Archive for August, 2009



22
Aug

Acara Kempen di DUN Permatang Pasir,Ahad 23 Ogos 2009

6.30-8.00 MLM – TAZKIRAH, BUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB
TEMPAT: SURAU KAMPONG PAYA

———

7.00-11.00 MLM : PROGRAM MASYARAKAT TIONGHUA
JAMUAN MAKAN MALAM “SUPER SUNDAY”
TEMPAT: DEWAN UPLIFTING SOCIETY – TANAH LIAT
PENCERAMAH: 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YB LIM KIT SIANG
3) YB LIM GUAN ENG
4) YBHG DATUK CHUA JUI MENG
5) YB NGA KONG MING
6) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

———

8.42-10.00 MLM – SOLAT ISYAK, TARAWIKH DAN TAZKIRAH
TEMPAT : MASJID INDRA MUDA

——-

10.00-12.00 MLM– CERAMAH 1
TEMPAT: KAMPONG PETANI
PENCERAMAH: 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YB DATO’ SERI ZAHRIN HASHIM
3) YB DR HATTA RAMLI
4) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

——-

10.00-12.00 MLM – CERAMAH PERDANA
TEMPAT : TANAH LIAT MK 8

PENCERAMAH: 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YBHG DATUK CHUA JUI MENG
3) YB DR MUJAHID YUSOF
4) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

21
Aug

Ramadhan Kareem!

Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith)

Alhamdulillah, tahun ini kita masih dikurniakan kesempatan untuk menemui Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan diinsafi sebagai bulan tarbiyah dan bulan tazkiyyah, memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam seluruhnya bagi meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Esa. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..”

Ibadah puasa harus dihayati melangkaui takrif menahan diri dari lapar dan dahaga. Puasa merupakan satu terapi untuk kita bemuhasabah. Ia menuntut kesabaran dan memberi kekuatan pada mereka yang memanfaatkannya sebaik mungkin. Bediuzzaman Said Nursi ada mengatakan, “puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu”.

Semoga Ramadhan ini memberi kekuatan kepada kita untuk terus memperkemaskan diri untuk memanjat tangga keimanan ke arah mencapai redha Ilahi, inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

——————

Alhamdulilah, this year we have been given the opportunity once again, to embrace the month of Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan is not only the month of “tarbiyah” (self-development) and “tazkiyyah” (purity), but it is also a period of self improvement for all the followers of Islam so as to amplify the good practice of worship to the one and only Allah. This is affirmed by Allah SWT in the Al-Quran Surah Al-Baqarah, verse 183;

“Oh you who believe, fasting is prescribed for you as it was prescribed for those who came before you that you may keep your duty to your Lord…”

The experience of fasting goes beyond refraining yourself from food and drinks. Fasting is a therapy for us to be level-headed. It teaches patience and gives strength to those who are wise enough to appreciate the benefits of this holy act. Bedjuzzaman Said Nursi said, “fasting is the antidote to those who are impatient and lacking of self control despite combined with the problem of two in an individual”.

We wish that the holy month of Ramadhan will grant us the strength for continuous self-improvement so as to inch nearer with faith to the destination of God blessing.

ANWAR IBRAHIM

21
Aug

Putar Belit: Tuan Guru Nik Aziz Mahu Saman Akhbar!

nukilan Annual Bakhri Haron

Mengikuti penjelasan balas Tok Guru Nik Abdul Aziz semasa menangani isu “ahli Umno tak masuk Syurga” cukup menarik. Ia seakan-akan atau hampir seiras dengan hantaran “peluru buatan” yang diletupkan kepada khalayak sebelum ini iaitu “cakap saya( Nik Aziz) mesti didengar” (Utusan Malaysia, Jun 2009) yang berakhir dengan permohonan maaf secara terbuka oleh akhbar ejen Umno itu. Ramai pemerhati meramalkan fitnah dan putar belit dalam pusingan ini mungkin boleh berakhir secara “sad ending” juga. Ini mudah dijangka sebaik saja meneliti reaksi Timbalan Presiden Umno yang melatah diluar dari sukatan.

Anehnya, cukup dengan satu signal bahawa Majlis Fatwa perlu membuat keputusan yang dikeluarkan oleh Muhyidin Yasin pada pagi 19 Ogos 2009, pada keesokan harinya yakni pada 20 Ogos 2009, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan “bahawa kenyataan Menteri Besar Kelantan (Nik Abdul Aziz itu) salah dan seleweng”. (Berita Harian, muka depan, 20 Ogos 2009). Amboi, segeranya !

Tidakkah terfikir oleh para Mufti kita yang menganggotai Majlis Fatwa untuk meneliti terlebih dahulu apa yang sebenarnya diucapkan oleh Menteri Besar Kelantan sewaktu sidang akhbar, selepas proses penamaan calon pada 17 Ogos itu ? Kandungan bunyinya adalah seperti berikut:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

Continue reading ‘Putar Belit: Tuan Guru Nik Aziz Mahu Saman Akhbar!’

21
Aug

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu

Dari Harakah daily

Oleh Afyan Ali

Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan ‘Anwar Pengkhianat’, mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

“Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib,” kat Kamaruddin.

“Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya,” katanya. Continue reading ’17 pengkhianatan Umno kepada Melayu’

21
Aug

Acara Kempen Pakatan Rakyat di DUN Permatang Pasir, 22 Ogos 2009

6.30-8.00 MLM – TAZKIRAH, BUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB

TEMPAT: MASJID JAMEK AL-FALAK PENGKALAN TAMBANG
——–

8.30- 10.00 MLM – SOLAT ISYAK, TARAWIKH, DAN TAZKIRAH

TEMPAT : MASJID HAJI SAAD, KAMPONG PELET

———–

8.00-11.00 MLM – PROGRAM MASYARAKAT TIONGHUA

TEMPAT: KAMPONG CROSS STREET

PENCERAMAH : 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YB CHONG ENG

3) YB TAN HOCK LEONG

3) YB SIM TZE SIM

4) YB LOW CHOO KIANG

5) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

———-

10.00 – 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA

TEMPAT : PERMATANG JANGGUS

PENCERAMAH: 1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

2) YB SALAEHUDDIN AYUB

3) YB MAHFUZ OMAR

4) USTAZ SALLEH MAN (CALON)

20
Aug

Baitulmal Pembangunan Tidak Akan Menyentuh Wang Zakat

–KENYATAAN MEDIA–

20 OGOS 2009

Kerajaan Negeri Selangor menyokong penuh titah DYMM Sultan Selangor semalam bahawa kutipan zakat di Selangor hanya boleh digunakan untuk membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri ini.

Sepertimana yang dititah oleh Tuanku Sultan semalam, Kerajaan Negeri juga berharap Majlis Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor dapat bersama-sama berganding bahu untuk memastikan pengurusan zakat dijalankan dengan baik dan sempurna. Continue reading ‘Baitulmal Pembangunan Tidak Akan Menyentuh Wang Zakat’

20
Aug

Mahathir Dan Muhyiddin Tunduk Kepada Tuntutan Lee Kuan Yew?

Dari Malaysiakini

Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tohmahan pembangkang kononnya beliau pernah menjual sebidang tanah kepada Singapura semasa menjadi menteri besar Johor.

Katanya, fitnah itu sengaja dilemparkan kepadanya bagi menaikkan kebencian rakyat kepada beliau dan kerajaan BN.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi menteri besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata,” kata beliau pada ceramah di Tanjong Putus sempena pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Bukit Mertajam malam tadi.

Continue reading ‘Mahathir Dan Muhyiddin Tunduk Kepada Tuntutan Lee Kuan Yew?’

20
Aug

Kenyataan Penuh Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Menafikan Tuduhan Umno

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Continue reading ‘Kenyataan Penuh Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Menafikan Tuduhan Umno’

20
Aug

Fitnah Dan Adu Domba Perkauman Politik Pimpinan Umno-BN

(video ehsan TV Pas)

Selepas saya menjadi sasaran fitnah, serangan pimpinan umno-bn beralih pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Segala macam tuduhan dihamburkan oleh media milik penguasa kepada ulama tersebut. Pimpinan umno dan konco-konco mereka sanggup memutar belitkan fakta hatta memintal fitnah asalkan matlamat untuk memenangi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir terpenuhi.

Apatah lagi bila tersepit dihimpit kecuaian sendiri ketika memilih calon, segala upaya dan jentera propaganda digembeling merekayasa fiksi politik. Adu domba dilatari politik perkauman sempit biar rakyat terus berpecah, sedangkan pimpinan umno seharusnya sedar, merekalah yang menyebabkan terbit rasa curiga dalam masyarakat. Walhasil merekalah yang terkait dengan pelbagai tuduhan penyelewengan amanah rakyat.

Manakala itu Pakatan Rakyat tetap terus beriltizam untuk membawa Perubahan dan arus Politik baru sunggupun berulang kali tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada kami. Saya yakin rakyat akan membuat pilihan yang tepat memandangkan mereka tidak sanggup dipermainkan lagi.

ANWAR IBRAHIM

——————————

After being the target of slander, the Umno-BN leadership has now shifted their attacks from me to Tok Guru Nik Abdul Aziz. All sorts of accusations have been scattered by the government-owned media against the Islamic theologian. Umno leadership and its members are willing to bend truths and twist facts, even of a respected religious scholar, just as long as their aim to win the state constituency by-election of Permatang Pasir is fulfilled.

What more when they find themselves cornered by their own negligence in choosing a candidate, all efforts and propaganda machinery are engaged to create a fictional political story to serve as diversion. The Umno leadership should realise by now, that they are the ones who are raising doubts amongst fellow Malaysians with their narrow-minded racial politics

In the mean time, Pakatan Rakyat remains determined to bring forth change and a new political wave, despite the repeated and baseless accusations thrown at us. I am confident the people will make the right choice, for they no longer want to be taken for fools.

ANWAR IBRAHIM

20
Aug

Salute To Kim Dae Jung

August 19, 2009

The name of Kim Dae-Jung, the former President of the Republic of Korea who died in Seoul yesterday, will resonate wherever in Asia people struggle against the fetters imposed by authoritarian regimes.

He was a leader who was willing to risk his life so that his countrymen would be free of the chains imposed by military regimes that ruled Korea from the 1960s onwards.

His courage in the face of danger to life and liberty shone like a beacon throughout the period of his struggles and, without doubt, the memory of its example will continue to inspire those on the continent who battle to free their societies from oppressive controls.

Kim Dae-Jung will also be remembered for his firm rejection of the argument, espoused by sundry Asian autocrats, that societies imbued with Confucian values are apt to prioritize social order and prosperity above the disorderly freedom of contentious democracies.

It was an argument he rebutted as intellectually shoddy and scorned for its implication that Asians would acquiesce to curtailments to their rights as long as their stomachs were full and their streets free of strife.

His name will occupy an imperishable niche in the history of the struggles waged by national patriots who were prepared to pay the highest price so that their people could enjoy the full measure of their humanity under freed polities.

ANWAR IBRAHIM

20
Aug

Rohaizat’s partner denies Umno’s accusation

The Malaysian Insider

PERMATANG PASIR, Aug 20 — The controversy surrounding Barisan Nasional candidate Rohaizat Othman’s disbarment took a new twist today when his partner, the one Umno accused of taking their client’s money, appeared to deny the allegation.

Yusri Ishak alleged that the money was used by Rohaizat to open up a branch of the firm in Ipoh and said that the Umno politician cannot deny involvement in the case.

Continue reading ‘Rohaizat’s partner denies Umno’s accusation’

19
Aug

Raja Aziz Addruse is Anwar’s new lead counsel

raja aziz

Malaysiakini | August 19, 2009

Former Bar Council president Raja Aziz Addruse will now head the defence team in Anwar Ibrahim’s sodomy trial.

The prominent lawyer replaces Sulaiman Abdullah, another former Bar Council president, who has excused himself due to health reasons.

Raja Aziz is also one of the three Malaysians to have been appointed commissioner of the Geneva-based International Commission of Jurists.

Continue reading ‘Raja Aziz Addruse is Anwar’s new lead counsel’