23
Aug
09

Kenyataan PKR Kedah Berhubung Pengisytiharan Keluar Adun Lunas

-23hb Ogos 2009-Pihak Parti Keadilan Rakyat menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti

Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh MPP dan diambil aleh pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan PKR Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

Sekian,

(YB. HJ. AHMAD BIN KASIM)
Pengerusi,
Majlis Pimpinan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah Darul Aman.


30 Responses to “Kenyataan PKR Kedah Berhubung Pengisytiharan Keluar Adun Lunas”


  1. 1 hamburger Aug 23rd, 2009 at 11:21 pm

    saya percaya masalah ini tidak terhenti setakat ini saja. pada masa depan akan ada lebih ramai wakil rakyat keadilan ( khususnya berbangsa melayu) yang akan lompat parti. pkr hendaklah berhati-hati memilih calon yang jujur. kalau boleh wajibkan sumpah macam pas buat untuk ahlinya jadi calon wakil rakyat. pemilihan calon sepatutnya dibuat sekarang ini kerana pemilihan yang dibuat di saat akhir akan membuka peluang masalah seperti ini terjadi lagi.

    Reply

    Spy Barisan National Reply:

    sya sependapat dgn hamburger.. elok la PKR memperkemaskan pemilihan calon utk PRU-13.. biar Rakyat tahu lebih awal pun takpa, supaya diaorg dpt mengenal hatibudi Wakil tersebut, jgn la cari wakil mcm BN, bila da menang batang hidung pn da tak nmpk…. jgn la takut mcm UMNO, istihar calon d minit terakhir krn takut sabotaj konon. lepas tu pilih calon yg reject by other organization. rakyat perlu mengenal calon yg akan mewakili mrk lebih awal, kelayakan & kebolehan jg jd sandaran. baru Pakatan Rakyat benar2 brjuang utk Rakyat.

    Reply

    Din Reply:

    Memilih pemimpin yang berwibawa adalah satu kewajipan tetapi yang paling penting mereka jujur, ikhlas dan amanah dalam memperjuangkan agenda perjuangan parti tanpa mengharapkan balasan. Pasti mereka akan kekal bersama kita walaupun susah dan senang.

    Reply

  2. 2 prof basri Aug 23rd, 2009 at 11:46 pm

    salam YB Dato’ Seri Anwar,

    saya dan ramai rakan2 tidak terkejut dgn lompatan YB dari PKR DUN Lunas. Kami mmg menjangkakan sepertimana dua YB dari PKR Perak yang tiada integriti, perasuan dan gila seks. Saya merasa ramai lagi ahli YB dari PKR yang demikian sikap dan peribadinya, yang tidak memustahilkan mereka dibeli kerana proses perkadiran PKR yang amat lemah. Sudah lah lemah, berebut juga banyak kerusi ketika perundingan kerusi parlimen dan DUN semasa PRU yang lalu sedang PKR tidak sedar akan kekurangan calon ber’mutu’ dikalangan ahli-ahli. Kebanyakannya bekas UMNO yang bukan mahu berjuang kerana untuk membawa perubahan tetapi hanya untuk mendapat laba dan habuan projek, kedudukan dan pangkat.

    Kami berharap YB Dato’ Seri renunglah kedhaifan proses perkaderan PKR terutamanya proses mencari calon, memantapkan kepimpinan dan melahirkan kepimpinan yang berintegriti dan bermoral tinggi. Tolonglah belajar dari kelemahan dan janganlah tamak dalam menetaPkan tempat PKR akan bertanding dalam PRU akan dtg.

    Untuk pengetahuan Dato’ Seri sebenarnya ramai ahli YB PKR yang memang sebegini jadi lain kali elakkan calon dikalangan posmen gila, kapten bersara perakus dan bekas ahli UMNO yang menadah projek. Pilih..pilih.. mereka yang layak sahaja..

    prof. s. basri
    bandar baru bangi

    Reply

  3. 3 mahmud paud b kain Aug 24th, 2009 at 12:00 am

    orang macam ni tak sepatutnya diteruskan khidmatnya sbg exco. Pemimpin yang tedesak dengan tekanan dan masalah peribadi dan boleh dibeli sepatutnya meletakkanmnjawatanm Adun dan cari pemimping berwibawa

    Reply

    Hu Hu Reply:

    SALAM DSAI,

    MMG BENAR PANDANGAN DI ATAS. AMAT MENYEDIHKAN BG KEADILAN UTK MENYIMPAN SEORANG PEMBELOT, PENGKHIANAT DAN MANUSIA YG MUDAH DIBELI!

    TIDAK SALAH UTK KEADILAN MENGIKUT LANGKAH PAS DGN MEWAJIBKAN KESEMUA AHLI YG HENDAK MENJADI ADUN DAN/ATAU MP UTK MENGANGKAT SUMPAH TERLEBIH DAHULU. JUGA HENDAHLAH DIMASUKKAN SEKALI DLM PERJANJIAN AKAN SESEORANG LAYAK DILAKNAT ALLAH SWT SEKIRANYA IA MELOMPAT KE BEBAS/PARTI LAWAN.

    DI HARAP DSAI TIDAK KEBERATAN UTK MEMPERTIMBANGKAN PANDANGAN2 DI ATAS.

    SEKIAN, WASSALAM.

    Reply

  4. 4 HOW HENG LUOH Aug 24th, 2009 at 12:37 am

    Setelah kejadian di Perak, rakyat percaya yang Pakatan Rakyat lebih kukuh untuk mengharungi segala dugaan malah bersedia untuk menentang musuh2 dalam selimut seperti YB Mohammad Radzhi Salleh.

    Nampak sangat yang YB Mohammad Radzhi Salleh telah membelakangi kehendak rakyat jelata demi kepentingan diri, maka mulai sekarang, PR harus menilai dengan teliti setiap calon wakil rakyat pada masa akan datang.

    Pemimpin2 dari parti PAS harus diberi pujian, jelas sekali mereka lebih utamakan matlamat Parti dan rakyat jelata.

    Ini semua adalah angkara dan niat jahat BN dan juga adalah permulaan di negeri Selangor dan Kedah, rakyat berharap kejadian di Perak tidak berulang dan pemimpin2 PR harus ingat akan amanah rakyat.

    Rakyat telah buktikan yang PR memang dapat ketepikan BN yang korop, kekalahan demi kekalahan BN di PRK telah menjadikan keseluruhan pimpinan BN goyang, BN fobia dan kamu PR jangan hampakan rakyat jelata.

    Bersama rakyat kita kuburkan BN di PRU 13.

    anak Malaysia

    Reply

  5. 5 mohd amim Aug 24th, 2009 at 2:06 am

    salam, dato seri.
    kami rakyat kedah dah tahu hal radzi dah lama. tak pa dia keluar dari pr. baguih sikit. daripada kita kalah sebab yb kita tak perform biar org macam radhi jadi bebas atau masuk umno. sebab umno memang suka org macam radhi dan jamaluddin di perak. tak guna sekupang duit. malah mereka ini akan menjadi satu asas kepada semua ahli pkr yang bercita2 jadi calon pru13. bahawa mereka perlu melalui skrin test yang ketat dah jika tak terpilih jangan kata pimpinan tak pandai pilih calon. sebab tak pandai pilih calon lah pkr jadi macam ni. dato seri kali ni kita skrin dari sekarang calon yang berada di peringkat cabang. kalau tak okang biar kita letak calon payung terjun yang kental dengan tekanan dari letak calon tempatan yang senang dibeli.

    Reply

  6. 6 4RAKYAT Aug 24th, 2009 at 2:30 am

    bubar dun aje…

    jangan biar sikatak tu ambil kesempatan. jahanam orang macam dia tu…

    4RAKYAT

    Reply

  7. 7 Perjuang Bersama... Aug 24th, 2009 at 3:44 am

    Assalamualaikum….
    Diharapakan DSAI / TGNA dapat bersabar dalam pemerintahan yang ada buat masa sekarang..
    Apa yang di lihat kecelaruan dalam membuat perbagai sidang akhbar / press stament, Kadang2 musuh sentiasa ingin melihat, mendegar dan sentiasa ambil tahu berkaitan PR.. dengan salah guna kuasa sedia ada dari perbagai sudut media seolah2 semua UMNO bayar gaji.. Bukan kerajaan bayar gaji. Insyaallah sekiranya semua pandai mengawal emosi setiap percakapan dalam bersatu hati dan bersatu parti tanpa kira kaum saya yakin UMNO akan ketandusan ideal untuk menyerang PR..
    Oleh itu berhati2 dalam setiap langkah bergerak.. kerana semua koncu2 UMNO dalam kerajaan ada lah peranan untuk menjatuhkan PR setiap negeri…
    Selamat Berjuang Untuk semua Perwira Agama… Semoga kita mencapai kemenangan…. dalam PRK & PR 13

    Reply

  8. 8 vengai Aug 24th, 2009 at 9:11 am

    Dia umum keluar PKR di KL.
    DSAI,
    Itu Lepas dia jumpa ketua kepala rasuah bernama JIBBY da Si Pendek Gemuk tu. Dah masuuuuk lah tu duit Raya untuk Si Katak Radzi sumbangan Tauke TOTO. Ada lagi banyak special draw lagi lepas ni. Nak beli Katak lagi dari Selangor dan Lepas Tu Kedah dan last Penang. Kelantan sampai khiamat pun TOTO takle sumbang.
    UBN pengecut tak bermoral. Tau akan kalah kalau ada pilihanraya dan pilih jalan haram dengan merasuah dan membeli ADUN. Satu perbuatan yang salah dari agama yang kononnya mereka sanjung dan pertahankan.
    Dahlah beli ADUN dengan wang judi pulak tu. Dan ADUN ni lagi tak bermoral . Sanggup ambik duit hasil judi dan mengkhianati pengundi. Inilah Pengkhianat Melayu yang Sebenar.

    DSAI suruh Kepimpinan PKR Khasnya sayap Pemuda desak katak ini letak jawatan.

    Reply

    kublai khan Reply:

    Semua Toukeh Judi sumbang wang pada UMNO untuk beli Adun PR ini berkaitan dengan kebinbangan Kedai Judi akan di tutup di kedah jika PAS terus berkuasa. siapa toukeh judi dimalaysia:-

    Ananda Krishnan yang punya Big Swep dan 3D Kuda, Vinsent Tan yang punya lesen judi TOTO, dan syarikat yang berkaitan dengan MCA 4D magnum. serta Genting Highland ini semua adalah di belakang UMNO sebagai tulang belakang BN. kontar toukeh judi cukup mudah pada setiap kali PRU mereka adalah sumber kewangan UMNO BN.ingat para penjudi setiap sen wang judi anda adalah ke tabung UMNO BN.

    Pesanan rengkas ini di bawa oleh “teh duda” sub sponsor “kopi janda”

    Reply

  9. 9 putra Aug 24th, 2009 at 9:53 am

    Aren’t you people not tendering the pre-signed undated letter which he had signed earlier that he should quit his seat if he becomes independent. Becoming independent or joining a new party is the same lah. Matter of interpretaion,

    Reply

  10. 10 zik Aug 24th, 2009 at 10:23 am

    Sebagai Pengerusi Negeri; perkara ini perlu ditangani mengambil contoh bekas TKM 1 YB Fairus..
    Perkara2 begini akan memberikan persepsi2 negatif dikalangan rakyat bahawa wakil2 rakyat dari PKR kurang berdisiplin; tiada istiqamah dan mudah dibeli!!!Bagaimana hendak menghadapi PRU 13;jika PKR akan dilihat sebagai parti yg lemah mentaliti calon2nya dan memungkin kan PR memenangi PRU13, sedangkan dalam masa tidak sampai 2 tahun pun; sudah ramai wakil2 rakyat dari PKR bersikap penting diri dan tidak amanah????

    PKR harus lebih berdisiplin; dan jangan merosakkan imej parti dari dalam.. seperti kenyataan Pengerusi Kedah di atas; jika prestasi YB Lunas begitu teruk sekali; kenapa tidak ada tindakan tegas diambil; umpama mengantung beliau dari jawatan EXCO???Jika UMNO boleh dihentam begitu teruk jika wakil rakyatnya tidak amanah; kenapa PKR sebaliknya???Janganlah kerana nila setitik rosak PKR selamanya!!!

    Reply

  11. 11 talker Aug 24th, 2009 at 10:35 am

    This guy is such a idiot…people will throw this kind of useless junk in next election for sure.

    Reply

  12. 12 pengundi mereng Aug 24th, 2009 at 11:05 am

    YB DSAI
    Wakil ADUN/MP PAS mempunyai semangat kental….perjuangan berasaskan Islam.
    Wakil PKR lemah dan senang diperlemahkan.

    Minta radhi salleh ni letak jawatan ADUN supaya PRK baru bolih dibuat.

    Reply

  13. 13 Anwar Saidin Aug 24th, 2009 at 11:44 am

    Kenapa tak suruh letak jawatan ketika prestasinya buruk?Pabila melompat parti baru di sebar-sebarkan di media tentang keburukannya. Adakah ini bermaksud pakatan rakyat tidak telus? Harap komen saya lepas tapisan. :)

    Reply

  14. 14 kedek Aug 24th, 2009 at 11:56 am

    pendapat aku tetap kuat iaitu BUBAR DUN..jgn bila nanti “sbelah” sana btindak lebih cepat dr kita baru nk berkokok spertimana yg blaku di perak…

    Reply

  15. 15 WAN SIMUNJAN Aug 24th, 2009 at 3:59 pm

    Keluar parti tapi tak mahu melucutkan jawatan, itu bukanlah tindakan seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat atau selayaknya bergelar pemimpin. Pemimpin-pemimpin yang sekadar keluar parti tapi masih sayangkan pangkat dan jawatan yang disandangnya alag golongan pemimpin BANGSAT DAN BINATANG namanya.

    Jika ikhlas dalam perjuangan tanpa mengharapkan imbuhan , pangkat serta kesenangan diri seemestinya pemimpin itu harus benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangannya. Sekiranya tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti maka seharusnya beliau membuang parti tersebut dari hidupnya. Keluar parti biarlah letak bersama-sama jawatan yang telah dimenengi sekali.

    Kepada mana-mana pemimpin PKR atau PR yang mempunyai pemikiran yang sama dengan pemikiran ADUN LUNAS dan 3 ADUN PERAK yang lalu sesungguhnya rakyat tidak akan memberi peluang dan kepercayaan kepada kamu lagi buat kali kedua. Sekali kau menipu rakyat maka untuk selama-lamanya rakyat akan ingat keturunan BANGSAT DAN BINATANG yang ada pada diri kamu tu yang berdarah PENIPU. Ingatlah bahawa rakyat kini bijak dan berhak untuk menentukan pemimpin-pemimpin yang bersih dan benar-benar berjiwa rakyat.

    Mungkin akan timbul satu hari nanti GERAKAN RAKYAT yang akan BERDOMONTRASI meminta wakil rakyat mereka yang keluar parti dilicutkan hak sebagai wakil rakyat parti yang telah memenangkan mereka. Hari ini rakyat masih belajar dan sabar dengan tindakan pemimpin-pemimpin BANGSAT DAN BINATANG seperti ADUN LUNAS ini. Tidak mustahil suatu hari nanti rakyat akan mengajar pemimpin-pemimpin BANGSAT DAN BINATANG seperti ini supaya menghormati dan menghargai sokongan rakyat kepada mereka.

    INGAT ! RAKYAT MALAYSIA HARI INI BUKANLAH RAKYAT YANG 30 – 50 YANG LALU, YANG BOLEH DIPERKUDAKAN DAN DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN BANGSAT. RAKYAT SEKARANG NI MAMPU MENILAI DAN SANGGUP UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK MEREKA DARIPADA TERUS DIRAMPAS DAN DIMANIPULASI OLEH GOLONGAN PEMIMPIN BANGSAT.

    Reply

  16. 16 Laila Yifan Aug 24th, 2009 at 4:33 pm

    The defect of ADUN Radzhi from PKR will not affect the outcome of Permatang Pasir by-election. On the contrary it hardens the resolve of the electorate to cast their vote in favour of PAS candidate to allow him to win the seat in a larger majority, and to keep the lone DUN seat for PAS.

    Reply

  17. 17 friday Aug 24th, 2009 at 9:22 pm

    Biasalah tu, orang dah terdesak, macam-macam dia orang buat. Nak tarik perhatian. Bagus juga, dia masuk BEBAS/UMNO, PKR tak rugi apa-apa. Orang bermasaalah memang disukai UMNO.Tambah dosa kat UMNO. Cara bercakap dalam sidang media di TV, saya nampak dia kurang ada daya pemimpin.Cakap bersarabut. Biar dia , saya pasti dia akan di timpa bala kerana lari dari perjuangan dan tak amanah. PKR tak kan pujuk orang macam ini, tak macam UMNO. Orang dah keluar, UMNO datang pujuk, ugut, rasuah.Kalau dah parti rasuah, maruah dah tak ada lagi.Saya minta PKR kena hati hati pilih calon di masa akan datang. Mesti orang yang betul-betul tahan ujian, daya jati diri, kuat daya perjuangan, dalam fahaman perjuangan lebih lebih lagi amanah. Bukan orang yang opurtunis, gila harta, gila pangkat, kurang daya displin. PKR kena lebih kuat buat kerja demi kesejeteraan rakyat Malaysia dan harapan baru buat Negara tercinta.

    Reply

  18. 18 nilam Aug 25th, 2009 at 1:07 am

    Assalamaualaikum…
    macam mana nak tender awal nak join PKR masuk jadi calon PRU14? PRU13 rasanya tak sempat… bukan apa… nak cuba join politik sebab semua keturunan saya tak pernah masuk politik malah tak pernah makan gaji dengan kerajaan kecuali saya… saya pun walau makan gaji dengan kerajaan tapi dilarang kuat menyampuk dalam mana-mana parti politik. hanya mengundi jer la tiap kali ada PRU. agaknya mak ayah (arwah dah) saya dah tau lama dulu kot, dalam politik selama 50 tahun lebih ni memang banyak hantu… jadi dia tak biarkan anak cucu dia jadi macam hantu-hantu tu.. maklumlah dulu mana ada PR….

    Reply

  19. 19 M4L4YS14 4 4LL Aug 25th, 2009 at 1:34 am

    tengok muke pon dah tau dapat RM juta-juta….cume ade 2 kemungkinan: dah dapat atau akan dibayar tak lame lg. tp jangan risau Allah bersama-sama dgn org yg dizalimi. ade hikmah yg lebih besar akan kite dapat x lame lg. sekurang-kurgnye bile die keluar dr PKR, kite xde lg pemimpin yg prinsip perjuangannye boleh dibeli. ambil yg positif dan jadikan iktibar dlm pemilihan calon pade masa akan datang…

    Reply

  20. 20 Suara dari bawah Aug 25th, 2009 at 3:27 am

    Salam buat semua.Mohammad Radzhi menbuat pengumuman bahawa dia sekarang adun bebas.terkejut gak mohd zhi buat keputusan di saat genting di permatang pasir.Dgn penuh semangat mengatakan dia skg sudah hilang kepercayaan kepada parti yg memenangkannya di lunas.Dgn penuh bangga ia menyatakan dia sekarang mengangotai sebuah parti bebas.Bunyinya hampir sama dgn 2 pembelot di perak.Mgkin dah menjadi tren terbaru geng katak apabila melompat skg.Apabila di tanya pemberita sewaktu majlis pengumuman hari melompat beliau,adakah dia telah di beli oleh pihak tertentu,beliau menjawab dgn agak keras..kalau begitu dia tidak mejadi anggota bebas skg,dah tentu dia sekarang sudah menjadi ahli parti tersebut.Dgn kata lain keputusannya menjadi katak bebas adalah penuh kejujuran dan kewarasan.Tapi rasa nya Mohd Radzhi terlebih keterujaan ketika menglaungkan akan menjadi katak bebas,hingga lupa pada makna bebas yg di banggakan.Dgn penuh rasa tak bersalah nya mengatakan akan sedia penuh bergaya akan memberi kerjasama sepenuhnya pada parti yg memerintah negara khususnya pada PM datuk seri Najib Tun Razak.Dgn makna lain sokongan tanpa berbelah bahagi pada Barisan Nasional.Bebas ka tu..cakap lain tapi terlampau syok nak bercakap lupa pada bebas yg dia dok melalak.Kalau dah bebas,bebas la,ini tak terang2 bagi sokongan,macam member yg 2 kat perak tu..BEBAS ADA MAKNA.Nak terang2 pengecut,lepas tu korner sana korner sini,rakyat boleh nampak walau tak bersuluh..sebab dia dah terang2 pasang sport light,tak payah nak selindung,dah nyata hang sapa.

    Reply

  21. 21 LAN Aug 26th, 2009 at 12:35 pm

    Isu katak sempena pilihanraya ni mmg dah byk jadi.. tapi yg tak bestnya, kejadian ni hanya berlaku dikalangan adun PKR.. kesannya mmg tinggi kpd umum sbb media boleh buat macam2 story yg nak jatuhkan pakatan rakyat. Isu perak, TKM penang, adun selambau, adun lunas semuanya dr PKR. Saya minta sgt2 kepada kepimpinan tertinggi utk memilih calon yg benar2 layak dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan keadilan. Kalau tak dak sgt calon yg berwibawa..kita offer pd PAS yg mmg terbukti ketelusan PAS dalam perjuangan. Bila banyak sgt pilihanraya sbb perletakan jawatan, rakyat mula bosan dan hilang keyakinan.. urusan pentadbiran dan plan jangkapanjang utk rakyat pun terganggu. Takut nanti..rakyat pilih benda lain pulak.. Please.. Kami perlu pemimpin yg berani dan telus..

    Reply

  22. 22 zoy Aug 27th, 2009 at 10:27 pm

    nampaknya yang banyak umum keluar parti adalah dari parti PKR. Adakah sebelum dipilih dahulu, sudah ada dibuat tapisan bagi memastikan semua calon-calon yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan amanah atau secara tangkap muat saja.

    Reply

  23. 23 zdy_pif Aug 29th, 2009 at 8:16 am

    Can somebody go n tell elias saad (pembantu YB lunas..)..JALAN DA..! gua punya hutang lu belum bayar la..habis ini episode ada kot sikit boleh huloq balik hutang aku!

    Reply

  24. 24 Yoon May 20th, 2010 at 4:27 pm

    Ini semua bekas UMNO yang masuk PKR sebab nak jawatan..so Anwar kene pilih yang betulx2 berjiwa islam dan klu boleh bukan bekas UMNO…klu bekas UMNO pun pastikan betulx2 berjiwa islam..setakat berjiwa melayu..layulah…dengan agama saja manusia boleh bezakan wang haram dan halal…

    Reply

  25. 25 foreman May 20th, 2010 at 4:29 pm

    pergi mamposla kata klu kerana perjuangan tersasar….ni semua kerana duit…melayu memang buta dengan wang….sanggup jual bangsa demi wang….jahanam dengan UMNO

    Reply

  1. 1 Kenyataan akhbar Pengerusi MPN Kedah Isu YB Radzi « AMK Permatang Pauh Pingback on Aug 24th, 2009 at 1:36 am

Leave a Reply