pada Reog/Barongan sebagai warisan leluhur Ponorogo adalah pada sejarah lahirnya benda itu, Barongan disebut “merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung. ” demikian dikutip dari Wiki, sedangkan Reog bisa Mas lihat di Wiki juga — tidak ada hubungannya dengan Islam.

    Penambahan instrumen Angklung dalam pementasan Barongan adalah inovasi bagus,Mas, sehingga ada sesuatu yg baru di benda itu, namun selama benda itu masih terasa berat dengan cita-rasa budayanya terhadap benda lama, maka ia tetap anak kandung Indonesia bukan anak kandung orang lain. sungguh, kami bangga jika buah pikir dan rasa nenek moyang kami, Indonesia, menyebar luas ke seluruh dunia, sehingga dunia itu menjadi bercita rasa Indonesia. Permasalahannya adalah keaslian (originality/genuineness) sebuah negara-bangsa (nation state). Negara-bangsa bisa-bisa saja mengakui semua benda itu sebagai kekayaan bangsa, tapi sebuah negara-bangsa yang dibentuk oleh rakyatnya tidak bisa mengakui hasil budaya negara-bangsa lain sebagai identitas asli mereka. Andalah yang menjawab soalan, negara-bangsa macam manakah ketika bergaul dengan bangsa-bangsa lain ianya lebih bangga tampil tanpa keaslian namun lebih memilih untuk mengguna-lestarikan hasil budaya negara-bangsa lain?

    Reply

  26. 26 mat jawa Nov 5th, 2009 at 9:49 pm

    1. Kamu masih belum mendatangkan sebarang bukti kepada saya yang menunjukkan bahawa ada claim dari Pemerintah Malaysia bahawa kuda kepang itu bukan berasal dari Tanah Jawa atau memang asli dari Malaysia. Bahkan memang terang dan jelas dalam wiki contohnya dinyatakan sememangnya tarian kuda kepang itu dibawa oleh pendatang dari Jawa. Lalu apa lagi yang kamu mahukan? Kamu mahu makan ayam aku berikan kamu ayam. Apa lagi kamu mahu? Cuma tarian kuda kepang yang asalnya dibawa oleh pendatang Jawa telah diangkat martabatnya menjadi elemen yang membentuk sebahagian budaya nasional. Maka promosi yang dilakukan oleh Malaysia dengan menggunakan tarian kuda kepang ini sebagai tarikan untuk tujuan pelancongan, hanya dalam rangka ianya sebahagian dari budaya nasional dan untuk recognize kewujudan dan kepentingan masyarakat Jawa itu sendiri yang merupakan sebahagian dari masyarakat Malaysia. Dan inilah punca kemarahan sebilangan rakyat Indonesia. Lalu dituduh Malaysia pencuri budaya. Dan kamu menambah satu lagi tuduhan iaitu Malaysia menafikan asal-usulnya. Sedangkan Malaysia tidak pernah berkata demikian. Kalau ada Malaysia berkata demikian, misalnya kalau ada buku, majalah, bahan promosi dan seumpamanya yang diterbitkan secara rasmi oleh Kerajaan Malaysia silahkan tunjukan kepada saya dimana-mana yang kamu temui….. mungkin aku tidak temui. Tapi ternyata kamu masih belum membawa dalilnya.

    2. Dalam website yang kamu bawakan itu hanya mejelaskan secara umum tentang barongan dan kuda kepang. Tiada catatan mengenai sejarah kuda kepang dan barongan kecuali hanya sedikit. Tidak ada claim dalam situs itu bahawa ia milik asli Malaysia dan tiada claim bahawa Malaysia menafikan ia berasal dari Tanah Jawa. Kalau ada sila tunjukkan. Yang ada hanyalah statement permaianan ini popular di Johor. Itu sahaja (Barongan is a processional and dance drama form, performed mainly in the Batu Pahat district of Johor, which is closely related to kuda kepang ) Bahkan dalam situs yang satu lagi turut dinyata (It tells the story of nine Javanese men who spread Islam into the interiors of Java). Jelas disinikan , Javanese Man bukan Malaysian man.

    3. Mengenai perbedaan yang ada pada barongan dan reog itu kita perlu kembali pada sejarah Tanah Jawa itu sendiri khususnya dan Indonesia umumnya. Sebelum Jawa menerima Islam ia terlebih dahulu mengamalkan budaya Hindu dalam era kerajaan Majapahit. Keturunan aku juga mungkin satu ketika dahulu beragama Hindu. Kamu persoalkan kenapa reog ditukar kepada barongan. Sama juga kamu persoalkan kenapa Jawa meninggalkan Hindu dan menerima Islam? Kalau kamu tanyakan itu kepada aku, tiada apa yang boleh aku katakan melainkan itulah sejarahnya. Dan sejarah tidak mngkin dapat diubah iaitu orang Jawa telah membuang Hindu dan mengambil Islam sebagai cara hidup mereka. Dan barongan itulah yang dibawa oleh orang Jawa muslim ke Tanah Melayu. Dan tidak sama sekali pemerintah Malaysia yang ada pada hari ini yang mengubahnya. Tidak, tidak….. Kalau kamu tanya kepada aku kenapa ya… sampai hati orang Jawa itu pandai pandai saja mahu mengubah reog kepada barongan? Aku tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya kerana sejak kecil barongan itulah yang aku kenal bukan reog. Dalam apa hal sekalipun pemerintah Malaysia sama sekali tidak bertanggungjawab atas sebarang perubahan dan perbedaan yang ada pada barongan dan reog. Apa yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia hanyalah sekadar mengangkat martabat barongan yang asalnya hanya permainan kampongan yang hanya dimainkan oleh masyarakat Jawa di Johor kepada budaya nasional. Dan paling penting Malaysia sama sekali tidak pernah mendakwa itu adalah asli dari Malaysia. Kalau ada sekali lagi sila tunjukan di mana?

    4. Dan aku sebagai anak Jawa berbangga dengan tindakan oleh pemerintah Malaysia itu. Kami asalnya kaum pendatang, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, masyakat Jawa diterima sebagai sebahagian dari masyarakat Malaysia, walau pun kami di sini dipanggil Melayu tetapi Melayu yang berketurunan Jawa. Ini kerana istilah Melayu di Malaysia merupakan satu istilah politik yang cukup terbuka dan tuntas. Mungkin ini pemikiran strategis pemerintah Malaysia terdahulu. Sebagai rakyat Malaysia dari suku kaum Jawa tetap saya nyatakan bahawa saya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Saya juga berbangga menjadi wong Jawa. Dan tentu sekali saya berbangga apabila pemerintah Malaysia mengangkat martabat permainan tradisi Jawa sebagai sebahagian dari budaya nasional dan sememangnya pemerintah Malaysia berhak dalam tindakannya itu kerana kami suku kaum Jawa ini juga rakyat Malaysia.

    Reply

  27. 27 mat jawa Nov 6th, 2009 at 9:46 am

    Sambungan.

    5. “Namun selama benda itu masih terasa berat dengan cita-rasa budayanya terhadap benda lama, maka ia tetap anak kandung Indonesia bukan anak kandung orang lain. sungguh, kami bangga jika buah pikir dan rasa nenek moyang kami, Indonesia, menyebar luas ke seluruh dunia, sehingga dunia itu menjadi bercita rasa Indonesia.”

    Mas, Indonesia itu luas. Terbentang dari Acheh di utara hingga ke Selatan, Barat dan Timur sampai Kalimantan, Sulawesi, Ambon dan lain-lain. Namun seluas mana wilayah Indonedia itu ia hanya bermula sekitar tahun 1945. Sebelum itu masih belum wujud apa yang dipanggil Indonesia. Sedangkan budaya dan adat resam itu telah wujud beratus tahun sebelum itu. Kalau Indonesia boleh berbangga kerana memiliki Pulau Jawa, maka apakah Malaysia tidak boleh berbangga kerana memiliki orangnya yang digelar orang Jawa. Telah ku katakan sebelum ini yang membentuk adat resam bukan pulaunya tetapi orangnya.

    Dan orang itu bisa berada dimana sahaja termasuk di Malaysia. Dan orang itu telah pun wujud disini, berkeluarga, berketurunan, beranak pinak, beradat resam lama sebelum bermulanya Malaysia pada tahun 1957. Bahkan mereka telah ada disini sejak dari Kesultanan Melayu Melaka lagi……. Kamu bisa saja berkata kenapa aku ini dinamakan Jawa. Kerana keturunan datang dari Pulau Jawa. Jadi itu faktor tempat. Bukan orang. Kemudian aku juga bisa menjawab siapa yang memberi nama itu pulau jawa kalau bukan orang yang memberi nama itu. Bukan pulau itu sendiri yang menamakan dirinya sendiri sebagai Jawa.. Maka akhirnya akan kembali kepada faktor orang bukan tempat……aku harap kamu faham maksudku.

    6. “Permasalahannya adalah keaslian (originality/genuineness) sebuah negara-bangsa (nation state). Negara-bangsa bisa-bisa saja mengakui semua benda itu sebagai kekayaan bangsa, tapi sebuah negara-bangsa yang dibentuk oleh rakyatnya tidak bisa mengakui hasil budaya negara-bangsa lain sebagai identitas asli mereka. Andalah yang menjawab soalan, negara-bangsa macam manakah ketika bergaul dengan bangsa-bangsa lain ianya lebih bangga tampil tanpa keaslian namun lebih memilih untuk mengguna-lestarikan hasil budaya negara-bangsa lain?”

    Indonesia itu sendiri ya Mas bukanlah asli. Saya fikir Kerajaan Majapahit, Seriwijaya dan raja-raja terdahulu seperti Raden Wijaya, Jayanagara, Tribhuwana Wijayatunggadewi, Hayam Wuruk, Wikramawardhana, Suhita, Dyah, Kertawijaya, Rajasawardhana tidak pernah mengenali apa itu yang dipanggil Indonesia. Kamu jangan marah Mas. Bukan maksudku untuk memperkecilkan perkataan Indonesia. Kamu berhak untuk mengatakan segala budaya dan adapt resam yang aku banggakan itu adalah milik Indonesia kerana pulau Jawa itu berada dalam Indonesia. Tapi kamu jangan lupa keturunanku tidak mungkin dapat diubah. Darah yang mengalir dalam tubuhku adalah darah Jawa. Mana mungkin aku bisa menukar darah ku ini dengan darah yang lain dan membuang adat resamku itu. Dan aku ini milik siapa? Bukan milik Indonesia. Tapi milik Malaysia. Bukan aku seorang. Malahan jutaan yang lain juga seperti aku. Maka adat istiadat ku juga menjadi milik Malaysia kerana memiliki orangnya sekali pun tidak memiliki pulaunya.

    Kamu berbangga dengan adat istiadat yang kamu namakan milik negara bangsa Indonesia. Tidak mengapa. Hak kamu untuk berkata demikian. Tetapi yang aku perhatikan sekitar Kuala Lumpur sahaja rakyat Indonesia tidak bersatu atas nama Indonesia. Sebaliknya mereka lebih senang bergaul dengan sesama suku mereka sahaja. Orang Jawa hanya bergaul dengan orang Jawa. Sunda dengan Sunda. Batak dengan batak. Acheh dengan Acheh. Bahkan pernah terjadi pergaduhan antara suku-suku ini sehingga melibatkan kehilangan nyawa. Apakah maknanya ini. Maknanya semangat kesukuan mereka mengatasi semangat KeIndonesiaan sendiri . Kalau kamu tidak percaya. Silakan datang dan perhatikan dengan mata kepala kamu sendiri. Ertinya keaslian Indoensia dan kekuatan semangat Indonesia itu seperti yang aku perhatikan sukar untuk dipertahan. Indonesia itu hanya merupakan satu istilah politik yang mengujudkan sempadan wilayah berasaskan negara bangsa dengan segala peraturan keluar dan masuknya. Itu diakui dan perlu diikuti. Tidak boleh dilanggar. Namun soal adat, resam, tradisi dengan segala bentuknya melampaui batasan wilayah negara bangsa itu.

    Dan aku tidak berasa aneh dengan fenomena itu. Itukan namanya fitrah. Seperti juga aku tidak bisa membuang identiti kejawaanku meskipun berada dalam Malaysia. Harap kamu jelas akan argumentasi ku ini.

    7. Aku hairan ya kenapa rakyat Indonesia marah bila dipanggil “Indon”. Kemarahan itu sebenarnya tidak berasas. Kenapa aku katakan demikian. Perkataan Indon itu adalah panggilan ringkas untuk perkataan Indonesia yang merujuk kepada orang yang datang dari Indonesia. Itu sahaja. Bukanlah ada tujuan untuk menghina atau merendahkan. Seperti juga mereka yang datang dari Bangladesh kami panggil Bangla. Ringkas dan padat. Di Indonesia sendiri perkataan ringkas amat gemar digunakan pakai oleh ramai pihak khususnya pihak media. Misalnya pemilihan umum disebut dengan Pemilu, Korupsi, Kronisma, nepotism disebut dengan KKN. Tahanan Politik dipanggil TAPOL. Malahan ratusan perkataan lain disebut secara ringkas. Kalau orang dari Kalimantan Barat boleh menerima perkatan KALBAR, Kalimantan Selatan dengan KALSEL, Sumatera Utara dengan SUMUT dan ia tidak pernah menjadi ribut maka kenapa marah dengan perkataan Indon? Orang Amerika tidak marah dengan pangilan orang US. England tidak marah panggilan UK’s. Kenapa Indonesia marah dengan panggilan Indon? Harap kamu bisa menjelaskan punca kemarahan kamu itu.

    8. Aku gembira sekali kerana dapat muzakarah dengan kamu atas pelbagai yang isu yang menyangkut soal buadya dan adat resam. Tidak ada lagi yang mahu aku jelaskan. Kalau kamu mahu terima, aku bersyukur, kalau tidak apa boleh buat. Cuma aku berharap negara yang pernah menjadi kediaman leluhurku akan terus maju seperti aku mengharap majunya Malaysia. Terima kasih.

    Reply

  28. 28 Tembakau Jawa Nov 8th, 2009 at 9:46 pm

    Esok2 suruh Indo’sia pergi UNESCO claim tempe milik mereka.Haru biru la plak orang jawa M’sia pon dah tak bolih nak makan tempe lagi agaknya,semua dia punya.Baru UNESCO istihar ‘Batik Indonesia’ itu memang berasal dari Indo’sia dah kecoh,heboh satu Indo’sia kena pakai batik hari tu.Dia orang in tak paham2 bahasa.UNESCO kata batik yang diistiharkan itu saja,adalah batik yang dimaksudkan milik Indo’sia.Batik M’sia tetap milik M’sia,Batik Cina tetap milik Cina,Batik Trengganu tetap milik Trengganu.Ngok betul la dia orang ni…Adoh…susah bercakap dengan orang macam ni.Rasa aku la,tak ada sapa pon kat M’sia ni nak ngaku tarian ‘bingai’ tu budaya M’sia.Ini la baru kita tau ada tarian macam tu…

    Reply

  29. 29 Che Gu Hamzah Nov 14th, 2009 at 3:48 pm

    Dalam buku sejarah, karya S.Takdir Alisjahbana bertajuk, ” INDONESIA Social and Cultural Revolutionn ” ada menyebut bahawa Bahasa Indonesia adalah dari Bahasa Melayu.
    “…..on 28 October,1928, at the Second Congress,
    in Djakarta, the Youth of Indonesia took an oath to
    the effect that they belonged to One nation, the
    Indonesian nation, had One mother-country,Indonesia,
    and One language, the Indonesian language. It was at
    this Congress that the word MALAY was replaced by
    ‘Indonesian’ to DESCRIBE THE LANGUAGE. THE DECISION
    NOT ONLY SETTLED THE NOMENCLATURE OF THE LANGUAGE,
    but its place in Indonesian society.”

    Adalah sudah terang lagi bersuluh bahawa Bahasa Melayu telah diakui,
    di hormati, di agungkan dan di ciplak dari Bahasa Melayu.Kata batu_nisan diatas
    tadi, Bahasa Melayu itu kepunyaan Melayu Riau. Untuk makluman, Kerajaan
    Melayu Melaka lebih tua dari Kerajaan Melayu Riau. Bagitu juga, Kesultanan
    negeri Kedah di Utara Semenanjung Tanah Melayu telah tertubuh 1,000 tahun
    lamanya, lebih lama dari Kesultanan Melaka. Salasilah Kesultanan Melayu negeri
    Kedah masih jelas tercatit dalam buku Sejarah Kedah. Oleh itu, Bahasa Melayu
    telah berakar berumbi di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh kerana keturunan Melayu
    juga berselerak di Sumatra dan di Selatan Thai sampai kepada Kesultanan Brunei
    yang besar pada masa silam, maka Kami sangat bangga Bahasa Melayu di daulatkan
    sebagai Bahasa Indonesia. As language follows the culture, it necessarily means
    that the cultural elements would develop through historical process. Tuduhan
    terhadap bangsa keturunan Melayu telah mencuri harta pesaka budaya Indonesia tidak
    logik kerana entiti politik Indonesia tidak pernah wujud sebelum 1928. Dan Bahasa
    Melayu telah wujud di Semenanjung Tanah Melayu 1,000 tahun semasa Kesultanan Kedah.

    Reply

  30. 30 Che Gu Hamzah Dec 1st, 2009 at 3:12 pm

    Eloklah dihentikan saja polemik Tarian Pendet itu. Indonesia tak boleh bawa tarian itu kemana mana pun. Orang Vietnam menderita dibuat Imperialis Amerika selama 20 tahun. Tengok sekarang, Vietnam sudah lebih maju ekonomi dari Indonesia. Tengok Korea, 20 tahun mangsa perang di Korean Peninsula. Tengok sekarang, Korea Selatan
    sudah jadi Tiger Economy di Dunia. Sebut saja SAMSUNG SANYONG dan KIA. Satu dunia tahu.
    INDONESIA adalah negara yang kaya. Sebut saja,ia mempunyai hasil bumi antara terkaya Didunia! Apa sudah jadi? INDONESIA sepatutnya sudah jadi Leader dalam Ekonomi, dalam teknologi, dalam scientific research, dalam fisheries development,dalam angkatan Udara dan Laut, dalam petroleum teknologi dan lain lain.
    Apa Pak dan Ibu, generasi muda Indonesia tak buka mata kah? Goyang goyang Pendet itu
    membawa sial kepada mu. Orang dunia luar tu ketawa: Biarkan Si luncai terjun dengan labu labunya!

    Reply

  31. 31 Che Gu Hamzah Dec 3rd, 2009 at 3:58 pm

    PERBANDINGAN ANTARA NEGARA NEGARA ASIA
    NAMA NEGARA LUAS NEGARA PENDUDUK NEGARA PENCAPAIAN NEGARA
    China 9,596,960 sq.km 1,313.9 RIBU juta ECONOMIC POWER,NUCLEAR
    POWER,SUPER POWER.
    India 3,287,590 sq.km 1,095 RIBU juta INDUSTRIAL POWER, WORLD
    IT POWER, NUCLEAR POWER
    Singapura 692 sq.km 4.4 juta FINANCIAL/BUSINESS HUB,
    WORLD NO.1 PORT.
    Malaysia 329,750 sq.km 24.3 juta ISLAMIC FINANCE CENTRE,
    PETROLEUM EXPORTER,
    EMERGING ECONOMIC TIGER
    INDONESIA 1,919,440 sq.km 245.4 JUTA Under-developed,
    Mismanaged.
    Pemudanya asik teriak teriak, “Jangan Curi Tarian Pendet!” (Hindu punya Dong!}
    Demonstrasi Jalanan, Mahu Ganyang Orang (Rumpun Melayu juga).

    Reply

  32. 32 Che Gu Hamzah Jan 1st, 2010 at 1:25 am

    Satu perkara yang bermain di kepala saya ialah, samada buku sejarah yang di benar di cetak di Indonesia itu, adalah sejarah sebenarnya, atau banyak butir butir sejarah yang TELAH benar benar berlaku di sana telah di padamkan, atau di lenyapkan atau memang sudah di “edit” bagitu rupa hingga rakyatnya hanya mengetahui apa yang mesti diketahui sahaja. Saya tidak tahu samada pemberontakan oleh DAUD BEREUH di Aceh, pemberontakan KARTOSUWIRJO selama 15 tahun di Tanah Jawa mulai 1948, pemberontakan KAHAR MUZAKKAR di Sulawesi dan ia telah dibunuh oleh Regim ukarno pada 3.2.1965, pemberontakan oleh Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia tahun 1958, pemberontakan PERMESTA, pemberontakan kali kedua rakyat Aceh dengan berakhirnya perjanjian damai, demonstrasi besar besaran di Intitut Teknologi Bandung, dan demonstrasi di Tajung Periok pada tujuh puluhan, penindasan rakyat TIMOR TIMOR yang telah menghasilkan timbulnya satu negara bernama TIMOR LESTE di bukukan sebagai fakta sejarah Indonesia DALAM BUKU SEJARAH atau tidak langsung disebut, atau kalau di sebut hanya sebagai “passing remark” sahaja. Apa yang mengherankan saya, generasi Indonesia sekarang ini seolah olah dibiarkan BUTA SEJARAH. Dari blog blog yang saya baca, menggambarkan seolah olah negara itu, pada mereka, adalah bagus sekali dalam sejarahnya, hingga tergamak mencadangkan Malaysia jadi propensi ke 34 Kesatuan Republik Indonesia. Mungkin segala peristiwa peristiwa itu tidak diketahui, terutama oleh rakyat di Tanah Jawa,dan mereka tidak mengetahui yang negaranya telah di mandikan darah seperti air sungai mengalir. Atau mungkinkah kita boleh anggap semangat hendak ganyang Malaysia itu adalah lanjutan yang mencerminkan perangai yang telah mereka warisi dari generasi sebelumnya?

    Reply

  33. 33 dr.mercury (indonesia) Dec 31st, 2010 at 10:50 pm

    oooo…rupanya kalian ini, orang2 malaysia, yang dikit2 bilang “saudara serumpun”,…rupanya kalian ini tidak punya perikemanusiaan…merasa berhak memperlakukan TKI seenak jidat kalian karena ada di negara kalian…yah, aku sekarang sudah paham, gak ada gunanya selama ini aq berusaha berbaik sangka dengan kalian

    Reply

    anak melayu Reply:

    dari kata2 kau aku dah boleh tahu kau sememangnya bersangka buruk.. kau sebenarnya tidak pernah bersangka baik kepada Malaysia.. isu2 tki itu timbul disebabkan masalah yang ditimbulkan oleh tki itu sendiri.. aku fikir kau tidak tahu keadaan negara Malaysia jadi jangan omong sesuka hati, di Malaysia ada 2 juta rakyat indonesia yang berasal berlainan suku dan dari berbagai-bagai kepulauan di Indonesia. bak kata forumer Malaysia mereka ini bergaul sesama suku mereka sahaja dan selalu berperang di antara suku. jadi mereka sendiri yang suka menimbulkan rusuhan dan masalah. dan sangat banyak jenyah yang dilakukan oleh tki di Malaysia sehingga menimbulkan kembimbangan kepada rakyat tempatan yang mempersoalkan keselamatan mereka.

    jenayah kecurian(indon jelas kuat “maling” kerana kemiskinan mereka), rogol, bunuh, rompak, melarikan anak majikan, amah mengkhianati majikannya(isu berat ni dan selalu terjadi tapi media indo jelas tidak melaporkan di negaranya (?) ), pergaduhan (sampai berbunuhan) antara suku, dan banyak lagi jenayah yang dilakukan oleh tki di sini. itu kau adili bagaimana? mahu lepas pandang saja? adakah kau hanya menyatakan kebencian kau kepada negara Malaysia hanya setelah melihat isu itu dimainkan oleh sebelah pihak tanpa melihat pandangan pihak yang kau benci atau musuhi? wajarkah begitu? patutkah kau berfikir tanpa keadilan dengan menutup sebelah mata terhadap jenayah yang dilakukan oleh tki di sini? sila jawab!!! kamu fikir baik2. tki2 kelas rendah yang datang bekerja di sini adalah orang yang miskin. bukan semua mereka orang yang baik2 dan jujur2 belaka ada di antaranya yang jahat. tambahan lagi Malaysia adalah negara yang kaya dan makmur itu membuatkan tki yg berhati jahat berasa dengki atau rambang mata dengan kemewahan rakyat Malaysia telah melakukan jenyarah rompakan, mencuri dan meragut. orang2 indonesia memang bodoh sok pintar(bukan menghina nih tapi memang benar dari pengalaman sendiri) kerana gemar membuat kesimpulan sendiri dan hnya mendengar sebelah pihak je.

    buat pengetahuan kamu dan orang2 indonesia lainnya, isu jenayah oleh tki adalah amat serius di sini! tapi fikiran kalian sangat dangkal malah tiada rasa ingin tahu untuk mengkaji kebenaran. kenapa anda membenci Malaysia? saya tidak tahu selain dari tuduhan fitnah orang2 indonesia kepada kami dan sentimen anti Malaysia yang dimainkan oleh media indonesia dan pihak lain. pernahkah anda dengar sentimen anti indonesia di Malaysia? tanyalah tki di sini. tidak ada pun sentimen kebencian terhadap indonesia di sini kecuali rasa marah terhadap jenaya2h dan salah laku yang dilakukan tki. rakyat Malaysia selama ini tidak membenci indonesia tetapi cuma betindak balas atas kata2 cacian dan fitnah yang biadap dari rakyat indonesia yang berfikiran sempit dan tidak berpelajaran.

    kebanyakan tki mahu terus menetap di sini dan tidak mahu kembali lagi ke indonesia. saya fikir isu tki yang menjadi kemarahan orang indonesia bukan tki kerana mereka berhak dilakukan apa2 sahaja oleh pemerintah Malaysia kerana sudah terikat dengan undang negara ini (ingin saya ingat ini Malaysia bukan Indonesia, jadi tki itu diadili ikut sistem undang2 negara ini bukan engara asalnya. sekali lagi jangan dangkal dong fikirannya. saya lihat bukan isu tki tapi isu pati punca orang2 indonesia marah dengan Malaysia berkenaan tki mereka (putar belit dengan pati) ialah kerana kalian merasa maruah bangsa kalian dipijak apabila berduyun2 pati dilayan buruk dan dihalau balik ke negara kalian (bak kata media indonesia).. kenapa membuat berita provokasi ini?.. kenapa media indo tidak memberikan persepsi yang baik kpd pihak berkuasa Malaysia yang tidak memperlakukan apa2 kepada Pati kecuali menghantar mereka pulang saja (adakah itu namenya layanan buruk? fikir guna otak kau) ke negara asal mereka. itukan usaha murni. pati ini telah selamat dari menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, jadi sepatutnya rakyat indoensia dan medianya seharusnya mengkhabarkan berita positif ini dan harus berterima kasih kepada polis diraja Malaysia. selain itu takkan media indon tidak suka rakyatnya kembali ke tanah airnya semula dan kerajaan indo kenapa tidak diusahakan peluang pekerjaan untuk pati2 yang menyedihkan ini. orang2 indo yang dipengaruhi sentimen anti Malaysia bagi saya ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri.

    Reply

Leave a Reply