Malaysiakini | 29 September 2009
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.
Malaysiakini | 29 September 2009
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.
Dari TVantara
Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.
Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.
Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan. (more…)
Pagi semalam dalam perjalanan ka Berkeley, saya singgah di studio kerana ditemubual rangkaian popular televisyen Filipina ABS-CBN.
Dan saya kenangkan nasib ratusan yang terkurban dan puluhan malah mungkin mencecah ratusan ribu yang kehilangan harta benda. Majoriti mangsa terdiri dari rakyat miskin.
Pernyataan simpati kita harus disertai bantuan dan sumbangan kebajikan lainnya.
ANWAR IBRAHIM
Sejurus tiba di Lapangan Terbang San Jose, saya di bawa ka masjid besar untuk menemui pimpinan pertubuhan Islam.
Hidangan makanan ala Pakistan lazat sekali. Begitu pula persoalan yang dibangkitkan. Kami berjemaah Maghrib bersama dan kemudiannya menyambung kuliah umum di dewan masjid.
Saya terkesan dengan semangat jemaah dan keupayaan mereka mendirikan kompleks masjid yang serba lengkap. Saya menyentuh tanggungjawab daawah dan hikmah yang dituntut. Cabaran umat Islam di Amerika juga adalah kebijaksanaan mereka memanfaatkan kebebasan dan berinteraksi dengan masyarakat terbanyak.
Persoalan yang dibangkitkan menyentuh isu ucapan Presiden Barack Obama di Kaherah, soal pimpinan negara Islam, kejayaan Turki, tekanan di Malaysia, dan usaha menggerakkan kekuatan Islam.
Dalam temubual dengan rangkaian televisyen tempatan sesudah itu, saya kelihatan mengantuk!
ANWAR IBRAHIM
—–
*Foto-foto sempena majlis tersebut boleh dilayari di pautan ini.
From Malaysian Insider
Despite the moribund economy, the government is mulling the use of imported luxury cars for the Najib administration and top civil servants to replace its leased fleet of ageing Proton Perdana V6 Executive vehicles which are no longer in production.
The cars — Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry and Honda Accord — are likely to be leased for four years from Spanco Sdn Bhd, which has a 25-year concession with the government ending 2018 that is now worth RM80 million a year.
The Malaysian Insider has learnt that the judiciary has decided on using the Mercedes Benz and that perk could extend to ministers.
“The Mercedes Benz cars are already being assembled now in Pekan in anticipation of the lease,” a government source told The Malaysian Insider, referring to the assembly plant in the prime minister’s constituency. (more…)
Acara Ketat di New York
Saya pohon maaf kerana tekanan jadual ketat dan ruang membaca serta membuat persediaan mesyuarat, seminar dan pidato menyebabkan penulisan blog sedikit tergendala.
Di New York, pertemuan Generations dengan Al Gore adalah sehari suntuk. Ini termasuk isu persekitaran, kesan dasar Amerika dan kebijakan baru dalam persediaan ka Copenhagen.
Selain itu perbincangan dengan Mary Robinson juga amat berharga kerana beliau memimpin lebih 40 pasukan khas termasuk peringkat PBB dan NGO. Kehebatan beliau terserlah kerana pendirian mempertahan hak asasi dan membela kelompok miskin.
Pendedahan Mitch Kapur, pengasas internet dan pakar dunia teknologi maklumat menambah kafahaman saya. Di sabelah malam saya sempat menemui beberapa pemimpin negara Islam yang kini menghadiri sidang tahunan PBB di New York.
Wacana Khas Ehwal Dunia Islam
Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam.
Selain wakil pentadbiran Obama, Senat dan Dewan Perwakilan, Amerika diwakili institusi saperti Brookings, Middle East Institute dll. yang aktif mengendali program di negara Islam. Yang agak menarik adalah kerana penyertaan pegawai kanan pentadbiran Bush yang beragama Islam.
Kebanyakan wakil masyarakat Islam adalah dari Pakistan, selain tiga wakil lain dari Afghanistan, Iran dan saya dari Malaysia. Ini adalah kerana fokus perbincangan adalah Pakistan.
Saya gembira dapat berbual panjang dengan Aitzaz Ahsan, Presiden Majlis Peguam Pakistan yang memimpin gerakan memulihkan kebebasan badan kehakiman Pakistan.
Sementara pendekatan positif dialu-alukan, termasuk keputusan mengundur tentera dari Iraq, beberapa isu lain dikhuatiri akan menjejaskan hubungan. Ini termasuk penaklukan dan serangan ke atas Afghanistan dan kegagalan Amerika memeterai perjanjian damai secara adil dalam isu Palestin-Israel.
Kemelut politk dan keganasan di Pakistan dan kelembapan pemulihan ekonomi banyak dibahas.
Saya kini dalam penerbangan ka San Jose memenuhi undangan empat masjid dan masyarakat Islam San Francisco untuk menyampaikan kuliah di masjid di sana. Perjalanannya agak jauh, hampir 5 jam penerbangan.
ANWAR IBRAHIM
Saudara Shukri menanyakan:
Assalamualaikum Dato’ Seri,
Saya selalu tertanya–tanya apakah realiti di sebalik penubuhan anak-anak syarikat Lembaga Tabung Haji (LTH). Sehingga kini, LTH memiliki empat anak syarikat yang menguruskan empat sektor berasingan; property, estate, construction dan travel.
Adakah ianya ditubuhkan untuk menyalurkan semula dana LTH keluar bagi membantu wang berputar dalam negara untuk menjana ekonomi sosial, daripada terperap dalam tabung, atau tujuan utamanya untuk memaksimakan keuntungan LTH supaya dividennya dapat dikembalikan kepada penabung?
Saya bertanyakan soalan ini kerana mungkin Dato’ Seri sebagai Menteri Kewangan dahulu memahami objektif sebenar anak-anak syarikat ini ditubuhkan.
Saya tidak tahu which is which, tetapi semua anak syarikat berlumba-lumba menjadi syarikat korporat yang mengutamakan keuntungan kewangan untuk memaksimumkan dividen kepada LTH.
Dalam masa yang sama, mereka menjadi syarikat-syarikat korporat yang mengabaikan tanggungjawab sosial.
Jika objektif LTH hanya mengutamakan dividen pulangan untuk mengayakan penabung (yang mana ianya jelas kelihatan sekarang), maka fungsi anak-anak syarikat dan fungsi LTH untuk menggunakan dana lebihan untuk maslahat umum tidak akan dijadikan keutamaan. Dan ini merugikan masyarakat, Melayu/Islam khususnya yang masih terpinggir dan miskin di Malaysia.
Saya berpendapat bahawa memperluaskan bisnes untuk memberi pulangan kepada penabung merupakan satu usaha yang baik, tetapi apabila bisnes itu menjadikan keuntungan sebagai keutamaan, sampai bila pun taraf hidup masyarakat tidak boleh diperbaiki.
Penabung harus menerima kenyataan bahawa dividen mereka digunakan untuk membaiki masyarakat melalui anak-anak syarikat dan bukannya menindas masyarakat yang tidak mampu menabung melalui syarikat-syarikat korporat yang ‘dibiayai’ sendiri oleh mereka.
Mungkin saya salah.
Harap mendapat sedikit input dari Dato’ Seri.
—–
Saudara Shukri,
Profesor DiRaja YM Ungku Aziz mula menyarankan konsep penubuhan lembaga dengan maksud menggalakkan tabungan, memperkemas urusan dan kebajikan jemaah haji, dan meningkat kegiatan perniagaan dan pelaburan umat Islam.
Tahniah di atas kejayaan awal. Namun penilaian telus juga perlu.
Manakala pimpinan politik gelojoh memenfaatkan dana buat menyokong projek kroni, atau menteri sibuk mengatur keutamaan pelaburan, maka musibah akan menimpa pelabur yang rata-rata miskin atau berpendapatan rendah.
Saya pasti dengan dakwaan pelaburan mengambilalih projek bangunan kroni di Kuala Lumpur yang pernah dibantah wakil Perbendaharaan tetapi diasak olih menteri dan pimpinan atasan. LTH mencatat kerugian.
Kedua, tidak semua bentuk pelaburan termasuk perladangan di Indonesia umpamanya yang dirurus atau diawasi dengan cekap.
Ketiga, tahap ketelusan, profesionalisme dan pertanggungjawaban perlu ditingkatkan.
Keempat, yang juga kritikal kerana sering berlaku dimana pengurus lebih asyik merencana pelaburan dan perniagaan, dan pengurus menekankan soal kebajikan mereka tanpa menoleh kepada jutaan pelabur yang dahagakan pembelaan dan kebajikan yang lebih.
Adalah diharapkan agar pihak pengurusan LTH memerhati teguran secara bijak dan adil.
ANWAR IBRAHIM
Dari Harakah Daily
Oleh Abdul Aziz Mustafa
PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
“Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali,” tegas beliau.
PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.
“Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. (more…)
Di New York, sejurus tiba di hotel, pengerusi Council on Foreign Relation Richard Haas berkunjung minum teh bersama. Richard baru meluncurkan buku menyerang mantan Presiden Bush kerana dasar tempang menyerang Iraq tanpa alasan kukuh, dan bukan “war on necessity”.
Lewat nukilan terbaru beliau, “War of Necessity, War of Choice”, Richard mengadunkan penulisannya separa memoir dan separa sejarah, yang turut mengilhamkan beberapa pandangan jauh khususnya bagaimana Amerika Syarikat boleh belajar melalui peperangan di Iraq dan mempertikaikan kebijaksanaan Amerika Syarikat meneruskan serangan di Afganistan.
Kami makan malam bersama beberapa teman lama, dan kemudiannya berbincang panjang mengenai beberapa isu sebelum meneruskan diskusi panjang kemudiannya.
ANWAR IBRAHIM
From Daily Mirror
By Ilica Malkanthi Karunaratne
Anwar Ibrahim needs no troduction as he is one of the most respected political personalities in this region. He is a colourful personality known for his steadfast stance against corruption and for never wavering in his principles during his entire political life. He has had a remarkable journey in politics and his popularity nationally and internationally has never been in doubt. The posts of the Deputy Prime Minister of Malaysia from 1993 to 1998 and Minister of Finance in Malaysia from 1991 to 1998 were among the political milestones of his life. He is greatly respected and famed for his principled stance against corruption and his excellent management of the economy during a somewhat turbulent period. He is famed for his qualities of leadership and is viewed as one of the forefathers of The Asian renaissance and a leading proponent of greater co-operation among civilizations. Democracy is the keyword to him in all issues and his is an authoritative voice in bridging the widening gap between East and West.
Saya dan Azizah berlepas dengan penerbangan Emirates pada jam 2 pagi, transit di lapangan terbang Dubai selama tiga jam dan kini dalam penerbangan ka New York.
Waktu berlepas dari KLIA, selain membaca International Herald Tribune dan Asian Wall Street Journal, saya mengulangi sepintas lalu karya Paul Krugman “The Return of Depression Economics”, dan menghabiskan bab terakhir buku Martin Jacques “When China Rules the World: The Rise of the Middle Kingdom and the End of the Western World”.
Meskipun judulnya agak keterlaluan dan menggemparkan, ia memaparkan sudut sejarah dan budaya China secara padat selain pembedahan mengenai kemunculan China selaku gergasi ekonomi dunia.
Keletihan sudah dan mengantuk maka beradulah saya. Di sabelah saya Azizah sudah nyenyak tidur, seolah-olah telah didendangkan lagu Allahyarham P.Ramlee:
Tidurlah permaisuri, pejamkan mata…
Jika kau tidur lena, mimpikan bahagia…
Arakian, dalam perjalanan 13 jam ka New York dari Dubai, saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!
Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:
Hah, saya juga sempat menyaksikan filem yg dibintangi Tom Hanks, Angels and Demons. Filem ini persis The Da Vinci Code, dan hebat juga!
Terlintas pula untuk menonton lakunan Sandra Bullock dalam The Proposal, tapi terlalu banyak bacaan yang perlu dihadham.
Penerbangan panjang, meskipun membosankan namun berkesempatan membaca sebanyak mungkin.
Inshaallah, saya akan menyambung coretan jika punyai kelapangan setibanya kami di lapangan terbang John F. Kennedy, New York.
ANWAR IBRAHIM
Dari Yusmadi Yusoff
Semua warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang Negara. Hanya Perlembagaan sahaja yang akan membenarkan keadaan-keadaan tertentu di mana sesuatu tanggungjawab perundangan boleh disempurnakan di dalam keadaan yang berbeza daripada tanggungan warganegara yang lain. Sejarah perundangan menunjukkan undi pos hanya dibenarkan di dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkin warga tersebut boleh mengundi seperti warga yang lain. Seperti tanggungjawab parajurit yang terlibat di medan perang seperti yang dilakukan pada tahun 1918 di England melalui Representation of the People Act 1918 yang berlatar belakangkan keadaan perang semata-mata di atas alasan “by reason of the nature of their occupation … from voting at a poll”.
Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan bahawa kesaksamaan semua di bawah undang-undang. Dengan mengenakan undi pos kepada warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah perlembagaan akan terjumlah kepada diskriminasi terhadap warga dan kelompok tersebut. Di dalam hal ini saya yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu kan hak mereka mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi oleh pihak SPR. Apatah lagi sekiranya ianya dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut. (more…)